Tuesday, January 18, 2011

aku adalah compangsompekcomot tepijalan aku

subhanallah,
terlalu ramai yang selain dua manusia yang aku namakan kawan semalam yang tersinggung hati.
maasyaallah,
betapa ada masanya aku ini terlalu kurang menyedari kasarnya suara aku sampai tercakar luka hati kalian2 kekasih aku ini.

*sayu*

sebak aku bila mereka2 adalah lebih dari keluarga sendiri. penaman sunyi2 malam aku di sekali-sekala di muka tulisan maya ini dari masa ke semasa. yang jauh di lubuk jiwa telah aku tanam cinta seolah keluarga pada setiapnya.

sungguh,
dari hati yang terpaling dalam,
andai sungguh ada yang rasa sayu dengan kenaifan aku dalam memilih kosa kata,
ampunkan aku.

*geleng kepala atas bodohnya diri sendiri*
ampunkan aku.

jelas,
betapa kalian sungguh bukan manusia2 kejam yang mengejami aku.
dan ah betapa jelas,
bukan kalian antara manusia yang mahu mengejami aku.

*senyum sedikit sambil menggeleng kecil*

kelakar, sebenarnya.
orang yang menyakit kita tak pernah mempeduli.
orang yang selalu cuba sedayanya menjaga--
itu pula yang berisau hati.

subhanallah.
bagaimana mulia jiwa2 yang begini.

haih...
*diam panjang*

puisitepijalan sekarang sudah jadi jenaka. tulisan2 aku ditampal2 dan dijaja2 utk dijadikan bahan utama dalam forum2. bahasa2 aku dicadang2 pengertiannya sehingga tersimpang2 ke negeri china. orang2 yang tidak sepatutnya tanpa sengaja terpatut pula. kisah2 dan cerita2 rekaan aku dinama2kan karektornya.

sungguh.
sampai hati.
apakah manusia terlalu gilakan suatu yang murahan begini?
ke mana larinya pemikiran kritikal dan di mana hilangnya subjektitviti?

aku kini jenaka.
alat.
objek untuk dipertonyoh perkara2 bodoh.

*diam*
haih...

tulisan ralit aku semalam terlalu khusus pada mereka2 yang sebenar2nya tidak pernah mengasihi aku secara manusia dan secara kemanusiaan.




ampunkan aku--
sahabat2,
adik2,
kakak2,
abang2
dan saudara-saudari.

*diam lama*
*menung sedikit*
*tergeleng sendiri*








aku cuma mahu berkeras utk ditinggalkan aku di tepijalan ini;
bersama keluarga kecil aku--
kalau--
tidak ada amanah untuk kalian berlama2 di sini sama aku.

aku cuma mahu berkeras utk dibiarkan dalam lingkung kecil ini;
bersama kalian2 yang sunyi--
bagai satu masa dahulu--

dan kalau aku diterima di rumah aku ini;
kerana aku.

*diam*

manusia,
aku tidak minta kau terima aku,
kerana itu benar2 bukan mahu aku.
aku hanya hendak dihormatkan.
kerana ini--
rumah aku.
keluarga aku.

compang-camping buruk baju aku,
sompekroboh dinding aku,
comotbusuk halaman aku;
ini semua yang aku--

aku;
fynn jamal,
tuan tepijjalan ini.

20 comments:

♦♦orked♦♦ said...

bila kia nk tembak beruang besar,
kadang2 terkena tupai kecil..

adat hidup...

mohammad hafiz said...

:)

ateekaamer said...

forum cari tuh ke fynn?

d_tieah said...

Huhuhu..
Terbaek!
Tak perlu jadi diri org lain..
Aku adalah aku..

nuridrin said...

sekali sekala, pejamkanlah mata awak dari cerita-cerita begitu.
awak dah di tangga atas.
ramailah yang nak menduga.
bila awak diamkan,
nanti diamlah mulut mereka.

kalau tak reti penat jugak,
hari pembalasan nanti ada.
Tuhan selesaikan nanti.
dengan neraca paling adil.

Dyna Yvonne said...

fynn jamal tetap fynn jamal selamanya.

dEsy Property said...

Selamat sejahtera tuan rumah puisitepijalan,

masih di sini.
setia untuk perdengarkan suara hati yang ada di sini.

semoga rasa lebih baik.
huu.

Anonymous said...

kakak
saya tak akan kemana2
saya nak terus ada disini
dengan k.fynn.

sebab kakak,
adalah orang yang ajar saya apa itu HIDUP.

saya cinta kakak.

Anonymous said...

=) mereka yg ada disamping kau jgn kau siakan kak..

Pistachio said...

sy kenal kak fynn hampir 2 tahun.. baca senyap2 dan jarang2 komen.. biarkan mereka..

hidup mati kita bukan kerana dia..

D said...

aku pembaca forum bangsat itu.
maaf tp aku masih syg kamu dan tepi jalan kamu ini.

gossip, fynn.
mereka masih perlu ruang untuk mengenali kamu.

ampun beribu-ribu ampun.

please?

fynn jamal said...

D;

jgn begitu. sekadar membacanya apalah silapnya. cukup kamu kenal saya bagaimana, cukup.

sudah. tak mau lagi cakap begitu ye? saya pun sudah aman sedikit. *senyum*

dah ye..?

Along said...

dasar hidup, fynn. dasar.

*rangkul bahu, laga buah dada, bau rambut kamu*

masturah idrus said...

hobi baru mereka mungkin? hehe.

buang yang keruh ambil yang jernih.

Semoga Allah sentiasa memberkati Kak Fynn.

:)

beL cLoud9 said...

lumrah hidup.

yg suka x sll nk luahkan rasa suka.
yg benci akan sekerasnya beritahu benci.

sy ttp suka awk.pull stop.

Mr Djembe said...

nak aman jom tepi jalan TC??
hehehe....

D said...

terima kasih fynn.
terima kasih banyak-banyak.

:)

Ayyman Rahim said...

Awak terbaik dalam kata-kata awak sendiri kak. Waalaupun even kawan-kawan saya sendiri macam condemn kenapa minah tu baca puisi jerit-jerit semua tapi saya tak kisah, orang-orang Fynn atau The Fynn's je yang faham. Hahaha way to goooo Fynn Jamal!

najaa diyana said...

fynn, jangan kau endahkan pada modal bodoh manusia yang cuma tahu melaknat. kami, keluarga kecil kamu, tamu-tamu kamu, masih dan masih sudi untuk bertandang telinga mendengar puisimu, menadah mata membaca nukilanmu.

dR.SiLeNt said...

mereka yang telus
akan terus di sini.
takkan pergi.
selalu ada untuk kamu,kakak.

just be yourself. =)