Saturday, August 23, 2008

seminggu lagi.

maknanya:

katalah yang hak walau sesungguhnya pahit.

akan tapinya sekarang ini, tiadalah wujud apa-apa hak
melainkan pendustaan
seperti kamu wahai pendusta.

tiada apa.
di suatu hari itu,
Dia itu Allah
yang membenarkan setiap apa yang sepatutnya.

terima kasih wahai kekasih wahai tuhan aku,
kepercayaan aku dan pensaksian aku
untuk kamu.

usah bersedih.
dan usah menangis.

sesungguhnya Allah di antara kita.

_________________

sudah. tutup buku itu.
tamatkan kisah2 dulu.

senyum dan bangkit.
seolah dilahirkan baru.

:)

sahabat2 puisitepijalan, 31hb ini saya akan bernikah dengan seorang lelaki yang baru saya kenali. doakan pilihan ini terbaik untuk saya. doakan saya mampu untuk menimang cahayamata. doakan saya bisa menjadi yang lebih baik, yang lebih matang jiwanya, kalaupun tidak di luarannya.

terasa baru sahaja bermain2 cinta dari sekolah sampai awal tahun ini dulu.

di fikiran yang lebih tenang ini, aku kira, setiap itu yang tidak sempat membengkokkan aku telah menjadikan siapa aku di hari ini. dan tanpa kesakitan2 dulu2, tidak mungkin aku boleh segagah ini.

dan untuk itu, terima kasih tuhan.

puisitepijalan dibuka awal tahun lepas untuk menota seharian. tanpa aku canang wujudnya, tanpa aku war2 hidupnya.

atas takdir dan keizininan tuhan, ada kalian di sini menatap hari2. meski tidak menegur sapa, aku mahu ucap terima kasih kerana sudi meluang masa berada di sini.

untuk yang membaca kerana cinta,
untuk yang melihat untuk mencela.

31 ogos ini aku sudah bukan lagi anak2 biasa. seolah suara tuhan yang mengatakan perkahwinan membawa kita ke alam baru, aku mahu minta kalian bantu aku untuk semua itu.

lupakan masa silam aku.
lupakan perkara2 dulu.
lupakan kebodohan aku dulu.

maka usah ditanya2, ya, tentang dahulu kala?
*senyum*

cumanya aku tidak mahu membuang entri2 dulunya. kerana mungkin, cuma mungkin, ada harinya yang aku ini tidak ada lagi, dapatlah anak aku nanti membaca betapa tolol sang bundanya, betapa naifnya jiwa dia.

semoga aku ini kesilapan yang dibelajarkan.

jangan silap tafsirkan, aku ini sangat bahagia menanti hari. cuma rasa cemas kerana tidak tahu apa yang bakal dibentangkan tuhan buat seorang aku.

tuhan, aku berbaik sangka pada engkau, kekasih.
semoga aku semakin aman.

dan mau minta satu lagi,
untuk siapa yang tidak suka,

jangan tunggu di sini.
sila pergi.

ini tempat aku meluah jiwa.

31 comments:

n a t a s h a said...

barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr.

aamiiin.

Farah Syahieda said...

hey fynnn...
aku layan puisitepijalan ni sgt selalu..youtube nottiewabbit pon slalu..layaan beb!tp sikit pun aku tak mau sapa..hahah..ermm..tahniah di atas majlis pernikahan nnti..tiada ape yg terjadi tanpe sebabnye..moga yang terbaik selepas ini yea..

azie said...

salam kak fynn,

saya silent reader yang dah agak lama membaca blog ni. tahniah utk pernikahan kak fynn. saya doakan semuanya berjalan lancar, and please keep on writing:)

Suka Bebel said...

tahniah fynn. kusentiasa doakan yang terbaik utk kawan2. mmg kita tak penah sua muka tapi aku suka baca tulisan kau dan prinsip aku untuk bkawan sangat mudah, kau dah jadi kawan aku fynn. harap tulisan indah indah dari fynn tak henti sesudah nikah. moga dapat jadi isteri yang baik utk suami dan ibu terbaik untuk anak anak. yang dah blalu biar jadi teladan anak anak ok?

-allyza-

n u r i d r i n said...

kak fynn,
selamat menempuh alam baru..
selamat hadapi alam baru..
selamat bahagia selalu..
selamat punya keluarga baru..
selamat ketemu cinta yang diburu..
selamat semua..

firaqness said...

Salam

yeah. semoga bahagia hingga syurga..
may Allah bless u'r life.

firaqness said...

salam

yeah. semoga bahagia hingga syurga.
May Allah Bless u'r life..

e. said...

altho kite tak knal each other, tapi sy bace blog kak fynn mcm da knal lame. huu.. keep on writing,k. walau da beranak pinak dan bertongkat serte men kejar2 ngan cucu cicit, keep on writing! ;)

Sue Anna Joe said...

You will be so happy, I know. And prepare for the tears, tisu banyak-banyak, and make up waterproof okay!

Eee, I plak yang tak sabar.

Nurhartini A. Rahim said...

being a wife is such a wonderful feeling. it's like you just went through a reincarnation and you reunite with him that you saw from your previous life. you're pretty much unsure but you hold on to nonetheless despite the mixing feeling of total familiarity and strangeness.

and he welcomes you to the new life.

kak fynn, you'll understand this the moment his lips touch your forehead for the first time as a husband. it's BEAUTIFUL.

good luck. I CANNOT WAIT!

ezfar said...
This comment has been removed by the author.
abuyugen said...

ya... moga anda sentiasa terus mahu untuk menulis puisi walau anda bakal menyarungkan title seorang isteri... moga jodoh anda utuh dan kebal dari segala macam perkara yang buruk... dan doa saya moga anda berbahgia dan bersinar selamanya...

Farah Rosni, said...

saya tumpang gembira.

chik Star said...

thniah fynn.
sye doakan semue berjalan lancar.
insYaAllah.
:)

~ChEnTa~ said...

babe,
aku pembaca senyap blog ini.
Dua hari lepas aku bermimpi menjadi pengiring di hari pernikahan kau. Lucu bukan? Kerna mimpi itu buat aku ingin meninggalkan komen disini.
aku doakan kebahagiaan kau.
pedulikan mereka yang berhati najis.
aku juga tidak lama lagi akan menjadi isteri kepada manusia yang ku kenal kurang setahun.
Kisah kita hampir sama.
Sakit, jatuh, tersungkur, dipijak,hancur dan kini bangun kembali dengan semangat dan jiwa yang lebih kuat.
Semoga kau bahagia selamanya..
Aminn...

aisyahuseinrais said...

semoga bahagia selalu kak fynn. kita disini sentiasa doakan. walau kita tak pernah jumpa muka , mata tulisan disini cukup buat kita rasa sayang sama satu sama lain bukan? tuhan itu memang adil. sangat adil.

selamat nikah dan menempuh syurga! =D

msYuz said...

=)

*speechless.

jannatunnaem said...

sudah lama jadi silent reader fynn dan rasanya entry ini yang plg saya rasa layak utk komen.."selamat menjalani kehidupan br fynn"..:)

zamrudkalam said...

saya membaca kerana cinta.

Anonymous said...

semoga bab baru dalam idup kak fynn dipenuhi yang indah2 belaka.

saya harap kak fynn akan terus menulis karya-karya yg memberi ilham pada kami.

juga terima kasih kerana tidak memadam entri yang sebelum2 ini - ianya boleh dijadikan panduan, penenang hati untuk kami yang dilanda gusar.

saya berasa seronok, seperti saya pula yang mahu berkahwin dgn org yg saya sayang ekekek melihatkan perjalanan hidup kak fynn memberikan saya semangat untuk mencari ketenangan dan cinta ikhlas dari seorang yg bernama kekasih.

selamat berbahagia, hingga ke anak cucu. saya rasa zuriat kak fynn bertuah beribukan kak fynn. sudah pasti kamu akan menjadi ibu yang cool.

-izza

didi said...

kak fynn, didi tumpang gembira, tumpang bahagia.
kecapilah kegembiraan yang mendatang.
tahniah kak fynn.
nti kawin, jangan stop menulis sudeyh.
kami semua menanti cerita terbaru kakak :)

semoga berbahagia kak fynn
*terlebih excited*

:)

dot said...

oh. tahniah! xsabar nak dgr berita miss fynn jr, or mr tri junior. mesti comel!

Syah Saliman said...

mesti kak fynn cantik !

Darling Luna said...

selamat berbahagia kak fynn.
buangkan cerita cerita yang lama :)

shabella said...

kak, nak kawin kena enjoy. have fun. kahwin ni bukan selalu. hehe. insyallah, evrythings will be ok. :)

adinda anne said...

rasa teruja!
seronok sekali menatap dan membaca setiap bait kata di entri ini.
ada bahagia yg tak terhingga.

doa ini selalu mengiringi kak fynn seperti hari hari yg sebelumnya yg mana ketika tangis menjadi teman kakak.
dan kali ini mengiringi hari bahagia kakak pula :)
semoga kak fynn kuat menempuh hari² mendatang,ya?

sinaganaga said...

Ancala salji
Gugur mimoji
Bersatu dua hati!

Selamat Pengantin Baharu, Fynn! Yak yak yeahhhh!

l.i.f.e said...

tahniah
semoga selamat semuanya
berbahagialah kamu

cik puan daun said...

fynn... tahniah.. dan semoga berbahagia selalu.
Gembira bila melihat orang lain menuju bahagia. :)

weirdwEEda said...

selamat fynn...semoga semua selamat dan selamat pengantin baru juge hehe

hanizam said...

a'kum fynn...
lama tak dengar cerita..
congratulations...
really happy for you..
kahwin ni byk cabaran,
but trust me it's worth it..
Semoga berbahagia.