keluarga pak din
awal bulan
awal bulan
laki-bini
hari-hari.
kelibat dugaan tuhan nampaknya makin jelas.
semahu-mahunya aku hendak tidak tewas.
terapi menulis tertinggal dan terkebelakang lewat beberapa minggu ini. aku rasa sedikit sebal. tapi apa boleh dibikin? yang lebih prioriti perlu didahulu bikinnya. aku rindu sekali sama ayahanda, bunda, abang, adik-adik dan teman jauh dekat. terpaksa juga sekadar aku kenang dari jauh.
tapi aku sudah mula memulakan kempen 'bertindak bila perlu'.
semalam sehabis kerja, aku beratur untuk membeli makanan segera siap untuk tri yang kepingin susunan roti dan daging cincang sekali dengan keju berlapis. waima penat, aku regangkan kaki untuk ke restoran yang memang terkenal dengan halaju 10meter/jam. senyuman manja kekasih menggogok-telan dengan lahaplah yang memandu objektif kekuatan post-work aku hari itu.
hari-hari.
kelibat dugaan tuhan nampaknya makin jelas.
semahu-mahunya aku hendak tidak tewas.
terapi menulis tertinggal dan terkebelakang lewat beberapa minggu ini. aku rasa sedikit sebal. tapi apa boleh dibikin? yang lebih prioriti perlu didahulu bikinnya. aku rindu sekali sama ayahanda, bunda, abang, adik-adik dan teman jauh dekat. terpaksa juga sekadar aku kenang dari jauh.
tapi aku sudah mula memulakan kempen 'bertindak bila perlu'.
semalam sehabis kerja, aku beratur untuk membeli makanan segera siap untuk tri yang kepingin susunan roti dan daging cincang sekali dengan keju berlapis. waima penat, aku regangkan kaki untuk ke restoran yang memang terkenal dengan halaju 10meter/jam. senyuman manja kekasih menggogok-telan dengan lahaplah yang memandu objektif kekuatan post-work aku hari itu.
ya. dia manja.
:)
ada seorang perempuan, aku tuduh umurnya dalam 21-23, manis dan lawa. jenis perempuan yang sangat memukau dengan tudung rona gelap. aku perlu puji, kerana tidak ramai yang masih boleh kelihatan benar2 cantik dengan tudung. dan aku perlu sebutkan fakta itu agar kamu bisa faham bagaimana kekasihnya (aku tidak rasa dia jenis perempuan yang tidak kisah dipeluk dari belakang ala2 spooning di khalayak ramai melainkan itu teman lelakinya) itu juga sama kacak, kemas dan bergaya.
dari impresi pertama, dia adalah kategori perempuan yang buat aku rasa "mak ai, untungnya lahir2 dah cantik macam kau".
tapi kempen aku bukan di situ.
bukan untuk menjadi kuali mengejek pantat periuk hitam.
*diam*
ada dua kaunter. untuk lebih dua puluh pelanggan. kaunter pertama diuruskan seorang budak lelaki yang kelihatan sangat penat. kaunter kedua pula oleh seorang perempuan yang berusia lebih 35 tahun. aku tidak bohong. ok, aku cuba jaga hati. makcik itu lebih 38 tahun.
makcik itu tidak cemerkap. tapi perlahan. cukup tidak sajak untuk bekerja di tempat selaju itu. mukanya walau pun tidak hodoh, aku rasa masa mudanya tidak juga semenarik mana. makcik itu biasa2. nan begitu, dek senyumnya yang dibagi pada setiap orang, dengan sabar yang ikhlas, dengan sebutan setiap tempahan pelanggan, aku rasa hatinya yang baik telah banyak membantu aku untuk melihat dia cantik.
atau agaknya kerana kasihan.
boleh pula seusia itu dia berada di barisan hadapan.
mungkin ada supervisor yang baik hati menggaji perempuan berumur di posisi yang pada normaliti akan mengupah anak2 habis spm atau pelajar sambilan.
mungkin ada cawangan restoran sebegitu yang tidak peduli siapa sahaja yang hendak bekerja di bawah mereka setiap bulan.
paling mudah, mungkin sudah rezeki makcik tua yang sangat siput itu.
tapi kempen aku masih juga bukan di situ.
bukan untuk menjadi anak ketam yang melantang "jalan kau senget, mak ketam".
*diam*
perempuan manis, lawa dan cantik yang dipeluk kekasih yang kacak, kemas dan bergaya itu tidak berhenti membuat cubaan menyakitkan hati wanita tua, tidak-hodoh-tidak-cantik-tapi-biasa2 di hadapan aku.
"kalau kita pegi KFC mesti tak kebulur macam ni"
"bodoh betul siapa yang bagi makcik tua macam ni kerja"
"saye benci la bende lembab macam ni"
bla bla bla bla macam ni.
bla bla bla bla lembab.
bla bla bla bla tua.
26 minit yang boleh tahan lama.
aku tahu, sebab aku yang cuba fokus pada buku goblog ketika beratur itu agak terganggu sepanjang tempoh itu.
aku tahu, sebab aku ini jenisnya telinga macam cakera satelit yang mencapang sepanjang tempoh itu.
aku tahu, sebab aku tidak berhenti2 mengawasi jam sepanjang tempoh itu.
selesai transaksi aku, aku senyum pada makcik yang terketar2 bibirnya memaksa senyum. mesti dia cuba sabar; kalau dilayan, kerjanya itu akan tergadai, agaknya.
selesai senyum pada makcik yang terketar2 bibirnya itu, aku pusing dan aku berhenti betul2 sejengkal dari wajah perempuan manis, lawa dan cantik itu.
selesai aku berhenti betul2 sejengkal dari wajah perempuan manis, lawa dan cantik yang sedang kaget dan gamam merenung aku, aku senyum paling manis padanya. sedikit saikotik. tapi manis yang betul2 manis.
aku kata:
"laa. takdelah cantik sangat rupanya. sori. sori. biasa orang cantik je yang suka menghina"
aku senyum paling luas, dan aku seringai gigi.
aku rasa dia cuak.
kot..?
sepanjang hari aku sengih.
harap2 muka dia tidak sompek dengan senyuman aku hari itu.
hahahaha.
54 comments:
pedas dan tepat. hahaha!
cool gila buat macam tu.
ya.
kalau macam tu,
yang cantik itu hanya imaji luar,bukan dalam.
perempuan manis, lawa dan cantik itu patutnya sedar,
ke-lawa-kan muka itu tk kan jd lawa klau mulut dia tk pndai jaga.
i like kakak! muke lawa tapi...............
that was awesome. mmg patut orang macam tu dapat ayat bisa kak fynn.
nice!
uahhh. direct to the point. hebat hebat :)
OM to the G.
Kak Fynn buat macam tu.?
Memang best!
Hehehe.
Saya suka. Saya suka.
Betul pe.
Tak patut betul dia nak cakap mcm tu kat mak cik tu.
Tsk Tsk Tsk.
wah~ saya suka apa akak buat!
killer best.
dr dulu manusia dah kata, dont judge a book by its cover.
kan?
you rock.
saya suka!
thumb up!
nice one!
;)
kak fynn, cayalah.
memang patut ditikam mulut itu.
anyway. kamu comel sgt :
two thumbs up!
hahahah go kak fynn.
cool sey. xmcm org len pake serang jer.
kak fynn comey ah pakai tudung. siyes xtipu. hahaha
ye ke org cantik suka menghina, kak fynn?
tp ade kan yg cantik di dlm dan di luar... cthnya: saya, kak fynn, mak saya dan ramai lagi lah.
subjektif. cantik tu. rugilah mereka yg sia2kan sebahagian drpdnya. stuju! kempen senyum. utk cantik!
wah.. dah start berkempen dah.. =D
hahahh
welldone! :))
saya paling suka tengok perempuan manis, lawa bertudung yang perangainya cantik. yang sekali pandang, kita dapat agak dia anak solehah dan rakan yg baik.
yang when she's in crowd, she stands out very well. walaupun ada perempuan seksi cantik di antara crowd tu.
i hope to be like that one day :)
syabas! dia perlu tahu setahap mana kecantikan diri sesorg tu tidak membawa erti jika seperti dia..
syabas! itu yg sepatutnya dibritau pada die..cantik plastik (:
Do i see Joe burnmarks in the gig mcpa? a long-forgotten classy guitarist
walao!
walao!
straight to the face. haha. padan muka dia.
ps: kak fynn, saya rindu kamu.
kak fynn ni penembak tepat lah!
=)
tabik sama kamu kak fynn..
(senyum)
nice one kak fynn! neway kak fynn sgt comel pki tudung! ngee~ =D
striker.haha
tapi kenapa?
ayat yg hebat *tabik*
waaaa,
sangat bangga dengan kak fynn!
kakak2.
dahsyat.zna teringin gile nak buat mcm tu,tp tak berani.
aleh2,mengomel sorg2. :D
nasib baik saya sedar saya tak cantik..jadi saya tak dapat kutuk orang~
kak fynn..
sy slalu wat cmtu. hahah~
tp yg salu sy wat pd org yg perasan bijak tp sbenr nya tolol.
tp bes gak wat cm kak fynn tu.
2 info pompuan tu dapat.
1. dia rude
2. dia tak cantik
hahah~
hahaha..
mcm nk ckp pdn muke prempuan 'cntik' tu..
kalau cantik,tapi mulut mcm tu,nmpak xlawa jugak akhirnye..
cayalah kak fynn!haha
^_~
terbaik lah kak. ;P
kagum..
:)
sy slalu mngomel sndri je kalo mrh kt org cm2..xbrani nk tego cm kak fynn buat tuh..huhu
fynn the sharp shooter...!
"big appaluse" (diam)
:) she deserve that!!! hahahahaha...
pakwe dia pon bangang! takat pilih awek yang hanya cantik paras rupa silap haribulan merana mak mentua nnt. ramai lagi yang masih cantik di mata dan sejuk di hati kat luar sana... buka matalah!
mmg respek la kak fynn..esok2 aku pon nak buat begitu lah..
mesti malu pada kekasih hatinya jugak kan..
hihih
hahahaha terbaek!
dia xperasan cantik pun cuma kite merasakan dia tu cantik..sbb tu la jadi macam tu..apepun sabar itukan separuh daripada iman.klu xle nak tunggu....blah je la..*wink wink*
entah !
mcm la bgos sgt kan.
mentang2 dia jernih.
"laa. takdelah cantik sangat rupanya. sori. sori. biasa orang cantik je yang suka menghina"
suka sama ayat ni.ringkas tapi padat.kalau dalam dunia kartun pasti perempuan itu sudah ditimpa pemberat 100kg ataupun dipanah kilat.
kita manusia semuanya sama.apa salahnya cuba memahami orang lain.mungkin makcik itu sudah terlalu penat memandangkan kudratnya bukan lagi seperti anak muda.
tahniah kak fynn sebab berani.tabik sama kamu :)
clap2 :D
molek benar....apa la cantik itu sebenarnya?
Terbaik ahh kakFynn buat mcm tu. I'll do the same way.haha. padan sama muka.ngehhh.
a
hebat =)
terbaek:)
kau pun apa kurang, suka menghina juga.
anon:
sebab tu hendak mula kempen senyum.
kurang maki. kurang kurang-matang.
benda lepas tokleh ubah.
benda depan kena rancang.
:)
terbaek kak fynn. sy suke :D
hihi~
pedas2,
bes gile bole sound gtu,
bile la bole wt cm kak fynn
-__-"" --> penakut
Post a Comment