Wednesday, January 26, 2011

projek kesian

macammana--
dengan sekadar percaya;
kosong2 dan bulat didasarkan percaya--
kalian sudi bermurah hati untuk seorang seasing aku.

walhal majoriti kita belum pernah bersua muka,
belum pernah bersentuh kulit bersalam mesra--
macammana?

ini bukan pertandingan populariti.
dan kalau pun ya, tidak ke mana bilangan apa yang ada.
tapi ini soal yang begitu menginsafkan.
untuk aku, sekurang2nya.

betapa aku beruntung. dipertemukan sama berlian2 yang wujud dalam palit lumpur tahi yang mengaburkan. benar. sungguh. ya.
kalian berlian.

ingat mudah?
rm15 bukan kecil, tuan2 dan puan2. harga wayang bertempat-duduk-pasangan. harga makan di mamak nasi berlauk sotong sepinggan. harga baju bundle yang susah didapatkan. harga jockey parking sejam di depan pasaraya mewah penuh flashy dan gemerlapan.

nan untuk aku, begitu2 sudi kalian bagi2kan.
aku terpana.
kesima dan tersegan rasa.

entah apa yang dibuat aku sampai begini sekali dibalas tuhan.

*diam*

pelbagai pesanan dikirim bersekali dengan slip bayaran untuk aku. dicakap2 bagai seorang tua memberi kata hikmat untuk cicit dan keturunannya. diingat berkali2 tentang jangan dilupa tanah, dan semoga kekal begini jujur rasa yang aku ada. setiapnya, memanggil2 deru airmata.

aku berjaya sebelum bertanding.
aku menang sebelum dibanding.

terima kasih.
tidak.
terima kasih takkan cukup.
bertahun2 aku di sini.
di puisitepijalan ini.

dari yang bersungguh kasihkan aku, sampai tahi memalit pipi pun tak digeli, malah dikuis ke tepi-- sehinggalah ke mereka2 yang bencikan aku waima secuba mana aku memuashati. lama sungguh. lama sekali.

*diam lagi*

izinkan aku sekadar meminta tuhan yang terbaik untuk setiap kamu. hanya itu layak aku, cuma itu mampu aku. hal ikhlas dan apa2 yang dari dalam naluri, cuma tuhan mampu mendacingnya. cuma dia. cuma dia.

dan atas ikhlas2 kamu, izinkan juga aku terangkan apa rancang yang ada dalam kepala. semoga tak terkabur objektif kita (aku gunakan kita kerana bagi aku, kalian2 sudah bersekali menjadi pelabur saham pada projek ini *senyum*),



apa itu projek kesian?

ini adalah cita2 aku yang aku harapkan dapat dimanusia. aku yang tak punya harta benda kecuali apa yang aku ada dalam hari2, bercita2 utk meluncurkan kerja2 aku ke laut tengah. dengan tidak ada silu dan malu, aku yakinkan azamku yang aku mahu bukakan kembali pintu puisi dalam dunia besar yang aku kecilkan skopnya: tanahair kita sendiri.

aku terlalu rindu sama lagu2 puisi, dan aku pasti dalam sejuta manusia malaysia, pasti ada paling sedikit pun 5 orang yang juga mahu perkara sama. bunyi2 segersik permata buat isteri, bonda, teratai, apokalips, di balik cermin mimpi, kamelia, sekuntum mawar merah sebuah puisi, seroja dan banyak lagi sudah lama terbiar tak berjenguk. aku mimpi untuk mengembalikan cinta bahasa kita2 suatu masa dahulu. teknologi sudah terlalu buas menelannya sampai terkuburkan; aku mahu panggil ruh2nya semula.

aku tahu kalian juga seperti aku;
mahukan bualan malam puisi2 m nasir, ramli sarip, rausyanfikir, maman, kopratasa, alleycats, loloq dan lain2. maukan subjektiviti yang menepati situasi kalian, dan tidak cerita2 literal yang terang2 menelanjangkan perasaan. kalian seperti aku, pemalu dengan kisah sendiri, tapi tetap mahu diceritakan.

*tergelak sedikit*
atau itu cuma perasan2 aku?
haha.



apa yang boleh didapatkan dari projek kesian?

aku mintakan rm15 untuk setiap sebuah kompilasi lagu2 aku. dibuat dengan kemas dan teratur, secara professional dan terperinci oleh mereka2 yang jauh tinggi tarafnya dari aku. tidak. bukan untuk menjadi saing pada nama2 maha hebat dalam industri, jauh sekali untuk sekadar mengejar mimpi tipikal untuk jadi penyanyi --aku sungguh BUKAN salah-satunya. aku sedari puru suaraku, aku tahu kontang buluh tekakku. aku cuma pencerita.

konsepnya begini. di ketika semua orang yang hebat dalam muziknya aku anggapkan pendominasi seperti KFC dan mcD, bukankah bangang kalau aku juga mahu bertanding menjual ayam goreng untuk melawan syarikat gergasi? bukankah lebih bijak kalau aku sedar diri dan sekadar menjual soto di gerai2 tepi?

tidak semua mahu KFC mcD, bukan?
pasti ada satu dalam seribu yang teringin soto kampung seperti aku, bukan?

*senyum*

lelaki yang bertanggungjawab dalam memberi anggota pada mimpi2 aku ini adalah lelaki yang dari asal tidak mempeduli ketawa orang pada aku. di masa kiri kanan aku penuh serigala mengekeh pelik aku, dia bangkit dan cari siapa aku, untuk diadun dan diolah dengan resepi sesuai, katanya; kerana setiap benda lain cara masaknya.

di waktu tak ada yang mahu aku, dia belajar siapa aku. dicari dan dikaji jiwa aku, dipastikan aku terlihat cantik dalam kepelikan aku.

kerana itu, walau pada tempoh ini ada beberapa yang mahukan aku untuk diadun-olah, aku pilih dia. kerana aku adalah antara dungu yang masih percaya kepada kata2 orang tua "kasih orang yang kasih kita di masa kita bukan siapa2".

dan lelaki itu, yang aku hormatkan seperti keluarga sendiri, sudi membantu aku dengan janji sekadar janji.
haih~
*geleng kepala kecil sambil senyum sendiri*

mana hendak cari manusia2 seperti kalian ini?
mana hendak cari?



rancangan projek kesian.

*gelak besar dengan sedikit malu*
aku perlu khabarkan terang2. takut nanti2 dikekeh kalian di masa2 mendatang. kerana aku sendiri sudah gigih mentertawa diri sendiri sebelum sempat sesiapa lagi.

lagu pertama yang akan menjadi pengenalan aku pada laut lepas ini adalah... (-___-)" ya --150 juta.

*diam pasrah*
ye... gelak habis2.
sila2.
aku bagi chan.

*tahan nafas*
*tahan lagi*
*gelak guling2*

*muka serius*
ok. sudah habis ketawa?

ini perlu. kerana untuk menembusi dunia ini, aku perlu sesuatu seenteng itu. urgh. sungguh, aku malu. tapi hey. ramai kekasih yang menghargai lagu manja gedik itu, apa. maka apa salahnya? :) beberapa pasangan pengantin menggunakan 150 juta utk tema kahwinnya, ya~

(-___-)"

apa pun juga, mimpi aku akan bermula selepas itu. projek kesian secara bersungguh akan ditekan bila mana aku mampu pentaskan "biar" lagu yang aku lukiskan dari mata ayahanda aku itu. mimpi aku adalah untuk membawa sekali kawan2 aku dengan gendang melayu, gong, seruling dan koir kanak2 ke depan mata tanahair kita. mimpi aku adalah untuk abah dengarkan "biar" untuk kali pertama --kerana dia teristimewa.

aku mahu lebih dari lagu cinta. aku mahu lebih dari sekadar cinta adam dan hawa. aku mahu cinta manusia. aku mahu cinta sang mulia. aku mahu hikayat dan salahsilah kita. aku mahu cerita orang sampah tepi jalan. aku mahu kisah yang boleh dijadi sempadan. aku mahu kisah ayahbonda. aku mahu terlalu macam2 untuk anak2 kita.

tolong bisikkan pada aku,
yang bukan hanya aku yang mahu semua itu.

dan kalau benar bukan hanya aku,
doakan aku.

kita sempat ubah sesuatu untuk dunia.
kita sempat.
kita mampu.

maka, kekasih semua;
temani aku.




ps: untuk makluman penuh tentang projek kesian, boleh klik sini.

24 comments:

naza nur saad said...

aku suka 150juta fynn.

aku suka sampai tua.

aku suka biar jiwa.

semogo berjaya fynn jamal.

aKU maNUsiA beRpeRaSaaN said...

dengar kata dapat tangguh seminggu...yeah...harap sempat sangat dapat kumpul smua!~

Lincah!

dobot said...

KAKAK, GOOD LUCK! :)

i-SYA said...

saya nak satu juga. masih boleh ke?

sastraboy said...

maka saya ada di sini, berdiri teguh sokong kakak.

AesyaZealous said...

kenapa mesti dlm lumpur tahi. T.T

berusaha! like fynn jamal!

APi said...

lebih 150 juta sokong aku berikan..

dR.SiLeNt said...

May Allah bless you.

Mwaah mwaahh.

Anonymous said...

"aku mungkin bukan ibu kamu, kakak kamu, adik kamu, seseorang sesiapa untuk kamu.

tapi kalau sudah tidak lagi ada apa2 utk memberikan telinganya,
khabarkan sahaja.

aku ada."

kamu janjikan itu di masa kami tiada siapa2 untuk menemani.

dan sekarang kak,
saya kembalikan ayat itu untuk kakak.

saya sentiasa ada dibelakang kamu.sentiasa.

d_tieah said...

Semoga berjaya fynn..
Aku mahu lihat engkau di pentas membawa puisi yang engkau cipta..
Bertahun aku lihat bakat kau tersorok dan belum berada dipentas besar..
Harap anugerah akan kau perolehi..

Anonymous said...

*berdiri. tepok tangan*

semoga berjaya.
kalau pun tidak
kami; rakyat puisitepijalan
akan setia ampuh kamu.

-icha-

Dyna Yvonne said...

semua hasil kakak memang terkesan even 150juta yang org kate merepek tu.orang kata.saye tak kata.hee.
all da best 4 PROJEK bukan KESIAN.

>_<

imbasan kenangan said...

salam,tringin tuk menyumbang,masih ada korum dlm kouta 350 tu?

fynn jamal said...

imbasan kenangan dan yang lain2:

projek kesian masih berjalan. masih banyak yang kosong. doakanlah cukup 350, dan jangan risau. kalau pun tidak cukup, saya akan pulangkan setiap wang yang dibagikan.

:)

dulu hingga kini.. rockin. said...

dari blog ni takde follower.. dari kisah kucen.. semuanya lah..

takkan laa rm 15 takleh nak bayar tuk pencerita hebat ni. :)

♦♦orked♦♦ said...

apa2 yg mcm terlebey emo tu cntek.. =)

Anonymous said...

kau idola aku dalam bab penulisan.
aku suka kau yang berperangai kasi-redah-tak-kira-apa.

3p4h said...

Akak pasti boleh! Yakin2! Kami sokong dari tiap penjuru ;)

chenta said...

:) dah bertahun saya jadi penghuni setia puisitepijalan ni. menangis di sini, hirup sedap puisi di sini. dari hanya beberapa orang pembaca tegar, sampai lah kak fyn da masuk keynote dan tiba2 150 juta jadi femes gila!

sumpah saya sangat gembira untuk kamu! esok akan ke bank lagi lepas dah berkali-kali cuba tak lepas. and yes kak fyn, kita tak pernah jumpa pun.

Mieza Isa

farah rosni said...

okay, sumpah part 150 juta tu farah mmg gelak. HAHA.

ps: tak sepat pergi bank lg. as soon dah pergi farah email.

park cheq said...

puisi tepi jalan mmg terbaek..'

*tepuk tangan

smoge anda bjaye dgn ap yg anda usahakan..


*bunga api


gd luck!!

Nyda Zamani said...

sy suka lagu2 kak fynn
teruskan perjuangan
kami menyokong
:)

dayahyusoff said...

Ikut rasa tamak, memang nak semua karya kak fynn dlm projek tu. Tapi takkan semua karya hanya dgn Rm15 kan? Tamakkan aku? Huh! Takapa takapa. Letak apa saja pun sy terima. Hik ;)

Semoga berjaya kak!!! :)

Pendekar Berkuda said...

meski aku masih lagi menjadi begini. Akan ada terselit namaku dari banyak-banyak manusia.

kerana aku tidak mahu menilaikan nilai indah bahasamu dengan wang ringgit cuma.

sehingga itu.
teruskan berkarya..(^_^)