Monday, August 18, 2008

hujan, lebatlah lagi.

hujan kat luar.

teringat mandi dengan seluar dalam, sorang2, dengan periuk mak. main masak2. siap dapat bayangkan ada video kamera besar, dan pada lensa itu, aku panggilkan "ye, puan-puan".

selesai menggenyeh hampas kelapa yang aku minta dari dapur untuk diangan2kan, aku akan berdansa seorang dalam hujan. menyanyi lagu "i know you in once upon a dream" yang aku hafal sementelah menonton hari2 di pita video disney: sleeping beauty.

malam2nya akan datang dengan hawa yang sangat menggelegak, memberi sebab untuk aku demam terpaling tinggi, di setiap kalinya, kerana aku ini dicipta tuhan sebagai satu anak yang tidak setanding kuat dalamannya.

tapi hujan sentiasa terlalu menggoda, membikin aku redha dengan keperitan itu.
di tiap masa.

dan kerana itu satu2nya yang membikin aku bahagia, abah dan bunda terpaksa membiarkan sahaja.

*senyum*

aku suka hujan.
paling suka.

*senyum lagi*

bila lagi bisa aku mandi dan lompat2 dalam pancuran bahagia itu ya?
aku janji, kali ini aku tidak akan pakai seluar dalam sahaja.

:)

3 comments:

Sue Anna Joe said...

kali ini anda tidak akan memakai seluar dalam langsung. hanya berkain batik atau pelikat yang cukup besar memuatkan dua.

ehem ehem, batuk batuk cough cough.

ledisordre said...

dan aku pula mendewasa untuk bermain dgn segala mcm api walaupun aku tahu jari aku akan terbakar tiap kalinya. hehe.

Anonymous said...

kita pon suka hujan. jom main hujan sama - sama . or kakak baca puisi dalam hujan mesti cool! =D