jangan marah kakak tau.
*senyum*
terima kasih juga pada elmi, jeju dan ming, yang sudi diam2kan dahulu tentang ini.
*kalian mmg super cool*
*ambil nafas*
susah juga rupanya ya? bukan. bukan. bukan sukar hendak berhijab, tapi rasa semacam sesak bila tampil di depan orang dengan diri yang baru. dan bukan pula pandangan orang yang aku pedulikan, tapi sememangnya fitnah manusia itu bukan sekadar celaan dari bibir semata2.
aku gusar tidak mampu untuk istiqamahkan diri.
aku gerun tidak layak menghormatkan cebis kain di kepala ini.
aku gentar tidak bisa mengotakan pada tuhan apa yang aku janji.
maka aku diamkan dahulu aku yang baru utk beberapa ketika.
aku tidak perlu anggukan sesiapa, melainkan jiwa sendiri.
dan aku tidak perlu yakinkan sesiapa tentang aku ini, melainkan iman sendiri.
di kepulangan aku ke kampung satu bulan yang lepas utk kes mak ngah, aku berhijab. aku tidak dapatkan riak teruja dari abah dan sesiapa pun, memandangkan sememangnya di ruang waktu sedemikian, sudah lumrahnya seorang perempuan menutup kepalanya; atas dasar menghormati majlis.
sama konsepnya dengan kita2 yang memakai tudung ke mahkamah syariah utk kes penceraian, atau kerana kadi tidak sudi menikahkan kamu tanpa sempurna jagaan auratnya, atau utk ke kenduri doa selamat, yang kalau tidak kau taruhkan kain di kepala, akan mati engkau dijeling seluruh kampung.
lalu aku bisik pada abah, di belakang trak jenayah polis yang diparkir di hadapan rumah arwah:
"bah. angah nak pakai tudung"
aku ucapkan selaju mungkin, goyah antara hendak biar dia tahu sendiri dengan hendak melihat wajahnya.
"eleh... biskut. kang pakai, kang bukak. hmmph"
abah tahu aku ini anaknya yang paling suka bergurau.
"ye laaaaah"
"kalau ye, alhamdulillah"
ditekankan perkataan 'al' dan dipanjangkan perkataan 'lah', untuk menunjukkan "ha ye lah tu".
*senyum*
mungkin kerana tidak mahu memasang harap.
mungkin juga kerana masih sudi redha aku belum sedia.
apa2 juga mungkinnya, aku kira, kerana itulah ketika aku dan tri bersalam hendak pulang ke nilai esok paginya, abah lelehkan airmata dia. abah yang romantik itu memang mudah titiskan air jiwanya. dia tidak malu mempamerkan rasa.
aku rasa dia suka.
seperti biasa, sebelum pulang, kami anak beranak akan berpelukan dan berciuman. dari atuk sehingga adik, termasuk mokda juga moksu. satu ritual yang aku lihatkan sedikit2 mula mati di kalangan orang kita, dan syukur, tidak keluarga aku.
juga seperti biasa, aku akan simpan pelukan terakhir utk orang yang aku paling kasihi.
ketika aku sematkan jari2 aku bersama abah di antara dada dan pangkal tangan ini, abah ucapkan di telinga aku dengan suara sayunya.
"awak cantik sangat, ngah."
dia panjangkan perkataan 'tik'.
"jadi isteri yang baik, okay"
aku cuma dapat jawabkan "o", kerana selepas syllable itu, yang kedengaran cuma sedu. sampai hari ini aku tidak sempat habiskan "kay".
sebaknya, tuhan yang tahu.
perjalanan balik ke rumah dimulakan dengan 15 minit airmata aku dicucurkan ke kain pelikat tri ketika aku teresak2 di peha dia yang sedang memandu. tri memang tidak langsung reti berbahasa pujuk lewat suaranya. lalu dia gunakan jari2nya sampaikan sabar dengan mengusap2 kepala dan leher aku.
"sekarang, percaya dah?"
"hmmm"
"abah nampak bahagia sangat"
"hmmm"
"sini meh" - tri tarik aku bangkit untuk bersandar di celah antara leher ketiaknya, lalu bertanya, "sekarang saya hendak minta sesuatu, ya?"
"apa..?"
"jangan tulis di puisitepijalan dulu. cuba lihat kalau2 awak betul2 tekun menutup aurat, baru boleh. dan kalaupun tulis, jangan bunyi hendak menghebahkan. awak bukan bertudung utk orang. bukan utk abah, bukan utk saya. kerana tuhan. kalau tidak, saya tidak izinkan."
aku rasa ada juga betulnya. sebolehnya perkara sebegini tidak elok dipandang lekeh. memilih utk bertudung bukan seperti membikin keputusan untuk fanatik kepada fesyen indie, atau membikin keputusan untuk setia sama dresscode clubbers.
dan usah risau. aku masih lagi fynnjamal yang dulu. yang hidupnya penuh onar dan jatuh bangun. siapa aku hari ini, masih lagi kerana seorang aku yang semalamnya.
aku ingat lagi ketika aku katakan pada elmi, jeju dan ming ketika mereka seperti segan2 hendak bercerita pada aku:
"jangan risau. di bawah tudung ini, masih lagi orang yang sama. takkan mengubah kakak ini dahulu sosh-shell juga"
mereka ketawa. syukur. perkara terakhir yang aku mahukan adalah menjurang aku dan kamu2 semua. aku pernah rasakan sunyinya tidak ada sesiapa utk membisik naluri utk membantu memandu aku. sebolehnya, aku ingin berada di situ untuk kamu2 yang memerlukan aku punya suara.
dan insyaAllah, kalaulah kurnia tuhan pada aku masih ada, mana tahu, ada antara kita yang sudi mengikut dan meneman aku sama2 bertatih ke kaki tuhan kita.
kesempatan ini memberi ruang untuk aku unjurkan rasa terima kasih dan sayang pada nadiahchem kerana tanpa dia dan aku sedar, kreditasi ini harus aku berikan pada dia.
istiqamah aku, insyaAllah (doakanlah untuk selamanya), aku junjungkan pada tri yang tidak penat mengucup aku setiap hari setiap waktu meyakinkan aku wanita yang paling comel di mata dia.
jadilah.
pedulilah kalau aku tidak hot seperti kekasih kamu, biarlah kalau aku tidak kool seperti kamu.
zaman saya sudah berlalu.
ai dah rasa dah semua itu.
:)
kedengaran tua sekali.
haha.
*senyum*
dan oh ya. ada sesuatu yang hendak aku umumkan di sini.
tapi tidak tahu bagaimana caranya.
:)
utk sesiapa yang rasa hendak berjumpa aku dan tri, marilah ke sini, di sekitar Universiti Sains Islam Malaysia, di nilai. kami buka kedai makan. siapa yang pernah cakap hendak makan soto, hah. mari.
adam, adik ipar aku, turut sama tolong. dia dan tri memang pakar makanan western. aku kata pakar sebab aku ini cerewet dalam hal makan. tidak semua orang boleh buka selera makan aku. tapi black pepper sauce mereka selalu buat aku makan lagi dan lagi.
ish bahaya juga.
dan kami buat makanan thai juga, sebab aku tahu mike dan yanti terutamanya memang suka makan pedas2. fatin dan ira memang hentam apa sahaja. korang kan lahap. haha. insyaAllah, kalau kena tekak kalian, sedap lah.
woho. promosi percuma ini memang memalukan la.
*senyum segan*
apa pun, datanglah.
mari makan sini kalau siapa2 ke KLIA ka, nilai ka, seremban ka.
boleh ambil buku merah by hand. haha.
(by the way, laptop sudah sihat! boleh kirim buku merah semula)
hmmmm
*senyum lebar*
inilah dia kot, hikmah tidak jadi ke nu zilen dulu. dan alhamdulillah. tercapai lagi satu mimpi dulu: buka kedai makan.
kalau aku kat sana, mesti aku masih belum hendak pakai tudung, kan?
tuhan,
kau paling baik hati.
kau kekasih aku.
kau teman baik aku.
terima kasih kerana sudi berikan tenang dalam hidup biasa2 aku ini, wahai tuhan.
dan berikan anak2 bumi palestin itu kekuatan, kalau kau masih belum mahu berikan kemenangan.
terima kasih kerana sudi beri aku sehari saja lagi untuk memperbetul hina selama dahulu.
dan kalau ada lagi lebihannya, berikan aku satu lagi esok, untuk aku kukuhkan iman aku.
aku tidak mahu jauh lagi dari kamu.
ilham ni mmg nakal.
tapi dia mcm mami; camwhore, gila berjalan, tidak peduli orang.
ini di kedai makan atuk dan wan ilham.
ha ah. yang ilham asyik main sorong kerusi tu,
padahal atuk dah belikan kereta mainan.
tapi dia mcm mami; camwhore, gila berjalan, tidak peduli orang.
ini di kedai makan atuk dan wan ilham.
ha ah. yang ilham asyik main sorong kerusi tu,
padahal atuk dah belikan kereta mainan.
yang ini nama dia debot.
zanna, kawan mami dari blog bagi pada mami.
mami tanak tunjuk dulu.
dia spesel sangat.
zanna, kawan mami dari blog bagi pada mami.
mami tanak tunjuk dulu.
dia spesel sangat.
137 comments:
Hijrah ya Fynn? Cantik kamu bertudung.
kakak!
alhamdulillah :)
lebih cantik dr sebelumnya juga.
kakfynn..
cntek sgt..
aminn..
mudah2an brterusan..
alhamdulillah...kak fynn sgt comel bertudung... *tmbh comel* hehehe... =)
*x saba nk tampuh alam kawen tiapkali tgk kak fynn n tri*
alhamdulillah..
suka lah baca entri kali nie..
sgt membahagiakan..ni lah hikmahnya semua tu kan fynn =)
neway, congratz fynn sbb..
-dah pakai hijab..serius comel sgt!
-dah kembali menjadi dedi dan mami..ilham & debot sgt comel!
-berjaya bukak kdai makan =)
nanti nak terjah "ADAM" la..lapar ciken cop ni..hee
-saya gembira buat kamu.kadang-kadang tindakan tulus dan ikhlas kamu buat saya terpukul dek kealpaan diri.saya juga ingin diberikan jam-jam lagi untuk saya kuatkan iman di jiwa.terkadang rasa segan pada Nya,pada dunia bila tudung yang dikenakan dicalari peribadi diri.tapi saya sangat gembira buat kamu.kerana pada masa kamu kian kuat untuk berubah,saat itu juga saya sekali turut disedarkan dari terus alpa.-
terima kasih ya
kamu memang comel berhijab. :) ikhlas.
kak, alhamdulillah, tahniah.
:)
semoga istiqamah ya. akak betul2 bagi inspirasi pada saya . wuhu
Wahahahauuuu! =]
Babe, nanti dah siap bukak kadai khabaq taw. I nak p makang.
Looking good. Both you and the kedai.
fynn, i'm really proud of you. may Allah bless you and your family with all HIS love. it's good to see you wearing hijab. bagi saya, fynn ni seolah menjadi idol + ikon di kalangan bloggers terutama sekali untuk gadis-gadis blogger. so dengan hijrah fynn kali ni, insyallah akan menjadi inspirasi kepada readers-readers lain. cantik itu bukan untuk ditunjuk tapi saya akui memakai hijab itu sendiri sudah mencantikkan si pemakai apatah lagi jika akhlak itu indah. satu bonus. i'm praying for you fynn. all the best!
kool!
Alhamdulillah!
Kerana Allah, puan, InsyaAllah berkat.
fynn:)
kagum.
alhamdulillah.
alhamdulillah fynn :)
Alhamdulillah...
Cumel sangat
manis..
Alhamdulillah.. :)
kak fynn tetap rock n comey d mata saya..
saya suke..sbb bertudung bkn krn sape2..tp krn Allah s.w.t.. :)
nnt saya pegi kedai mkn tue..bg diskaun boleh? *angkat2 kening*
hehe..ape2 pun,moga kak fynn bhgia dunia n akhirat..sukses slalu yaa!! :)
salam.
akak sgt comel dgn berhijab.
moga diberkati hidupmu kak.
fa doakan slalu.
hehe :D
kak Fynn comellll sangat!!!! :)
Eii.. Mau cari restoran Kak Fynn sama Tri ni. Err.. Boleh bagi diskaun tak?? Hehe! (mau rasa soto kamu yang lazat tu.)
manis.
Assalamualaikum fynn,
Saya silent reader kamu..
Sy bace blog kamu..dan jarang komen.
Apa yg sy nak komen kan kat entri ni..TAHNIAH atas perubahan kamu.
Sy bc entri ni..sy amat setuju dgn kamu.
Alhamdulillah..
God bless you and maybe me too.
Tahniah.
tahniah buat seorang fynnjamal...senyum...mami cumellll
debot mcm anak saya mase kecik...
Mylo namenye...
fynn, kamu cantik sekali bertudung! kuat semangat okay!
p/s: umur kamu berapa ye fynn, aku asyik keliru nak pggl kamu kak fynn spt yg lain, atau pggl kamu fynn shj. ^^
-alhamdulillah-
siyes
farah rasep:
ye saya. dia sangat santek, kan?
indiGo girl:
anak 1982
semua:
MESTILAH ADA DISKAUN!!
:)
Ya ALLAH cutenya bertudung! Kak Fynn comel sangat! Alhamdulillah.
Apa nama kedai makan akak? Senang nak tanya orang nanti in case kalau sesat. :)
kak fyn.
semoga kebahagian slalu dgn kakak.
*Alhamdulillah.satu lagi nur turun pada kamu. tk saba sy pn mahu nur nur ini semua. =))).semua org akan dpt nur ini kan.Amin =D
**huggg =)
-puspa
fynnnnnnnnnn???!!!!!!!!
speachless =)
alhamdulillah, the time has finally came. nothing can describe my feelings right now. i'm just tremendously happy for you. =)
p/s: i would love to go to your kedai makan. nanti boleh la inform name kedai & map nye ek?
tahniah.
2 kali kau nampak cantik.
mati kau di di sorot mata nanti
haha
sudah boleh tag kak fynn dekat gambar pakai tudung tuh.
:P
haihh.
tak sabar nak rasa black paper tri.
salam kakak...
congrats...smoga kita sama2 jadi lbih baik,,
xsbr tggu buku merah
*senyum*
*hug*
Menitik airmata saya, kakak :)
Alhamdulillah. Dalam depresi saya dengan kekecohan dunia, ada juga Tuhan selitkan kebahagiaan seperti ini untuk saya.
Tahniah, kak. Semoga dengan hijrah ini Tuhan hadiahkan perlindungan buat kakak sekeluarga dr segala jenis kejahatan, amin amin ya rabbal 'alamin..
yyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaaayyyyyy!!!
wah, kene singgah ni.
saye bekerja di usim fyn.
dapat dikaun tak??
hehe.
lama mengikuti,
kali pertama turunkn luahan.
i adore u sis fynn.
comel.=)
manisnyeee
:)
kakak
kamu sumber inspirasi yg membahagiakan
memberi harapan kepada yg ketinggalan
hidup kamu pasti lebih bermakna kala ini (bukannya tidak pernah bermakna sebelum ini)
kamu pasti temui kebahagiaan yang lebih menarik :)
didoakan segalanya yang terbaik buat kamu sekeluarga
ketabahan kamu wajar dicontohi :)
alhamdulillah
*bertudung pun masih boleh jadi super cool kn? :P
=D
kamu nampak tangan aku buat apa di dahi ini?
tidak. aku bukan kesat peluh.
tidak. aku tidak mencari sesiapa.
aku tabik sama kamu.
*senyum simpul macam gadis nak dipinang*
haha. kamu ok!
Tahniah fynn~
:)
Tuhan punya cerita untuk semua org bukan? Alhamdulillah. Saya gembira untuk akak :)
nanti bila saya umo 30,kita pegi umrah sesama eh..pegi ngan pakej keluarga..
kak fynn satu famili, sy ngan cik sgt sama saya punya famili..ok?
ape2 hal,istiqamah penting dalam buat sesuatu benda..
perubahan yang baik,
ape2 hal,
bersama kita perjuangkan gaza dalam blog ini!
ALLAHUAKBAR!
alhamdulillah.
Tahniah
(;
"ey ey." *dgn nada sgt excited. haha.*
"tudung la." *senyum sikit*
"cantikkk sgt!" *senyum lg lebar.
"alhamdulillah." *senyum dampai telinga.*
hehe. nanti ada masa pegi ketuk kedai makan eyh.
:)
Alhamdulillah..
Saya pulak yg seronok tgk akak..
;)
omg kak fyna!!
u look sooooooo cute!!!
alhamdulillah :)
haihh,saya dah 6 bulan abeh blajar kat sepang tu,kalau tak,sure dah lama pegi kedai akak T___T
selamat berbisnes ya kakak :)
kak fyyyynnnnnn alhamdulillah..im hepi for u =D
hey kak fynn...pasti akan cari kedai santap kamu...klu tak bersama shie akan pergi bersama kekasih...(angkt kening sama shie)
shie ko jgn tak bgtau lak bile ko mau ker nilai ok?
tak sabar nk dpt hidup spt kak fynn
doakan saya yer kakak...
kakak wangi!
kak fynn..
alhamdullillah...
insyallah satu hari nnt saya pun akan mengikut jejakmu kak fynn..
doakannye..
and2
happy always with your family sis..=)
alhamdulillah.. akk sgt2 beruntung.. saye kagum sgt.. =)
p/s: x tau lak akk duk nilai. he3 sy org seremban
ahad ini, peluk saya.
fynn, saya tak sempat baca entri ni. sempat tgok gamba je. ni pun curi2 komen kat opis.
just nak bagi tau, kamu pakai guni atas kepala pun tetap comel.
lagi satu, skang tengah denga lagu yang aku tak tau kenapa terbayang kan fnn dan encik suaminya.
bak emel. nak kasi kat fynn lagu ni.
Alhamdulillah..
tidak pernah tak tersentuh membaca tulisan kak fynn.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
syahdu entri akak tuk kali neh...
super
super..
super..
chumel....sgt...
sekali tgk mcm wanita acheh yang cantik itu..
tp chumel lah..
p/s:ala,dah terlepas chance nk makang kat kedai tuh..
dah balik kedah..
tp cousin da situ..kim salam kt dia eh..ahaks
cantik gilerr kat fynn pkai tdung..
pe2 pon sye sntiasa sokong penghijrahan kak fynn nih...
semoga kekal hendaknya ye!
;p
Alhamdulillah..
cantik :)
Kak Fynn, alhamdullilah! :)
TAHNIAH!!
amat!!
saya silent reader kak fynn.
Ini baru pertama kali mahu tinggalkan komen...
Alhamdulillah...sangat kagum dengan kamu..
semoga istiqamah... =)
kak fynn, lawa la pakai tdung. :)
Salam kakfynn.
alhamdulillah.. doa saya dikabul Allah.
semoga terussss diberi kekuatan...
I'm happy. I'll study 2 hours more than usual today. haha :D
tak terkata...
comel!
ada "bahagia" memandang photo2 kamu Fyn!
Bahagia yg ikhlas & tulus
bukan buatan!
Sebab ia dtg dari Kekasih-mu (ilahi)!
alhamdulillah..suka sangat tengok kak fynn.:)
alhamdulillah kakak.
:)
im one of ur silent readers
hehehe
syok je baca blog ni
ayat punya la lawa
act, suda linked blog akak
arap jgn mara ye :D
=)
Kamu comel pakai tdung..
Kuceng tu pon comeyl jugak..
Restoran nampak menyelerakan, nk try nnt ;)
Heeeeee =D ~
hati itu bukan permata cuma sekadar setitik air yg menjadi punca semula hidupan..lihat apa setitik air mampu buat...
Sah!!!Kak Fynn kakak saya selamanya!!!!
*nk nangis tengok kakak~~~~
Salam Kak Fynn.
Selama ni saya menjadi pembaca je tapi hari ni tergerak hati untuk tinggalkan komen. Tahniah. Kak Fynn jauh lebih cantik sebagai Kak Fynn yang sekarang =)
salam..fynn..
saya reader bru disini..mencuba2 untuk membuat lakaran seperti kamu..hurm..hampir separuh kisah2 kamu sudah saya teliti..dan alhmadulillah..pada yang Maha Terindah..menciptakan hamba seperti kamu...sejujurnya..lebih baik jadi seperti kamu..lebih Allah sayang..
yup..moga2 Allah sayang sentiasa bersama kamu fynn..
aku juga seperti kamu..terlalu banyak kelemahan dan kelelahan tentang kisah2 hidup..tapi apapun..aku tahu Allah ada untu aku..walau aku sering saja mempertikaikan kenapa aku...
salam kenal fynn.. ;)
Alhamdulillah. Semoga Cahaya pun dpt yang sama. Anjakan itu. :) InsyaALlah. Doakan yer. :)
p/s: Cantik la kayu gambar last tu. Berkenan!
ha?
sy terkejut!
tp kakak tetap hot.
cantik kakak bertudung.
tahniah.
alhamdulillah
saya juga mahu begitu, tapi seperti kata suami kamu, biarlah kerana allah.
insyaallah..
kak fynn!
bangganya saya dengan kamu :)
alhamdulilah.
sangat chantek sekarang ini
rindu kamu
salam~
sudah lame saye mengikuti kesemua tulisan kak fynn.
gembire,sedih,tawa,sebak.. semue ade~
da best reality life.
saye hormat akak.
always sabar and tough dlm hidup.
awal muharram~
penghijrahan..
tahniah.
semoge allah sentiase merahmati hidup akak.
insya-allah~
^.^
alhamdulillah....hijrah yg baik. diam2 je eh...:)
cantik kau pakai tudung.
sweet.
agak terkejut namun turut gembira dan mendoakan agar ianya konstan aka istiqamah.
memang bukan senang untuk berhijrah
beristiqamah dengan doa dan harapan
mengharapkan yang terbaik untuk diri
hidayah itu datang dari Tuhan
doa itu dari semua untuk semua
Alhamdulillah
Tuhan kabulkan.
diharapkan kak fynn terus bahagia, insya Allah.
kak fynn, jauhnya untuk ke kedai kalian. nasib baik kampung saya di seremban. bolehlah nanti singgah. hehee.
baca tajuk I dah rasa apa isinya.
Memang tepat tekaan I. Alhamdulillah!
plot cerita Tuhan sangat hebat
anda cantik bertudung. berbeza dari yang saya lihat di dalam tv. dan teruskan bait2 kata anda yang cantik2!
kak fynn.. comel sgt.. suke tgk kak fynn bertudung.. alhamdulilah =)
Im happy for you kakFynn.
Sebak pun ada, haha. Pehal ntah.
InsyaAllah, sure I'll coming to Nilai.heeee
:)
kak fynn, kamu sgt chumil n chantekk.. bile la sy nk b'hjrh mcm kak fynn... smoga bhgia d hari yg mndtg...setiap entri kak fynn mmbawa mkna kpd sy...thanx! all da best dlm business baru..go ADAM!!!
fynn~~ kamu sungguh comel bertudung.. tp terlalu tua utk ku.. cukup lah dirimu untuk tri..hahahah :P smoga kalian kekal sepanjang hayat... lately ni sungguh byk perubahan yg aku saksikan dlm hidup.. erm...
p/s gmbar korang bersama ilham sungguh kiut skali..
kak fynn ..
cantek sekali =)
doakan ana sama ye ..
alhamdulillah.
akhirnya kak fynn bertudung jugak,syukur.
menitis air mata sy baca entri ini.
sy dpt rasakan bahagia skrg ;)
p/s-kak fynn cantik & comel sgt pkai tudung.makin ayu.
alhamdulillah.
akhirnya kak fynn bertudung jugak,syukur.
menitis air mata sy baca entri ini.
sy dpt rasakan bahagia skrg ;)
p/s-kak fynn cantik & comel sgt pkai tudung.makin ayu.
alahmdulillah..
akak sgt manis bila berhijab ;)
alhamdulillah
Mohon moga Allah beri kita kekuatan perbaiki diir dan iman di setiap kesempatan waktu yang ada.
mau soto!! lama mahu, tp ntah bila mau ke nilai. hm... ada jodoh InsyaAllah ketemu lagi kita.
*senyum ikhlas*
alhamdulillah
suker2
tgk kamu
hi cik fynn yang cantik
manis sangat kamu bertudung. tetap maintain rawk.
^_^
comey tol kak fynn...
yuhuu!!!
alhamdulillah :)
perubahan yang sgt bagus
sis...
sis supercute...
dugaan msti bnyak datang lepas neh..
*sis,kat mana kedai 2..?*
superduper comel
;)
alhamdulillah
kak fynn,
apakah buku merah? +_+
alhamdulillah.
moga tuk selamanya..;DD
sesuatu yg dah diniatkan dlm ati secara diam2.
...
bukan malu tapi sejuk tiap kali memandang yg bertudung.teringin.
akan.pasti.
:)
kakak kamu sungguh comell...
siyesss x tpu..
kak fynn,,
kakak sangat chomel bertudung...
siyes tiada tipu.. hehe..
kak fynn nmpak lawa bertudung.
Salam.
Syukur.
Istiqomah dalam amal agama.
Itu juga "Perjuangan".
(Peringatan untuk diri aku jugak)
the best. kak fynn looks sweet & blessed.
:D
good for u! semoga kak fynn bertambah2 bahagia.. amin..!
kakak~~
saye di uia nilai. nak tanye.usim yg dekat giant tu ke?
kalo btol, nk sgt jumpa kakak~
tengok dr jauh pon jadi la!!!!
you are your own mirror.
and your heart is beautiful, then and now.
love, hugs n kisses.
will be coming to makan soon!
eh cantik kak.
moga2 satu hari nnti sy pun sampai seru nk bertudung.moga2 satu hari nanti akan sampai di mana saya dah cukup layak nak bertudung.
insyaAllah.
alhamdulillah ;)
cantiknyaa kak fynn btudung.!
kak fynn cantek :)
nanti saye nak pegi makan dekat kedai kak fynn.
saya mmg suka makan. hehehe
kakak!tahniah2~
hijrah ini memang susah,
hijrah ini memang payah,
hijrah ini menuju Allah,
di hujungnya..hasanah~
*devotees-hijrah menuju Allah
it is SO true~
kakak!
chaiyok! chaiyok!
*sayang kamu,
humaira
owh!teringat sesuatu lagi.
kawan saye kate, ade ustaz bgth;
perempuan adalah cantik dlm 3 waktu/keadaan
1) mase bertudung! (kan?!kan?!)
2) mase mengandung (kakak,saye tahu kamu gantung doa kamu pada Dia,insyaAllah!insyaAllah~ kun fa yakun!)
3) waktu malam (tanye cik tri la la~)
*humaira sayang kamu lagi!
Alhamdulillah..
Syabas Kak Fynn ;)
mau ciom same kak fynn!yaayyyy!
104 comments. Wohohoho you go girl. Eh ingat, do tell me bila kadai bukakkk. Gua mau singgah. Btw, Saturday ni I mungkin akan ke Nilai to my brothers house, the area belakang your kedai shop lots. Not sure yet. Kalau u ada kat kedai maybe leh singgah jumpa sat. Or kalau tak sempat maybe Sunday night jumpa. Tengoklah camna. Nanti I calling youlah.
fynn,
aku tergamam
bukan sbb apa..
aku cuma kagum..
best kan rasa hidup bila kita buat sesuatu benda krn tuhan??
kali ni comments dari anonymous semua baik2.
=)
tahniah kak, kakak nampak molek sangat.
Fynn,
Apa khabar?
kak fynn! lama saya tak komen. kali ni tak dapat tahan diri ehe.
alhamdulillah. itu saja yg dpt saya katakan. kak fynn sudah sedia cantik, bertambah cantik bila berhijab.
boleh tak kak fynn berikan alamat kedai makan tu? sebab saya selalunya ada di kawasan tu. =)
selamat maju jaya dalam perniagaan. mesti ramai pelanggan. percayalah.
-izza
saya suka tgok gambar first dan second.terlihat bahagia itu.
alhamdulillah,
akak pakai tudung nampak lagi cantik.
...dan lagi muda.
series tak tipu!
syukur kak.
tmpg gembira
semoga kedai mkn terus maju
(;
indahnya tulisan kamu! alhamdulillah, syukur impian tercapai!
salam~
ske lor tgk,bce kak fynn tules2~
erm,alhamdulillah maken santek lg~
hehe~
sye da xmarah2 bf sye lg~
b4 ni sye sgt jht ngn dye,
skang x lg,huhue~
lpas tgk kak fynn ngn hubby
jeles lak~
fyn. nais. nanti aku nak dtg restoren. aritu datang nilai kau leleh ingus. pasni aku dtg. makesure blanje aku makan sampai aku tak larat nak bangun..
anak tu comel. cam aku sikit2. comel btl.
tc sista. kick ass okeh
fynn, only u can make tudung indon look fabuuulous
kak fynn cantik sgt bertudung! alhamdulillah :)
fyn..
aku carik kedai kau..
tak jumpe..
aku dok nilai gak ni..
info2 skit mane diam nya kedai itu..
kak fynn..bleh ke pggil camtu?
jarang saya drop comment smpi 2 pd author yg sama...slalu nya cuma intai2 saja tnpa tggl comment...tp setelah membaca 2 entri akak saya rasa mcm nk jd sebahagian dr idup akak...nak knl akak...taknak setakat intai2 saja...tulisan akak beri inspirasi pada saya utk hari ni...
buang yg keruh ambil yg jernih.
--------------
=)
wou!name along saye dlm entry kamu.
adekah maksdnye die ade buku merah itu?
bole la pinjam hehe...
xsangke lak kamu kenal die.maknenye ade can la ni nk jumpe kamu face to face hehe
-i do pray supaye die pon berubah juge.kamu bntu juge ye
--congrat!doala supaye hati di kekalkan dlm perubahan ini.kerana hati kite milik DIA
salam kak fynn.
cerita kak fynn mengingatkan saya kat diri sendiri . ms saya bru pakai tudung 2 tahun lepas.
saya di matrik. sedih.bebal.
sebab saya tak dapat ke oversea despite result saya yg layak.
saya marah semua org.
saya rs tuhan tak adil dgn saya.
2 bulan di matrk,saya masih tak berhijab.berbuih mulut mak bg nasihat.
tp, bbrp kali 1 insiden ni berlaku.
tudung saya yg saya bawa bbrp helai dr rumah (sekadar ikut peraturan) jatuh berulang kali dari rak. biarpun jauh dr capaian saya. 1 minggu berterusan begitu.
saya nampak petunjuk Allah pd saya.
Alhamdulillah. saya mula pakai tudung sejak tu.
Belum sempurna tp bertatih-tatih utk menjadi yg elok.
mak saya ckp, mungkin ini hikmah saya tak ke oversea.
saya belajar dlm negara.
mungkin kalau saya ke sana, kala iman saya yg masih tak utuh ni, saya mungkin goyah.
syukur utk Kak Fynn.
sama2 kita istiqamah.
semoga kak fynn dan keluarga sentiasa dlm redha Allah.
insyaallah.
Take care ya Kak Fynn.
teruskan menulis.
as your writing inspires me.
kak fynn cam ner kite nak dapat buku merah tu?
ermm..
blog akak besh!
saye pon sekarang alhamdulilah da dapat hidayah utk bertudung.
tudung itu indah.
sedap jek bile da pakai skrg.
air mata aku jatuh. aku mungkin terlalu jauh untuk mendapatkan keredhaanNya.
sedih baca..comel ilham
salam atas kamu.
pertama tama, maaf. tahu ini benda sudah lama. tahu juga kenapa dulu bertudung skrg tdk. baca di u-tube. bukan mempersoal, cuma mahu berkongsi. dan mungkin tersilap kerana berkongsi di sini. harap dikenankan.
kisah seorang saya dan seorang kakak, beza. sy dr kecik sudah diajar memakai tudung. tp bukan kenapa perlu tudung dipakai. sehingga satu masa, sy rasa spt 'buat apa aku pakai kalau tak rela, tak tau tujuan'. tp, kakak lain kan. dan bertuah nya kakak kerana punyai abah dan suami yg memimpin. sy pula masih mencari siapa yg boleh memimpin sy. dan sy masih sedang cuba untuk faham kenapa perlu sy begini.
tahu hal ini milik masing2. tp, entah lah. rasa sayu bila baca balek apa yg kakak tulis. sungguh, sy tdk kenal kakak dalam nya. tp sungguh, sy kagumi kakak. sy kagum dgn kakak bukan kerana lantang nya suara kakak bercerita, bukan kerana hensem nya kakak, tapi sebab kakak adalah seorang fynn jamal.
ouh, kakak suka baca novel tdk? kalau suka, cuba baca ini aA+bB.
=)
Post a Comment