petang.
aku, abah dan kapcai merah.
dengan kelajuan lebih siput dari basikal,
pada hari2 petang;
aku, abah dan kapcai merah.
abah sojar. bukan hari2 boleh jengah rumah.
kalau pun tidak ke ceruk hitam rimba, abah perlu melanguk di pulada.
ah, kem sojar pun, tengah hutan juga.
jauhnya dua jam atas bas juga.
kota tinggi peruk.
bas ekspres mana ada.
semua bas sangkut2.
aku paling suka kalau abah balik. setiap sojar bertugas selalunya dibekalkan makanan dalam tin. abah sentiasa jimat2. dia tahu air liur aku akan menjejes bila ada nenas dipotong macam donat dalam bekas silinder timah. dia kenal nganga mulut aku akan mencakah bila ada serbuk glukos perasa oren untuk aku kunyah2.
aku paling tidak akan lupa tiap2 kali dia sembunyi belakang pintu untuk menyambut arwah emak pulang dari hospital dengan terlebih dahulu dipesan pada aku untuk mengakalkan isterinya yang dia sebenarnya tidak ada. aku, dengan lurus dan beriya, akan berpura2 dan mencipta cerita.
sekali sekala yang terpecah kekeh abah, aku gelabah.
"abah balik kampung"
"mana ada abah"
"abah kata dia tak balik minggu ni"
emak akan layan cerita aku seperti hikayat aku itu satu kisah yang penuh dengan hal2 ajaib.
"ye ke!!!"
"alaaa!!! siapa nak sayang mak kalau macam ni!!!"
"sampainyeeeee hati abah tinggalkan kiteee... ek?"
aku paling kuat ketawanya bila abah sergah di tengah2 aku bercerita. tidak pernah tidak, emak akan menjerit seperti ditunjuk polong. akulah yang paling bangga sebab berjaya menjadi tali barut abah.
bila sudah besar, baru aku tahu, selama ini, emak memang tahu abah ada di belakang pintu.
dah tentu motor merah abah dekat depan itu sedang tegak macam penunggu.
haha.
seronok jadi anak kecil.
apa yang kita rasa adalah apa yang kita rasa.
kalau tadi boleh main pondok2 sama2, kejap lagi bergaduh sepak2 kaki.
esok siang sudah boleh kembali main lari2.
apa juga rasa yang dirasa --tulen.
tak teraduk perasaan lain,
tak terkatup di balik kain.
sebab itulah di setiap petang yang ada luangnya,
aku akan seperti anak sakai dibonceng di ruang bakul lembu besi itu;
menyeringai.
entah apa yang diseronokkan.
kalau bahagia abah adalah tatkala mata dia meratah wajah2 setiap rumah yang kami legar2 dengan penuh khusyu' dan hati2,
bahagia aku --
adalah pada matanya yang penuh khusu' dan hati2 meratah wajah2 setiap rumah yang kami legar2 dari tadi.
dan oh, pada ruang yang sedikit terperosok di celah dua tangannya yang memegang lengan si lembu besi.
ada sesuatu tentang itu.
sesuatu yang aku belum jumpa perkataan untuk mendeskripsi perasaan aku.
'indah' terlalu murah.
'magis' terlalu miskin.
tidak ada kata untuk aku rujukkan sesuatu itu.
*diam*
semalam aku cabut gigi.
kecil2 dulu, dengan motor merah, abah bawa aku pergi klinik.
dia mesti ikut jalan jauh.
angin akan tenangkan aku, dia kata.
macam biasa, aku percaya.
berkali2 kena tipu pun, aku cuba untuk percaya.
dia kan hero.
hero mana reti bohong.
tak reti konon. chet.
"macam gigit semut je..."
semua benda macam gigit semut.
enjet macam gigit semut.
jahit macam gigit semut.
sekali enjet tengok..?
sekali jahit tengok...?
tak macam kena gilis keretapi pulak ngilunya.
sebab itu, di setiap sempurna dibohong abah, aku akan tarik muka yang paling masam.
kalau paku gagah menampung baju, juih mulut aku tak goyah mendokong kuali hitam.
nasib baik zaman2 itu, aku belum lagi di umur layak-dibantai.
:)
abahlah yang bertanggungjawab memulakan tradisi mari-pujuk-angah-dengan-aiskrim. betapa jahat. ternyata aku memang mudah dibeli! cis. benci betul. nak sambung merajuk, rugi. lalu abah nantinya akan hunuskan kepal tangannya di depan dagu aku. seperti selalu, dalam genggamnya, ada gigi aku yang diminta dari doktor.
meh balik. kita baling atas atap.
buat apa?
nanti dah besar, angah takkan lupa rumah kita.
*terdiam*
atap.
bulan lepas, masa aku rindu sangat pada abah, aku cari rumah aku guna google earth.
nasiblah bas abah besar macam ikan paus.
cukuplah...
sorang2, aku teresak2 depan skrin.
abah pernah cerita zaman2 mudanya mengurat emak. susah. emak tak suka berdedai depan rumah. jual mahal.
tapi abah kata:
"tak nampak tuan, tenung atapnya pun jadi".
comel.
*senyum*
semalam aku cabut gigi.
tri bawa aku makan cendol.
:)
18 comments:
Fynn, kanak-kanak tu Boleh jadi manusia paling jujur kalau tidak dibekalkan ilmu bohong.
:)
eeeiii.
comel! :*
bestkan ade abah lagi
buat baik slagi boleh
comey kakak.
abg tri belanje cendol eyk..
hehehe!
=)
kak fynn, comeiiii.
jugak sayu sbb cerita ttg abah. mujur at this time sy ada kt umah. boleh peluk cium sy pny abah =)
sme mcm sy slalu buat. klo bz kt U, tak leh blek... akan google rumah.
cendol pulut satu.
;D
kak fyn.
baca cerita akak sambil dengar sinar fm.wah syahdu sungguh.
;)
teringat zaman kecik kecik masa mak masih ada.kadang kadang bila imbau balik,zman kanak kanak tu ohh bahagia.
terima kasih.cerita akak buat sha ingat balik kisah indah ayah dan mak.
dan seorang anak kecil yg nakal kuat panjat pokok nie.hehhh.
:')
terlalu comel!
terlalu comel
haha..
ration stuff!
dulu satu stor penuh dengan peket2 tuh kot..
paling best bile g camping bawak lilin petak yang sojar bakar bile masuk utan..
i miss those days!
rindu zaman kanak kanak
walaupun sekarang umur masih kanak kanak
saya sayang abah saya
comel sgt cte nie.
tbe2 teringt time kecik.
mne bole lpekn time2 cm tu...
:)
kak fynn...seronok campur sedih bile bace cerite ttg abah ini.Rindu pada arwah abah saye...tapi tak ngape bile bc cerite ini rindu itu turut terubat..SAYANG ABAH...
cute! (: ..ermm tetiba t'ingat arwah abah sye ..
aku dulu pon begitu. terasa pnah menjadi anak abah yg paling manja.. rindu saat itu..
Fynn, dulu aku pun mudah dibeli..asal sakit, aiskrim umpannya..tapak kaki kena tebuk sebab luka, sakit amat dasyat..menangis macam esok dunia mahu kiamat..bila aiskrim dihulur, semua jadi indah..sakit rasa seperti gula kapas..
itu semua kerana abah..dan 2 hari lepas hari jadi arwah abah aku..aku jadi sebak..aku rindu abah..
dulu :
kak fynn + abah = cabut gigi n mamam aiskrim.
skang :
kak fynn + abg tri = cabut gigi n cendol.
ais.
signifikan yg tak terbayang. :)
memories. kan..??
Post a Comment