Friday, July 24, 2009

tidak mahu beri tajuk, sebab tidak ada perlu.

sebagai satu permulaan,
aku kirimkan sms pada mereka2 yang selama ini aku pegang untuk aku benci.

dengan jujur yang ikhlas, aku lafazkan maaf dan perdamaian.
aku tetap jelaskan ketidakmungkinan berteman semacam dahulu.
tapi aku tahu, sms2 itu sudah cukup memadai.

aku tidak pedulikan apa2 respon. apalagi ucapan minta diampunkan bagi pihak mereka.
aku cuma mahu tenang.
aku tidak mahu biar beban benci terus sebal dalam kerongkong.

ada yang balas.
ada yang tidak.

seperti aku kata tadi, aku tidak peduli.
dari pihak aku, kelegaan lebih penting.

sensasinya persis perasaan kau lumurkan vicks pada hidung yang tersumbat.
ketika proses evaposari hingus penuh itu berlaku.
lega dan terus lapang.

*diam*

semenjak dua ini aku sukar sekali menulis. internet ada setiap masa, tapi kehendak sudah agak tawar. apakah aku sudah melangkah ke pinggiran pantai itu di mana sudah tidak ada apa perlu lagi untuk aku soal2kan melain menyengih bahagia menyidai ikan kering di atas zink sambil menonton anak2 jiran bermain lari2?

mungkin aku sudah tua.
haha.

aku baru perasan, aku suka membayang indah dalam panorama kampung dan damai alam. aku susah hendak memberi contoh bahagia dalam situasi kaya-raya. hmm...

mungkin aku patut lahir jadi anak nelayan.

tapi nanti dikahwin sama anak muda yang bantu bapak memukat pula.
lepas itu anak aku besar, bergaduh hendak pindah bandar.
aku nangis dan merayu kenapa tidak reti dia kenang budi.
haha. imaginasi.

bodoh gila.

*diam*

aku klik entri julai tahun lepas. aku sengaja mahu intai si aku setahun lepas.

---

"aku takut, fynn"
"kenapa"
"dari dulu, tuhan selalu makbulkan doa aku"
"jadi?"
"dan aku selalu lupa untuk bersyukur. tidak sempat lama, diambil semula semua yang makbul itu"
"apa yang telah kau doa baru2 ini?"
"engkau"

----

dan aku masih meluah doa yang aku lafaz setahun lepas itu di setiap doa sehingga kini:

tuhan, terima kasih kerana kau ranapkan aku sehancur2nya dulu.
terima kasih kerana menjahanam setiap inci bahagia di dalam diri aku.
kerana hanya dengan itu aku mengerti indah perasaan yang aku rasa hari ini.

kerana memang benar.
tuhan aku sentiasa tahu.
dia terpaling awsome.

13 comments:

Luna Abdullah said...

tuhan itu adil. susah susah dahulu, bahagia pasti kemudian :)

honey said...

kakak..
m'bayangkan hidup di alam kaya raya bukanlah indah sgt..
saya suka bayangkan hidup di kampung yang berdekatan dengan sungai dan hutan hijau..
subhanallah..
mahu cari tempat itu..
jom kakak
=)
love u sis..
hani

sHEmA_sHImoT:D said...

kejatuhan dan keranapan itulah yg mengajar kita bagaimana mahu bangun dan membikinkan kembali yg ranap itu.yg pasti ia lebih mengajar bahawa hidup ini bertuhan

nazreena nadia said...

tbaek =')

Nurul Binti Ibunya said...

yup..
sangat setuju..

tapi saya masih menantikan hari yang sedemikian...
=)
melihat panorama pelangi selepas hujan sambil minum kopi panas cicah ubi kayu,mengadap pantai..
suka.

Para Jamaludin said...

*senyum*

y u z said...

my dear fynn,
kalau kamu rasa sudah tua, apatah lagi saya ini!

tapi kamu sudah didakap bahagia,
saya masih teraba-raba.

tapi...
[senyum]

kawan saya yg ini kan selalu ada,
asal saja kamu gembira, fynn.
saya tumpang suka.

Sarah H said...

kampung, hutan hijau. datang la sini :)

Anis said...

salam, kak fynn.

saya seorang silent reader blog kak fynn.

sekarang pun saya dikecewakan.saya harap saya akan bahagia macam kak fynn satu hari nanti.

The sleeper said...

ini fynn jamal cakap. i always been stalked at this blog. berputar2 but nice. gud luck to u kakak cantekk


*senyum lebar*

aspirin said...

smile always.sbb senyuman akan menjadikan kita awet muda... percayalah...akk pn lawa lg kn...hihiii...

iedot said...

wish boleh jd sekuat fynn jamal.

zana ahmad said...

always thank to god sbb buat sye jumpe blog fynn n slalu buat sye t'senyum sendiri bile baca setiap cerita fynn..hope i have the same strength as urs..