Friday, January 14, 2011

takut di pagi2 yang aku kumpul setelah berminggu.

makin aku berjalan jauh, makin aku membuka salam;
makin takut aku pada dunia dan manusia2nya.
pernah hari kelmarin seorang lelaki berbual sama aku tentang manusia.

dia bilang:
kita semua binatang.
hanya mereka yang mengguna akal layak dinaikdarjat menjadi manusia.

pada asalnya aku agak marah sama penyataan beliau. setahu aku, kita adalah manusia dahulu--
bila tidak memakai fikiran, baru jatuh kita pada taraf haiwan itu.
tapi bila mana borak2 mendalam itu berlanjut jauh, aku terpaksa akukan kemungkinannya.
ya. mungkin benarnya ada.

susah menjadi aku yang penuh kontradiksi. aku benci beramai, tapi ke ramai juga yang aku pergi. aku takut manusia, tapi ke mereka juga aku rapati. untuk apa? sudah aku tanam dalam kepala yang manusia secara pukulratanya adalah jahat semata2; kecuali kalau ternasib molek, dapat kita ketemu yang cantik baik, maka kenapa masih bertenggek aku pada keriuhan2 ini?

apa aku cari walhal aku terlalu tahu hampir seluruhnya keji.
hampir.
apakah aku bodoh untuk meyakini yang 'hampir seluruh' itu tadi masih berbaki, dan sejumlah kecil itu mungkin sesuatu yang berbaloi ditunggu mari?

aduh.

aku takut. sungguh aku takut. menggelumang di antara senyum yang jelas tiada ikhlas, mengulit di kalangan hingar yang sungguh penuh nanar. ini bahaya. begitu bahaya.

tuhan,
jangan bagi hilang sejemput tanah yang masih terkepal pada jemari aku.
aku tak sudi lupa diri;
aku tak mahu.

10 comments:

Pendekar Berkuda said...

aku ingin mngehayati puisi tepi jalan... kerana aku suka puisi indah yang kau kumandangkan. bait bahasa penemu khayalan.

jika ada kelapangan. singgahlah ke teratak picisan ku...

Misya Idris said...

aku mahu aminkan doa kamu.
moga sama2 tidak lupa diri.

Tieah Madian said...

Yeah!
Manusia yang jahil dan hidup dalam dunia ciptaan sendiri yang paling binasa! *Serius aku benci..
Lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan!
Giler memang takde otak..
Belajar tinggi2, jauh2 tapi tempat dia bersama jantina sendiri memadu asmara.. *Bongok!
Sedangkan bintang pun tahu cari jantina yang berlainan nak lepaskan nafsu..

*Maaf aku agak emo fynn.. :)

Anonymous said...

sblm lupa diri,
jgn lupa dgn hadith ini..

Rasulullah SAW bersabda: "sesiapa yang mengHINA seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan m a t i sebelum melakukan dosa tersebut."
(h.r. tarmizi)

pisang said...

gugurkan rasa lupa diri

Dyna Yvonne said...

gunakan akal dan iman.pasti kau tidak jatuh tersembam ke bumi.

APi said...

sungguh..
aku jua tidak mahu..

Anonymous said...

jangan takut , kak fynn takkan lupa diri .

amin amin amin

cikmagenta said...

kalaula ikhlas 2 mcm cop kt dahi ..
happy lah org2 yg mengharap keikhlasan ..xyh gusar xyh risau :)

Anonymous said...

diri xkan hilang sesudah niat terpatri dlm diri.sedih.bila kamu mau hilang.aku perlu kamu.Assalamualaikum fynn jamal.(hana husn)