aku membuka diri untuk disewa.
ini bukan trend atau kemestian atas dasar hip.
ini namanya "mencari wang tambahan untuk menampung hidup".
ini juga boleh dipanggil "memberi sesuatu semula kepada masyarakat".
ini ada kemungkinan dilabel "poyo".
assalamualaikum,
saya ingin menyusulkan kepada sesiapa yang sudi,
untuk memberi nama kepada saya,
JIKA dan HANYA jika ada di kalangan anda yang mahu mengizinkan saya mencuri sedikit beberapa jam anda untuk saya perbebel satu dua perkara tentang puisi.
ya.
saya, dengan rasa rendah diri, ingin menawar pacal yang hina ini ke hadap sesiapa yang rasa teringin berkongsi2 rasa.
sudah lama ada hajat ini, dan semalam, setelah pulang dari memberi sedikit seminar pada anak2 sekolahan di cheras, saya tanya diri, "bila lagi".
tidak saya peduli andai cuma seorang dua yang berkehendakkan.
namun kalaulah digerakkan tuhan lebih sepuluh hati2 anda, maka ruang yang saya akan persedia sudah pastinya galeri kecil sue anna joe: itudio studio di kelana jaya. dan kalau pula berlebih2, saya tambakkan had supaya intimasi mampu saya pelihara.
tarikh masih belum ada. tapi sabtu atau ahad secara pastinya.
saya malu untuk mengatakan yang saya anggarkan lima puluh ringgit adalah tidak kurang hajar; ye lah, untuk menampung sewa dan wang minyak kereta, sekali dengan makan tengahari yang disedia. tambahkan rm 5, buku puisi jilid dua akan saya kepil bersama.
oh ya,
anak sekolah, saya hanya mahu tiga puluh lima ringgit malaysia.
dan JANGAN memaksa ibubapa kalau sedang sempit wangnya.
kalau benar2 mahu datang, tapi tidak ada mampu, khabarkan.
kita cerita belakang terang pelita.
secara kasar, pada satu hari yang dari jam 2 hingga 6 itu, akan ada sesi soaltanya dan bual2 bahasa kosong berisi, diakhirkan dengan praktikal dan kongsi2. ini bukan semata2 kelas menulis, tapi dimasuk juga perihal performasi.
sesungguhnya saya amat malu untuk mencanang entri ini.
harap tidak dipandang membesar dan tak sedar diri.
wallah, saya rasa begitu malu.
dan tidak saya menjual jiwa puisi saya, apa lagi meletak harga.
tapi saya seperti manusia lain, punya tanggungjawab mencari rezeki kedua.
untuk respon:
email ada tertera.
komen pun tidak apa.
sekian.
yang benar,
saya yang tidak malu.
23 comments:
pehh kak fynn..saya amat berbesar hati dengan ilmu yang ingin diturunkan itu..
fynn.
kalau saya yang jadi mahu menuntut ilmu, boleh tidak? =)
buku puisi jilid dua itu isinya samakah dengan buku merah bersimbol hati itu? kalau berbeza, simpankan satu. saya mahu.
harap dapat jumpa lagi nanti.
TIADA APA YG PATUT DIMALUKAN...duit adalah motivasi.
perdengar dan membebel bersama kamu..
menarek..
tarikh bagaimana..
saya pun tidak malu untuk membaca entry ini.
hai kak fynn..
tiba2 rasa rindu kak fynn ah..
hahaha. amende la kan rapat pun tak tiba2 nak rindu..
salam sket tengok.
maksudnya perlu ketemu dengan kak fyn di satu tempat khas kah?
zara:
tidak perlu.
email sudah cukup.
:)
kakak,
simpankn 2 tiket utk aku sama Qaseh..juga buku..
apa jua,untuk kamo,pasti aku selalu ada..
^_^
bagus ini kakak. seperti di uia tempoh hari. bagus benar.- aisyah
Wuuuu, mahu!!!!
Khabarkan tarikhnya secepat mungkin.
jd, dgn memberi komen menyatakan mahu hadir sudah dikira satu tempat? begitu ya?
kak, kapan? mahu pergi!
juga mahu buku nya.
sori kak fynn..
sangat berminat..tapi sangat bz at this moment..
plus...i'm away to terengganu..
for degree in four years..
sorry..
nak!
tumpang lalu.
bagusnya berjasa pada komuniti. ada social responsibiliti...aku sangat terharu. aku ntah bile nak menabur jasa...
sabar...separuh dari iman.
kak fynn kalu mau bukunya saja boleh?tak berkesempatan utk ke sana...
nak cop 1..
1 je..buat saya
-sekurang-kurangnya...
hehehe
salam kak fynn..sya berminat nak mengikuti bahasa puisi ini..juga skills2 dalam penulisan puisi..
dan juga mahu membeli buku puisi jilid 1 dan 2..oh lagi satu. kepingin sangat nak buku merah..
bagaimana nak kirimkan bayarannya tue ye?
kak fynn de accountbank yang saya boleh masukkan duitnya tak..
~safarina~
kak fynn klu sy nk buku je cmner?
tp sy dok kt sabah..cmner ea??
Teringin untuk "menuntut" dengan Kak Fynn,tapi saya jauh dan untuk bertemu mata dgn Kak Fynn sangat susah...
Kak Fynn,
Ada tak lagi buku merah itu untuk dijual?Saya mahu satu dan juga buku puisi jilid dua itu... =)
Sudah selalu berlepakkan lama di rumah Kak Fynn ini dan saya senang sekali....
Khabarkan saya nanti ya Kak Fynn,ini e-mail saya... =)
hanie_mama@hotmail.com
Owh,lupa,nama saya Bibie dan saya skrg bekerja sambil belajar di Pulau Labuan. =)
amende ar buku merah2 ni.... asek2 bku merah..... aku pun nak satu ar..!!
camne nk dpt 2 aku x pedulik...
kak nnt aku amek kt nilai je..tggu aku ktsne..hihihi
bleh??
saya pun mahu.
saya lagi mahu buku puisi jilid 2 itu juga.
pastikan tarikh nya ya?
mahu tempah tiket pulang.=)
sy nk both buku kalau masih ada. ini serius.
Post a Comment