kenapa aku menulis?
pertama kali menulis puisi, ketika terjumpa kertas yang ditaip bunda, penuh dengan bahasa2 puitis tentang kehidupan; aku temukan beberapa bulan selepas jasadnya ditelan bumi.
pertama kali menulis cerita pendek, adalah ketika aku bikin transformasi buku log panjang yang dikhaskan untuk laporan sains tingkatan 2 menjadi ruang meluah fiksyen di kepala.
pertama kali menulis blog, adalah di waktu aku melihat missaoki menulis di jurnal tentang hidupnya; mudah dan tidak kompleks. sesuatu yang aku perlukan, yang aku perlu tagihkan, untuk membawa aku lari dari realiti.
aku cipta realiti dari subjektiviti.
untuk manusia realiti, kalau ditanya, aku kenalkan diri sebagai mawar, melur atau juwita. (percayalah. aku tidak ada hendak bohong2 di sini. haha)
dari livejournal dengan nama pseudo seperti bleedingbitch, fallenangel ke nottiewabbit.
nama yang telah puas aku sembunyikan dari dahulu (perhatikan transisi nama online aku yang berdaftar -- sangat melambangkan juvenil jiwa aku. *gelak besar*)
tapi syukur juga, kerana sementelah aku harung hiruk-pikuk ranjau jalang hidup, aku sedikit2 nampak siapa aku, hingga aku jumpakan kekuatan menulis atas nama sendiri di ruang blogger. dan tidak pedulilah siapa aku di mata kamu, tapi aku mula lihatkan hak ini:
aku fynnjamal.
aku tidak minta dihormatkan, dijulangkan. heck. aku tidak pernah ke page siapa2 dan memberi iklan "hai, mari link saya", atau "komen mi bek". aku juga tidak reti untuk pergi ke rumah sesiapa untuk memberi pendapat kejam. aku lebih selesa berdiam dan membaca. melainkan pada sueannajoe dan ladynoe, dan sekali-sekala pada teman2 yang minta jawapan. kerana aku kirakan, mereka sebenarnya pendengar yang hebat. kalau pun tidak setuju, mereka bukan manusia air dalam minyak panas. mereka beri hujah sendiri, dan aku dengarkan. proses diulang2 di situ.
debat dengan aman.
kerana kita ada akal.
dan setiap manusia ada pendapat sendiri.
aku suka mengulas, ini bukan dusta, kerana aku memang emak2 yang di dapur membebel tentang isu2 semasa. tapi aku membising di rumah sendiri, dengan tidak sedikit pun mendedahkan siapa mereka (kecuali kalau memang perlu diwar-warkan atas dasar fardhu kifayah).
maka di sini, aku ulang sekali lagi. aku tidak minta kau hormatkan. dan aku menulis bukan atas rating peminat.
sahabat, kalaulah benar aku ini seorang selebriti internet (meminjam terma ladynoe), sebaiknya aku ikut sekali kempen nuffnang. kalaulah benar aku menulis hanya yang mahu didengar orang, kerana takut kehilangan peminat, pasti tulisan aku akan ada corak polarnya.
respon ini akan berbunyi klise, tapi,
aku menulis bukan kerana nama.
cuma mungkin rezeki aku yang pada tulisannya ada kait sama sesiapa. nan pada sejajaran itu, mereka rasakan mahu terus bersama aku, mendengar kalau2 ada lagi di lain masa, ada kemungkinan untuk linear lagi. ada juga, yang terus membaca atas logik mula hidupku seiras hidup mereka, maka diharapkan berpenghujung seperti aku, yang akhirnya menemukan rasa aman di dalam jiwa.
soalan aku di sini adalah untuk engkau, yang kononnya dahulu peminat seorang aku, dan kini sudah hilang hormat pada aku.
"maaf kerana mengecewakan. tapi inilah aku"
balik2 isu tudung. asyik2 isu tudung. kau bising2kan aku menulis hal2 akhirat lewat ini, sedangkan di entri2 dahulu terpampang jahilnya aku yang terlalu kau jelekkan. kau riuhkan keinginan aku untuk membisik perubahan dan kau banding2kan aku yang hingar dengan dunia cacar aku dulu yang terlalu kau gelikan.
haruskah aku buang entri2 aku dahulu semata2 hendak mendapat kreditasi dari kamu, wahai kawan?
untuk apa...?
kepuasan siapa?
kehendak siapa?
aku menulis sebagai peringatan diri sendiri. untuk aku kenangkan yang di suatu masa dahulu, itu aku. yang jatuh bangun tidak berpelampung. yang menolak apungan semudah zikir demi ketidakmampuan menjauh dari hanyut.
puisitepijalan bukan untuk sesiapa secara prioritinya.
tapi untuk nur affina yanti binti jamalludin, secara ekslusifnya.
dan insyaAllah, untuk cahaya permata ayahbundanya.
ya. benar.
aku tidak akan malu sama anak2 dengan siapa diri aku.
"ini bunda dahulu?"
tapi aku tidak hendak malu kalau aku ditanya mereka:
"dari dahulu bunda begitu?"
aku harap kamu reti untuk faham bila dua komen yang sama tentang hilangnya hormat engkau pada aku itu tidak aku kemukakan. aku harap engkau nampakkan entri khas ini aku canangkan kerana aku benar2 ikhlas andai ada yang tidak berminat lagi membaca puisitepijalan.
ini rumah aku.
dan tidak, tonasi entri ini langsung tidak menengking.
maka ia bukan terjana dari kemarahan.
ini tulisan aku tentang kenapa aku menulis.
jelas, jawabnya, kerana memberi ingat untukku sendiri.
12 comments:
sis fynn u mmg artis internet!!
happy writing
kak fynn.. nak ur maybank acc no.. buku merah
kak fynn teruskan menulis..;DD
fynn,
u have a gift,that not all have..
u have a gift that can transform what u feel,into writing..
those writing,eventually can help other people too..
please dont stop writing..
:)
saya x pernah akan berhenti untuk membca disini.
teruskan kak.
biasa, yang berblog untuk diri sendiri, bukan untuk mencari popularity, blog nya dibaca ramai orang. mungkin atas keikhlasan penulisan itu sendiri yang datang dari hati.
dan mungkin kerana itu saya "ter"melekat di sini? =)
keep on writing. :)
sister, teruskan.
mmg kamu kak kiah, mmg kamu pah bedah.
tp suara nasihat kamu tidak pernah sia-sia. hati manusia tidak semua dpt dipuaskan, like u said people are sooo unique.
happy writing :)
fynn, teruskan menulis.
aku selalu pesan pada kawan2 utk bina seramai mungkin kawan2 yg jujur utk kongsi, debat, kritik, kutuk atau puji kita...sebab mereka inilah jadi cermin kita tanpa perlu kita terasa sangat2 dgn mereka..
aku suka singgah blog kau dan akan terus singgah :)
agaknya semua nak jadi macam sis kan.?
tapi hanya seorang saja fynn jamal..
dan xkan hilang selagi x di mamah bumi tuhan.
and sis...
tulisan sis sedikt sebanyak tlah ubah perangai saya...
pelik kan..?
tulisan sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan kita.
*maaf... sedikit bingung,kesan ubat.*
kak fynn,
teringat masa first time jumpa k.fynn adalah masa minggu orientation for benl (cant remember what it was called) nad you were the faci my group. i was ,like, wow! cool nye kakak ni, nak jadi mcm dia la..
until now pun i still wanna be like you because for whatever you did in the past or future, you make a really interesting person to be with. because its ur heart (goodness) that counts.
teruskan menulis sis, kerana dgn menulis psikologi dirimu akan lebih stabil walaupun dikata pelik2. kerana kekuatan diri ka fyn dgn menulis. jadi bina kekuatan itu dan jgn biarkan ia luluh.
~berubah itu bukan satu anjakan, tpi satu pedoman dimana semua org perlukan. anjakan demi anjakan hanya menjauhkan, tpi dgn pedoman, kita semakin dkt dgn tuhan.
Post a Comment