Monday, May 26, 2008

respon entri tiada idea keenam

arkhaios: apa yang memberi erti?

apa yang memberi erti pada aku adalah bila aku rasa aku punya makna untuk sesiapa.

seperti bila aku mendapat senyum ketika meyelitkan rm50 di telapak tangan abah, walhal itu adalah wang untuk menampung nasi aku dua minggu.

atau bila melihat seri wajah kawan yang tersangkut di tengah jalan dengan kereta yang habis bateri di parkir klcc, di tengah malam pejus, ketika melihat aku sampai dengan jumper dan kereta buruk aku.

juga bila lauk2 yang aku masak habis licin dilahap kawan2 yang sedang lapar di tengah2 bulan.

memberi erti pada orang lain sangat memberi erti pada aku.
kerana rasa begitu dihargai.
dan dari situ terasa diri sangat disayang.

macam ketika tuan hadzir sms aku, mengatakan seorang fynnjamal ini telah memberi makna pada dia dan keluarganya.

*terasa terharu dan terpempan*

lalu aku yang tamak ini terus mahu menjadi suatu yang relevan pada semua.
supaya wujud aku ini ada signifikasi pada dunia.
maka bangkit aku di tiap pagi bukan satu yang sia2.

tapi masalahnya, aku ini terlalu mahu diterima setiap satu mauduk atas mukabumi ini.

*diam*

malam tadi performasi bersama tri, shafiq dan aizat. seharusnya tidak langsung ada persediaan. malangnya kerana terlalu taksub tiba2 dengan penerimaan orang, aku uruskan perjumpaan beberapa jam lebih awal.

kononnya mahu lebih sempurna. lebih ada makna.

dan seperti mahu menegur, tuhan telah tuliskan di angkasa malam tadi sedikit terkacaukan.

musik dari komputer riba tidak berfungsi.
sistem bunyi berantakan.
susunan lari.
aizat tiba2 rasanya mati.
tri terus jadi kejung.
syafiq layankan saja.

aku tidak peduli.

bila kita terlalu mahu sesuatu itu jadi sempurna, tuhan akan selalu pangkahkan. bukan kerana dengki, kawan2. bukan. tapi untuk mengingatkan yang fi'l amr "kun" yang bermakna ayat perintah "jadi!" hanya bisa datang dari dia.

dalam bahasa yang lebih mudah, beberapa jam sebelum performasi, yang runutnya sangat indah dan magnifisi, tiba2 jadi pelik atas pentas.

dan kami yang sudah tinggi citanya kerana sudah menemui nota sempurna dalam latihan triplet itu terus jadi kecewa di atas pentas. kerana tidak menjadi.

maka aku tidak rasa.
elemen yang paling wajib ada dalam diri aku.
entah bagaimana terhilang malam tadi.

tri yang paling kecewa. bukan dengan aku. bukan dengan kawan2 lain. tapi dengan situasi. terang sekali marahnya kerana perkara tidak makbul seperti dalam bayang kepalanya yang terlukis bergaris dari latihan awal.

maaf, tri.
aku rosakkan lagu kau, ya?

entahlah. susah hendak aku kisahkan pada kalian. kalaulah kalian bisa faham apa yang kami mahu luahkan.

lagu yang tersangat indah, dan kami jumpa bertiga ketika latihan di taman tasik perdana semalam pagi, tak tercerita mlm semalam.

seolah kau terjumpa malam lailatul qadr. kau mahu berkisah pada semua, mengatakan betapa hebatnya malam indah itu. tapi bahasa kau tiba2 hilang dan lidah kau mengeras.

dan orang padang kau yang sedang kelu macam orang gila.
begitu rasanya.

kalaulah kalian ada di tasik perdana semalam.
hanya itu yang mampu aku katakan.

*diam lagi dengan penuh kecewa kerana tak mampu bercerita*

tapi ramai juga yang datang dan berkata persembahan malam tadi bagus. teman2 dari gelanggang puitis turun padang memberi sokong. peminat baru ada lima enam orang tampil. masih ramai yang mahu mengambil gambar. meminta autograf (gila, kan? mcmlah aku ini siapa2). macam2.

*hela nafas*

aku patut bersyukur masih ada sekerat ini yang mahu menganggap aku ini ada erti untuk mereka.

aku patut tampar diri sendiri kerana terlalu mengharap kasih dari seluruh benda dalam semesta.

aku patut malu kerana terlalu tamak mahu menjadi sesuatu yang bermutu untuk setiap satu kamu.

aku patut sedar, aku patut rangkul yang ada segelintir itu. menjaganya tetap dan tanpa ragu.

*senyum*

tak mungkin semua orang suka kita. yang satu yang suka itulah yang harus kita jaga. kan?

maka aku mahu menjawab soalan kamu, arkhaios, apakah yang memberi erti pada aku? apa sahaja yang menjadikan aku ada erti. walau tidak semua manusia, cukuplah kita2.

harap aku punya makna pada kalian.
kerana aku hari2 berusaha menulis, untuk bertemu kalian di sini.
di puisitepijalan ini.

11 comments:

juli ah said...

wah.











ada,ada.

Unknown said...

aku mahu menjadi satu yg boleh kasi permata ini tersenyum..walaupun kekadang performasi jadi sewel...

syah pun pnh gak kalau kita plan habis2 skali x jadi..selalu je..skang ni kalau nak plan,buat last min.konfem jadi..huauha

happy saja kakak.ramai yg salute sama kamu

#23 said...

kakak, tuhan mahu kita lbh tabah. (:

y u z said...

lama tak menyempat utk menyapa fynn di sini, walau masih hari2 asyik menjenguk2 rumah kecil di tepi jalan ini - macam rumah kandi dongeng hansel&gretel,menguja amat!

apapun,saya mesti ucap terima kasih sebab fynn sudah ulas pertanyaan saya pada respon tiada entri yg ketiga. =)

ya,juga mahu beritahu yg saya baru ketemu cara utk ubah video ke mp3 (ohh aku yang lembab IT),jadi hari ini "lihatlah aku" sudah masuk carta di mp3 player saya.

terima kasih,terima kasih - yang pasti,selain saya,ramai hati yang senang kerana kamu ada.

Alhamdulillah!

Edna Sinn said...

kakak tetap hebat di mata saya...
gembira kakak suda tdk murung lg...

Anonymous said...

no offence kak fynn... tapi.. rome wasnt conquered in a day kan...
last nite wasnt datttt good.. tapi you guys can learn for ye mistake and hopefully next time would be even better... kan kan kan???

saya salute sama korang men lagu radiohead..!! walaupun tiada ag dan lain-lain seperti yang lepas... tapi tetap maintain feel..!! huhuh

Eamy said...

hai gadis

lama tidak bertegur sapa sama kamu

masing2 bz

harap2 semua ok

sy juge ok2 saje disini

tri said...

tuan hadzir ada anak perempuan tak?

Fadhil Luqman said...

Fynn,

Terima kasih untuk malam itu.
Persembahan kamu,
Persembahan puisi pertama bagiku
Dan aku kagum

Kau punya bakat yang dalam, termeteri
Jangan berhenti
Jangan dibiarkan rasa itu mati

Terima kasih.

Si Buta

Anonymous said...

kalau aku boleh memberi komen,
akan aku jawab, itulah namanya ujian.

supaya kita lebih tabah. supaya lebih gagah.

Feng said...

uhm.
indah perasaan itu.

aku pon mau jd sbgitu.