Wednesday, December 10, 2008

dia abang aku.

semuak mana kalian bacakan ini,
terpaksa juga aku mulakan entri dengan:

aku rasa, rahmat yang paling indah tuhan pernah beri pada aku adalah tri.

op. op. op.

sebelum kau hela nafas panjang mensiginifikasikan rimas, biar aku jelaskan. rasa agung itu, selain dari apa yang aku dapatkan untuk diri aku sendiri, memberi tempias pada manusia2 di sekeliling aku. ini bukan entri ttg tri atau kegamatan hidup bersamanya.

ini mengenai manusia yang terkena tempiasnya.

iaitu, yang paling lencun,
along.

hari ini, aku hendak berbual ttg lelaki itu.

sejak kecil, aku dan along bukan lagi seperti anjing dan kucing, tapi bagai petrol sama gas metana. yang perlu ada cuma pemetik api. dan sejujurnya, untuk memerciknya tidak susah. cukup kerana berebut air minum, atau permainan yang kool yang sangat dimahukan, atau permainan yang langsung tidak best tapi tetap dimahukan semata kerana dengki.

aku benci along.
dia benci semua orang.
konon2 rebel.
aku makin benci sama dia.

begitu benci, sehingga di masa semua orang menyokong tulang belakangnya ketika dia berdikit2 hendak berubah, aku duduk memeluk tubuh sendiri dengan penuh skeptikal.

mesti keluar bunyi dari bibir aku:
"eleh. kejap je tu"
"ah, bukan dia pernah peduli"
"haram aku tidak makan helah engkau"

aku, kalau sudah benci.
dendam aku jauh lebih mahal dari harga rendah dirinya.
astaghfirullah.

*diam*

bukannya aku tidak nampak betapa keras dia berusaha untuk berusaha.
bukannya aku kejam begitu sekali sehingga sanggup menjadi angkuh sebegitu rupa.
bukannya aku sengaja pejam mata.

tapi mungkin kerana aku terlalu kenal dirinya.
atau sekurang2nya itulah yang aku rasa.

walhal sebenarnya,
yang tidak ada org tahu adalah ini:
aku terlalu kasih sama dia.

*airmata mengalir*

apalah sangat yang dihadap pada aku beberapa tahun semasa kecil itu, setiap kejamnya itu. bila aku fikirkan dengan kewarasan sekarang, sebenarnya, langsung tidak setimpal sama kesumat yang aku peram untuknya sejak dahulu.

dia masih kepala anak2 waktu dia jahanamkan jiwa aku.
adilkah untuk seorang yang sudah berakal, untuk aku teruskan amarah ini atas dia itu?

dan lebih mengharukan, tidak pernah sekali pun lewat beberapa tahun ini, semenjak dia kembali ke pangkuan keluarga, yang tidak dia mengalah pada aku. sentiasa, bagaimana keras pun aku padanya, pasti akan dilembutkan.

pernah,
dia bilang sama aku:
"lu ni macam abah. keras gila. tapi kalah dengan satu benda je: org berlembut"

betul.
sangat betul.

aku paling lemah kalau org berlembut sama aku.
orang mengalah sama aku.
orang main gentle sama aku.

dari marah paling langit, aku bisa berikan awan terus.

dem.
demyu along.

tapi aku masih sentiasa berlakon keras padanya bila di hadapan orang. aku tidak mahu ternampakkan yang aku ini sudah goyah prinsip2nya.

salah satu prinsip itu adalah:
jangan sekali2 kurang ajar sama abah aku.

silap besar,
dia pernah langgar prinsip itu suatu masa dahulu.
suatu masa dahulu.
zaman tok kaduk.

aku ingat lagi, dia bergaduh sama abah, sekali itu. nan kebetulan minggu itu aku lari dari asrama sebentar.

malam itu,
abah sudah tinggi suaranya pada along.
along pula terus tinggalkan abah yang sedang menahan sabarnya.
dasar kurang ajar.

dia naik ke atas, pada aku yang sedang menonton.
sound of music. aku takkan lupa filemnya.
dia tanya pada aku, sedang tonton apa.

aku buat muka sial.
tidak langsung sudi memandangnya.
persis layanannya pada abah sebentar tadinya.

along tinggi suara pada aku.
panggil aku kurang ajar.
persis herdikan dalam hati aku padanya.

abah naik ke ruang aku dan along berada.
abah tengking aku biadap kerana tidak menghormati org tua.
bagi dia, orang tua mesti dihormatkan.
siapa pun.
bagaimana pun.

along hentam pintu.
abah terus masuk bilik.
aku rasa mahu pecahkan peti tv.

kalaulah ada seseorang yang bernama bunda.

*mata bergenang*
*diam*

zaman gelap betul.
heh.

*senyum*

tapi sekian lama melihat along bertungkus-lumus mengambil hati abah, aku jadi sejuk juga. cuma di hadapan saudara2, aku akan bermain muka tidak peduli. penegak kebenaran dalam rumahtangga la konon. penuh prinsip. cakap berapi.

kejadah.
haha.

*senyum lebih lebar*

sejak aku hidup bersama tri, mata aku bagai dikopek2 untuk terus terbuka.

tri dan adik2nya buat aku sedar, harta paling indah adalah keluarga. kalau dulu, definasi keluarga hanyalah merangkumkan abah, mak, ibu, achik dan adik, sekarang istilah 'keluarga' bagi aku, sudah ada dia.

*diam*

paling aku suka, sekarang dia suka cium pipi aku, peluk kuat aku, gosok kepala aku, tanya makan minum aku, mengada2 sama aku. sedangkan dahulu, dia malu hendak mengaku aku ini adiknya.

hidup aku sangat lengkap sekarang.

bergaduh tetap ada. bohonglah kalau terus sempurna. sama dia, sama achik, sama nani. semua ada bahagiannya.

tapi aku ada along yang paling best, dengan dua orang adik yang paling kelakar dalam dunia. sepahit mana mereka itu, aku tak mungkin akan tukar-gantikan sama sesiapa.

hari ini, mari sms adik-beradik kita dan tanyakan khabar.

:)

27 comments:

zoora qushairi said...

tiap kali baca entri kak fynn. hati jadi sayu....
n rasa tenang.....

*me dah sms my along n angah! ;).
chenta sama family n hubby!wink2!

uni.uni said...

kak fynn..
saya sedang tersenyum manis setelah bace entri anda kali ni..

teringat zaman tok kaduk ku juga..

=)

Doly John said...

fyn, aku selalu teringin mempunyai seorang abang..
bagi aku yang mempunyai 7 orang kakak amat memeningkan kepala..
perempuan yang setiapnya berkarekter berbeza-beza..
dengan satu hala tuju - supaya aku tidak menjadi aku..
haih..nak abang jugak..
mungkin perasaannya akan lain..

Sarah said...

hmmm..
sarah pun akan bepisah dgn adik2 xlama lg.
terima kasih utk entri yg
mengingatkan sarah
utk bergembira dgn adik2 sementara masih punya waktu.
:)

kak fynn memang terbaek!!
syg kak fynn

Anonymous said...

saye dgn adik lelaki saye pn mcm tuh... paling marah, paling menyampah dgn dierk. tak pernah buat org senang, tatau la bile dierk nk berlembut,
hmm... sakit sgt hati biler begado same dierk...

Anonymous said...

kenapa
setiap kali baca entri kamu
air mata ini akan mengalir?
eheh.

Anonymous said...

entri yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya keluarga..

dan di dalam dunia ini, tiada apa yang dapat menggantikan mereka..

dina said...

air dicincang takkan putus...

Amak said...

fynn, aku nak komen. Tapi tak terlisan.

Aku komen dalam hati ya. Semuanya baik baik aja.

=)

Anonymous said...

ikatan adik-beradik tu kebal kan.

walau macam mana bencinye kita pada diaorang (satu masa dulu), bila besar nanti akan berbaik balik.

merekalah kawan baik, yang terbaik.

Anonymous said...

haha. cute lahhh.
semoga kita semua happy ngan adik badik kita.
:)

benazirjb said...

=)
btl tu kak fynn, cuma keluarga lah yg boleh dipercayai dan boleh kita harapkan, tanpa keluarga siapalah kita.. semoga kak fynn akan sentiasa bahagia di sisi keluarga tersayang..

gadishebat. said...

hehe.comel je.

manusia yg nmpk plg keras kt luar,adalah org yg plg lembut.hati plg mudah tersentuh.tp dorang nk buktikan yg dorang cukup kuat n xmudah mengalah depan mata orang lain.

perangai manusia mcm kita ni same je.berkeras kerana mase lepas.berdendam melebihi apa sesorg tu pernah buat dulu.

tp kalau kena dgn cara layanan,kita lah selebur-lebur besi.

Anonymous said...

nak cium pipi kakak jugak..

:)

kaSih.CinTa.GadiS said...

fyn..cerita kau sama dgn aku
alang aku dlu cukup benci sama aku
pantang dia lihat aku duduk
ditendangnya aku
pantang dia lihat aku senyum
usaha dia agar aku menangis
semahu2nya
itu yg paling bahagia untuknya
kerana pada dia
aku penyibuk!
dia dh sah ank bongsu
namun 9thn kemudian
lahirnya aku jadi adiknya
aku ingat lagi saat ummi tunaikan haji,
aku m'hitung hari di kalendar menanti kepulangan ummi,
sbb aku xmampu menanggung siksa alang aku...
tp...aku xtau apa dh jadik
umur aku 16 alang begitu baik sama aku
smpai skg,dia abang aku paling cool
paling memahami aku
pada dia aku mengadu segala2nya
tentang cinta,hidup,segala2nya
benar..hikmah Allah mmg xt'duga akal kita
benar..air dicincang xkan putus
kalau x,masakan di padang masyar nanti, kita berpimpinan tgn bersama ahli keluarga kita
bukan kawan kita walau sebaik mana dia
kan..kan?? =)

Anonymous said...

kite baru begadoh dengan semua ahli kuarge.


sangat betol apa kakak tulis ini.

izt said...

kak fynn. semoga sentiasa cmtu ngn member2 family.kuat mana pun kaki dia dok sepak terajang kita, kaki tu jugak la (psiko?biarla) yang kita terkenang bila kita keseorangan.
:)

saya anak sulung.xdak abang mahupun kakak.sangat dambakan kehadiran seorang abang.tapi saya ada adik2. dan setiap sorang daripada mereka adalah kebanggaan saya.

Anonymous said...

saya bertuah mempunyai dua org abg yang sangat rapat.pegi tgk wayang sama, makan sama, keluar pun mau peluk2 juga.

gaduh macam mana pun mesti kembali bersama semula.

tapi saya selalu tak suka teman wanita abang saya.yang sorang dah kawin, tak jadi masalahlah.

yang seorang lagi tu. GF pertama dia, sangat saya benci sebab dia kawan saya. saya benci sebab saya tau dia slut.dan buat saya dan abg gaduh sampai sebulan, tak bertegur sapa.

sekarang dah ok.cuma sekarang saya benci dengan GF dia lagi sebab konon kaya dan pandang rendah kami miskin.

saya kesian kat abg sebab dia dah cinta itu org. dan perempuan itu sgt saya benci tapi saya syg abg saya.

haih. camne lah kak fynn??

dia tetap abg saya.

Anonymous said...

=)
i wish i cud feel like how u feel now towards ur along to my siblings,kakak..

Anonymous said...

patotlahh adek aku siapp call aku terus arini out of the blue :))

dialicious said...

jap out of topic.fyn ni yg ade dlm siri hoppers&ahli muzik tu ker?saye tgk last week.tp x paham cite ape tu.realiti or lakonan semata2?rmbt u panjang time tu.Tp xbaper clear coz camera tu mcm laju2 sgt&gegar.nway,if dats really u,sgtlah comel awak ni.sampai adik kecikku pun ckp benci kat pempuan tu sbb comel&kurus!hhehe

Anonymous said...

baru maghrib semalam saya marah kan along. malamnya lawat blog akak, ada entry ini.

mmg kdg2 marah gila sama along/adik(kami hanya bertiga, semua perempuan) mahu pun sekecil2 sebab. tapi di akhirny, mereka tetap insan plg saya syg, plg saya perlu.

alhamdullilah, kami masih tgl sebumbung. walaupun along masih kuliah di perlis. tiap kali blk, kami pasti mahu tidur sekatil.

saya sama adik, kalau keluar tapi along takde, kalau makan/minum apa yang belum dia rasa, kalau, beli apa yang dia xdpt beli, kalau kami punya apa yang dia tak punya, pasti kami rasa bersalah kerana tak tunggu dia.

antara along dgn adik, mungkin saya lebih rapat dengan adik sbb along dr form4 sbp di muar, matrix jauh di changloon, skrg uni jauh di perlis. tapi bila dia takde, saya rasa kdg2 mcm hilang arah. xtau nk buat apa.

teringat minggu lps, adik mengkut jiran pergi ke rumahnya di sg buloh. tgl saya sama along di rumah. tiap2 malam kami mengeluh, 'bila dik nak blk, bosan'
mmg, kami bosan kalau dia tak ada. dia bongsu, dia manja, dia juga adik plg cool sedunia.

*menangis*
*diam*

blood is thicker than water, kan? haha. semua tulis air dincincang takkan putus, mahu tukar bahasa pula.

sarahmeay.snm said...

salam. kak fynn. entri ni sayat juga hati saya. saya punya seorang along juga, cuma dia perempuan, juga seorang anak angkat yang tak diketahuinya mungkin. dulu, sebelum sakit, ya Allah, bencinya pada dia. apa sahaja yang diminta, dapat. cakap, bilang apa saja. pasti abah atau mama atau ibu atau ayah berikan. setiap kali hari jadinya, minta lah apa sahaja, akan ditunaikan. cemburu. ya, sangat cemburu. masakan tidak, saya ini anak kandung, tetapi bagai di anak tirikan, itu perasaan saya time tu. dah lah dia itu keanakkan perangainya, sehingga sekarang, sudah 22 tahun umurnya. masih begitu. masih sama. tapi saya dah tak bencikan dia. sebab saya sedar siapa saya dan siapa dia. saya tahu kasih sayang ibu bapa kita sama rata, tiada berbelah. saya tahu itu. juga jutaan makasih buat akak atas entri2 akak dan lagu2 akak yang banyak bukakan mata saya. saya sayang akak cam family sudah.

sh. nurmeaysarrah.

reez said...

:)
Bila dah besar baru kita akan lebih sayang adik beradik kan?

kalau kecik gaduh sampai gila...


bila dah besar they're the bestest friends yg ada n for u to count on.

Anonymous said...

kepuasan yg tak terungkap.
sama la perasaannya, bila kami 6 bradik berjaya berkumpul bersama sepanjang minggu ini, terutamanya pada aidiladha di rumah pakcik di cheras.

dgr nada ceria ibu dan ayah nun jauh di china krn sdg terima rawatan sakitnya, bila mendengar kami 6 bradik kumpul sama walaupun tanpa mereka berdua.

seharusnya terima kasih kpd abg dan akak kami yg bersungguh pastikan kebajikan adik2 kecilnya terbela.

Anonymous said...

adik saya yg lelaki tu(anak lelaki tunggal dalam keluarga) missing in action.kunun rebel gile.haihhh

Anonymous said...

aku ngak pernah rasa punya abang..
dan aku ngak pernah rasa punya kakak..
dan aku ngak pernah rasa kasih sayang seorang adik..
kerna aku ngak bisa tunjuk kasih sayang aku padanya..
padahal aku kasih bangat sama adek ku~

kalau lah kakak fyn tau apa yang terjadi..bisa ngak kakak jadi kakak ku?
sekadar..bertanya..kerna aku lagi butuh teman bicara.