google "dahlia abdul majid".
berapa banyak informasi yang ada?
dua.
sumber nst.com.my
dan infoledang.blogspot.com
tiga,
kalau sekali dikira dengan puisitepijalan.blogspot.com
tidak adil.
walhal dia dibunuh kejam.
tertinggal membusuk sendiri tanpa sesiapa.
hanya jasad itu.
terbungkam, diam.
tiga hari terbiar tidak ditalkin. entah sempat melafaz shahadah, tuhan semata2 yang tahu.
tiga hari.
dijumpai dengan badan yang sudah kembang hampir pecah.
biru dan hitam bertompok2 seluruh tubuh yang pucat kehabisan darah.
*diam*
malang betul kerana liputan berita bertindih sama perkahwinan mawi.
mungkin kerana itu tidak diambil pusing untuk diwartakan.
lagipun, kata mereka, memang tidak ada klue.
dan dia cuma seorang biasa2.
tidak sensasi.
menulis ttg seorang pesara guru, janda, tinggal sendiri -- tidak sepanas kes bunuh gadis oleh kekasihnya yang rempit dan tokan dadah, mungkin. tidak ada drama.
*diam*
im not a big fan of my mother's sister.
truly, i despise her.
and as brutal as this may sound, i am not the only one.
tapi untuk melihat allahyarhamah diperlakukan seperti itu,
na'uzubillah.
tidak pernah sampai hati kami2 ini.
adik abah ada bisik sama aku:
"di sini, siksa.
harapnya, dipermudah di akhirat sana"
aku benar2 kasihan.
sebenci2, ibu saudara aku juga.
pernah juga ada baiknya.
kita manusia, berdosa menghukum siapa2.
itu kan kerja yang esa.
tuhan,
kasihankan.
terimakan dia, dan susunkan dia bersama2 bundaku di kalangan mereka2 yang kau suka.
*menung*
apa nak jadi dengan negeri kita.
bunuh?
shit.
mati itu bila2.
dan bagaimana pun caranya.
aku minta lindung dari engkau, wahai kekasih.
peliharakan kami ini.
sesungguhnya kami ini manusia yang lalai.
*diam*
kalian,
sering2lah engkau tanya2kan khabar ayahbunda.
selalulah pulang, dan kucup mereka.
we'll never know.
aku rasa hendak pindah balik ke rumah abah.
aduhai.
sebak hati aku sekarang ini.
menulis pun jadi selirat.
itulah.
bila aku bilang manusia itu macam binatang, ada yang marah aku.
kau tengok ini.
bukan makin jelas, kah?
*hela nafas berat*
hendak berdiam sementara.
tidak ada semangat.
al-fatihah.
22 comments:
al fatihah.
hargailah org tersayang
selagi mereke masih hidup
kakanda fynn, i still remember in my PR class masa degree dulu, mmg. akhbar sekarang/mahupun berita sekang. wont bother anymore about kesah-kesah yang orang yang bukan seleb.
dulu kawen siti dan datok K, masa itu maseh aku ingat ada sedikit goyah ekon ngr. hmmph! cover story, head line ' SITI KAHWEN DATOK K'. berpusu-pusu orang beli.
aku lihat cover berita harian, pasal ekon negara, kat koperasi, maseh tebal naskah tak terjual sampai tgh hari.
ini lagi kan mawi! tsumawi! derita orang lain, picisan saja kalau di banding dengan gahnya perkahwinan mawi-ekin.
[moga bahagia lah kamu berdua.amin]
media sekrang kakanda. duit no 1. lain belakang kira.
semoga arwah tenang di sana. al-fatihah
kak fynn...
tu sedara kak fynn ker??
allahyarham ni kawan baek mak cik saye..
anak allahyarham call makcik sayer mase dya baru balik..
n baru tau yg mak dye dah meninggal.
really sad...
ya..manusia memang kejam kak fynn..
memang kejam!!!
isk!! yang masih muda pon kene dera..yang tua pon diseksa. rase nak bawak mereka yang berdosa itu ke tengah lalu dihukum.dipancung.dibakar.namun itu bukan kuasa kita.
Tuhan...ampunilah kami..!
kak fynn sayer tak tenang...huu!
al-fatihah.dunia ini terlalu kejam dan apa yg lagi kejam,apabila manusia terlupa akan makna sebenar perikemanusiaan.
:(
mintak kita semua dijauhi dgn kisah kejam begini lagi.sabar dan tabahkan hati kak fynn.dia lebih tenang di sana.
haih~
alfatihah
mati itu mmg bila2 masa sahaja..
cuma..bila tiada di sisi..pasti hati tersayat...
hurm.. al- fatihah..
al-fatihah.
aku masih ingat bila Isham Rais mula-mula balik ke Malaysia.
Antara benda-benda awal yang dia tulis ialah "tidak ada satu lorong pun di Malaysia yang selamat".
memang celaka!
semoga mereka yg zalim padanya akan dibalas dengan seberat siksaan.
al fatihah~
moga dia tenang di sana.
kuat kak fynn. hidup ini kan penuh dengan perkara yg tidak terduga. moga dgn sokongan para blogger ini bisa buat kak fynn kuat.
alfatihah. manusia terlalu kejam. moga kita dijauhkan dari pelbagai anasir jahat. mungkin itu bahagian dia. bahagian kita? entahlah. Tuhan saja yang tahu. Itu cerita dia. moga cerita kita tidak begitu.
teringat arwah atuk saya. baru 15 hari meninggal. minta jasa baik, kita sama-sama sedekahkan alFatihah untuk dia. terima kasih. salam. :)
al-fatihah. saya tumpang simpati dan sedih.
sekarang ni jumlah manusia sudah berkurangan, yang ada di atas muka bumi ini cuma manusia yang bertopengkan syaitan.
Al-Fatihah. Ye, sangat kejam. Sedih tengok budak tu :/
al-fatihah.
daku simpati.
takziah pada keluarga arwah Dahlia Abdul Majid.
yer la fynn,daku pon teringat kat atok aku yang sorang diri kat kampong sane nun.
tapi apalah daya daku ini.
InsyaALLAH,suatu hari nati.
;)
tak terkena batang hidung sendiri memang tak rasa
apapun, alfatihah ;)
fynn,aku rasa,manusia sekarang ni lagi teruk dari binatang.
seriously..bila tgk balik binatang lg pndai jga ank and akan membunuh bila dorg rasa terancam/cari makan.aduh..manusia??
kita sendiri tgk...
aku tak peduli,kalau org kata aku kurang ajar ke ape,mmg itu realitinya,manusia semakin kejam.
aku sokong kau fynn..
apa2 pn,takziah ok.semoga dia aman disana. :)
dunia sekarang,..
buat saya terfikir..
ada beza ker antara manusia dan binatang?
dunia dah akhir zmn bila mana,
"manusia membunuh tapi tdk mengetahui kenapa dia membunuh. Dan yang kena bunuh tdk mengetahui kenapa dia dibunuh!"
alfatihah .. hah! media mmg mcm tu.
takziah.
MINTAK TOLONG ORANG ISLAM!
Amik URL ni,pi bukak page ni.
Dia hina Islam dan Nabi!
http://adibahahmad.blogspot.com
Mari sama-sama FLAG kan page dia supaya boleh blogger remove page dia immediately!
Mintak tolong semua!
TQ
first time anonymous tulis benda yang berfaedah....
masyaAllah.
baru arini dapat tau psal pembunuhan ni.
kejam.
semoge rohnya dicucuri rahmat.
amiin.
al-Fatihah.
al-fatihah... well i've already know about this...but just recently baru tau...this lady yang kena bunuh is my faculty buddies punya mum...tapi masih tak dapat any info sepenuhnya... mungkin balik ke fact nanti baru tau... btw..condolance to their family...
Post a Comment