Friday, August 29, 2008

warghh!

kepada hatiindah88.

ada. memang saya akan dirikan video kamera pada hari nikah itu nanti. tapi, untuk diupload dan dipampang ke serata manusia secara online, saya rasa, sudah tentu dan pasti akan ada suara kejam hingar mengata2 "mahu menunjuk", "tak boleh tengok orang lebih", "bongkak sangat", seumpamanya.

entahlah.
tengoklah macammana.

tapi macam tak pernah pula dibuat orang video ditonton online.
gile kelakar.

saya tak rasa anda mahu lihat muka saya terpisat2 tersengih2 sebagai mempelai, kan?

*diam*

wahahahahaahahahaha.
gila weird melihat fynnjamal diam.

__________________


dari pagi tadi sudah bangkit. sekali dengan abang dan adik aku, kami memunggah perabot ke sana ke mari. bergelak ketawa sana dan sini.

tidak pernah, selama ini.
yang sejujur ini.

*senyum*

sudah mula merasa bahagia berkeluarga. kelmarin along borak2 sama aku. aku beri bobby (untuk yang tidak tahu, bobby itu ular kesayangan aku) padanya. kerana keluarga mertua tidak berapa berani sama bobby aku itu.

:)

aku kata: "for the most wonderful brother in the whole planet"
dia bilang: "no, i'm not"
aku sebak. lalu membalas: "yes, you are"

dia tidak respon terus.

aku sudah lupakan zaman pahit aku sama dia. di masa2 aku sentiasa dibuli dan dipukulnya kerana baran dan panas kepala. di waktu dia gemar menghancurkan hati ayahanda, memperonyok jiwa arwah bonda.

dia sudah lama berubah.
cuma aku yang tidak mahu maafkan.
dan melupakan.

*diam*

semalam achik belanja door gift untuk tetamu majlis nikah. airmata aku mengalir perlahan. bukan aku tidak mampu, tapi aku rasa agak membazir kalau setakat diberi dan dibiarkan setelah dua tiga hari.

tp achik itu manusia yang begitu gemar sama adat dan resam. maka aku biarkan. hmm... besar sekali hikmah pernikahan aku ini.

keluarga aku kembali rapat
keluarga fitri semakin erat

*senyum*

terima kasih, tuhan, atas akal yang baru ini. seolah otak aku telah di reboot. dan aku adalah manusia baru.

ish. lusa merdeka la!!!
rumah tak siap lagi!!!!!

aaaaaaaarghrghhrgrhrghgrhrhggghhhh!!!

30 comments:

Anonymous said...

waahh...
semakin hampir..!!!

-cha-

chik Star said...

tumpang gembira juga.
saye pon maw tgk videonya.
:)

obor obor said...

kak fynn, smoge bahagia hingga akhirnya...

emme~ said...

sissy..

kamu mau tau somethin..?
kamu yg mahu dinikahkn..

aku pula terasa cuaknye..

hakhak

merDAYka...!
=)

n a t a s h a said...

lol. cumel je.

SYFNS said...

kak fynn, semoga berbahagia. jgn berhenti berpuisi ya! :)

wan chik said...

hurm...
sy gembira bl awk gembira fynn...
:))


[snyap2 bace blog kamoo]

hatrikirana said...

wah! bahagianyer...
biarlah aper org nak kata fynn...

*sbb aku pon x sbr nk tgok fynn terpisat2 menanti wira gagahnya mengucup dahimu fynn*

wahahahahhaha... napa aku pon terasa bahagia sgt baca novel hidup ko ni fynn pon aku x tau...

speechless!

IY.LEEYA said...

:D happy happy happy. alhamdulillah :) kak! bobby mesti dah besar gilaa! nnt bobby kena duduk dgn kakfynn la masa baca nikah hehehee :p leeya setuju jgk buat video utk kami tonton! nak nak nak!! go kakfynn!

misshetrek said...

kalo xnk post video.
gmbr pun jadilaa.
asalkan kami2 ni dpt tgk kebahagiaan kfynn.
tringin nak tgk kfynn di sisi tri.
lg 2 hari kfynn!

insyaALLAH semua nya bjln lancar..
:)

nota.kematian said...

senyum lebar lebar
untuk kamu,
untuk kita,
untuk mereka,
untuk semua,
seperti selalu.

Hanafiah Ghazali said...

indah.

Anonymous said...

kamu buatkan kami yang bujang2 nak kahwin juga.

ahaks.

-izza

tri said...

woooooooooo!!!

jangan!!! gile cuak! doa qunut tak hafal lg ni! kalo nak amik video, shoot muka awak je la.. saya segan. confirm berpeluh ketiak pegang tangan tok kadi.

kalo nak jugak, cari tok kadi pompuan. hehe..

hatrikirana said...

tiada apa yg istimewa untuk aku hadiahkan pada kau fynn sebagai tanda tahniah pada hari pernikahan kau nnti. jadi aku dah membuat keputusan, aku hadiahkan puisi karangan khalil gibran ini. mungkin hadiah ini tidaklah semewah yang kau sangkakan dari peminat novel hidup kau ni, tapi puisi ini hadiah ikhlas dari aku. aku berharap kau dapat menerimanya dengan seadanya.
...................................

Pandangan Pertama ~ Khalil Gibran;

Itulah saat yang memisahkan aroma kehidupan dari kesedarannya.
Itulah percikan api pertama yang menyalakan wilayah-wilayah jiwa.
Itulah nada magis pertama yang dipetik dari dawai-dawai perak hati manusia.
Itulah saat sekilas yang menyampaikan pada telinga jiwa tentang risalah hari-hari yang telah berlalu dan mengungkapkan karya kesedaran yang dilakukan malam, menjadikan mata jernih melihat kenikmatan di dunia dan menjadikan misteri-misteri keabadian di dunia ini hadir.

Itulah benih yang ditaburan oleh Ishtar, dewi cinta, dari suatu tempat yang tinggi.
Mata mereka menaburkan benih di dalam ladang hati, perasaan memeliharanya, dan jiwa membawanya kepada buah-buahan.
Pandangan pertama kekasih adalah seperti roh yang bergerak di permukaan air mengalir menuju syurga dan bumi. Pandangan pertama dari sahabat kehidupan menggemakan kata-kata Tuhan, “Jadilah, maka terjadilah ia”

~ Khalil Gibran

:) ini senyum aku nanti di hari bahagiamu. tahniah!

alia detsiwt said...

fynn,

its been quite awhile since i last dropped by. i'm so really genuinely happy for you... its always beautiful to know that someone appreciates life, and i used to come here to read about the deepness of that. you give words to things that otherwise are just feelings or happenings. even i've never really had the chance to say hey to you physically, i feel like i've known you for years...

untung siapa yang kenal fynn. sucha a beautiful soul... i'm sure you'll make a beautiful wife and i pray that you'll make a super mom as well.

take care darling. if sydney is part of the honeymoon plan, let me know so there'll be a wedding gift for you.

*hugs!*

jangandekatiaku said...

congrats fynn.
slmt menempuh alam berkeluarga.
terus melahirkan generasi yg akan datang.

;)

farah rosni said...

sgt gembira melihat kamu gembira. moga bahagia terus bersamamu.

adinda anne said...

tersenyum sendiri ketika membaca entri ini.
terasa sekali bahagianya.
untuk along yg telah berubah,
achik yg memberi demi kakak tersayang.
rasa bahagia itu dimana-mana.

semoga bahagia,sampai bila² :)
selalu beroda yg baik baik buat kamu kakak.

ps : saya mau video kakak!pedulikan kata orang :D

Suka Bebel said...

Tahniah Fynn! jangan gusarkan kata kata orang.Semoga bahagia. Slamat menempuh alam rumahtangga

ochacha said...

kak fynn..
senyumlah seindah buleh
ini hari penting
ini hari bahagia
sy doakan ianya berjalan sempurna
tumpang gembira juge...
saat manis harus dinikmati

n u r i d r i n said...

hari ini sudah datang..
tahniah kak fynn!
dan selamat mula berpuasa esok..
=)

mollyjinxed said...

congratulations on your wedding!!
jgn lupa post gambar plis!

selamat berpuasa juga!! to u n tri!
all the best!

yana said...

congrats kakfynn! may u'll always happy with ur new life!

aainachentak said...

tahniah ya kak fynn..
muga bahagia bersama sang kekaseh!
dia tercipta utk bahagiamu.

alip said...

selamat pengantin baru kak!

Amira Zafirah said...

heeeeeeee. *dub dab dub dab :D

atiqahidayu said...

fynn,

selamat berumah tangga.
selamat bahagia.
selamat semua.
sampai akhir.

insya ALLAH =)

weirdwEEda said...

patutnya arini dah lepas pun fynn hehehe mcm mana la agaknya kenuri fynn kan

cikyin said...

semoga semuanya selamat dan lancar.
smoga kekal bahgia hendaknya.

biarpun tidak kenal korang berdua, tp rsa sgt dekat bila baca cerita fynn.
sgt bahgia utk kamu berdua.