Tuesday, January 27, 2009

tercas semula

seperti mana hero2 dalam filem,
dia muncul bila diperlukan.
tidak cepat.
tidak lambat.
tepat pada masanya.

nyawa aku yang mengering, jadi gagah selepas diberi minum kasih ayahanda.

ternyata,
aku masih lagi daddy's little girl.

*senyum*
pelukan adalah cara mengecas paling sempurna.
cubalah.

"adam western -- baguuuuuss..."
hahaha.

"saya menang motor. terima kasih lasinda cafe"
dia bukan ibu tiri.
dia sahabat karib.

rombongan pak din ke kuala lumpur.
ye, kami mmg orang kampung.

tapi kami bahagia.
tak macam orang lain.

tri.
penguat semangat hari2.

compaq.
penyambung suara hari.
(tunggu hari je aku nak tukar kau untuk apple)
nasib baik aku tengah saving duit.

bawang putih.
senjata rahsia aku.

mungkin kerana itu aku tak boleh jadi vampire.
chiss.

oh ya. inilah dia anak manja aku yang terbaru.
tapi dia lebih rapat dengan wan.
sebab wan takde cucu.
maka dia jadi mangsa kena timang hari2.

serius.
SETIAP MASA wan dia akan timang.
kesian.
aku rasa dia dah mula mempersoalkan jatidiri dia.

apakah dia anak kucing atau pun anak orang.

terima kasih, zana.
terima kasih kerana sudi beri kak fynn budak baju oren ni.
perangainya sebiji dengan damien dulu.
cuma dia gemuk.
:)

tengok la.
ni belum sampai 5 bulan lagi ni umur dia.
aku ada plan nak jadikan dia kucing obese.
tapi dia tak minat makan.
benci betul.

ini masa aku cerita satu lawak pada debot.

pasal orang yang kata siapa yang hidup dengan aku mesti mati.

macam damien. macam baby dalam perut.
aku cerita kat dia, ye lah. mana tau lepas ni dia mati.

debot gelak je.
dia kata, lepas ni sembahyang menghadap muka orang tu ke?

aku senyum je.
binatang pun tahu ajal maut tangan tuhan.
hish.
apa la aku nak tersentak gertak org camtu.

kemudian debot senyum.
dia kata, "manusia, mami. biasalah"

aku lega juga.
nasib lah ada kucing yang boleh bercakap.
walau pun cuma dalam kepala aku.
okay apa.

tuhan itu selalu ada cerita untuk aku.
tengok. aku dapat anak lagi.

terima kasih, zana.

terima kasih.
sebab sudi pinjamkan bahagia ini utk kakak.

terima kasih, debot.
terima kasih sebab sudi berlama2 dengan mami.

dan ini seorang lagi nyawa aku.
ilham.

hari2 yang buat aku semangat utk kerja.
dialah ni.

bukan. ni bukan anak aku.
kalau lah...

anak orang.
tapi tak salah kalau aku anggap anak sendiri.

dan tak salah juga kalau dia anggap aku bunda sendiri, kan..?


kadang2, tak semua orang tuhan jadikan mampu utk punya anak dari dalam tubuh.
tidak apa.
mana2 anak yang tidak ada sesiapa, boleh jadi milik aku.
sebagaimana aku milik mereka2.
aku redha.

dan kalau kau tahu sesiapa yang tidak mahu anaknya,
jangan dibuang.
jangan jadi binatang.

sini, beri pada bunda.

oh, hidup terlalu cantik utk dilokekkan.
good things are best shared, tau.

laa takhaaf.
wa laa tahzan.
Allah ma 'a na.

aku makin tenang, syukur.
dan positiviti ini aku kreditasikan untuk abah.

abah.

*diam*

"malam tadi masa tidur rumah along, terasa betul awak dah tak ada"
aku diam. aku cuma mampu gosok peha abah, lalu dengan sengaja melentokkan leher ke bahu dia.

"lepas ni achik pulak..."
abah dah mula mengesat2 airmata. mata aku sudah macam sup tumpah. tiada makna aku seka2kan.

tetap, aku berdiam.
layu.

mungkin belum cukup habis derai sayu hati di meja makan kedai aku ketika itu, yang aku simpankan bakinya dan hamburkan ketika memeluk dia mungucap selamat jalan semalam.

"haih... dahla. apa nangis ni..."
(cuba meleraikan rangkul aku yang gagah)
"kejap, bah...."
(makin mengerat kunci jemari).

abah renggangkan aku dari tubuh dia.
aku tidak kecil hati langsung.
malah makin aku rasa cintanya.

dia menolak, dengan kuasa yang tidak mungkin mematahkan pohon semalu sekali pun.
aku tahu, dalam hatinya juga, dia bilang "kejap..."

aku tahu.
aku rasa.

tuhan.
aku bahagia sekali.

50 comments:

Cik Lizi said...

salam kak fynn...
syg bapak sy jugak...
bangga jd ank bapak...
tapi...bila keadaan memaksa kt membnci die...
kt tetap xbley buat mcm tu...
sebab die sorg ayah...abah...bapak...;]

Anonymous said...

kak fynn, iklan menang motor tu, power root punya. haha touching story.

fara rasep said...

sumpah.betul ckp tri.kak fynn nih mmg manja orangnya.dan tak pernah nak bersangka buruk tak pasal2 kat org.

tuh sbb sy suka rasa nak msg kakak.tp takut.bila perlu je msg.hehe

semoga bhg selalu dan apa yang diingini akan tercapai.rezeki itu ada.insyaAllah.amin

(kak fynn faham bhs arab ek?sy br nak bljr)

;))

Anonymous said...

fynn, kamu bertuah dapat peluk abah. saya sudah 10 tahun tidak dapat peluk abah saya :(

doloh m.n. said...

sob sob sob ;>

hehehe..
nangis dlm senyum

kasi je si kucing tu mkn royal canine
cari yg mengemukkan

sure dia suke..

papehal, trus berjalan..!

ABSOLUTE said...

saya boleh nampak ketenangan. :)

C.E.@ said...

syukur pada Allah buat kakak....Syukur sgt2..

Boleh doakan kita untuk dapat hidup macam kakak?

Anonymous said...

bahgianya hidup mu... alhamdurillah...

Anonymous said...

salam..
comey kak fynn pakai tudung..
manis sekali..
nice story..
huhu..
tetiba nak peluk ayah saya...
sobb...sobb...

Elmi said...

fuh.
dapat jugak kak fynn jumpa ayah kak fynn kan?
hehe
:)

afrohead said...

*membaca sambil tersenyum..

Op said...

sngat touching..
kak fynn comel la mse ilham tido kt riba =]

ayunimadarina said...

peluk. peluk. suke :)
dpt peluk mama. dpt titon ngn mama :P

cujern said...

comel la debot senyum...
teringat kat kucng sayng dulu.nama dia jebok....

hatrikirana said...

if i...


*******
speechless.

Amin Ahmad said...

aku rapat dgn mak. masih mencari jalan bagaimana bisa aku rapat dgn ayah seperti rapat dgn mak..

tapi kerja2 yg aku buat lebih cenderung pada kerja yg ayah minat. cuma jiwa aku jiwa mak...

eh, aku bukan nyah ok! hehe

Anonymous said...

salam.
enti jamilah awi bil hijab. sweet sekali.
semoga thabat dan terus menerus dalam bahagia smpai akhirat.
saya rindu mak, ayah, abg, adik2. serindu-rindunya.

Anonymous said...

saye suke fynn bile pakai tudung...seolah olah macam fynn yang baru...

Niksu Rashid said...

sayu lagi.

kucing itu debot? kucing saya botbot. warna pun lebih kurang je. hee.

tertanya tanya bila saya nak sampai ke restaurant itu. kena tunggu saya balik kampung nampaknya.

peluklah abah itu kerana tak ramai yang masih boleh rasainya

ada apa dengan bwg putih ya? *ingin tahu*

semoga bertambah bahagia ya kak fynn? :)

Firewabbit said...

comelnye debot.
rasa mcm nk jentik2 je tinge diaaaa..


mmm.

kalau sy jadi anak angkat kak fynn ?

*grins*

:P

LaDy_ZeRa said...

bestnye dpt manja2 ngn ayah~
sy ingat sy da x bley manje ngn ayh sbb da bsr cmni..

comey nye si moew! =)

fynn jamal said...

syazsy,

mari.
:)

yang lain2 yg sudah tidak ada ayahanda,

jaga yang ada.
ya?

Anonymous said...

kakak,
rindu kamu..
mana kamu kakak...

the artist and i said...

lain sungguh tengok awak dulu dan sekarang.


apapun all the best! :D

JHaZ KiTaRo said...

luv this entry.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. tumpang lalu.. :)

'jenny' said...

eii...debot sinyum comel nye!

kalau Roo sy dpt idup lame mesti muke dorg lebey kurang sbb die pown pakai baju oren gak,,,;)

Nabihah zulkifli said...

cane pn hubungn ite ngn ayah ite..
dye tetap bg ite semangt kn..
ewh
meow tu sumil gilak!

aina syaqilah said...

speechless
ini memang bahagia yang semua orang cari
semoga berkekalan :)

Farah Rosni said...

pelukan si abah sgt power kan kak fynn?

scenenseen said...

hye fynn!
it's me again.
i just found out that i actually know ur father.
my family stays in jalan belinjau
and i'm currently living in malacca.
keep up ur amazing writing!!!!!!

theblabber said...

wahh...sudah tercas.
moganmya hari2 mendatang akan terus bertenaga. Eheh :)

MZ said...

hai kak fynn,
saya teringat gambar mesra saya dengan ayah tahun lepas.
nanti nak letak dlm blog jugak lah.
hihi.

Lynyu said...

adam western bgussss

CAMNI CAP EHH! hehe

ochs widdle said...

kakak.
pasti seronok kan kamu mengecas tenaga.saya tumpang gembira lihat kamu bahagia.

kakak.
bagaimana mahu mengecas bila ayah itu sendiri hilang dan tak tahu hidup mati dan mana beradanya?

Shemmi said...

saya suka tengok gambar2 orang..
(tapi bukan sebarangan orang)
gambar yg tiada jiwa harus dicampak saja ke perut bumi!

saya suka berlama2 tengok gambar2 kamu Fyn..

ada bahagia yg buat saya turut rs tempiasnya..

sob sob..

ayah...dh xde..

Anonymous said...

kak fynn, tak sabar nk jumpe kamu!

n lee said...

kak fynn yang last skali tuh
sedey sgt
nk nanes dah bace
tringat kat ayah :(( hmhm

fazemy said...

Anak yg baik hadir dari kluarga yg bahagia. salam ziarah.

iera aqila said...

hi kak fynn :)
saya iera. ni kali pertama comment blog kak fynn. da lame baca, da lame ikut blog kak fynn, tp malu na menegur.
rasa , takut. :)
secara jujurnya, suka baca blog kak fynn.
iera selalu baca bila sedih, bila rasa gv up dan sungguh rasa macam nak potong nadi ditangan.
tp.. bila baca apa yang kak fynn tulis. semangat baru dtg. thanks kak fynn.
walaupun kita tidak lngsg saling mengenali, tp..
iera mmg da jatuh syg dkt kak fynn. :)
semoga tuhan, sentiasa merahmati kamu. :)

Anonymous said...

comel nyerrr kuceng
nice photo

Anonymous said...

salam
saya benci kamu sbb bakat halus yg ko ade
saya suka kamu sbb ko tak berpura-pura
njoy ur life to d fullest =}
keep up d great writing

LiLo said...

itu kucing btul2 senyum ke?
btw,cherish our dads.
you won't know what you got till it's gone
:D

Anonymous said...

terpenyek dia tido kat dada "bunda" dia.

hehehe.

f.a.f said...

kak fyn.mintak izin link blog tau.hehehe *dah lama dah*

Azira Y said...

salam kak fynn.
hai. i really love your writing.
and saya suka sgt this entry...:)

Anonymous said...

salam..

hahaha..kucing kau suka senyum :-)

b.kar said...

cantik sgt fynn bertudung rase terbuke hati na bertudung, insyallah na tanye kedai fynn kat Nilai to dekat belah mane ye, sbb my college is quite near to Nilai, ingt na dtg na rase masakan kedai fynn =)

azimask said...

salam..
saya klik blog ni dari blog anna
mau tau kedai dimana?
namoak sedap semua makanan yg anna snap n post..
huhu
mau jugak!!!!!
kiter tuko link yaaaaaaa

anuarsalleh said...

wew. ada kedai makang! nk p try la...always p klia lalu tol sana.haha...glad singah kat budu+blacan.kalau tak,tak tau. SO BUSY..

Take care dik

Anonymous said...

kak fyynn
saya tabik sama akq ok
sumpah! ta tipu
ape yang dicoretkan dapat dirasai melalui hati


notakaki ; sy g kedai akq mlm semalam. nmpk akq. BAHAGIA. smoge berpanjangan dan kekal bahagia.

p/s ; trimas utk diskaun 20sen tuh.
;)