pada mulanya tulang2 jari aku menggeletar tidak tahan mahu mencakar tentang politikus mondok malaysia yang memualkan.
tapi selepas difikir2, setakat mahu bercerita tentang--
1) punggung orang: dua2 pihak seolah tidak ada perkara lebih relevan (seperti krisis wang yang menjatuh). yang tertuduh nak tunjuk hebat; kalau tak buat, angkat sajalah sumpah tu. yang menuduh pun tidak reti berbual tentang hal lebih wajib. tolonglah. aku perlu headline suratkhabar yang lebih bagus.
2) jejambat yang jahanam secara tahunan. yang mana pada setiap kali wang maintenance kerajaan diberi kepada pihak tertentu, sekadar masuk kocek. oh, apalah sangat nyawa pengguna MRR2 kan, dibanding dengan keluarga kau yang saban cuti ke eropah.
3) pra-alasan yang sudah tercipta andaikan wawasan 2020 tidak termakbul. nampaknya kita sudah kalah sebelum bertanding. tahniah, negaraku. malaysia boleh. boleh pergi mati. semata untuk menyalahkan inflasi? haih. inflasi yang dulu, kita bangkit dan memasak kaki. kini? menyerah semata2 mengharap ihsan tuhan?
--baik tak payah.
jadi, hari ini aku hendak beritahu kalian tentang cerita baru yang dihebahkan penjaja gossip tentang fynnjamal.
futnot: nampaknya berdiam diri selama sebulan dua ini pun aku tetap menjadi mangsa cakap2 orang.
ayat penyata dari midah: "timah kata fynnjamal ini berlawan2 dgn dia. dari masa belajar dulu selalu bersaing2. ni timah baru kahwin, fynnjamal sibuk mahu kahwin"
*buat muka 'wadefak'*
baik midah ke timah ke, sila jgn buka mulut bila nanti bersemuka. seeloknya kalian senyum dan jgn pura2 bahagia untuk aku. kerana sememangnya, aku tidak mampu untuk faham manusia banyak lidah seperti kalian.
tak tahulah betul atau tidak timah ada bilang begitu. aku tidak berminat untuk ambil tahu. yang penting, lain kali, kalau mahu buruk2kan seorang aku, sila lakukannya bukan pada teman2 yang rapat sama aku. kerana pasti akan sampai ke telinga aku ini.
hello. kenapa memilih untuk jadi bodoh.
selain masalah itu, timbul juga isu tidak menjemput kawan2 ke majlis pernikahan aku. kawan universiti kah, kawan sekolah kah. ramai yang tiba2 membuat ayat penyata yang aku ini manusia pelupa.
"kalau tak ada kad, tak mahu datang"
"si polan pun tak mahu datang kalau tiada kad"
"sang anu kecil hati kau tidak menjemputnya"
"minah nak tengok kau ingat dia apa tidak"
maka aku khabarkan "majlis ini untuk keluarga sahaja", mereka ungkitkan, "habis kenapa kecy itu ada?"
sebab mereka keluarga. noktah.
mana kalian sebaik baju kurung putih berkain biru itu dibuang ke plastik hitam? mana kamu2 ketika habis tamat semester?
engkau semua siapa?
kenal aku sekadar kenal. nama emak kandung aku pun tidak pernah kau ambil tahu. kawan rapat konon. apa kau fikir aku tidak pernah tersinggung dengan kalian? apa kau fikir senyum aku yang tak pernah aku buang meski dipijak2 ini bermakna keentengan?
maaf.
*diam*
aku ini bukan manusia kaya. rumah tak mewah. pelamin tak ada. hiasan rumah tidak buat. hadiah jemputan tidak kubikin.
kau agak, lah. dengan aku yang tidak pernah kacau nyawa kau pun kau gemar hina2kan. apa lagi andai kau jejak kaki ke majlis aku yang kecil itu. entah ke langit kau kekeh2kan, kan? manusia apa entah kau.
aku ada benda jauh lebih penting untuk aku fikirkan dalam sebulan ini. bukan tentang karpet merah menyembah duli engkau untuk memberi restu pernikahan aku.
*diam*
aku siap bergaduh dengan achik, adik aku yang setahun muda dari aku. dia kata aku kedekut, tak mahu buat majlis besar2. dia bising abah mungkin akan terasa hati kerana majlis aku ala kadar, memalukan. dia kata macam2.
aku jawab "angah yang nak kahwin. awak nak besar2, awak buat masa kahwin awak"
dan malam itu aku mengongoi pada ibu yang sangat mengerti. salahkah mahu majlis kecil? salahkan berfikiran seperti aku? pada abah yang menyuruh aku lantakkan dunia, kerana milik dan keputusan aku, semua itu.
a) semata melebur 30 ribu ringgit malaysia, untuk mengenyangkan perut beberapa ribu jemputan yang tidak aku kenal lebih 80%nya. dan yang dtg pun, mahu mengata itu tak kena ini tak kena. cukuplah seratus dua, tp berdoa untuk kita.
b) semata untuk memenuhkan dulang yang berlambak tapi sekadar tuala dan buah2an yang ditampal riben yang tidak boleh dimakan jua.
c) semata berhabis beribu ringgit mencetak kad jemputan yang paling jauh pun akan disimpan di dashboard kereta.
d) semata kerana gah, nama dan rupa.
fak adat yang menyiksa. kenapa perlu kahwin yang terlalu megah2, tapi seumur hidup menanggung hutang keliling pinggang? itu bukan definasi bahagia aku. tak percaya, buka entri2 yang dulu. memang pernah aku ceritakan mimpi aku mahu majlis kecil tapi peribadi.
indah yang cuma aku dan suami mengerti.
kekasih, kau setuju, kan?
25 comments:
i do remember an entry kat ur LJ. but that was back then.. tp, u do say "small reception but with delicious foods for my very tiny family members".
i have no idea wh but i just do remember most of your entries and tak kisah to look back for it to further digest it. haha. but true, u're the one getting married. you can have the majlis as you wish. jemput pun bukan semua dtg. aite?
but a small reception inviting friends won't do harm, if you want to. :D
good luck my dear, and i doa byk2 that this is ur happiness endlessly.. and wish that i'd found mine one day, soon if possible.
:)
rindu gila kat tulisan kakfynn. terlalu terlalu terlalu rindu.
Hope you read my sms. :)
Btw, I banyak gila perabih duit kat kad jemputan, kalau I poskan takpa gak, ni ada banyak lagi yang tak terpos. Ahaha.
Plan nak recycle tuk kad raya nanti. Takdalah rasa rugi sangat. Hehe.
Sangat sangat setuju dengan fakta yg dibebelkan. peduli kata orang, asal apa yg dilakukan masih dilandasan. buat apa nak susahkan benda yang dah agama mudahkan?
Biarla apa org nak kata...sabar la dik...sekejap ajerr..
lama2 pasti reda...
Semuga majlis berjalan dengan lancar dan selamat...
Kepada semua: Doakan Nur Affina Haryanti Jamaluddin selamat dinikahkan dengan Hazrilfitri..
AMIN..
practice membebel untuk anak2 ke fynn hehehe
salam
Orang tua-tua slalu berpesan:
" orang yang banyak guna otaknya akan KURANG menggunakan MULUTnya, orang yang banyak Ilmunya akan KURANGlah cakapnya..."
So, orng byk ilmu(bijak) xkan mengata kat blakang. So, ignore saja kata-kata nista dan slamat wat kenduri.. bahagia sampai syurga hendaknya. heh~
politikus mondok memang begitu, muka tersondol di celahan sampah hanyir.
begitu juga anjing kurap, diselongkar sampah setiap rumah, disalak setiap benda yang lalu.
alhamdulillah kita ini manusia, bijak membezakan yang wajib dan yang kufur.
Fynn, I love ur idea of having a small reception. Kita dahulukan apa yang agama suruh. Kenduri kahwin pun tujuannya macam kenduri kesyukuran juga. Tak perlu lah besar-besaran.
May u'll lead a better and happier life after this :)
kak fynn,
yang mana2 pon boleh..
dulukan yang wajib,
selebihnya, tetap kami semua doakan..
=)
setuju sangat! ini kahwin, kita punya!
lu apahal mau sibuk? lu sapa?!!
macam ahlong tak?
manusia semua binatang!
melayu semua sial!
adat semua macam pukimak!
aku melayu.
bukan cina, india atau mat saleh.
maksudnya, aku sial.
tapi tidak sesial otak sempit kau.
kekasih, ludahkan semua manusia otak sempit diluar itu! ludah!
maaf kepala hotak kau! kau sapa?!!
yang tak matang bagi kau,
t r i
nak kawin kena buat kenduri ribu2, pastu sibuk anak melayu buang bayi.
kak fynn, u have the will to do what's best..u go do it.
jgn jadi mcm my reception. besar-besaran bagai tapi me and syakir slalu gaduh sebab penat. penat nak layan mak bapak dua-dua belah punya kehendak. bila kitorg yang tension and gaduh, semua org setakat pandai bercakap je suruh bersabarlah, dugaan org baru kawin lah....pot pet pot pet....
and true...all that matters is what you and future husband feel and want out of the wedding. lantak la org nak kata apa. i jemput ramai2 bagi makan sedap2 pun belakang orang mengata jugak; baju jarang sangat lah, DJ tak pandai putar lagu lah etc...
go get married the way you've always wanted to get married.
ASSALAMUALAIKUM.."kalau tak buat, angkat sajalah sumpah tu"...tertarik betul nak ulas skit dari petikan entry ni. Bukan dengan bersumpah caranya terbukti tidak bersalah. Dalam hal ni mangsa harus mengemukakan 4 org saksi mengikut hukum ISLAM yang sebenar. Jangan terlalu cepat melatah di mulut. Kelak diri sendiri yang binasa dimamah api NEARAKA dek kerana salah penafsiran dan andaian. Rujuk kepada yang memahami lebih kepada isi Al-Quran..WASSALAM
regarding the sumpah thingy ,kalau macam tu sape yang rogol,kidnap budak,pencurik,bunoh orang ,pakai sumpah sumpah je la eh.tak relevan sumpah2 nih.
yang pasal kahwin kecik2 tu,sy mmg setuju.buat apa habis rm30k utk satu hari dimana org dtg hanya tunjuk muka n blah! haih..kalau buat kecik2,sure pk negatif2. bengong punya adat melayu.pastu hutang lepas kahwin,laki bini gak nak tanggung.pastu rosak institusi keluarga.pastu buat kajian .hahahha
sy sokong fynn..
it's ur money, ur reception, ur wedding, and ur LIFE..
so just do watever u want to do...
yg penting, yg wajib diutamakan!
go girl!
fyn.. selamat pengantin baru. aku doakan kau bahagia dari jauh. mesti x lepak dah ngan aku pasni.
hehe.
dah la aku bukan kecy.
sob sob sob
haha.. selamat pengantin baru
anonymous (berkenaan sumpah)
satu) sy benci org anonymous. kawan-kawan sy kat sini pun benci org tidak ada nama.
dua) "bukan dengan bersumpah caranya terbukti tidak bersalah. Dalam hal ni mangsa harus mengemukakan 4 org saksi mengikut hukum ISLAM yang sebenar. Jangan terlalu cepat melatah di mulut. Kelak diri sendiri yang binasa dimamah api NEARAKA dek kerana salah penafsiran dan andaian. Rujuk kepada yang memahami lebih kepada isi Al-Quran..WASSALAM"
saya tahu. itu sebabnya saya suruh dia angkat sumpah tu, andai dapat dikemukakan saksinya. dia terkanal dgn kegagahan lantang suara islamnya, dari zaman ABIMnya, maka seharusnya dia lebih tahu hukum andai dia kazib dgn sumpah itu. kalau dia buat apa yang aisyah r.a pernah buat ketika difitnah dulu, sedikit2, tertutup terus mulut pemfitnah2 tu. kan? (tapi mulut org akan sentiasa berbunyi. at least kita buat apa yg hak)
"regarding the sumpah thingy ,kalau macam tu sape yang rogol,kidnap budak,pencurik,bunoh orang ,pakai sumpah sumpah je la eh.tak relevan sumpah2 nih."
maaf. tapi kamu kalau ada pertandingan debat kat sekolah, jgn masuk k. sebab argumen awak macam budak tahap satu. maaf sekali lagi.
maksud saya, awak aplikasikan penaakulan mantik buta2 dlm perbahasan. mana boleh, dik.
contoh:
1) politik sgt korup
2) korup itu berdosa
3) dosa ada kemungkinan masuk neraka
4) mak ngah saya masuk politik
:.) mak ngah saya mungkin masuk neraka
pernah dengar "under circumtances" dan "outside factor" tak?
tak usahlah bergaduh ye. saya tak ckp siapa2 bersalah, siapa betul. cuma ada banyak lagi kes di tanah kita selain kes2 punggung ni. mari move on.
hahaha.. suka baca cara fynn bagi penjelasan.. memang sesuai jadi pensyarah..
ingat pesan orang-orang tua:
"Islam akan hancur apabila manusia berfikir berlandaskan logik. Fikiran logik itu penting, bagi mencari kebenaran dan jawapan, namun landasannya adalah agama; Al-Quran dan Sunnah."
Tentang adat Melayu, janganlah dipertikaikan. Tok nenek kita lebih memahami adat susila masyarakat. Selagi tidak bertentangan dengan agama, takde salahnya.
hanafiah:
saya suka adat budaya. yg tak bule tahan adalah penceceh penjaja cerita yang tak mahu berhenti membebel cerca.
Nice one. Aku setuju, yang penting, syarat dan ajaran Islam dituruti. Bukannya lihat orang itu bikin majlis gedei gedei kita juga maw. Kalo gitu maksudnya, terikut ikut duniawi. Makanya itu menyebabkan manusia pikir, kahwin itu susah, lelah, capek. Kalo ikut ajaran agama, semuanya akan mudah dan bisa lancar.
saya setuju walaupun saya bukan kekasih awak. hihi. besederhanalah :)
akad nikah yg pntg.
:)
yg lain xperlu.
manusia selagi belum pejm mate, nyawe xditarik.
selgi itu dok mncerce.
Post a Comment