Tuesday, July 14, 2009

achik dicuri orang


selamat merusuk nyawa suamimu, achik.
jauhlah semakin, kita ini.

harap tidak kau lupa setiap malam itu yang diherdik abah menyuruh tidur,
bila kita lebih perlu gurau bertumbuk dan bermain air ludah,
bila kita lebih mahu acah selepet air ketiak bacin dan bertarik rambut,
bila kita lebih hendak semua itu dari berperangai semenggah.

kerana hari2 itu dan malam2 itu sudah habis, chik.
dan tiba masa kita untuk menerima betapa hari2 itu dan malam2 itu sudah habis.

tapi sentiasa tahu,
kita pernah
dan sentiasa akan
menjadi air tak kalah cincang.


dan jgn sekali2 percaya perkahwinan ini semudah satu dua dan tiga.
gila, apa.


27 comments:

little e=two said...

auw, kak fynn makin berseri skrg :)

Khairiah Umyra said...

salam kak fynn..

kamu maaaaaaniss sangat dalam pic akhir tu. sungguh! ni bukan bodekan atau ampuan ;)

Ayyman Rahim said...

Sedih kan adik nak kahwin? Dah tak boleh manja macam dulu lagi kan.

iNz said...

sume gambar2 ni sgt cantik! :)

afy sufy. said...

congratz achik kakfynn!!
kakfynn!
anda cumel
;DD

dialicious said...

eh..muka sama mcm kembar!hhehe.congrats achik!

• roOZu • said...

maksudnya?

kamo..
ish~

sabar ya...

susudalambotol said...

betul tu fynn. perkahwinan tak semudah satu dua dan tiga :)

joegrimjow said...

gambar bawah tu gambar sape?

fara rasep said...

kak fynn!!!!


gambar last tuh sumpah cantik..
murni je;))

[zinnia]mrs[chantek] said...

memang tidak semudah 1,2,3 kak.
kalau tidak..takkan ada broken family..[mahu jumpa kamu sgt kakak]

A. Asyraf said...

congrats untuk acik mu..

=)

cik indie said...

dear fynn,

sangat benar.

perkahwinan tidak semudah satu, dua dan tiga.

kadang lebih manis daripada madu,
kadang lebih pahit daripada hempedu.

jaga diri yah,
cik indie

sHEmA_sHImoT:D said...

semoga kekal ke anak cucu..

biELa said...

wow..sumel gila wajahmu kak fynn..hehehe

fynn jamal said...

roozu:

HISH! kami sangat okay lah!
cuma hendak dikhabarkan, perkahwinan itu suatu perkara besar. dan bukan main2. :)

joe:

itulah fynnjamal dan suaminya.
hehe

mieraaj said...

kak fynn chantek!!!

hann said...

manisnya kamu kakfynn.

alhamdulillah. :)

Anonymous said...

comel fynn dalam gambar akhir tu..sungguh..terpampang kegembiraan di sebalik senyuman tu..

FAKE said...

dan tidak juga semudah a , b , c

:)

Schafyzcha El Yahiya said...

Seronok tgk muka bahagia Kak Fynn dan suami. =p

hatifragile said...

santek nyeh!geram kat akak. rase mao cubet2.isk!

C a R t i N i said...

fynn iras Datin Tiara Jacquelina

Sarah said...

kak fynn! terima kasih sudi singgah kat blog saya. jujur cakap, saya SANGAT teruja!

dan kak fynn nampak sangat ayu dalam gembar sebelah suami. SIMPLY ADORABLE!

:))

Haqim Zolkefli said...

perkahwinan bagaikan satu dua tigabelas.. (tiba-tiba je)

tak boleh diramal..

heeee.

anne; said...

kak fynn,cantik betul berhijab.

lagi2 pic yg last ;)
sungguh saya suka.

padin said...

gambar last tu dua2 cute...
hehe..