ada satu kali;
kawan perempuan yang 18 tahun ketika usia aku 20 itu menawarkan katilnya pada aku. dia kasihan sama aku yang menumpang tidur di kolejnya. dia bilang, sejuk simen akan menembus comforter, dan aku pasti akan rasa ngilunya; "MMU boleh tahan beku tau fynn".
aku akur berkongsi bantal di tilam singlenya. baru hendak hanyut ke alam mimpi, dia minta peluk aku. sudah biasa tidur di rumah dalam keadaan begitu, jelas gadis yang memang jujur aku kata cantik itu. aku derau. macam pelik.
mana tak kelakar, ini member mamak sampai subuh. ini member tengok filem berpanggung monitor komputer. ini member main selet2 nasi celah ketiak. ini member selit ais celah bontot.
sukati kaulah. aku tidur dulu. aku serius pancit. dah. tido.
aku angkat lengan dah bebankan ia di dahi aku. aku yang gemuruh lebih kot.
sumthin is wrong with me.
this is normal.
...right...?
aku sedapkan hati yang tak sedap langsung.
dan di mujuran aku hendak tidur, gadis itu buka mulut.
fynn... boleh tak kalau nak cium fynn?
cium je...
sekali je...
cium je...
je.
---
aku ingat lagi esok paginya bila aku bangun pagi dia sudah pergi kelas. aku tinggalkan nota atas meja belajar dia, "balik dulu. thanx kasi tumpang" aku lukis smiley ceria.
lebih setahun aku dan dia tidak terhubung.
aku pasti dia awkward. aku lagi pula.
aku pasti dia malu ditolak, sebagaimana halus dan tertib sekali pun hadangan aku dari menjunam bersama dia.
macam nak pinjam wang kawan baik, ketika dia tidak ada duit. dia kata "maaf tak ada"; kita faham. serius boleh faham, tapi malu meminta tadi masih ada. kekal ada. kekal sehingga tidak ada lain kali untuk kau luah untuk pinjam.
---
ada satu kali juga;
aku fed-up sama lelaki. cinta bertahun2 tidak jadi. berkawan baru semua yang dimahu adalah tipah di celah kangkang. kalau minta macam lelaki, tidak apa. ini tidak. potensi perogol bersiri itu jelas di muka dia, walau tidak ada langsung parut panjang macam lipan atas pipi: tipikal muka penyangak dalam filem.
maka kawan2 aku adalah dari jantina perempuan. konon selamat. rasa tidak serabut. tidak perlu jaga hati. kita dimanja kita memanja tanpa takut. tahu kita tidak akan diapa2. ke mana2 sanggup bersama.
tamo kawan lelaki dah, fynn. derang selalu buat kita sakit, kan?
ha ah! betol!!
sehingga satu hari diajak ke rumah kawan dia. ada makan2 ramai2. hari perempuan. kita boleh hepi.
cuma aku tak tahu, selain ayam bbq dan pizza,
pengunjung juga boleh meratah sesama sendiri.
ow...
kay...
---
aku ingat ada sekali ini juga;
aku ada kawan perempuan aku yang semua tahu pailangnya bukan main; black belt berapa done aku tak ingat. orang yang tidak kenal, mesti ingat kami songsang. tapi ah, samseng dia pun, sekarang anak dah seorang, bercinta pun kadang2 gedik bergolek2 atas katil. propa la kau, hada. ;p
aku dengan hada sedang makan di kafe. datang seorang bapok secara melulu dan menghempas buku2 teksnya di meja makan aku. aku sedak.
"hey perempuan! kau changan hengat kau tu syantekk sangat. shauqi itu aku punya, kau reti. changan kacau dia owhkayh!"
*mamat/minat pelat sebutan "j" itu ketip jari serentak dengan memusingkan engsel kepalanya betul2 depan hidung aku*
ee. syauqi. nak gossip pun, bagilah karekter yang lebih mengujakan. mamat human sciences yang selalu pakai kain pelikat dengan baju melayu yang selalu lalu di waktu2 nak ke masjid tu ke, secara spesifiknya.
aku sengih.
belum sempat aku jawab, hada hentak meja dengan cegil mata:
"dah?"
hada sudah berdiri tegak bila aku toleh dia. satu kafe tengok hada, aku dan bapok.
hada buat tongong.
bapok terus blah.
aku sengih busuk sambil angkat2 tangan pada orang lain.
sori. sori. sori.
aku pusing kat hada, dia tengah sedut ABC rock sambil gelak2, tanya aku, "nak?".
aku rasa nak tampar pompuan ni.
haha.
---
ada di satu kali yang lain;
aku dengan hada berada di atas tangga bergerak.
ada sepasang kekasih normal di belakang kami.
ada sepasang kekasih lelaki tidak normal di hadapan kami.
sang normal lelaki bercakap kuat2 "astagapirulloh...!"
sang normal perempuan mengekeh2. pun kuat2.
sang normal lelaki sambung "hadoih... apa laaaa rasa taik"
sang normal perempuan konon2 baik "hish tak baik la tauu" sambil ketawa.
hada dan aku buat muka bodoh. tidak mahu masuk campur.
cuak. kami baru 18, baru berjinak2 dengan bandaraya pelik bernama kuala lumpur.
dunia yang lebih aman kalau kita memilih untuk tidur.
sampai di lantai atas, sang tidak normal pertama toleh dan terus menoleh ke belakang sambil meludah.
"sini la! babi! cakap depan muka aku"
tapi air ludah dia kena kasut aku.
bukan kasut sang normal dua ekor itu.
hada sudah standby hendak hayun keempat2 ekor manusia itu. dia jerkah "woih!".
aku tau hada ada impian muka pecah kena belasah.
a fetish a fighter has; street fight thing, for a cause pulak tu.
berangan jadi hero itu semua pernah ada. haha.
tapi sang tidak normal kedua sudah tarik sang tidak normal pertama. sang normal mangkuk dua ekor itu buat muka bodoh. dia tidak salah, apa, dia fikir dia sedang tegakkan agama dengan cara menghina kaum2 begitu. betul la tu.
---
apa aku nak cakap?
tidak ada.
macam ni:
kau curi roti.
kau kena tangkap.
kau kena bantai sampai lembik.
pasal roti.
ek eleh..
mencuri memang salah.
bantai sampai lembik pun memang salah.
jadi apa yang betul?
entah.
---
lebih separuh dari kita pernah wonder dalam hati.
what does it feels like.
cuma satu per lima dari separuh itu yang larat untuk tidak cuba.
macam pertama kali merasa asap.
saje test.
sedar2 dah tiga puluh tahun minum tar.
aku minta jgn beri alasan "tuhan bagi aku ini rasa" dan "ini bukan salah aku, kerana aku tidak pernah minta". aku tidak suka.
habis tu,
kau mencuri; salahkan tuhan sebab timbulkan rasa perlu ketika kau tak mampu?
kau menzina; salahkan tuhan sebab timbulkan rasa syahwat ketika kau tidak mahu?
kau membunuh; salahkan tuhan sebab adakan pisau di lokasi kejadian?
kau melacur; salahkan tuhan sebab adakan orang memberi bayaran?
aku paling benci budak2 nak pailang, lepas kantoi, salahkan kawan2 sebab ajak dia jadi samseng.
turn off gila.
tapi jangan pulak terus sayurkan orang. kau betul macammana pun, kalau kau bukan orang selayaknya, baik kau sabar dan doa dia kembali pada dasarnya. kau sembahyang 15 jenis yang sunat pun tidak akan ada makna kalau hati kau bacin.
kau kena ingat,
pelacur pun tuhan jemput masuk syurga.
demi air yang dia bagi pada anjing tepi jalan.
punyalah tuhan itu maha mengampun.
aku cuma nak cakap,
ada akal, fikir sendiri.
buat baik, buat jahat, semua ada hemahnya.
niat baik, cara laknat, sama jahatnya dengan niat laknat, cara baik.
tak usah dolak dalik.
tapi fikir je la ok.
percayalah.
wahai anak2 gadis, sentuhan suami itu...
adui.
berdentum tangkai nyawa.
dan anak2 teruna, belaian isteri itu...
adui.
bergetar sampai syurga.
---
entri ini aku tulis sebab tadi aku blog hopping.
terjumpa yang tak patut aku jumpa.
aku tidak mahu cerita panjang.
cuma ini:
aku homofobik.
takut.
tak suka.
tak benci.
aku pun cemburu, ok, mereka2 yang ada bff jantina-antara ini.
ye lah, ternyata lebih kreatif, lebih fren dari fren biaser.
tapi aku tau, minah ganas macam aku bukan material kawan baik mana2 nok, nyah mahu pun jack.
sebab kasar aku lebih sesuai jadi member lecak budak jantan.
ah.
kasar2 aku pun,
nampak golongan ini;
takut.
:)
aku ni samseng taik minyak.
haha.
27 comments:
haha...
'samseng taik minyak' - budat tecit kat umah ni suka sebut tu...
*tomey*
blog hopping tu camne ya?
skrg ni di buru laki
ntah camne ingat ku gay ke ape
ishhh
plan nak kawen
usia muda lagi
xkawen org kaco
ade ms tulis la ek
ur writg give me sumthg
ohh ye, same la kte. aku fobia juge golongan tu. ngeri =_=
pena ade penk na deal aku. kepale otak dye! aku rase mcm gay. kalau aku jenis yg ati bunye tape. ini ati trash mcm dye ;(
perasaan dinafsukan sama sejenis adalah sangat menakutkan kak fynn..sangat2 menakutkan.
saya tak dapat lupa.
budak human sciences? kekeke~
mcm berminat je kat hada anak sorang.
wakakakak!
ingatkan kak fynn paling ganas.
=p
nice one sistah!
tak suka..
tak benci..
i like that!
tak suka sebab songsang..
tak benci coz they are human..
huu..
"habis tu,kau mencuri; salahkan tuhan sebab timbulkan rasa perlu ketika kau tak mampu? kau menzina; salahkan tuhan sebab timbulkan rasa syahwat ketika kau tidak mahu? kau membunuh; salahkan tuhan sebab adakan pisau di lokasi kejadian? kau melacur; salahkan tuhan sebab adakan orang memberi bayaran?
---
aku cuma nak cakap,ada akal, fikir sendiri.buat baik, buat jahat, semua ada hemahnya. niat baik, cara laknat, sama jahatnya dengan niat laknat, cara baik. tak usah dolak dalik.
tapi fikir je la ok. percayalah.
wahai anak2 gadis, sentuhan suami itu...adui.berdentum tangkai nyawa.
dan anak2 teruna, belaian isteri itu...adui. bergetar sampai syurga.",(ini Kak Fynn Jamal cakap;2009)
---
Ulasan:
"Aahh! Saya sangat setuju...Ada otak kasik waras, ada jantina kasik straight...Haish! Tuhan dah terang-terang MAHA BAIK... Fitnah-fitnah, biadab-biadab - masih DIA kasik nikmat - belum lagi 100% DIA hadiahkan laknat...Jangan nak dolak dalik... ", (ini Apple tiba-tiba mahu cakap;2009)
---
*Thanks Kak Fynn - baca your entri yang kali ini, bantu Apple lagi mahu 'speed up' kejar Tuhan...Sangat jiwa kacau sejak akhir-akhir ini... Thanks again... MuahX2!... =I
permpuan skrg smkin mengganas.
cinta itu buta?
sgt cliche...
penamat entri kamu mmg comel...
lagi takut kalau dia datang bilik kita,
melepak dekat bilik kita,
aish.
kak hada r0cks!
hahha..
Entri peringatan untuk masa depan yang buatkan orang fikir apa yang harus buat dan apa yang berlaku ni jangan salahkan Tuhan je.
Salah sendiri. Ketuk kepala sendiri.
wah. samseng taik minyak. hee.
seronok dengar :)
entri menarik :)
juge ade pengalaman yg sama dengan anda.
haish.
mohon dijauhkan perasaan yg 'bukan-bukan' tu.
kak fynn, brilliant.
haha....biase la, zaman jahiliah dlu dah berakhir,masuk ke ruang masa zaman bertamadun sket... sket je la...hahaha
i like this.
kak fynn, hada kawan kak fynn tu orang pantai timur ke? mata dia coklat terang ke? dia ambil BEN masa di UIA?
ape jadi pada couple normal yg annoying tu? geram r...
yang:
ye. exactly.
kenapa?
kenal ke?
dia itu muka je samseng.
hati taman bunga.
:)
Sukenyer bace fynn....sangat suke..serius..
wahai anak2 gadis, sentuhan suami itu...
adui.
berdentum tangkai nyawa.
dan anak2 teruna, belaian isteri itu...
adui.
bergetar sampai syurga.
-> inspirasi utk terus jaga diri dan sabar.
terdiam seketika..fikir..
teringat satu peristiwa bila ada seorang rakan tu menyatakan hasrat untuk bertukar arah menjadi gay...
berderau darah tiba-tiba...
tak mampu nak kata apa-apa
fyn aku juga homofobik. tak suka dan amat benci. haha aku cakap bersebab.
p/s: first time bace blog ko sejak aku kenal haha
juga punyai pengalaman serupaa :D
alamak tebaca nie tiba2 teringat satu cite..tesenyum ke telinga sepanjang baca..hehe "samseng taik minyak" teringat zmn skolah slalu dgr ayat nie (: ..nice one (:
Post a Comment