Thursday, January 13, 2011

bukan kerna nama



jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu

dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini

jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah dirimu


ramli sarip
---------------------

selama aku bermain bahasa, bermain jiwa,
tak pernah aku lupakan setiap butir pesanan ini.

terima kasih, manusia hebat.

semoga aku terus taat dengan rasa yang aku ada.
dan semoga;
bukan kerna nama.




malam puisi riong.
ump gambang.

23 comments:

zareyLLYA a.k.a Cahaya Azun said...

okey , saya terlepas lagi kali ini . sumpah saya x tahu tarikhnya bila . kesian saya :(

Dyna Yvonne said...

menulis dengan jiwa.org akan rasakan ketelusan tu.teruskan berkarya kak fynn.kami sentiasa menyokong kakak.
chill~
>_<

Atiqah Ahmad said...

UMP gambang?

seriously?

dulu-dulu time belajar sana takde pun.

APi said...

lirik penuh makna..

oranglidi said...

huhu. maksud lirik dia mendalam. tabik spring paparock!

thniah utk mlm puisi riong tu. nmpak dlm suratkabor je.

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

berkain batik mmg cool!
btw, korang mmg full dgn soul.
salute!

d_tieah said...

Yeah!
Bukar kerna nama tapi kerna dia lelaki..
Sudah 150 juta kali aku katakan bahawa lelaki itulah..
Ngee.. :)

Deana Amane said...

my sis was there! told her that my idol/inspiration (fynn Jamal) is performing too :)
*wink*wink*

Zalina Razali said...

saya pergi malam puisi ni..best! dan byk message yg di sampaikan... :)

farah amira said...

saya sukee lagu ni jge..pak cik ramli ni punya lirik dah la sedap then , suara dia pun boleh tahann...

feature bnyk² ye kak fynn~

Farah Rosni said...

umi saya ada di kuantan isnin & selasa lepas. masa dia tahu pasal event ni dah malam, tak de sape nak tolong hantar.

ps: dia suka awak jugak kak fynn. :)

melati said...

kak fynn.. u were great that nite. pkai kain batik on stage mmg sempoi habis. tp tak sempat tgk kak fynn ngn paparock perform mlm tu..

masturah idrus said...

thanx for coming. :) "kahwin itu murah dan mudah" tak leh lupa ayat ni.

mocQachinno said...

welcome to gambang kak fynn.
laen kali dtg lagi. hahahaha~

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

sangat adore paparock ni sebab lirik lirik dia sangat bermakna and beri kesan mendalam :)

fizt said...

yeap..kak fynn punye perfomance mmg best!
tp sempat tgk masa lagu kedua je..tu pun dah tengah2..ade klas lor :(
ape2 pun, cd akan sy dpt nnt!
weeee~~

ramai yg puji kak fynn n uncle papa rock~
pengisian yang sangat menarik dalam bait2 lagu sempoi akak tu~
nnt datang la laagiiiiii~~~

intan said...

bayangkan kalau kita punya nama.
setiap lembar benang kain batik itu akan dikira.

tak rimas ke?

ikhlas. itu yg paling cukup. dan lepas cukup tak perlu ada tapi.

kan kak?

rafika said...

ala k.fynn....masa tgh stadi sne xdek pun nk dtg menjengah T.T

Pendekar Berkuda said...

hanya kerana nama.

aku menulis dari tinta.

begini bisakah?

hehe~!

laila said...

terlepas! rasa rugi sangat2 :(

obusido said...

Fynn masa fynn sikit demi sedikit mungkin sudah sampai.

Jadi since Fynn seorang pemikir, Fynn kena ambil masa bagaimana untuk handle publicity bad or good supaya tidak stress dan merugikan ketenangan dan kehidupan Fynn.

Ini belum lagi popular betul dah ada orang mengaku kawan.

So fikir2 betul, Fynn ada strategi ke untuk handle benda2 mcm ni. Tenguklah orang lain mcm mana. Lagipun bukannya hebat sangat pun kat malaysia ni.

Mawi pun sekejap je. Stay fokus. Fynn nak cari rezeki yang banyak melalui karya. Jadi taklah waste energy memaki sana memaki sini.

Fokus...berkarya untuk peminat anda. Tanpa anda sape lah saya..hehe

Pemuzik Amatur said...

Fynn, mana youtube performance awak dengan Ramli Sarip. Semua ini jadi resume anda. Atau performance masa di pertandingan ditv hari tu.

Kami pun nak tenguk. Ada kat blog ke? Saya cadangkan Fynn buat roadshow kat ipta dan ipts.

Puisi ni ada special market dan yg boleh faham adalah generasi Fynn yang terdapat di ipt.

Untuk membina fan base juga kena ada strategi. Fan base penting kerana ia adalah market anda. Mereka juga memberi legitimasi kepada Fynn sebagai penyajak.

Fynn dah ada a complete produk dalam bentuk RANAP, koleksi puisi2 Fynn yang telah di publish. Ini adalah satu langkah penting dan bersejarah dalam karier Fynn sebagai penyair indie kerana you are now a bona fide penyajak Melayu. Ada dalam ISSBN.

Dengan publication ini Fynn telah establish Fynn first and foremost adalah memang seorang penyajak dan Fynn kena groom this image. Fynn bukan budak sekolah lagi. Puisi Fynn boleh berdiri sama tinggi dengan pemuisi Melayu lain. So image ilmuan kena jaga juga.

Seorang penyajak adalah seorang ilmuan dan dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu. Lebih dari seorang penyanyi. In fact lebih penting dari buat single 150 juta.
Masaalahnya buku agak kurang volume tapi Fynn boleh distribute di setiap persembahan. Kalau tak kenal maka tak cinta.

Ketika ini tidak ada popular, contemporary penyajak Melayu. So Fynn boleh isi kekosongan market ini. IPTA dan IPTS adalah natural market. Fynn sebenarnya beruntung boleh nyanyi lagu2 Fynn dan juga boleh membuat deklamasi RANAP.

RANAP boleh jadi punca rezeki Fynn kerana it is ready, it is complete. Tinggal nak push saja.

Bayangkan jika Fynn boleh jual 50 buku setiap event itu sudah 1000 ringgit. Jika satu bulan 4 ipt sudah 4 ribu. Buku kena jual dengan volume mcm lagu juga.

UMP Gambang (b bukan p) dikatakan di hadiri 3000 orang penonton! Besar tu.

Sponsorship dan appearance boleh menambah value Fynn dan membantu penjualan RANAP sumber kewangan seorang penyajak.

Tentunya dalam masa 10 tahun RANAP akan jadi bahan untuk pelajar SPM hehe. Kementerian Pelajaran akan pesan 10,000 copy. Masa tu jangan lupa saya hehehe... kawan2 lain yang lama Fynn boleh lupakan.

ceritakita said...

sangat best...