tidak cukup.
1) sudah ada genap rm 500 dalam dompet. hari ini hari terakhir jualan promosi sesuatu yang kamu suka itu. harganya rm 550. kebetulan tidak ada sesiapa yang ada / sudi / berani berikan rm 50 untuk kamu pakai dahulu, meski pun kamu bermatian bersumpah memegang quran akan melunaskannya sebelum seminggu.
kamu sekadar berdiri di depan kaca dengan perasaan sayu.
tidak cukup sekeping lima puluh itu.
2) abah paksa kamu pulang ke kampus. bunda kamu semakin pulih, nampak gayanya. dan seberat mana pun hati, kamu paksakan utk kembali. sampai di bilik asrama, abah telefon. bunda meninggal dunia.
kamu sekadar terduduk dan terdiam semua bicara.
tidak cukup sehari, kalaulah kamu tidak dengar katanya.
3) sudah begitu bersedia untuk periksa kebangsaan. sejak kamu sempat berfikir, tiada tempat lain hendak kamu lanjutkan mendalami ilmu, selain di universiti itu, sama tempatnya dengan ibubapa kamu suatu masa dulu. kertas perperiksaan pun tidak terlalu susah. tapi entah kenapa, di tangan kamu ada deretan huruf yang ada satu sompeknya.
kamu sekadar terpinga dan tidak percaya.
tidak cukup satu A untuk ke tempat prestij di luar negara.
sakit.
sakit kerana yang tidak cukup cuma sedikit.
tapi perasaan yang timbul dalam benak bukan sakit.
itu tidak tepat.
tapi 'ralat'.
mungkin itu juga yang aku rasa sekarang ini.
cukup.
apa makna cukup?
kalau dari konteks mengisi ruang, boleh juga kita ukur dengan kepenuhan, dengan kepadatan molekul2 yang mencipta figura.
letak cawan, isi air.
sedikit, banyak, penuh, melimpah.
letak bakul, isi baju.
sedikit, banyak, penuh, melimpah.
nampak.
jelas.
nyata.
tapi bagaimana hendak dikira sesuatu yang tidak fizikal; ttg sifat, seumpamannya, atau akal, juga ilmu.
tidak cukup bagus.
tidak cukup cantik.
tidak cukup berani.
tidak cukup baik.
*diam*
aku sedang mula membaca, dan menjadi seorang aku yang suka bertanya dan memberi fikiran penuh kritis, aku akan aktif bertanya.
kenapa orang tidak faham.
aku bukan mendakwah di puisitepijalan. aku tidak memaksa sesiapa melakukan apa2. di sini, aku bercerita.
aku tahu aku tidak akan pernah jadi cukup baik utk dirujuk. tidak pernah akan jadi cukup sempurna utk memanggil. dan tolong jangan berikan komen yang masih sama untuk kali ke seribu juta mengatakan aku ini seorang yang patut diidolakan, kerana ada orang di luar sana yang silap memahami siapa aku ini.
aku tidak cukup elok.
aku tidak marah.
tidak sedih.
tidak benci.
cuma ralat.
*diam*
ini adalah antara kebiasaan yang akan dialami kamu2 yang hendak berhijrah nanti. kamu akan didatangi anjing2 yang akan memperjelek hendak kamu ke arah keelokan. kamu juga akan dikunjungi manusia2 yang akan menyoal ingin kamu menetap di keelokan.
yang mana pada di antaranya, akan membikin engkau semakin ragu2 dan sedikit2 goyah.
pesan aku, kuatlah.
dan gagahlah.
kau mungkin tidak pernah cukup di mata orang,
tapi perkataan 'cukup' itu adalah ciptaan kita2 juga.
bagi tuhan, walau pun sedikit, asalkan ikhlas, sudah cukup cantik.
mungkin ada silap aku juga.
mungkin aku patut diamkan bila mana aku bersoal dan mahu bersuara tentang agama.
kerana siapa aku?
perempuan yang sekian lama berumah di celah gaung hitam nanah.
tiba2 hendak berkata2 akan sesuatu yang bukan haknya.
tapi...
bukankah islam ini milik kita bersama?
dan bukankah 'bersama' bermakna kita sama2?
mungkin cara aku yang terlalu lantang ini tidak islamik.
menegur perlu ada hemah.
1) mematutkan untuk dibunuh si adibah dulu (yang terang aku sudah tulis sebelum terkeluar di berita yang penulis blog itu bukan penulis asalnya) adalah salah.
2) memanggil 'anjing' pada yahudi itu (ketika aku kepilkan doa qunut nazilah tempoh hari) adalah salah.
3) mungkin aku tidak setenang kamu2 yang cukup dengan mendoakan, mungkin aku tidak sesabar itu bila datang perihal2 sedemikian.
maka maafkan aku.
benar.
senjata yang paling hebat milik kita para muslim, adalah doa.
benar.
siapa aku utk melaung juang, kerana benar katamu, aku tidak ada ilmu perang itu.
benar.
hadis2 yang kau tampal sekali tadi untuk aku renungkan tentang perlunya kita menjaga mulut dari menterlalu.
benar.
tapi pernah dengar tidak:
katakan hak, waima sesungguhnya pahit.
qul al haq,
walau kaana murra.
maaf lagi kerana aku tidak menjadi murni tatkala aku denguskan marah aku tentang isu2 yang aku lontar di sini. entahlah. aku memang begini, gemar membebel dan membising.
pernah dulu ketika fatin pakai tudung ala2 dara.com., cair juga telinganya mendengar soseh bibir aku.
"tudung, kalau nak pakai, biar elok2. bukan tutup rambut je, tin.", sambil mencubit fatin yang terkekeh.
"sori kakak!!!"
padahal aku ketika itu sedang pakai baju yang hanya menutup separuh bahu.
kerana bagi aku, kalau hendak pakai, biar kerana tujuannya. tertibnya, sempurnanya.
ingat tak, tin?
:)
kesian kamu.
aku juga sanggup putuskan persahabatan dengan seorang yang aku rasa begitu kagum dan terpesona pada asalnya, semata2 kerana pengakuan bangganya bukan lagi seorang islam di depan muka aku.
aku simpan cerita ini sudah lama. dan kalau aku sebutkan namanya, pasti setiap kamu yang rajin berada di sini akan kenal empunya diri itu.
bermula dengan sarapan beramai2 di suatu pagi.
seekor anjing kurap mula menghampir. aku bersedia bersila di atas kerusi.
satu2nya teman yang bukan islam di situ bertanya dengan nada hendak tahu.
"why do muslims fear dogs that much?"
lalu aku mula menerangkan yang kita bukan takut. cuma leceh hendak menyucikan diri bila tersentuh samanya. tambah pula tubuh ada kurap sedikit2. kalau terkena kulit, bukankah banyak kerja?
gadis cina itu diam sahaja.
masih tidak puas hati.
"there's so many rules and regulations in islam. too much"
aku tidak salahkan dia. kawan2 melayu islamnya bukan muslim contoh. bukan semata dia, aku pun dahulu, kelilingnya siapa?
meski aku haramkan diri dari memegang botol arak sekali pun, ada kawan2 aku yang mabuk minta aku hantar di dinihari.
meski aku tidak setuju tubuh aku dimamah dengan nafsu seorang teman perempuan, kawan2 gadis aku ketika rajin ke MMU dulu semuanya meniduri sesama sendiri.
*sedih kalau aku ingat semula*
namun bila si lelaki keparat itu membuka mulutnya waktu terpecahnya matahari siang itu, aku terus menggigil dengan marah.
"yep. too many, that made me realize, this religion is not for me"
lalu dia angkat tangannya seperti ada pistol di belakang, dan berkata dengan satu penyataan yang aku kira, dia fikir kelakar, kerana dia gelak kecil ketika melafazkan:
"hence, im no longer in this religion. im an atheist, now. im free from all this"
aku yang lancang ini terus meringankan bibir memangkah dia. aku pasti aku bukan sendirian dalam hal ini. engkau sudah terlalu bangsat, kawan.
sedih, kerana aku terbiar seorang.
lebih sedih, si bangsat itu, bersama gadis cina itu, seolah2 menang dan berjaya.
lewat sedikit di hari yang sama, seorang dua datang pada aku. "sekurang2nya engkau wakilkan kami".
aku senyum.
mungkin itu yang sepatutnya aku buat beberapa bulan dulu masa itu.
aku patut diam seperti mereka.
aku patut senyap dan keraskan kepala.
kerana orang seperti aku, yang masih tidak cukup, harus terus diamkan diri. dan biarkan yang lebih berwajib melakukan tugas mereka.
orang2 yang lebih layak, seperti OIC.
orang2 yang lebih berilmu, seperti ustaz2 yang sibuk memancing undi.
orang2 yang tidak cukup, kita ikut sahaja.
sebab tudung engkau tidak akan cukup labuh.
sebab jubah engkau tidak akan cukup sempurna.
sebab buku engkau tidak akan sebanyak dia.
sebab ilmu engkau tidak akan setinggi mereka.
sampai bila2.
sebab mereka sudah lebih dahulu dari engkau.
maka engkau tidak mungkin sempat untuk cukup.
seperti mereka2.
tuhan,
kuatkan saya.
terimalah saya.
ambillah saya.
walau sedikit,
engkau tidak berkira...
kan..?
35 comments:
kuatkan semangat.
sedih lagi membaca entri kak fynn..nmpknya saya juge pernah tak cukup A..
dan memang sakit...
sangat sakit...
tak apa..saya dah boleh terima.bkn rezeki saya.mungkin luar negeri bkn tempt saya.hehe
teruskan usaha kak!saya suka cara akak~
k fynn
persetankan mereka yg mengata2 sal hijrah akak 2..
lantak die la..
sbbnye..
kelak di akhirat esok..
mereka akn menolong ke bila di azab di dlm Jahanam nnt??
tak kan...
yg penting..
yg Di Atas sne taw niat kte..
may it be btul2 ikhlas atau sblknye..
yg pntg..
kt cbe untuk mnjd hmbaNya y taat..
besela..
ble kte nk brubah ke arah kebaikan..
PASTI byk dugaan n ajakan2 syaitan bertopengkan mnusia nie..
klu nk wat jht..
mkn digalak2kan..
erm..
mnusia..
pape pun..
akak cbe sehabs baek ye..
sme2la kte berdoa ditetapkan iman kte pd islam dan dijauhkan dr azab api neraka..
amin~
xpe fynn...di sini tak ade perkataan layak atau tidak. kita se "islam" itu tanggungjawab. tak kira seburuk mana kita yang lepas.
selangkah ku kepadaMu
seribu langkah Kau padaku.
DIA arrahman. DIA arrahiim.
terkadang luaran tidak menggambar dalaman. antara permulaan dan akhiran, sudah pasti akhiran lebih dipertimbang.
tiada yang cukup. sebab yang cukup hanya milikNya. sempurna lagi kamil.
pssst..kak fynn~kamu semakin cantik dengan gaya baru
sbb cukup itu bukan pada timbangan kita dan sbb itu aku suka buat entri emo,biar org baik baik dan lebih berilmu seperti kakak blh marah sepak terajang aku yang si rabun ini biar aku lihat apa yang ada di depan yang tidak aku perasankan...
dan sebab itu aku mahu ada abang dan kakak yang dekat.Sebab mmg aku banyak yg tidak cukup.
sesungguhnya Allah menerima hambaNya tanpa byk persoalan slagi hatinya ikhlas. :)
kuat kakFynn, kuat!
=]
fynn, terharu aku baca..
ya, org2 yg pernah berlubuk di tempat yg 'tidak manis' sering jadi bahan olokan..
begini pada hemat aku, yg juga aku tinggalkan di ruang ustaz paling aku gemar (sekurang-kurangnya utk beberapa waktu ini)..
"Saya boleh jadi muslim tapi tidak bermakna semua amalan saya cocok dengan kehendak Islam. Sahabat saya boleh jadi non-muslim tapi amalannya cocok dengan kehendak Islam.
Maka, dahulukanlah apa yang cocok dengan kehendak Islam di samping kita terus dorong muslim untuk amal selari dengan kehendak Islam".
Aku kira ia persis apa yang Imam Syafie cuba maksudkan dulu kan?
bukan pentingnya cukup di mata Dia,
kerana Dia juga yang tentukan cukup tidak sesuatu yang kita lakukan.
di sini, kami yang ramai2 ini,
belajar dari kakak,
belajar yang mana tidak tahu,
kerana yang mana lebih tahu,
pasti sudah cuit2 dan khabarkan kebenarannya pada kakak kan?
tak mungkin kami diam membuta tuli membenarkan semata-mata andai salah.
cukup atau tidak ilmu yang kakak ada,
yang kakak amalkan,
bukan hak kami ini nak mengukur.
sebab, yang mana elok, diambil,
yang tidak, sekadar baca lewat,
dan kalau perlu ditambah,
pasti dikedepankan, bukan begitu cara kita berkongsi di sini?
tuliskanlah lagi,
kakak suka mengajar kan?
memberi ilmu yang ada utk dikongsi-kongsi, kan?
ini salah satu mediumnya,
selebihnya, tentang hal berfikir,
biarkan sajalah.
aku suke entry kali ni...sgt terang n sgt cukup utk buat aku phm *hopefully org lain pn phm*...thnx fynn...
*kite mn pnh akn cukup dmata org lain* yg pntg Allah trima kite asalkn dlm ni iklas menerima dia...
:)
Tabahlah kakak. What dont kill you will only make you stronger.
Fikirkan begini saja.
Islam itu mudah dan indah, tetapi dunia yang penuh dengki dan jahil itu yang membuatkan Islam ini NAMPAK susah dan leceh.
Mungkin juga sebab mereka sudah tau dan sedar bahawa agama ini terlalu indah, lalu rasa terancam dan bersalah muncul dalam diri in so many ways, lalu untuk menutup kelemahan itu mereka pilih untuk hidup dalam denial.
Sudah sesat, tapi malu atau terlalu angkuh untuk bertanyakan jalan. Jadi mereka ikut menonong sajalah dengan kereta depan yang sama-sama sesat tu. Mungkin juga kerana sudah terlalu selesa membontoti orang depan yang memandu arah hidup yang tiada tujunya.
Shame that.
Keyword di sini adalah jahil. Kejahilan itu akan jadi lebih teruk jika yang jahil itu memilih untuk jadi angkuh, ignoran dan mahu lepas tangan sahaja.
Mudah-mudahan Dia ilhamkan hidayah dan kekuatan buat kita semua, Amin.
Quote: "there's so many rules and regulations in islam. too much"
Daripada bacaan buku2 agama dan pergi kelas2 agama seperti Darul Ta'lim di TTDI, apa yang saya pahamkan adalah: Islam itu senang. Indah. Complete. Cuma umatnya yang banyak membuatkannya susah. Melecehkan.
Sedih.
Harap kita dapat hidayah.
Jaga diri ya, Fynn.
salam.
Setiap insan punyai teras. Teras yang membawa prinsip. Prinsip yang mencerminkan maksud sebenar insan.
Nukilan yang begitu mendalam maksudnya.
Terima kasih.
"sampaikan pesananku walau hanya sepotong ayat."
pernah dgr?
tentulah.
ini kata rasul junjungan kita.
saya percaya, this is what u r doing.
saya tahu, kak fynn juga mengerti. lain orang, lain cara, lain penerimaan. baginya mungkin, bahasa kak fynn terlalu keras.
tapi, kita tak mampu puaskan setiap keping hati yang membaca di sini.
masing-masing punya akal. kalau pun kita ini ada kekurangannya dalam menyampai mesej, pembaca sendiri perlu pandai mencerna mana patut dan yg mana tidak, kan?
tanggungjawab bukan terletak secara totaliti di benak penulis, tapi harus juga datang dari pembaca. mereka perlu pandai menerima.
=). keep on writing.
bonne continuation.
assalamualaikum wahai teman~~~
tersentuh...cukup tersentuh...
kita punya rasa yang sama, biar latar kita berbeza...
satu analogi sebagai renungan~~
andailah iman di ukur dengan tudung, bagaimana ingin diletak sumayyah si syahidah pertama Islam sedangkan hukum hijab turun bertahun selepas itu???
iman itu di hati. dan terlahir pada kata dan amal. bukan hanya terkunci di hati...
wallahu a'lam...
-yg masih berusaha membaiki diri-
ada juga...yang berpakaian cukup lengkap bertutup semuanya..tapi peribadinya...rasanya belum cukup juga..
aku juga insan serba kurang...belum pernah cukup...
Saya tetap meng-idolakan kakak.
hmm.. aku mcm kau juga fynn. memangkah seorang kwn yg 'bangga' mengaku atheist dan islam bukan pilihan dia.
*kuatkanlah imanku ya Allah!
senget betul la sapa orang yang berkenaan berfikiran begitu..
sok tahu dek untung..
haih..
bisukan saja telinga,
butakan saja kata,
pekak kan saja mata..
insyaallah..
damai hati akak tu
israel yang terang-terang sudah ternyata tidak di redhai untuk punya tanah atas muka bumi tapi sekarang apa sudah jadi?
kiamat makin hampir..
lupakan saja mereka-mereka yang sedemikian..
tetapkan kan dengan doa akak..
Allah MAHA Pengasih..
gong xi fa cai..
.kakak.
doa juga satu cara pertegakkan suatu yang benar
yang lepas itu hanya kenangan.
jgn dikenang.
kerna itu amat menyakitkan.
Tuhan sediakan kita satu tempat yang kurang baek untuk diri kita sebelum ini adalah supaya kita menghargai sesuatu yang kita akan dapat satu hari nanti. mungkin itu lebih bernilai buat Kamu.
kan??
kata2 mereka itu hanya sampah kakak.
sampah tak ada tempat di rumah kita.
buangkan.
itu lebih baek.
kan?
hati ini milik Tuhan kakak.
jgn isi dengan perasaan kotor.
perasaan itu hanya di fikiran.
bila kita letak perasaan itu di hati.
kita mungkin akan melupakan Tuhan.
bila hati di isi dengan cinta Tuhan.
segalanya akan indah dan lebih dari itu.
sayang kamu kakak.
sedih baca entri kakfyn..
apepown kita memang tak pernah cukup di mata orang..
tapi hanya DIA dan kita saje yang tahu...
i have a situation being surrounded by non-muslim colleagues in the office. i am even close to some of them that we sometimes went out together. i had to explain to them why i need to excuse myself to perform my prayers in the middle of the outing. during the fasting month, i got this pity look on their faces when they knew that i cannot eat or drink, as if i was dying for starving. i also have to explain that non-halal food does not only mean pigs.
i always think that my knowledge is not enough to answer their questions, which not only out of curiosity, but also sometimes i sensed sarcaticism.
i find it easier to explain our way of life to those with a belief/faith, instead of to atheist.
semoga Allah membimbing saya di jalan ini. Amin.
assalamualaikum.
sesungguhnya..
manusia itu adalah apa yang difikirkannya.
kalau kita fikir tak cukup... sampai akhirat pun takkan cukup. betul kan.
kalau tak cukup..
tambah lagi lebih daripada cukup.
kalau tak cukup juga..
usahakan juga sampai titisan akhir.
kalau tak cukup juga..
berdoa pada Allah minta juga..
kalau tak cukup juga..
bertawakal pada Allah.
selagi belum habis usaha..
apgred lagi.
bangun lagi.
jangan mengalah.
suara lancang lain.. jangan dipeduli.
jalan terus.
menuju padaNya.
bukan kerja mudah.
tapi tak bermaksud susah.
kalau tak ada satu pun manusia nak menyokong kita.. cukuplah kedua ibu bapa dan Allah sendiri. itu lebih daripada mencukupi.
buat apa harapkan suara2 lancang menghunus semangat nak berubah ke arah kebaikan?
mereka cuma habuk semata.
aku ulang.
mereka cuma habuk semata.
berusahalah.
aku doakan ko berjaya.
( ini pertama kali aku di sini )
- salam ukhuwah
permulaan yg aku pahamkan lain dan dihujungnye lain
ramai sungguh yang bersuare,berdemonstrasi,dan mcm2 la...
tp kita semua x cukop kuasa di mate manusia.xcukup kedudukan yang menyebabkan semua suare2 itu kaku.beribu2 orang tidak bisa menggerakkan hati beberapa ketua mesir dan negara arab yang lain,hatta untuk membuka pintu sempadan pun,,...
dan untuk mencukupkan kuasa itu dr segi duniawi nye mungkin mustahil
tp dr mata ALLAH untuk kita lebihkan berkuasa itu tidak mustahil..
lebihkan berkuasa supaya doa lebih bisa di terima.lebih makbul.bukan sekadar doa biasa selepas solt..tetapi mencari asbab doa2 makbul agar doa kita untuk palestin bisa di terima....
tp...musuh untuk lebihkan berkuasa di mata NYA itu ialah malas dan syaitan...
-kata2 mu buah fikiran ku.arigatou!-
sy rasa terharu...sy minta izin tuk link kn blog akak..
kak fynn.
sya ska cara kak fynn.
neway kn kak.
apa yg kita tgk 2 kdg2 bukn apa yg kita tgk kn?
2 org manusia bleh tgk bnda yg sm pada tmpt yg sm n tafsir bnda yg x sm.
kn kak fynn kn?
takkan penah cukup. banyak pun tak cukup. sikit pun tak cukup. kenapa? manusia tak bersyukur kot?
Cahaya pun begitu. Tak cukup je. Tak penah cukup. Bila nak bersyukur?
Alhamdulillah. Tak susah ucapkan. Dalam hati? Tuhan je tahu.
Fynn,
Aku percaya tetek-bengek di dalam hidup sementara ini terjadi bukanlah secara Kebetulan.
Terpulang pada kita untuk menafsir.
kakak,
Allah takan pernah pandang pada semua itu. hati kamu, keikhlasan kamu, iman kamu, Dia memandang pada itu. walau pada mata mereka, kamu tak cukup. tetapi kamu pasti cukup pada pandangan-Nya andaikata keikhlasan itu kamu luhurkan.
kakak,
perubahan kakak bukan semata untuk mereka. tetapi perubahan kakak kerana Allah. pedulikan mereka kerana redha Allah itu paling penting dalam segala. mereka melihat tanpa merasa. yang merasa itu kakak sendiri.
kakak,
saya kagum pada kamu. tetap lah pada pendirian kamu sekarang. kamu menghampiri jalan yang harus .
kakak,
jagadiri.
fynn,
kesian kau. Tapi aku bangga dan bersyukur kerana kau tidak tergolong dalam mereka yang tidak sensitif bila Islam dipijak atau dihina atau diperlekeh.
Aku doakan kau terus kuat dan berjaya dalam penghijrahan seterusnya.
Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.
kakak!
kan? kan?
rase sangat kecik bila dipandang dari sudut "kecukupan" tu.
sangat!
saya pegang ini:
*Dia Maha Tahu!
sangat klise kalau bace saja2,
tapi ia sangat-amat dalam.
-humaira lagi!
kakanda : cukup tidak cukup itu subjektif paling dalam.
aku sampai sekrang masih bingar. sampai bila baru cukup?
oh. kawan yang bangsat. Allahuakbar, ucapkan lah syahadah di telinga dia. sudah di curah cahaya mahu lagi balek ke gua kelam. bodoh. (maaf kalau kakanda marah aku carut dia)
Allah lagi tahu siapa kita, dalam hati Dia lagi Tahu. Cinta dia tiada kondisi. Usah takut.
:)
Buku merah?
ingat!!masakan lupa..ehehehe..
kesian utk apa?teguran kalau kene dengan fakta sy terima kak..alhamdullilah..plg kurang kamo sdh sampai kesitu,berhijab..jgn spt sy,kejap ada kejapkan tiada..ehehhe..kembali kpd yg asas,niat..mungkin sj sy belum bersedia..congrats for u kak!
rendu~
"tudung, kalau nak pakai, biar elok2. bukan tutup rambut je, tin.", sambil mencubit fatin yang terkekeh.
"sori kakak!!!"
padahal aku ketika itu sedang pakai baju yang hanya menutup separuh bahu.
kerana bagi aku, kalau hendak pakai, biar kerana tujuannya. tertibnya, sempurnanya.
pada aku : dengar apa yang dikata, bukan dengar siapa yang berkata.
(;
Post a Comment