adakah cinta cukup?
di waktu kerajaan sibuk mahu menggantikan beras dengan kentang sebagai makanan ruji, cinta tidak ada harga. sebagaimana tidak ada maknanya cinta untuk mengatasi kerunsingan harga minyak yang lebih bererti dari emas, cinta itu bukanlah segalanya.
tetap, kita memilih untuk memilih cinta.
topik ini terlalu besar untuk dibincangkan hari ini. justeru, aku mahu menghalusinya sedikit dengan menjawab satu soalan yang ditanya pada aku melalui email semalam:
"kak fynn, apakah cinta kalian sudah cukup untuk terus mendirikan rumahtangga?"
*ambil nafas panjang*
fuh. susah mahu direspon, sebenarnya.
kalaulah sistem barter dan sistem jualbeli tidak pernah diperkenalkan.
kan?
kalaulah kita hidup dalam dunia yang penuh rasa cinta. minta dan terus dibagi. berbual tanpa hasad dan dengki. kalaulah.
tapi ini realiti. tidak ada yang percuma. materi.
andai kamu tidak setuju, seeloknya kamu tekan pangkah kecil di hujung kanan skrin atas ini. usah bohong dan berkonon2 berhati indah. untuk sekali ini, mari kita berbual jujur.
cinta semata tidak mungkin langsung mencukupi.
tidaklah kamu perlu kaya raya semata memuaskan pandangan senget orang2 keliling. itu bodoh namanya. cuma, cukup sekadar lepas kehendak dan fasiliti, dan berlebih sedikit untuk perkara di bawah kategori 'dan lain-lain'.
maksud aku, yang berwajib itu mahu duit.
makanan: kalau tidak steak di chili's, sekurang2nya tidaklah kau terpaksa menggoreng siput babi.
pakaian: tidak perlu emignilio zegna, sudah molek sekadar ada baju comel untuk menghadang dari cuaca kejam.
seolah itu.
cukup dan ada.
kebahagiaan tidak mampu dibeli wang. tapi tanpanya, kita tidak mungkin tidak gulana.
baik. kalau sudah ada wang dan harta, apakah itu sudah cukup untuk merasa gembira?
*senyum*
tetap tidak.
untuk aku, kalaupun cinta sesama kekasih sudah ke tahap langit tujuh, menembus bingit ke angkasa, tetap tidak ada maknanya andai hidup cuma berdua.
seorang aku ini terlalu mencintai hidup berkeluarga.
aku tidak ambil pusing sangat pada keluarga2 jauh kerana jarang mahu jumpa saudara2 yang benar2 peduli, aku juga melantakkan sahaja makcik2 zabedah dan peah di sebelah rumah yang terang2 sekadar mahu menghirup bau bangkai jiran2.
tapi aku terlalu mudah bengkok dan lentur andai diusik tentang keluarga aku. dan dengan menggabungkan dua keluarga, yakni keluarga aku dan tri, aku kini punya dua abah, dua ibu (dan satu lagi sudah meninggaldunia, satu abang, dua adik lelaki dan dua adik perempuan.
cinta sahaja tidak cukup, kawan2.
mungkin sudah rezeki aku, ayah dan mama tri sangat kasihkan aku. aku yang dari dulu kepingin dimanja dan dibelai keluarga kini mendapat segala kesempurnaan dari mereka.
bayangkan, setiap kali ke rumah mereka, aku dileset2, ditatang2, dimanja2 oleh mama yang comel dan ayah yang manis.
bayangkan aku, si sunyi itu.
*diam panjang*
kadang2 aku rasa mahu tampar diri sendiri.
*senyum sedikit*
mama tri bilang, ayah bertemu jodoh dengan aku. aku yang dari dulu gersangkan tatang manja seorang bapa menemui ayah. ayah yang sekian lama mahukan anak perempuan untuk mengadu mengada mendapat aku.
*senyum lagi*
ayah tri kata, dari alam roh seharusnya aku ditakdir menjadi anak gadisnya. tapi abah sudah ambil dulu, maka 25 tahun ditunggu aku pulang kepadanya.
*rasa mahu pengsan*
indahnya rasa ini.
tuhan, terima kasih untuk setiap yang kau bagi.
cinta? tak cukup.
bayangkan hidup aku semata dgn tri.
tanpa setiap satu butir yang menjadikan hubungan kami ini sebagai kami.
tanpa kasih dari tuhan yang sangat baik pada kami.
tidak mungkin sempurna.
tidak perlu wang berkoyan, berlian setempayan.
suatu perkahwinan itu adalah percampuran dua keluarga dari dua adat dan budaya,
penyatuan dua roh untuk terus bersama selamanya.
bukan setakat dua mempelai, semata2.
aku tidak tahu apa yang akan jadi 30 saat dari sekarang. apatah lagi 30 tahun nanti. mungkin terpisah mati. mungkin dicerai ganti. entah.
pasrah.
tuhan itu adil. percayalah. kita semua diberi kuota untuk bahagia dan bersedih secara setimpal. bezanya kau dan aku mungkin cara pembahagian rasa itu.
bayangkan kuota kau berbentuk balang / bekas kosong.
satu diisi keindahan.
satu lagi kejahanaman.
mungkin selama ini kau sudah terlalu senang, sekali sekala tersusah sedikit. kuota bahagia-sedih kau bersilang2 dalam masa yang dekat. karena itu, kau tidak merasa euphoria bila mendapat semililiter senyum itu.
umpama seorang anak miskin diberi makan KFC. untuk kita, apalah sangat, bukan? padahal yang sebenarnya, betapa besarnya nilai ayam seketul itu dalam rahangnya, hanya tuhan yang mengerti.
*diam*
haih...
mungkin hari dulu2 aku sudah puas ranap dan hancur. kuota kegundahan aku dipenuhkan dulu. harap2nya sekarang masa kuota senyum aku untuk dilunaskan. harap2nya kuota ranap sudah penuh, kerana aku mahu buang balang itu, untuk fokus memenuhkan balang satu lagi dengan gelak dan ketawa ria.
jangan silap tafsir. aku bukan bermegah segala.
hidup aku sekarang ini, yang ada keluarga aku, tri dan keluarganya.
sempurna dalam definasi aku sendiri.
mungkin kamu tidak akan rasa apa2 andai berada di tempat aku ini.
tidak apa. kerana ini bahagia dalam erti yang aku mahu.
cumanya,
entri ini hanya punya satu motif,
untuk kalian percaya pada takdir.
yang semua ini adil.
entri ini untuk kalian tetap menunggu bahagia kamu.
sebagaimana kalian membantu aku dahulu.
ingat lagi, kan?
aku takkan lupa pada jasa kalian yang di sini menunggu aku bangkit kembali.
kini masa aku untuk mengharap untuk kamu2, sahabat setia aku di sini.
sabar, kawan2. mungkin masa kamu datang 30 saat lagi.
yakin.
aku yang tidak pernah berhenti percaya pada tuhan, cinta dan takdir.
*fynnjamal*
sang pari-pari.
20 comments:
kak fynn,
sudah lama saya tidak memberi komen, saya hanya menjadi pembaca. sebelum itu, ingin saya ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru in advance. =)
entri kali ini sangatlah menyentuh perasaan saya. mungkin kerana situasi diri saya ketika ini, yang masih berusaha dan dalam masa yg sama menunggu hari bahagia yang diharapkan dapat dikecapi bersama dia. halangan kali ini rasanya lebih besar, ramai yang mengata saya bodoh kerana ingin menerima dia kembali setelah apa yang dia lakukan pada hati dan perasaan saya...
sememangnya cinta sahaja tidak lengkap...pada saya semuanya perlu, dalam kesederhanaan. duit itu perlu, tapi tidak perlulah menunggu hingga melimpah ruah baru nak berkeluarga, kerana masa tidak menunggu kita. mengapa tidak kita ambil kedua-duanya; cinta dan berusaha mencari rezeki bersama-sama...?
saya dengan ikhlas gembira melihat kak fynn sekarang. apa yang terjadi pada kak fynn memberikan saya suntikan semangat dan kepercayaan bahawa cinta sejati itu akan datang, cuma kita perlu kuat dan bersabar.
inilah yang saya sedang lakukan, meskipun dikutuk dikatakan bodoh dan dungu kerana mengejar cinta si dia.
- izza
p.s.: pernah ternampak kak fynn di lif HS tingkat 2, tapi segan nak tegur.
ini,
yang terindah
Fyn,
Aku seperti kamu sekarang. Mulanya aku tak percaya akan cinta magik seperti kamu. Dan sekarang ianya terjadi pada aku. Perkenalan sebulan membawa aku ke alam perkahwinan. Kekok aku membicarakannya dan tapi hati terlampau berbunga sekarang.
ada air berkumpul di kelopak mata saya lepas membaca entry kak fynn.
cinta saya mahu ? saya sudah mengabadikan nur affina yanti ini di blog saya leteran saya.
cukup tak cinta saya ?
untung diri punya orang sayang,
bukan ?
kak fynn,
betapa saya berharap agar cinta saya dan dewa chenta saya akan sama seperti cerita kamu dan tri...
dr keranapan yg kamu lalui sy seperti merasa apa yg kamu rasa walau tak sama...dan skarang kamu sudah mengukir senyum...berjalan seiring dgn kekasih menyemai cinta...dan sy juga berharap tgn ini akan bergandingan dengan kekasih saya menabur cinta...
moga nur affina yanti jamaluddin & hazrilfitri hadzir kekal jodohnya.
doakan saya dan joza amazy johari saya juga ya...
cinta itu unik kan..magis~
dan sy tersentuh.
kekurangan kaseh syg x menghalang aku untuk hidup bahagia
walau lama mana bahagia yg aku tunggu dan aku cari.
dan kau penguat semangat untuk aku terus di sini,meneruskn hidup.
moga bergembira dgn bahagia yg kau temui.
drnsa
jika ditanya aku apakah cukup cinta ini..
jawabku,
belum.. ini cuma peringkat awal. masih banyak lagi perlu aku belajar tentang cinta. cinta yg aku ada untuk fynnjamal ketika ini hanya cinta yg aku belajar dlm masa 24 tahun hidupnya aku didunia ini.
doakan panjang umur aku dan fynn hingga melimpah cinta itu..
subhanallah..
tima kasih fynn...
entri kamu kali ni beri aku sokongan utk terus bangkit..
bumi ini bulat, kejap kite di atas, kejap kite di bawah..ertinya bukan selamanya kite terus bahgia, dan bukan selamanya juga kite terus kecewa..so jgn putus asa mencari bahgia, krn ia sentiasa ada di sebalik kecewa...
(waduh, aku pun dah berpujangga mcm kamu ini)
inilah namanya cintanya tuhan.
kita dapat cintanya walau kita selalu lupa memberinya cinta.
=)
c.i.n.t.a memang sukar kufahami sebelum bertemu pujaan hati. sekali cinta biar sampai mati
suka baca nota2 hidup kamu
yang mula menjadi saga hidup kamu bersama teman hidup kamu
novel hidup yang bercerita tanpa putus-umpama buku puisi yang sering aku baca
harap sudi layari saga hidup aku dan memberi kata2 semangat kerna aku hampir putus harap untuk hidup
http://hatrikirana.blogspot.com
Salam..
"kak fynn, apakah cinta kalian sudah cukup untuk terus mendirikan rumahtangga?"
Klu soalan tu ditanya pada aku, mesti jawapan nya tidak cukop.. aku pernah bercinta dan hampir berkahwin dan semuanya musnah sekelip mata.. kesilapan aku yg terbesar ketika itu adalah terlalu percaya pd cinta.. aku tak hirau org lain.. aku membelakangkan keluarga.. aku hanya pk, boleh hidup dengan cinta.. dengan si lelaki yg hanya bekerja entah apa2 ntah yg tidak mungkin dpt memewahkan aku, tp aku tak peduli. cinta pny pasal.. dan akhirnya aku merana sendirian..
"cinta semata tidak mungkin langsung mencukupi"
betol tu kak fynn..
Kini, cinta kedua yang sudah menjadi cinta pertama.. dia pny segala yang aku inginkan.. kerjaya, perniagaan, rumah, kereta dan yang penting agamanya yang selalu menasihati dan membantu aku di kala dirundung bala.. ye.. mmg susah aku nk terima dia.. kerana cinta pertama..
dan akhirnya, November 20 ni aku bakal disatukan.. betol kak fynn, penyatuan dua keluarga, bukan dua hati sahaja.. byk hati2 yg lain jugk..
buat kamu kak fynn, semoga teros bahagia..
doakan aku jugak yer??
saya gembira untuk kakak yang sedang bahagia sekarang. =)
saya juga tak pernah berhenti percaya pada tuhan, cinta dan takdir. semua itu sangat adil.
yakinkan hati,
yakinkan diri,
ini jalan yang sudah dipilih,
insyaAllah, Dia ada same..
Dia takkan sia²kan kak fynn,
percaya pada Dia,
yakin pada kuasa-Nya..
doa kami² yang sayangkan kakak,
dan tri,
mengiringi terus..
semoga kakak terus di sini utk berkisah,
kami tggu di sini,
mahu saksikan bahagia kakak,
kamu siap sedia tahan,
andai kakak tersadung kaki ketika melangkah,
=)
semoga terus bahagia..
akhirnya,kakak bangkit setiap pagi dengan bahagia.syukur byk2 kpd Tuhan.
u deserve all this *senyum*
fynn,
aku teringin sgt nak tanya satu benda kat kau dan pasangan2 lain yg dah berkahwin dan akan berkahwin..
soalan2 nya:
mcm mana kau boleh buat keputusan bahawe tri yg boleh jadi suami kau?? is
it normal to doubt your future husband? maksud aku, kau ada ragu2 tak kat tri x?
sbb aku sgt ragu2 dgn pasangan aku... adakah pasagan aku is not the one??
aku bukan nya nak suruh kau ragu2 dgn tri...dan tri, sorry kalau soalan aku agak mengguriskan..
aku suka tgk kamu berdua..dan aku tertanya2 bila aku akan dpt cinta agung mcm cinta kau dan tri...
aku appreciate sgt kalau kau dpt jawap fynn.. thanks!
memang milik kak fynn.
indah betul nukilan akak ni
dan isinya pun bernas
good luck
semoga panjang umur, panjang jodoh, murah rezeki insya-Allah
hello.
i tottaly agree,
hanya cinta semata tidak cukup.
mungkin cukup untuk buat diri bahagia buat seketika, tapi lama2 akan pudar.
Post a Comment