Monday, May 5, 2008

respon entri tiada idea pertama.

tri: apakah muzik bagi kamu?

menurut wikipedia, muzik adalah satu formasi bunyi dan kesunyian, melibatkan frekuensi, pitching, ritma, dan kualiti muzik seperti timbre, articulation, dynamics dan texture.

tapi kalau kau tanya aku, aku tak giverfak.

muzik bagi aku adalah bunyi yang mampu melayangkan aku jauh dari realiti, tanpa memisahkan aku dengan dunia itu. buat kita hanyut tatkala mendengarnya, sambil mengingatkan setiap apa yang terjadi di alam hidup ini.

ada orang bilang muzik itu suatu yang terlalu seni. harus. wajib. maka manusia mula melabel2 dan memberi kategori. tidak kiralah dari segi genre atau dari taraf kesedapan. namun aku tidak pernah peduli siapa penyanyinya. asalkan muziknya indah, aku terus akan memahat cinta. sebab bagi aku, muzik yang sempurna tidak perlukan banyak, cuma feel. perasaan. jiwa.

dan suara tidak perlu sedap. yang penting mesti ada attitude. mcm macy gray. suara katak yang ada soul. aku benci bila ada org membebel2 suara minah tidak sedap, suara razif sengau, suara thambi macam bunyi kalkulator yang berbunyi ketika dipicit.

kerana, tidak ada satu penyanyi yang bisa menyanyi semua feel.

aku tak akan beli cd eminem kalau dia menyanyi keroncong, norkumalasari kalau dia memilih hip hop. begitu-begitu. macam siti nurhaliza. aku suka sekali bila dia bernyanyi balada, apatah lagi etnik melayu.

bukan lagu joget2 spaQ itu. entah.

muzik yang aku paling gemar adalah muzik yang bermain di kepala tiap kali sesuatu perkara terjadi pada aku. entah. pernah tak kau rasa, bila kau sedang sayu, bunyi hujan akan lebih menghiris? atau bila kau sedang bahagia, kekeh anak-anak kecil di hujung padang sana terasa begitu ceria? juga bila kau sedang marah, tiba2 kesunyian menjadi suatu yang sangat memedihkan?

muzik bagi aku tidak perlu ada pelbagai. aku cuma perlu rasa. dan suara yang menyanyi rasa itu aku kira lebih jujur dan benar.

mungkin kerana itu aku gemar bernyanyi sedikit2 ketika berpuisi. kerana kita tak bisa lari dari bunyi.

aku suka muzik kerana abah. dia suka bernyanyi. seorang2, juga untuk arwah mak. dan ibu sekarang. oh begitu manis.

apa ada abah di dalam lelaki di luar sana? untuk mencinta aku sebagaimana dia mencinta emak dan ibu? argh. tekanan benar. aku tidak mahu kahwinlah. pasti aku hancur dengan konsep cinta yang sentiasa aku bandingkan sama cinta mereka.

*diam*

pada aku, muzik itu sangat penuh dengan romance.

aku ada rahsia. dari kecil aku mahu seseorang yang bisa menyanyi untuk aku sebelum tidur. mencipta melodi untuk aku, berkisah tentang aku. cliche. tapi hey, aku kaki berangan. biarkan.

siapa tidak mahu dicintai sesorang yang bisa memegang gitar dan bernyanyi ketika memujuk, kan?

pemuzik adalah pecinta.

tapi ramai yang poseur. bermain muzik semata untuk nampak kool dan hebat. itu tidak jujur. dan itu, aku benci. muzik mesti lahir dari jantung. di degup2 yang berliuk kerana rasa takut, rasa cinta, rasa mahu, rasa marah, rasa merajuk.

rasa.
cukup itu, sudah menjadi muzik aku.

hey pemuzik,
mahu cinta aku?
buaikan aku dengan suara rasa engkau,
sambil mata engkau tembus ke dunia fantasi aku,
melalui mata sayu aku.

dan pasti,
aku akan serahkan hati ini, dan jahitkan di kocek kamu.

8 comments:

nota.kematian said...

fynn,
aku suka sangat ayat ini yang kamu tulis ini:

"
aku ada rahsia. dari kecil aku mahu seseorang yang bisa menyanyi untuk aku sebelum tidur. mencipta melodi untuk aku, berkisah tentang aku. cliche. tapi hey, aku kaki berangan. biarkan.

siapa tidak mahu dicintai sesorang yang bisa memegang gitar dan bernyanyi ketika memujuk, kan?

pemuzik adalah pecinta.
"

tapidia juga yang menyanyikan melodi sedih, menghibakan hati tatkala mahu tidur.
dia sudah tidak mahu memujuk lagi.
dan dia memilih hanya mahu menjadi pemuzik dan bukan pecinta lagi.

*sedih



p/s mohon izin kamu, fynn untuk letak ayat ini di blog.
:(

hazrilfitri said...

arghhh..

tetiba aku rasa nak jadi pemuzik..
sgt2.

fynnjamal said...

nota:

silalah, sayang. letakkan.
:)

hezrilfitri:

hahaha. bodoh.

syuxx said...

aku masih ingat lagi kata2 ni dalam entri2 yg lepas:

"hey, kalau nak mabuk mesti ada jiwa!"

haha. yang penting FEEL! bukan sekadar rasa untuk jadi seorang yang kool.

SYFNS said...

setuju dgn kak fynn.
tak perlu suara yg sedap. :D
tak suka org yg komplen itu dan ini.
mcmlah dia bagus sgt.
apa2 pun,
"pemuzik adalh pencinta"
setuju! (:

t r i said...

saya pon setuju. tak payah bawak bekal kalo nak pegi sekolah. korek je tanah tu. kalo ada cacing makan je. selagi tak mati teruskan...

alip said...

radiohead - creep..

senantiasa bermain di fikiranku pabila sedih dilukai... sedih...

Farah Rosni, said...

'siapa tidak mahu dicintai sesorang yang bisa memegang gitar dan bernyanyi ketika memujuk, kan?'

ya, siapa tak mahu?

saya juga kaki berangan. berangan itu mmg indah. tp bila terlalu tinggi, sakit bila jatuh xtertahan.