Wednesday, August 27, 2008

semula dilahirkan.

sudah dua puluh enam tahun menongkah hidup dengan nyawa yang sekejap tebal sekejap nipis.

bukan malaikat terpilih, apatah lagi diangkat menjadi kekasih.
tetap, tuhan ini yang terindah dan mengasihkan aku.

bukan juga insan hebat, tertulis lama aku ini biasa, sudah tersirat.
tetap, ada juga taulan megah menjunjung tumit aku.

bukan langsung roh agung, jauh sekali terjaga terlindung.
tetap, sang pecinta wujud memberi daun menangkis ribut biru.

kesederhanaan.

silap selama ini:
terlalu mencari yang terpilih, yang terhebat, yang teragung.
silap, kerana seharusnya ada frasa yang disambungkan di tiga2 peribadi itu.

yang terpilih di setara aku.
yang terhebat di mata aku.
yang teragung dipuja aku.

kerana sempurna di pandangan mereka, ada mungkin tidak di penglihatan aku.
cantik di perasaan aku, ada mungkin tidak di jiwa mereka.

kan?

terasa ini kelahiran baru.
*senyum*

aku rasa, aku telah jumpa ubat ketenangan. yang aku cari sejak kecil dulu.
mahu tahu?

*senyum*

satu: lupakan semua.
dua: cinta keluarga.

sekarang kamu tidak akan percaya.
nanti langkah ke dunia sini, baru tahu.

*kenyit*

oh, life is pretty cool.

18 comments:

dot said...

hee. terasa aura2 bahagia! congrates again kakak.

*sy selalu ulang2 ckp dgn bf and member2, "waa miss fynn nak kawen daa. bes nya!"

:)

Anonymous said...

selamat menyambut ulang tahun! pastinya hadiah yg paling bermakna adalah pada 31hb ogos nanti..

;)

semoga dipanjangkan usia, dikurniakan rahmatNya.

amin.

-izza

aisyahuseinrais said...

betul kakak! saya percaya ini! baguslah kalau kakak sudah dapat ubat ketenangan, seperti saya yang juga pernah hilang jiwa dulu. =D

pssstt:kak, nak datang bilik boleh? nak ucap tahniah jadi milik itu tri. =D

bulan. said...

benar.life sucks too.tp kadang2 itulah yg mengajar kita utk sabar semua ini.

Farah Syahieda said...

hey babe..menanti hari ye...hari yang baru...fasa yang baru dlm hidup..status yang baru..huhu..SELAMAT PENGANTIN BARU FYNN..moga kelahiran baru ini jauh lebih baik hendaknya...

hatrikirana said...

aku pon trut sama *terkenyit*
moga kamu bahagia selalu
kamu berhak untuk berbahagia

Pourpres~ said...

nak langkah ke situ juga!

pencinta kenangan/ said...

kakak.

kamu memang betol bahagia.
:)

obor obor said...

i'll pray for your happiness,beloved kakak...

Nasrul Hakim said...

slamat hari lahir fynn.

Nasrul Hakim said...

slamat hari lahir fynn.

Nasrul Hakim said...

slamat hari lahir fynn.
smoge dimurahkan rezeki :)

Nasrul Hakim said...

slamat hari lahir fynn.
smoge dimurahkan rezeki :)

Nasrul Hakim said...

slamat hari lahir fynn.
smoge dimurahkan rezeki :)

Nasrul Hakim said...

slamat hari lahir fynn.
smoge dimurahkan rezeki :)

msYuz said...

Alhamdulillah.
tahniah utk usia baru.
tahniah utk hidup yg bakal bermula.

Amin Ya Rabbal A'lamin..

tri said...

uk uwwwwwww! (salakkan syafiq)

Suka Bebel said...

sempurna? setiap kita punya definisi sendiri. mungkinkah perjalanan hidup kita menuju/mencari kesempurnaan? entah?hehe