Friday, June 26, 2009

bila perkara yang paling betul adalah tidak betul buat masa ini.

masalah:
engkau ada kawan baik. selalu suap engkau ketika lapar. selalu geletek engkau ketika sedih. tapi dia benci emaknya, hingga ke tahap bajingan. engkau tahu emak kawan engkau memang bangsat, tapi engkau sudah diajar abah engkau yang orang tua tetap orang tua; maka perlu hormat.

kawan engkau itu secara manusia sememangnya yang paling kool. engkau boleh borakkan apa sahaja, waima mengutuk-sindirnya depan2 muka. dia tidak akan kisah. kecuali tentang emaknya.

tindakan betul:
lakukan sesuatu untuk memulih keadaan. kerana dia terlalu baik utk mencela reputasinya, apalagi bila satu2nya kekurangannya adalah sesuatu yang boleh dibetulkan.

perkara sebenar:
engkau putus kawan atas sebab engkau tidak ada hak untuk masuk campur.

---

masalah:
engkau ditugaskan bersama seorang teman kuliah yang sekepala untuk menyiapkan kerja kursus yang akan menentukan markah peperiksaan tahun akhir. malangnya kawan engkau itu bodoh dan engkau pula pemalas. kawan engkau memberi engkau minum racun hasutan, lalu engkau setuju untuk curi hasil kerja seorang teman kelas; kau siatkan muka depan dan belakang. kursus dihantar dengan nama engkau dan kawan engkau sebagai pengusaha.

tapi entah kenapa, selepas beberapa hari, ketika engkau dapat tahu teman kelas yang kalian curi hasil kerja itu rupa2nya pelajar baik, anak orang miskin dan hidup atas wang biasiswa (maka wajib cemerlang dalam setiap subjek, kalau tidak wang tanggungan akan dibatal), hati engkau ditiup satu perasaan yang engkau tidak tahu apa. engkau rasa tidak tenang selagi engkau tidak menceritakannya pada sesiapa.

tindakan betul:
akukan pada penanda tentang kehinaan engkau yang buta hati dan akal semata2 kerana mahukan kejayaan dengan cara mudah.

perkara sebenar:
engkau dibuang universiti kerana perbuatan engkau tidak mungkin diterima mana2 pihak.

---

masalah:
engkau ikut rombongan meminang kekasih abang engkau. sampai di hadapan rumah perempuan tersebut, engkau dapati ruang tamu rumah engkau adalah lebih kodi berbanding laman yang ada air terjun tiruan dan batu2 refleksologi.

engkau senyum. engkau tahu, zaman sekarang tidak ada cerita hindi. namun engkau juga tahu, engkau cuma sedapkan hati. hajat pinangan sudah diluah, dan bapa si gadis sedang main kasar secara halus tentang wang ringgit.

tindakan betul:
dengan molek dan berhemah, tegurkan si bapa sang perempuan yang dipinang itu tentang keindahan agama yang tidak mengenal hitam atau putih, buruk atau cantik, kaya atau miskin dan selitkan juga hadith2 yang engkau pelajari / terpaksa hafal di sekolah / kolej / universiti.

perkara sebenar:
engkau dihalau keluar kerana kurang hajar hendak berkhutbah.

---

ada banyak benda salah disekeliling kita.
bila agaknya boleh kita bikin perkara yang betul dan sepatutnya?

di depan mata engkau, ada perempuan sarat mengandung berdiri lama dalam tren. budak di depannya hanya buat bangang sambil memicit2 butang telefon.
apa yang betul untuk dibuat?

di depan mata engkau, ada lelaki yang elok budi-pekertinya dibuang kerja kerana berkata yang hak pada bos yang terkenal dengan kekejamannya. ketika dia mengemas mejanya untuk dikosongkan, dia tenang.
apa yang betul untuk dibuat?

di depan mata engkau, ada kawan yang paling rapat sama engkau memperkenalkan kekasih ulungnya dan melafazkan betapa dia sudah mula mahu hidup semula kerana cinta itu. engkau perasan jantina kawan itu dengan kekasihnya adalah sama.
apa yang betul untuk dibuat?

baru2 ini ada kejadian yang sangat tidak enak terjadi dalam tempat kerja dek politikus sialan. ketua aku, sang mat saleh dari kanada itu ditelefon ketika malam hari untuk mengarahkan untuk tidak lagi datang keesokkan harinya, juga hari2 yang akan datang selepasnya.

tidak pelik sang mat saleh dari kanada itu dibuang begitu2 sahaja.

setiap martin luther king jr., setiap mahatma gandhi, setiap haji abdul malik karim amrullah akan hidup siksa. bagai phoenix bangkit dari abu, di setiap jahanamnya sesuatu tempat, seseorang seperti mereka2 di atas akan lahir.

hidup mereka tidak lama.
dibunuh. dilari.
digantung. disembunyi.

*diam*

memang itu saja yang aku buat. berdiam.
aku sudah mula pandai mengikut arus.

apakah itu perkara betul?
tidak. seseorang patut melakukan sesuatu.

apakah melakukan sesuatu itu betul?
tidak. risikonya adalah kerjaya aku.

aku setuju dengan pendapat seorang teman. buat perkara yang betul, dan rasai kemuliaannya. tapi soalan aku dalam hati, sedangkan bila ada kita ditawan dalam perang, ditanya apa agamanya pun dibolehkan tuhan untuk kita menjawab bukan islam, lalu hal2 hak kecil begini bagaimana?

kalaulah aku akan dikelar leher kerana menjadi seorang islam, seribu kali aku sanggup. sekali dengan hafazan berserta tarannum aku bagi.

tapi ini lain.

memang senang hendak cakap benda2 yang kobar2.
memang mudah hendak lafaz benda2 yang membakar2.
tapi aku sudah serik untuk lalu semua ini lagi.

dulu bolehlah.
zaman belum ada apa2 tanggungjawab.
nothing to lose.

sekarang mana boleh.
sudah ada keluarga.
perlu bijaksana mengkategori prioriti.

kenapa agaknya aku asyik kerja-berhenti-kerja-berhenti?

when you are too fuckin' good at what you do,
you would scare the shit out of people;

and therefore a must to be terminated.

ini nasihat aku.
nak ikut, sila.
tak nak, tidak apa.

itu pun kalau kau rasa kau adalah antara yang fuckin' good at what you do.
dan kau tidak perlu untuk jadi yang paling bijaksana atau paling gempak pun untuk menjadi seseorang yang fuckin' good at what you do. letak 100% passion, jiwa dan raga engkau dalam apa2 yang kau buat, sudah cukup.

sejujurnya, manusia tidak takut pada orang paling pandai.
tapi pada orang yang ada potensi untuk memenangi hati sahabat handai.

manusia kan gila pengaruh.

ada masanya, menjadi cayaha yang terlalu terik itu membinasakan diri sendiri.
nanti empunya kedai2 lampu akan sabotaj hidup engkau sampai kau mati.

tapi jangan pula jadi bodoh dan padam sendiri.
mati rugi.

27 comments:

rahmat haron said...

tulisan yg mencerahkan.ha.ha.ha.ha.separuh gila?napa tidak suku gila, atau separuh+dua atau tiga suku gila?

mrberett said...

kita selalu tersepit dengan keadaan...
kan bagus kalau semuanya betul dan indah...
mungkin sebab itu kita selalu dinasihatkan supaya bersederhana saja =)

mr kay said...

jujur pun susah..huhu

haan said...

serius.
semua soalan di atas aku tak boleh jawab.
i might follow the flow.
tapi tak sampai lemas.
mungkin.

Anonymous said...

fynn jamal..
situasi masalah pertama..
seperti aku
dan
aku adalah "kwn baik itu".
cuma
belum tahap banjingan kebencian..
tetapi hampir...
arghh!

*TERPAKSA anynomous kerana MALUUU

Miss Neddy said...

kdg2 apa yg kita lakukan tu adalah pilihan paling teruk pernah kita buat seumur hidup. walau tau risk nya, tapi kita msih tak mau berganjak dari keputusan itu. kenapa?? sebab kita manusia yg sering di hasut dgn prkara jahat dgn iman senipis kulit bawang.

Abdullah Sufi said...

jujur mulut mati, jujur hati benci..

.theweirdo. said...

ya Allah... sangat jatuh cinta dengan yang ini. thnx kak fynn. *hugs*

Aishah Nur Hakim said...

saya pernah mahu dibaling dengan kerusi waktu di sekolah oleh anak mufti negeri kerana hanya saya perempuan gila yg pergi mengamuk atas perbuatan lelaki pengecut merendahkan perempuan yang mereject dia~

saya pernah diherdik di hadapan semua kerana mengatakan 'mak saya marah nyanyi maghrib2' bila disuruh menyanyi oleh senior berbadan besar sem pertama di uitm..

kadang2 rasa macam sudah buat benda bodoh...tapi hati ni puas~

mungkin belum ada tanggungjawab besar atas perbuatan maka saya berani begitu..kan kak?

uni.uni said...

kadang2 rase geram sebab tak boleh nak bagitau hal sebenar.tapi,kena tutup mulut jugak sebab nak jage periuk nasi sendiri.
susah kan..

Frodo Baggins said...

woooooo ... bahasa ada munge lah !!!

dnasura said...

bermesej. jelas. terima kasih kak fynn.

denaihati said...

aku dah lama fikir nak posting tajuk ni...alhamdulillah dah ada yang buat...dunia akhir zaman ni memang banyak yang pelik dengan pemikiran yang pelik2....

iYda Juhar said...

betol. bile sudah ada komitmen. dengan sendirinya kite jadi makin sabar dan sabar lagi.

dulu,aku benci bos,terus aku tender. MIA pon bole juge. hahah.

Anonymous said...

http://www.zahazan.net/index/forum-pusat-perbincangan-1773.html.

pakaian ketat dengan bertudung juz don't mix.sekadar ingatan sesama saudara.

azhari azmi said...

agree. zmn ni, benda betul di pihak salah and vice versa. entri ni remind aku kat sepotong hadis ni, rasulullah bersabda:
“Islam itu bermula dalam keadaan yang asing, dan akan kembali asing maka beruntung mereka yang asing.” Ditanya baginda: “Siapakah mereka wahai Rasulullah!”. Jawab baginda: “Mereka yang membaiki ketika manusia rosak”. (Riwayat Ahmad, sahih).

fynn jamal said...

anon:
roger that.

Anonymous said...

bermakna.
sungguh.

Anak Lipas said...

manusia.. yang mereka suka,
"two wrongs make a right"..

hish.

omarkhayam said...

jujur itu kan amanah, tapi tipu it bukan sunnah.

akma syazwani said...

i wrote something good about u. silalah ke sini.www.muntahankata.blogspot.com

KeY_riN said...

fynn jamal...
aku ni jarang masuk blog ni, tapi sejujur nya

aku sungguh meminati hasil tulisan mu, kau tulis secara keseluruhan, ko memang pandai...

ko seorang yg fikir secara terbuka dan berpandangan jauh

sungguh ku minat untuk melihat karya karya yg seterusnya...

salam

Just^me said...

Dalam kehidupan adalah normal melalui saat2 seperti ini..

Ia adalah berkaitan dengan soal bertindak mengikut logik akal...

namun itu tidak bermakna kita membenarkan diri ini melakukan perbuatan yang salah hatta ia mendatangkan kebaikan sekalipun..

biarlah hilang kawan atau hilang duit... hidup merempat pun tak apa....

memang susah hidup melawan arus... tapi kita kena yakin tuhan itu sentiasa ada untuk hambaNya... bukankah tuhan itu maha adil?

Anonymous said...

so? bilanya kita boleh buat perkara yang betul tu? atau benda ni semua kita xpayah susah2 fikir. memang ignorant kan? tapi tu lah. memang xboleh nak buat.

badakbiru said...

btol ape yg kamu bincangkan...mmg susah n serba salah, but never forget, Tuhan Maha Adil...dunia hanya sementara. wateva it is, tepuk dada tanya selera..
i love tis entry, sbb sume yg kau diskas, aku slalu lalui..huhu

Anonymous said...

btol kn? kdg2 kte rase mcm nk krg ajar je kt org tua sbb prangai dorg sdri yg krg ajar kt kte dulu..i'm sorry..i've experienced this many times.. ;( last2 aku yg dikatakan mcm2...

yuyu said...

aku kerja di sekeliling manusia hipokrasi..pnh bersuara DI MEJA BULAT tentang yang benar tetapi dikatakan blagak bagus..kemudian aku mengambil langkah "SILENT IS GOLDEN"