Saturday, January 1, 2011

tahun kering

memang hati kering.

pangkal 2011 akan menyaksikan aku hidup tanpa rancang. berhenti kerjaya yang menjanjikan nasi atas meja demi pulangan gaji yang sejujurnya hanya ilusi tak terpegang.

sungguh hati kering.
tapi aku lantakkan.

ikut susunan kasar, sebaik sahaja aku tamat dengan kerja sementara ini, aku siapkan habis2 lagu2 aku, kemudian aku kemas2kan untuk aku jualkan pada sesiapa yang mahu. sebulan itu, lauk aku adalah lagu2 aku. semoga terjaga aku ini di dalam tangan tuhan. bersangka baik secara total pada pencipta memang pada sesetengah orang agak naif dan bodoh; tapi aku sungguh dari dahulu selalu percaya yang sejahat mana aku ini, masih tetap dibagi peluang untuk berdiri.

:)
tuhan memang baik.
kalau pada sang kafir pun dia mahu menjadi ar-rahman, apa lagi untuk aku.

*diam*

sebulan tidak aku jenguk puisitepijalan, kecuali untuk membaca kata2 ringkas pendatang sementara dan pengunjung tetap. bukan malas untuk menulis, tapi masa kurang ada, dan manusia2 yang aku jumpa terlalu ramai untuk aku kecilkan huraian untuk bercerita tentangnya. tambah pula, ramai yang menyuruh2 aku menulis, maka terpaksa aku tangguh2 kerana menulis tidak kerana mahu yang tulus itu sesungguhnya bukan aku.

*diam lagi. pandang kosong pada skrin bisu*

makin kurang seronok menulis di sini.
*diam makin lama*

aku akan pindah.
ke negeri orang tidak tahu.
macam dulu.

sebab hari ini, di sini,
sudah terlalu banyak prejudis;
atas dasar kononnya terlalu mengenal aku.

*diam dengan munung paling jauh*

aku boleh rasa ini tahun paling hati kering aku akan ada.

sini, taufan ribut beliung,
mari sini.
hadap aku.

23 comments:

M said...

hi!
why run away? why let the prejudgments wins you?

replace fear of the unknown with curiosity.

g'day mate!

afrohead said...

selamat tahun baru. semoga berjaya walau apa pun lapangan yang dipilih :)

misz molecule said...

moga tahun 2011 lebih bahagia buat kak fynn..



cheers lady..

seorangFifie said...

memang kami tulis komen bukan untuk org lain baca, selain akak seorang yang rasa.

akak rimas mungkin. betul, menulis biar ikhlas. rasanya kami geng2 tepi jalan dah boleh rehat.cuma fie harap akak jangan tarik entri2 dulu. biarkan saja. sebab sekurang-kurangnya rasa itu yg kita pernah kongsi sama2 sebelumnya. salam rindu, kak. salam selamat tahun baru. salam jaga diri :)

Aien said...

yang baik-baik saya harap untuk kakak. bukan semata-mata sebab masuknya 2011, tapi untuk bila-bila pun. sbb kuasa tuhan yg buat kita sayang walau bukan sedarah daging. ye, tuhan tu memang baik kak :)



p/s : sbb tak ada komen yg dilulus, saya komen. cukup indah klu kakak sorang yang baca.

*senyum panjang*

hazim2gaban said...

selamat tahun baru kak fynn!!!

Anonymous said...

sebab takkan dipublish, jadi saya pilih untuk tulis di sini. walaupun sebagai anon.

mahu kamu saja tahu kakak. saya terpaut pada jiwa kamu. tak kisahlah bentuk dan rasanya bagaimana. saya tetap akan suka. dan saya doa kakak baik-baik saja.

kita pernah bersalam sekali. tapi saya segan nak main tegur-tegur di facebook misalnya. tapi nanti nak pergi lepak gravy baby, hehe.

apa-apa pun kakak, teruskan (;

cikzuzu said...

http://cikzuzu.blogspot.com/2010/08/fynn-jamal.html

semoga jumpa lagi di 2011 kakfynn.

Deana Amane said...

selamat tahun baru kak Fynn!
have a great & wonderful year :)

Anonymous said...

negeri mana pun kau pindah esok2, khabarkan pada aku nanti ya kak
ak dah bilang hari itu, kau buat aku pandang dunia ini nampak lain.
jadi jangan buat aku rasa sendiri.
selama ini ak lawat kau diam2. jadi di negeri baru nnt juga aku diam2.
aku paham kau haus ruang privasi kau sendiri. cuma aku mahu berteman jujur kata kau tentang dunia supaya aku tak rasa sepi.

*peluk*

Pnaz said...

bawa kami sama ke negeri yang orang tidak tahu itu. kami ingin turut serta seperti dahulu.

hanadesu said...

Salam, kak fynn.

kalau pada sang kafir pun dia mahu menjadi ar-rahim, apa lagi untuk aku.

ar-rahman kak, bukan ar-rahim. ar-rahim hanya untuk orang2 beriman, yang mana muslimin, muslimat. ar-rahman untuk sesiapa sahaja, tidak kira beriman atau tidak.

maaf kak atas tegurannya walau saya tahu akak tak approve mana2 komen. itu lebih baik untuk saya. sekadar berkongsi secebis ilmu.

ayat itu sungguh menusuk buat orang seperti saya.

zareyLLYA a.k.a Cahaya Azun said...

2011 seperti tiada makna juga buat saya ;(

atn.yusry said...

kalaupun tiada komen akan diluluskan, saya tetap nak cakap sesuatu. sedangkan Tuhan berikan syurga kepada pelacur yang berikan sang anjing sedikit air, ini kan pula seorang perempuan yang berikan kasih sayang yang tidak kurang kepada saya. bukan cuma saya. untuk semua manusia yang dikelilingnya.

saya doakan.
rezeki ada dimana mana.

jagan lupa saya.



-masih lg adik kecil awak.

-icha03- said...

di mana pon kamu,
arap kamu tabah.

arap kamu masih ingat aku ;)

akieraduta said...

rindu. nak baca post dulu dulu. =(

iYda Juhar said...

tetap mahu komen juga :)

fynn, doa banyak2. yakin dengan ape yang awak pilih. kita kan semua tahu, doa itu senjata mukmin. Insyaallah Tuhan Maha Mendengar.

pernah dulu, saat hati saya patah dan amat kering. betapa saya tak mahu sesuatu 'itu', secara diam saya menolak terus-terusan. tapi mungkin dari raut wajah, ade seorang Allah yang perasaan akan air muka saya. lembut sekali dia menegur "Iyda,kadang-kadang sesuatu yang amat kita mahu itu,boleh jadi buruk untuk kita. dan kadang-kadang sesuatu yang kita tak mahu itu lah bole jadi yang terbaik buat kita. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita". Saya terdiam terus senyap,oleh kerana saya degil saya diam saja. Lama selepas itu, nasihat itu sering terdengar-dengar ditelinga. Dan alhamdulillah ada betolnya. Allah itu Maha Penyayang. Rupanya Tuhan mahu saya belajar mengenal diri sendiri dan menjadi rapat kepada-Nya. Subhanallah.

Nota : Fynn,tak tau la sampai ke tak ape yang nak dibagi tahu. Sbb kadang tu niat dalam hati lain, tulis lain, bacaan lain, pahaman lain. Haihhhh.. ape pon Selamat Berjaya :)

beL cLoud9 said...

x lulus plak.hehe ni la nama nya pengkomen ketegaq.he

Anonymous said...

'selama yang aku menulis, aku cuba utk jadi yang sejujurnya. aku begitu biasa2. percayalah'- fynnjamal

menulis biar dari hati.
biar orang lain menjatuhkan kamu.
tulis dengan sederhana.

satu. jangan mudah putus asa.
doa kami sentiasa menemani kamu.
insyaAllah.

jaga diri.

-sahbat cuma-

Malam Puisi Riong said...

IMAM MUDA, ROCKER RAMLI SARIP dan FYNN JAMAL...hmmm

Ni berita terbaca hari ini.

Antara nama2 besar yang akan beraksi pada Malam Puisi Riong BH-UMP ialah Penerima Anugerah Penulisan SEA 2000, Prof Madya Dr Lim Swee Tin; penyair Pahang, Marsli NO; penyanyi popular, Ramli Sarip; Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan penyair indie, Fynn Jamal....Berita Harian 10/01/11

hehehe.. Tahniah Fynn.. kamu sekarang penyair Melayu paling top kat Malaysia ni..

Syabas.. do what you love. The money will come. According to this mat salleh theory, why products are successful, it is because of the why.. why you do the things you do..

ranap said...

Jangan lupa bawa RANAP ke setiap majlis yang Fynn hadiri. Siap dengan bunting sekali (posterla bukan mengandung)

Letak kat pintu masuk..

Pasti ramai yang rasa nak ranap nanti selepas dengar Fynn bersyair..

specky said...

kita terkadang terlupa
siapa Dia,siapa kita
tapi Dia tak pernah lupa melimpahkan nikmatnya pada kita.

moga terus kuat ya =]=]

esumi-lynn said...

penuh tahu yang kak fynn takkan approve comment ni, saya nak kata, "semoga negeri baru itu beri nafas ke kak fynn sepertimana puisitepijalan ini pernah beri, yang mana saya tak ada seawal mulanya."

saya tetap sayang kakak. dan sumi tahu, ramai yang sampaikan kata kata tu untuk kakak, tapi sungguh, memang kakak layak disayang sebegini banyak. untuk kasih yang sudah akak beri ke kami kami, hanya dengan mencintai akak kembali untuk kami balas. dan saya tahu juga akak tak harap balasan, tapi ape ade hal? nak jugak balas. :p