Saturday, August 16, 2008

budak sunyi dan pari-parinya


sebagaimana manusia musik lain, dia memiliki banyak melodi yang terkandas. baginya mencipta bunyi jauh lebih mudah dari menulis suara lagunya.

maka semua2 itu terbiar di dalam komputernya, menunggu hari untuk dipadam waima terhakis kerana virus.

sehinggalah pada suatu hari, sang jejaka itu dikenalkan pada seorang penulis oleh salah seorang taulannya. teman jejaka itu kata, gadis itu berbeza sedikit. gadis itu bisa memberi jiwa pada musik, memberi perkataan untuk menyampai cerita.

dia jadi terpana.

"apa benar ada seorang seperti ini?" detiknya dalam hati. suara yang bukan suara. bernyanyi yang seolah berbisik. berlagu yang seperti memberitahu. meski bunyi ada masa tersasar, perasaan gadis itu tembus ke hatinya.

dan di situ, dia memasang impian untuk meminta pemuisi gila itu untuk memberi bantu padanya.

namun, jejaka itu sememangnya terlalu pemalu dan tidak langsung reti berbicara, lalu apa nanti caranya? takkan tiba2 mahu disergah dan bertanya? apa mahukah pemuisi itu menjawab tanyanya? apakah itu? apakah ini?

lalu, sekali dalam satu purnama, sang lelaki akan menghulur warkah untuk sang perempuan. tanpa salam. tanpa ucapan kenal2an.

satu kewajipan, meski di mana pun dia pergi. wajib dihulurkan.

surat kosong dengan satu soalan, di setiap kalinya.

"kenapa langit itu biru?"
"kau suka warna apa dalam pelangi?"
"bagaimana kau suarakan puisi?"

semudah soalan2 itu. sahaja.

dan di setiap sekali dalam satu purnama juga, dia menerima jawaban dari yang seorang lagi. jawapan ringkas. tidak bersalam. tidak berucap kenal2an.

sudah cukup. jejaka itu merasa benarlah sang gadis itu seorang yang dicari selama ini.
untuk melengkap lagu2nya.
untuk memenuh suara jiwanya.
untuk menyempurna kosongnya,

dapat berteman pun sudah indah.

dan di hujung purnama ke empat di tahun itu, seperti biasa, dia melayangkan soalan bulanan pada sang penulis.

seperti pada biasanya, dibalas. ringkas.

tapi di kali ini jawabannya tidak menjawab. cuma suatu yang ringkas namun memberi serabutan paling tinggi dalam hati sang jejaka.

"aku sedang ranap"
tersentap dadanya. kenapa dengan gadis ini?

tapi yang lebih menyentap,
"kenapa aku peduli?"

mula dari situ, mereka berbual2 panjang. sang jejaka yang baru pulang dari merantau di negeri orang terus memberi segala ruang pandang untuk si perempuan itu. mahu dibantu. mahu dipangku.

dan tanpa disedari, dia menemui lirik yang dicari selama ini.
pada si perempuan sepi itu.
pada si gadis sunyi itu.

*senyum*

terbentang dalam puisi itu, suatu pengharapan seorang lelaki yang sunyi di pinggir kali di dalam hutan lebat hijau pekat. yang mana pada ternampaknya seorang pari2 yang menumpang bersiram mandi, terpelanting hatinya terus mengongoi mahu dipeduli sang puteri.

lagu ditulis untuk mengemis belas ksihan tuhan utnuk mengizinkan cinta yang ini. kerana dia mahu rasa lebih bererti.

waima andai tidak dikurnia tuhan untuk diperkenan pun, dia redha kerana tingginya melampau lampai. lalu dikata lagi pada tuhan, kalau tidak mahu diberi padanya, minta dipegang dan dirangkul. jangan deizin rasa ini bercambah2 lagi.

tri bilang lagu ini sebenarnya satu doa. satu permintaan untuk tuhan. satu harapan.

untuk meminta aku.
kerana dia tidak tahu bagaimana untuk berbicara.

ahh...

kekasih, kejujuran kamu adalah bualan yang paling indah. tahu tidak?

kamu beritahu pada aku, andainya ada manusia yang menulis bahasa seindah puisi budak sunyi dan pari2nya, mampukah kamu menolak cintanya?

*senyum*

sudah rezeki aku, mungkin.

aku tidak perlu kemewahan dunia, segala apa. cuma pandangan yang bermakna cinta. rasa diperlukan. rasa dikasihkan.

aku cuma mahu kamu, tri.

2 minggu lagi.
haha.

12 comments:

Anonymous said...

Salam

Memang dalam maksud lagu puisi tu.
Good job Fynn...

Cuma maybe kalo ko paktis lagi dan lagi sblum perform, performance ko buleh lagi hebat(sbb yg ni pon dah tegak bulu roma aku dgr)hehe..

Miss Fynn----> Madam Fynn
yes Madam!heh~

Sue Anna Joe said...

Saya mimpikan kamu dua malam yang lepas. It was a simple dream, just you and me. You were saying that you just can't believe it that you're getting married. And you were so happy and excited in that dream.

:)

[siti] said...

fynn
lama tak ketemu kan
tanchap tempohari saya penuh dgn job, tarikh keramat 080808 terlalu ramai kepingin walimah. tak jejak ke rumah dek job kawen. *sigh*

nnt rantai di jaya juga kamu tiada kan? hari penyatuan kamu pula *sigh lagi*

moga nnt ade lah hari yang kite akan bertemu juge ya. :D

ainfazrin said...

puisi yang indah. tersangat indah.terima kasih kak fynn,sebab share kisah kasih cinta tri dengan kami semua.

cepat kan masa berjalan.
2 minggu lagi!

*senyum*

selalu saja doakan yang terbaik untuk kak dan tri.

*senyum lagi*

y u z said...

sudah sekian lama tidak menitip salam di sini.

=)

saya masih setia membaca,semoga saya juga akan bertemu bahagia seperti kamu tidak lama kelak.

InsyaAllah.

- NuLU - said...

pertama kali sy dengar puisi ini.. ianya sangat indah.. sama dengan melodinya.. :)

*semoga berbahagia buat kamu.. :D

Unknown said...

aishhh chumil betul la kak fynn...

Hanafiah Ghazali said...

jujur.. kata kata enak
jujur.. musik tidak

Anonymous said...

damn fynn...i almost cried.

yah

Anonymous said...

Salam.

Kak Fynn, puisi 2 sungguh sweet. Rase nak nangis bile bace. Kak fynn mmg sorg poet yer?

P/S: Congrats on ur wedding. Kak
Fynn ngan suami mmg secocok.

Anonymous said...

kak fynn.
dah lama xsinggah disini..
busy persiapan spm..
tp hari ni luangkan jugak masa..
untuk baca entri2 kak fynn yg tidak sempat dibaca..
actually b4 this xprnh tegur..
just being a stalker lepak disini,sori yea!

terkejut tahu kak fynn dah kahwin..
im happy for u ;DD

seriously i said,
xpernah rasa tersentuh cmni..
baca entri2 kak fynn..
menitis air mata..
especially budak sunyi dan pari-parinya..
sebak yg amat..
u done a good job kak!

Nurfarhany said...

rasa sama sama bahagia pulak.
senyum je bila baca.
=)