bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
macammana aku tak kurus?
ikan tak mahu timbul.
ikan tak mahu timbul.
ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
macammana aku nak timbul?
rumput panjang sangat.
rumput panjang sangat.
rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
macammana aku tak panjang?
kerbau tak makan aku.
kerbau tak makan aku.
kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
macammana aku nak makan?
perut aku sakit.
perut aku sakit.
perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
macammana aku tak sakit?
makan nasi mentah.
makan nasi mentah.
nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
macammana aku tak mentah?
api tak nak nyala.
api tak nak nyala.
api oh api,
kenapa tak nak nyala?
macammana aku nak nyala?
kayu api basah.
kayu api basah.
kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
macammana aku tak basah,
hujan timpa aku.
hujan timpa aku.
hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
macammana aku tak timpa,
katak panggil aku.
katak panggil aku.
katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
macammana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
ular nak makan aku.
ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
macammana aku tak makan,
memang makanan aku.
memang makanan aku.
----------------------------
lagu paling senang dalam dunia. melodi paling asas. mesejnya sangat mudah:
a) siapa jadi ular untung.
b) bukan bangau seorang yang suka bermain 'blame game' atau menyalah2kan orang lain.
c) lagu ini bukan untuk binatang semata2
d) manusia pun ada masa mcm binatang.
haha.
saya rasa saya sudah jumpa SIAPA anonymous selama ini. kerana:
1) IP address nya sama.
2) tone suara ketika mengomennya sama.
3) dia terasa.
*senyum*
(walaupun tak semua anonymous org yang sama, tapi dapat jugalah lihat dua tiga komennya dari sumber IP yang sama)
malas mahu gaduh2 lah. kau tak salah? aku yang beriya? ok. ambillah penyataan ini.
"kau tak salah. aku yang beriya"
sekian.
p/s: kepada kawan2 saya, maaf kalau tulisan2 saya ttg kebahagiaan baru ini terlalu menjengkelkan. bukan kerana mahu membongkak. sekadar bercerita mahu berkongsi. kalau rasa ditambah2, rasanya fatin dan ira sudah lama pangkah tulisan saya.
andai kalian tidak mahu lagi saya bercerita ttg hidup baru saya, maaf.
inilah dia fynnjamal.
*senyum 50 sen*
10 comments:
orang yang tak berani bercakap atas nama sendiri adalah si bangau.
seronok mengata orang lain,
dia jugak yang sakit.
kan?
tak salah berkongsi cik fynn. apa pun kau tulis, aku tetap pembaca setiamu.aku ihlasss...
-allyza
alerh.. pedulilah
yg nyata.. ada juga yg ingin membaca cerita gembira
apakah.. fynn jamal x boleh gembira?
jadi nur affina yanti.. berhak gembira
jangan!jangan x cerita pasal kak fynn dengan tri!(:
at least u've made someone grinning and smiling while thinking bout her own love story
thanx kak fynn!
fyn bodoh.
pehal mamat nih..
emo plak
hahaha
relax la brader
matahari said 'fyn bodoh?!'
Tuhan, jauhkan matahari dari kak fynn.
.................................
kakak, jgn hentikan cerita2 kakak.
kami disini, msh ade pembaca yg setia membaca cerita2 kakak.
kakak berhak gembira. kegembiraan milik kakak dan tri ;)
saya nak deengar berita gembira kak Miss Fynn selalu.. (:
persetankan mereka
hahaha!! ada org panggil awak bodoh.
comel gile. macam gaduh masa kat kantin sekolah..
Post a Comment