Friday, August 15, 2008

ini untuk engkau, matahari!

aku edit video layar tanchap semalam.

akhirnya aku dapat pamerkan pada dunia siapa pencuri jantung aku. dia pemalu. sangat pemalu. ada masa dia tidak suka manusia. sangat tidak suka manusia. tapi itu yang membikin aku semakin cinta pada dia, kerana dia bukan penipu.

dia suka, dia bilang.
tidak suka, dia cakap.

tapi itu akan jadi entri lain. aku tak mahu meleweh dengan kisah romansa buat masa ini. aku di pejabat. suasana yang ada hanya neutral bersama sedikit perasaan bosan dan hipokrasi. jadi aku mahu bicara tentang idea yang timbul ketika aku edit video layar tanchap semalam.

lagu pertama aku dan tri, berkisar tentang menyeru dan memuja jiwa2 di luar sana untuk bangkit dan menjadi apa yang manusia lain katakan kamu tidak mungkin bisa. tekstur lagu yang dipetik tri berbunyi melankolik. bagi aku, sememangnya ketika memujuk, kita harus berbahasa paling lembut, bukan?

tapi tidak... ada kawan yang tidak mahu aku sebut namanya berkata (yang mana kedengaran dalam video itu) :

"eh, kata dah nak kawin... kenapa nak lagu sedih?"
*dia kekeh2, lalu menyambung*
"biso demo" (kedengaran sayup sedikit)

MEMANG CARI PASAL.

sebagai manusia yang sangat teliti, aku kira bualan encik ibrahim (bukan nama sebenar) kepada fatin adalah untuk mengatakan betapa aku ini masih lagi sang bodoh merayu ranap pada teman encik ibrahim sendiri.

lebih dikenali sebagai matahari.

dan frasa "biso demo" yang bermakna "hebatlah kau" itu diajukan terus kepada encik matahari yang sekian ada di situ terleset2 dengan gadis keberapa dalam minggu itu.

setelah disoal-siasat, benarlah telahan aku. fatin katakan apa yang aku bayangkan dari suara di video itu betul belaka. dan seperti biasa, telah fatin beri bahasa sedikit kepada encik ibrahim itu.

ini respon saya kepada engkau, encik ibrahim.
"fak kau."

dan ini madah indah saya kepada matahari.
"pergi mampus sama kau."

futnot: sila tekan alt+f4 andainya kamu:

1) tidak gemar dengan bahasa bangsat.
2) kawan / teman / kipas susah mati / hamba abdi "matahari".
3) benci aku dari dulu lagi (terutamanya inche anonymous yg sentiasa mencari fasal)

aku sudah berminggu pendamkan rasa dalam hati ini. aku diamkan kerana bagi aku, menghina dan membuka aib itu suatu yang menjijikkan. aku bukan manusia serendah itu.

namun hari ini, dengan rasa penuh benci, aku turun ke tahap berlendir itu. kerana aku sudah tidak tahan. dan aku ada suami untuk aku julang hatinya.

--------------

Menemui Matahari dan teman2 yang terlalu mengagungkan engkau, yang terus buta seperti aku dulu untuk terus mengangkat kamu.

AKU SEDANG BAHAGIA.
deal with it.

dan maaf, kalau kau perasan kau terlalu hebat untuk mampu menggoncang cinta aku sama tri. kau tidak mungkin bisa. tidak layak. tidak akan.

pertama. kau hidup atas duit perempuan. kau menggunakan gadis dengan menjaja harapan palsu. kau menjijikkan kerana satu2nya bukti kau itu jantan adalah alat sulit yang kau gunakan untuk merembes air setiap hari.

kau tayang dan pamer gadis2 itu di depan muka aku seolah aku akan meratap sayu. ya tuhan. kenapalah kau fikir kau sehebat itu? semata kerana selama 5 bulan itu aku menyembah kaki engkau yang sebenarnya memijak aku?

buka mata itu, matahari.

harta tidak ada, berbelanja macam orang gila. gah gaya engkau. dari jauh macam anak raja. bila sedar, pokai rupanya. tapi tidak apa. kau kan kacak. gadis semua, sanggup bergolok bergadai untuk engkau dan janji2 engkau.

kedua, kau pembohong. penipu, pendusta, pengadu domba, dan segala definisi bohongan itu adalah milik kamu. kau fikir aku tidak tahu tentang perempuan2 itu dulu? heh, aku MEMILIH untuk membutakan mata. aku diamkan, seolah percaya pada semua kata2 engkau.

bergaduh bertumbuk bertampar aku dengan teman2 yang benar2 teman dahulu, untuk kau. semata2 untuk memenangkan benang yang basah. aku diamkan, kerana aku ini manusia yang pegang pada janjinya. janji dulu mengatakan aku mahu menjaga hati kamu, kerana kau tidak punya siapa2.

bodoh benar aku, kerana sebenarnya kaulah manusia yang paling ramai di kelilingnya.

ya. aku tahu tentang kau dengan perempuan2 itu semua lah, bajingan. dan ada masanya yang kau guna tulisan2 aku untuk melemahkan tumit gadis2 itu. hah! dan aku tahu bukan sekadar itu yang milik aku kau bagikan pada orang.

ketiga, kau kira kau hebat. bodoh. bangsat. di mana otak kau ketika kau katakan "kalau aku mahu pada fynn, aku sebut dan dia akan datang pada aku. akan dia lari tinggalkan tri untuk aku".

siapa kau rasa diri kau haa sialan? kau tidak fikirkah apa rasa aku di saat mendengarnya? seolah aku ini hidup hanya untuk memerah nyawa untuk engkau? seperti kau terlalu megah dengan aku yang akan sentiasa tunduk pada kamu. pergi mati.

perasan.

kau tidak fikirkah perasaan suami aku tatkala mendengar ucap itu? yang isterinya akan berlari ke lelaki yang lain meski dia ada? dasar orang akal tidak panjang. bicara sekadar ada.

kau ingat lagi ketika kau katakan ini pada aku: "buat masa sekarang, aku tidak mahu ada sesiapa2. aku tidak mahu ikatan. aku mahu berkawan2 sana dan sini". sedangkan baru tadinya membelai cinta aku, mengambil wang aku, menggunakan aku.

dan waktu itu, segalanya masih dilangsir kenaifan.
tidak apa.
sekurang2nya dia jujur.
sekurang2nya dia baik.

fak aku sendiri masa itu.

juga, aku mahu katakan, bakat kau yang kira terlalu hebat itu, yang kau banding2kan sama kawan2 yang konon langsung tidak sama dengan tahap engkau, sebenarnya sangat biasa.

aku sebenarnya menyesal mengenalkan kau dengan dunia aku. kerana kau adalah salah seorang yang masuk ke dunia indie semata2 untuk nama, bukan kerana seni itu sendiri.

keempat, kau manusia berkira. dengan diri yang sentiasa dibantu kawan2 rapat kita, kau masih tidak mahu sedar diri siapa kawan, siapa lawan. kau terlalu mementingkan diri sendiri.

kau bijak bermain kata, membikin hati cair dan kasihan pada situasi engkau. selepas mendapat apa kau mahu, bila datang hari untuk lebih kamu, tidak pernah kau mahu fikirkan kawan2 kita itu. dan lebih menghinakan, kau minta pulangan andai kau menghulur pertolongan.

kawan apa kau itu?

akhir sekali, kau adalah lelaki dengan mulut kak pe'ah dan makcik bedah. selama ini aku diamkan dan akan mencari jalan untuk memenangkan engkau. tapi hari ini aku hendak bilang sama engkau, di sini, kalaupun bukan secara bersemuka (kerana aku sudah tidak hingin melihat wajah engkau): mulut kau busuk macam bangkai.

dan kau sanggup untuk memilih ira; teman rapat aku, sekelas dari tingkatan satu hingga lima, kawan baik hingga sekarang; sebagai salah seorang mangsa umpat keji kau. dari dulu aku diamkan. kerana aku bukan pengadu domba seperti kau. tapi tidak pelik juga, kawan rapat kau sendiri pun kau sanggup musnahkan, apalagi teman orang.

kau memang manusia tidak mengenang budi.

maka, encik matahari, aku ingin mengatakan di sini, sebenarnya kau adalah kosong. aku terlalu buta dan bodoh untuk menyebut engkau sebagai matahari, pun. kerana kau cuma sebuah lampu picit yang buruk.

malah lebih tidak bermakna.

kau adalah lampu picit yang orang dulu2 guna untuk ke jamban.

*gelak paling besar dalam dunia*

--------------

aku sedar dengan menulis ini, aku akan mula dipandang jijik. aku sudah menjadi makcik2 tipikal di tepi rumah.

tapi aku harus meluah. sekurang2nya di sini. meskipun kalian tidak tahu siapa, cukuplah kalian tahu cerita sebenarnya.

teman2 di luar sana,
andai lelaki kamu tergolong dalam mereka2 yang tidak menghormati wanita, angkat kaki sahaja. kerana sejahat mana pun seseorang itu, andai wanita dilayan dengan mulia, hatinya itu masih mampu untuk indah.

maaf selama ini aku tidak bercerita hal 100% benar. aku, dulu, bercerita hanya yang elok dan baik2 sahaja tentang segalanya. maaflah. kerana aku ini gadis. dan golongan aku ini amat terkenal dengan penafian / denial.

maaf kerana aku meluah begini. maaf lagi. tapi sudah2lah mengata2 yang aku ini berpura2 bahagia. cukup2lah. fikirkan tentang suami aku.

oh ya. lagu pertama di layar tanchap itu BUKAN tentang kau, si lampu jamban. kalau kau tidak faham puisi, maaf. bukan silap aku.

tapi aku harap kau dan kipas-tak-mungkin-mati kau dapat faham sesuatu ini:
kalian tidak mungkin mematahkan aku lagi!

tidak akan!
aku sudah bangkit.
terima kasih tuhan.
terima kasih kerana membuat aku kuat dan membuat pengakuan ini.

jangan ganggu aku lagi. aku benar2 bahagia. wallahi.

18 comments:

Anonymous said...

wau. mata sy bergenang membaca. terasa kesakitannya.

tahniah, kak fynn kini sudah bebas. sesungguhnya dia yg rugi kerana tidak menjaga kak fynn baik-baik, tidak pandai nak menghargai org. satu hari nanti dia akan menyesal.

dia tidak layak untuk kak fynn.

selamat memulakan hidup baru!

-izza

Anonymous said...

si matahari itu LOSER!

Aifaa R. said...

saya kenal incik matahari itu :)
x mengapa kak fynn.
saya di sebelah kamu.
sentiasa~

tri said...

soalan: kenapa berbunyi sedih, kata dah bahagia?

jawapan: sedih itu buat manusia tidak lupa. ramai manusia lupa disebabkan mendengar lagu gembira. dan bila manusia terlalu gembira, bahagia akan hilang sekelip mata.


soalan diatas tidak ada asas seni. dan jawapan diatas adalah dari pemikiran orang seni yg simple.

soalan anda ditolak! kerana terlampau manusia biasa.

mochitsuki said...

teman2 di luar sana,
andai lelaki kamu tergolong dalam mereka2 yang tidak menghormati wanita, angkat kaki sahaja. kerana sejahat mana pun seseorang itu, andai wanita dilayan dengan mulia, hatinya itu masih mampu untuk indah.


fynn...
andai lelaki tu suamiku..
harus aku angkat kaki???
*bersedih*
ayat kamu sgt bagus..
buat aku terpikir..

H said...

fynn,

aku setuju 100% dengan entri kau ini.
seperti segala nya tentang aku sudah kau luah kan di sini.
terima kasih.

ayunimadarina said...

:) lelaki hina mmg patut dipijak.. tp btol, pmpuan mmg mudah buta. tp takpe.. kite kena kuat.. :) tahniah tuk kamu n tri..

Anonymous said...

kakak.
maaf.ini mungkin agak offensive.

aku tahu rupa apa matahari itu.cuma aku tak pernah tahu pemilik wajah comel itu rupa2nya sekeji ini.kerana dari tulisan2 kau dahulu,aku kira matahari err..atau lampu picit buruk itu seorang lelaki manis yg tidak terbanding.gila.aku tahu mana ada manusia sesempurna itu.sudahlah punya paras yg elok,budi bahasa juga kelas pertama.

eh.
x susahkah mahu terus bernyawa dgn kecy bila si lampu picit itu ada di dalamnya?

percaya tak aku kenal setiap kecy dan si lampu picit itu hanya dari tulisan kau-orang yang tak pernah aku jumpa atau kenal.lihat tak betapa kau itu kurnia Tuhan yang punya magis sendiri??tolol betul si lampu picit yang gagal lihat itu.

*senyum*

gadishebat. said...

ingatkan matahari itu hebat.
tapi xlayak untuk dipanggil matahari sikit pun..
pedulikan aje manusia2 itu fynn..
kamu menuju hari bahagia kamu..
dan kami semua mendoakan yang terbaik :)

Anonymous said...

aku susul tulisan kali ni fynn.
dan kuatkan hati.

mollyjinxed said...

the past is memory
a lesson

future.. is where the happiness is

all the best fynn!

in 15 days.. Mrs Tri!

:)

Darling Luna said...

matahari itu seorang yang bodoh.abaikan dia fynn.

Ruch Mathers said...

i second all comments! :)
im ur silent reader.
i adore ur poetry
everything u blurted here made me realize.

but,im not as strong as u.
im still in denial.
i dont know when that gonna end.

congrats fynn n tri!

Anonymous said...

asal korag nih, ape kate berbaik2, yang dah lepas tue biarla berlalu,
seksok nanti gerenti jugak masing2 rase diri ni bodoh bergaduh benda yang takde takde untung rugi,

gaduh2 pun takda untung, nanti seksok nak mintak tolong pape susah,

orang kata berkawan biar ramai.

nie ayat aku.lantak korang.hahah

gdsjht said...

matahari tu sapa? meh sinilah kasitahu. kak fatin haritu nak terlepas cakap dah tapi tarik balik. kuasam betul.

matahari, nak kena pijak?

bulan. said...

manusia,kak fynn.
sy tersentap kerna dulu kita sama2 memuja yg tak peduli.
alhamdulillah,kamu bertemu tri.

bulan. said...

manusia,kak fynn.
sy tersentap kerna dulu kita sama2 memuja yg tak peduli.
alhamdulillah,kamu bertemu tri.

Anonymous said...

a new chapter for kak fynn...
dah jatuh tak bermaksud takkan bangkit... kan...???

matahari mungkin cemburu akan kebahagian yang dikecapi oleh kak sendiri... membesar-besarkan diri agar tidak nampak kecil...

"who are we to judge people, nobody is perfect..."