seorang kawan baik buka topik pagi meja kopi yang menarik.
dari statusnya: "tadi aku baca nashkah", katanya, "tentang satu perihal. mari kita sama2 bual2".
aku yang gila permainan kepala terus tekun membaca.
tambah pula, kawan baik aku yang ini jarang buka mulut sama aku.
dan kalau dibuka, susah dikeluarkan yang bodoh2.
dia tulis (dan aku olah dan permudah ceritanya):
1. isteri pulang ke rumah asalnya.
2. isteri punya adik yang melangsung tunang.
3. suami suruh pulang.
4. isteri kata tidak.
5. suami panas hati.
6. mertua masuk campur.
7. suami baran.
8. suami bawa geng belasah mertua.
dia sudahkan dengan "mana lebih penting, ikut cakap suami atau pergi tunang adik sendiri?"
aku senyum. gelak kecil sebenarnya. tidak semena2 kepala aku terus memain memori wajah2 manusia perempuan yang aku kenal dari dulu2. sudah boleh bayang lancarnya mereka melaung2 ideologi feminisme mereka berserentak dengan senarai hak2 yang mereka telah hafal dari risalah2 yang didapatkan dari buku2 perang sexisme yang didasarkan dari buku sejarah barat.
*geleng kepala*
kenapalah kita percaya bohong2 orang luar sana, agaknya ya? bukan sekadar feminisme, lah. semua ektrimisme ini, kenapa perlu kita telan bulat2 sedangkan sudah tuhan kata, cara hidup islam adalah kesederhanaan; wasatiah. bercukup-apa-ada.
mana kita boleh ada supremacy di kalangan kita? manusia sememangnya penuh busuk hati dan dengki; kita tidak boleh ada orang yang lebih dari kita. maka kenapa kita perlu terima adanya mungkin untuk kategori2 yang melebihi sukatan standard adil?
kita sama.
semuanya sama.
apa yang ada hanyalah kehidupan.
kan?
dan bila mana kita menerima yang setiap kita sama dan ada kurang lebih di sini sana, kita akan mahu untuk hidup dalam kelompok yang mementingkan kesamaan. tidak ada perasaan kau lebih, aku kurang, vice versa.
macam dahulu2 ketika ideologi2 belum wujud, semasa simplisiti adalah cara hidup;
aku orang laut. aku ada ikan.
kau orang darat. kau ada ayam.
tukar.
sama2 rasa.
sama2.
sekarang? haram. aku, aku punya. kau, kau punya. kalau mau, letak harga. ikan lagi susah tangkap --risiko aku mati dalam laut. jadi harga ikan aku lagi mahal dari ayam kau. take it or leave it. tak sanggup bayar, tak usah rasa.
haih.
abah selalu cakap, kalau dah beramai2, selipar jepun goreng pun boleh jadi sedap.
aku setuju.
kalau makan hotel 15 bintang pun, tapi sendiri, semua akan rasa pasir.
tapi itu akulah.
tidak, tidak. tidak aku seorang chauvinist, aku berkecuali. aku memang tidak mengikat diri aku di mana2 fahaman; aku sudah serik. aku cuma seorang yang suka bercakap dari fikiran aku sendiri, yang mana setiap fikiran aku itu aku dasarkan dari observasi dan ilmu2 yang aku deduce dari menjadi anak seorang lelaki bernama jamalludin.
mungkin juga, kerana dengan menjadi anak lelaki keras itu, aku begini.
1. kita buat salah, kita kena bantai.
kena belajar tanggung diri sendiri.
2. adik-beradik buat salah, kita sekali kena bantai.
kena belajar tanggungjawab saling ingat-mengingati.
3. jangan menangis ketika dibantai.
kena belajar terima bahana perbuatan sendiri.
4. lagi menangis, lagi dibantai.
kena belajar kuatkan hati.
macam2 lagi. tapi satu pasal abah, macammana dia nak mendidik pun, ada hemahnya.
1. nak bantai bukan depan2 orang.
kena jaga aib orang dibantai itu juga.
2. dah bantai, walau kaedah apa pun; sepak tiruk ke, getah paip, hanger besi ke --mesti beri justifikasi.
kena kasi faham pada mangsa yang dibantai.
ketika majlis pembantaian, dia akan tanya:
"tahu kenapa dibantai?"
dan kita kena jawab kenapa. cakap depan2 apa salah kita. baru kita sedar maknanya.
post-majlis pembantaian, biasanya selepas mangsa pura2 tidur:
"janganlah buat lagi. ingat abah suka buat macam gini?"
dan kita akan belajar.
bukan dari lebam dibantai itu.
tapi dari hormat pada orang tua yang yang hormatkan kita.
*diam*
hormat.
itu, bagi aku, yang akan menyelamatkan kita semua.
banyak perkara dalam dunia, bila ada hormat, selamat setiap jalan cerita.
macam cerita atas tadi.
kalau ditanya pada seratus orang, akan aku dapatkan seratus jawapan berbeza2.
semua terpulang pada relevan akal sendiri.
jawapan aku?
tertera dari pangkal sana.
dari tertib aku susunkan kes itu.
sengaja.
isteri kena taat perintah suaminya.
ye. aku fasih dengan marah beberapa yang membaca. tapi itulah dia. dari haknya, sang isteri memang perlu akur sama apa yang diputuskan suaminya. dari zaman para sahabat dahulu pernah dikisahkan cerita seumpama, dan telah kita dapatkan pengajaran yang perlu kita terima.
ingat tidak? kisah seorang isteri yang dipesan suami untuk tidak ke mana2, nan matinya sang ayahanda tercintanya pun, tidak dilangkah keluar pintu rumahnya. betapa mulia perempuan itu diangkat pada tuhan.
ok. setuju sehingga paras situ?
bagus. aku sambung.
namun berapa ramai sang suami yang seperti suami perempuan itu? yang hormatnya pada isteri yang setaat itu, sehingga dijulang isterinya ke semua, diredhakan setiap cinta dan kasih sayangnya pada perempuan sebaik itu? kalau semua ingatkan cerita perempuan tadi, janganlah dilupa sekali sang suami yang berterus2 merasa serba salah dan sayu hati kerana merasa isterinya tidak diadilkan.
betul, bukan?
pada hemah aku, setiap perbuatan tidak jatuh baik atau jahat hanya pada end result atau penyudahan cerita semata2.
tapi pada cara.
itu yang membuat sesuatu itu, bagi aku yang masih belum sempurna ilmu dan agamanya ini, tertalak baik atau jahat.
seorang jutawan memberi sedekah 5 juta pada orang miskin.
baik.
asal 5 juta tadi rupa2nya wang saham yang dilabur pada syarikat judi.
tidak baik.
seorang siswa mendapat markah sempurna dalam thesis.
baik.
salah seorang ahli kumpulan yang malas sedikit dilaporkan pada pensyarah sehingga digagalkan.
tidak baik.
menegur perempuan yang masih ignoran tentang akhirat.
baik.
menegur dengan menyinggung dan menimbul rasa aib pada perempuan adi.
tidak baik.
persis matematik. jalankerja mesti betul. jawapan salah tidak apa. kalau cara betul, lama2 nanti, dapatlah jawapan betul. kalau cara dah salah, jawapan betul, itu namanya nasib.
entahlah. kadang2 aku rasa mau lempang juga isteri2 yang tidak reti cakap molek dengan suami. mentang2 gaji dia lagi besar. mentang2 status dia lagi tinggi.
"apa yu sibuk? itu duit ai?"
"awak toksah cakap banyak. hak saya tak pernah bagi, nak macam2 borak"
"ahh~ bencilah!!"
PANGGGG!!!
nasib baik aku bukan lelaki.
sebab aku baran nak mati kalau ada macam gitu punya bini.
dan yang suami pun, ada masa aku hendak juga bagi penumbuk di khalkumnya. dapat isteri baik menunduk, dia punya bongkak, ya rasulullah..
"awak ikut cakap saya!! saya ada hak atas awak!!"
"eh banyak bunyik pulak pompuan ni"
"sekali aku bagi kang"
wah~
bila datang bab hak suami, ketinggian darjah suami di mata isteri --laju.
bukan main dia beri hadith dan kisah2 nabi, mengungkit indahnya taat khadijah segala. padahal sendiri dia tidak tahu yang hak paling pertama seorang isteri sebelum diakad menjadi miliknya adalah sebagaimana dia dibelajaga keluarga asalnya, TIDAK BOLEH KURANG walau sedikit bila mana dia melangkah ke rumah suaminya.
sebagai contoh, kalau di rumah ayahbonda dia ada 3 amah menjaga, suami mesti mendapatkan 3 juga. melainkan bila isteri bilang "tak apa".
ingat senang?
:)
hal perkahwinan, bagi aku; semua itu nasib. ada suami nasibnya dapat isteri jenis cakap mesti mau kurang hajar dgn suami. memang layaklah kena pelangkung. ada nasib yang lagi sang isteri cakap elok2, lagi si suami tunjuk superhero. ada juga nasibnya yang dapat mertua jenis suka masuk campur. aduhai...
pakcik~
makcik~
hal anak2, tak usahlah interfere walau memang dia yang rujuk mintak keputusan masalahnya.
*pause*
sefaham aku la.
*pause lagi*
ke abah aku sorang yang ajar "awak dah besar, abah takkan masuk campur. awak ada akal, buat apa yang awak rasa betul. kalau salah, belajar untuk perbetul"?
*pause lagi lama*
aku rasa aku kena sound abah la.
dia banyak ajar aku lain dari apa yang orang biasa buat.
dah aku nampak pelik.
*dail nombor abah*
HAHAHAHA.
itu aku la~
kalian semua ada akal, kita sama2 boleh fikir.
aku bukan betul sangat pun.
kan?
:)
20 comments:
setuju dengan kakak. yang pertama adalah hormat. tak kira lah si tua kepada yang muda atau yang muda kepada yang dah lanjut usia..
pada hemat aku, dalam hati perlu semat kasih sayang. biar penuh hati ditampal dengan kasih sayang, maka tidak akan tergamak memperlakukan yang tidak-tidak bukan saja kepada keluarga sendiri malah kepada sesiapa pun..
aku terkesima. insaf dalam sedar. terima kasih teman.
turut kata suami jika suami itu taat dgn perintah Tuhan, menjalankan amanah dgn sebaik2.. itu basic..
jika suami kaki dera, dia tetap suami yang perlu dituruti selagi dia tak menyuruh perkara yg dilarang Tuhan seperti pulang ke rumah untuk dilacurkan..
setakat menyuruh isteri pulang ke rumah kerana suami mahu isteri di sisi, isteri sepatutnya menurut..
tapi suami pn perlulah agak2 sikit untuk suruh isteri pulang.. biar konkrit di sisi islam.. consider sket si isteri!
huhuhu~
betul. ingtkan saya je yg salu kena pukul, bantai. rupanya ada jugak yg senasib! hahaha :D
tapi bukan dgn abah la, dgn mak. kdg2 rasa mcm penderaaan pun ada. macam mana tu.
lepas ni gi buat ceramah kat kursus pra perkahwinan. best nih. hak3.
suke tang last2 pasal abah. abah kita macam sama.hehe.
*nak dail jugak*
:)
tiba-tiba teringat libasan tali pinggang abah. atau pun hanger mak. adoi!
adoi itu yang jadikan aku, aku.
oh lagi satu. mak aku pesan.
"kalau satu hari, mak sakit atau mak mati, tapi laki kau tak kasik balik kampung, kau jangan balik. kau jangan buat mak seksa."
*pause*
"tapi laki kau tak kejam macam tu kan?"
hahahaha, mak.. mak..
i loike ur entry. :D.
kata2 seorang sahabat:
Isteri perlu taat kepada Allah, bukan taat kepada suami.
Suami pun perlu taat kepada Allah.
Dan Isteri adalah teman kepada Suami.
Hal rumahtangga, bg saya, memang tak perlu dicampuri oleh parents kepada Suami atau Isteri.
Berckp, berdasarkan pengalaman.
Allah lebih mengetahui.
tiba bab bantai tu rasa nak menangis.
setuju.
"aku rasa aku kena sound abah la.
dia banyak ajar aku lain dari apa yang orang biasa buat.
dah aku nampak pelik."
;) ada 1 yg sama kt cni...
org2 yg xsama saiz kasut xkan paham.
kann!!:)
fynn : aku dah follow blog ang. betul ka esok kau datang UKM bangi? aku nak pergi gak!!!
lari topik
aku mahu berbicara. meski tanpa ulas indah. tapi aku tetap mahu bicara.
*diam*
aku tidak pernah merasa. tapi aku bisa berfikir pada otak. akal fikir bukannya begitu saja .
kan?
*diam*
setiap ayat kakak mmg tdk kosong...terima kasih kak...=)
abah saya pun macam tu :)
kamu buat aku berfikir. *lama*
thanks
bila terasa hilang dlm diri sendiri,
entry akk bt sy kembali mrsa denyut nadi ini bt mereka yg selalu ad bersama meneman sepi...
bertahun ikut tulisan2 kak fynn,
you're the str0ngest & p0sitive minded that I ever knew thr0ugh your writing....
kata siti fatimah :
"kata2 seorang sahabat:
Isteri perlu taat kepada Allah, bukan taat kepada suami."
nak tau lah sahabat mana. boleh?
sebab Nabi pernah bersabda;
"Seandainya dibenarkan manusia sujud sesama manusia, nescaya aku akan menyuruh si isteri sujud kepada suami"
terima kasih
sebenarnya, kena balik kpd simplicity yg kamu ckp tu. kena semua org rase rendah diri.bukan merendahkan diri. kena semua saling perlu-memerlukan, saling ingat-mengingatkan..:)
Post a Comment