Tuesday, June 23, 2009

hati keras mulut pedas

ada seorang teman yang aku hendak namakan jijah merujuk kepada seorang lagi teman, bernama johan akan perihal kisah cintanya.

jijah sudah lebih sebulan berkira2 tentang kekasihnya. hari ini kata hendak. hari esok kata tidak. beberapa kelmarin, jijah jumpa angkara untuk merajuk secara besar2an. kekasih jijah menyinggung hatinya yang rapuh, maka berantakan. tanpa bertanya sebab musabab, dan dengan penaakulan mantik, jijah memilih untuk menyabitkan yang jijah dan kekasihnya sudah tidak lagi berikat-setia.

tapi hari ini adalah antara hari yang jijah rasa hendak.

jijah tanya sana sini. tiada satu pun jawapan yang jijah mahu anggukkan.
sehinggalah johan mencuba nasib utk memberi ketenangan.

tanpa mukadimah, johan terus bercerita:

---

dalam lrt. seorang lelaki duduk, memandang ke luar tingkap. 3 orang anak2nya sibuk memekakkan telinga semua penumpang lain; melompat2, berlari2, berkejar2, terbahak2.

tidak sampai 10 minit, seorang perempuan mencuit bahu si bapa. mengetahui dia bukan satu2nya manusia yang rasa jengkel dgn kehingaran itu, dengan separa kuat, perempuan itu menegur keras: "bapa jenis apa engkau ini? dibiarkan sahaja anak2 lolos dan mengganggu alam sedemikian?"

lelaki itu menoleh.
"maaf. aku semua dari rumah orang2 sakit. tadi, bunda mereka baru diambil tuhan. aku sedang berkira2 bagaimana cara untuk aku sampaikan pada anak2 ini, kerana aku tidak ada daya".

---

johan senyum.

aku di depan jijah dan johan cuma diam sambil mengutip rahang aku yang jatuh ke lantai. dia tidak perlu berlebar2. tidak perlu meleret2. teratur. kemas. lengkap.

benar, bukan?
kadang2, apa yang terzahir tidak mampu mengadili apa yang sebenarnya yang tersirat.

kita rasa kita tahu apa yang sedang berlaku. kita rasa kita sangat maklum dengan apa yang sedang berlalu. kita rasa kita hebat mengatur jalan hidup. kita rasa kita gempak kita boleh baca udara yang kita hirup.

oh, how we are so wrong.
bladishit.

aku boleh nampak aku jadi macam cik kak yang menegur pak cik yang merenung tingkap itu. walau pun besar kemungkinan aku tidak menyindirnya depan2, aku tahu aku pasti akan memakinya dalam hati.

aku selalu tidak fikir orang.
haih.
aku jahat betul.
aku selalu bukannya betul.

ini nasihat untuk aku sendiri.
kena berubah.
mulut tu kena semenggah.
hati tu tolong putihkan.
akal tu sila matangkan.

membazir saja hari2 tonggang-tonggek pada tuhan menangis meraung; sebab nanti2, dosa sesama manusia jugalah yang akan mengikat-jerat peluang aku, kalaulah ada sudi aku diampunkan dan diterima ke tempat2 orang yang dia cinta.

susah?
komfemlah.
tapi kena!

sampai bila hendak hati keras mulut pedas.
kan?

haih.

maka, seperti menganalisa lukisan2 di dinding, ada masanya, apa yang kita sepatutnya lakukan adalah:

1) berdiam
2) ambil satu langkah ke belakang
3) renung dari lima sudut berbeza
4) fikir
5) berdiam.

KALAU terpaksa,
dan hanya kalau, luahkan.
kerana di banyak masa, mulut bergerak dulu sebelum akal.
dan mulut-- selalunya suka yang sial2.

aku kena belajar mendengar.
dan belajar untuk tidak tidur ketika mendengar.

holishit.
susah tu.

ps: situasi2 di atas dikreditasi pada beberapa sahabat yang mengajar aku pengalaman hidup secara gratis.

23 comments:

George M. said...

nice one fynn.
kita slalu ingat kta taw everything.
but the fact is we're so naive.

thanx for sharing the story yg johan story tu.

Made me use my brain for a while.

Para Jamaludin said...

oh. bermakna. dan boleh dijadikan pengajaran.

WNA said...

diam dan berfikir.

jangan lontar kata2 sebelum berfikir panjang.

Sara Musfira said...

byk antaranya boleh belajar.

cujern said...

sangat bermakna

emma songall said...

cerita johan itu sangat mengguris akal.
akal yang sememangnya sediakala nipis.

famia said...

Justeru itu, lidah digelar sebagai pedang yang lebih tajam lagi membunuh.

Bukan?

Anonymous said...

ini buat saya fikir sgt lebar.
terima kasih akak tolong sampaikan ilmu tuhan.
saya baru lepas gaduh dgn org patut sy hormat.
saya memang jahat.

AjuA said...

"aku kena belajar mendengar"
genius tak banyak cakap
dia dengar je..

yang banyak cakap DJ

Ayyman Rahim said...

Kita mulut pedas juga, betul betul. Cara dia cakap dekat orang yang isterinya dah meninggal tu agak dalam.

xuen adyla said...

satu pembelajaran yang menarik menerusinya

Anak Lipas said...

Hmm. Perihal hati yang bercelaru sungguh susah untuk difahami.

semoga hati kamu sentiasa sihat dan bebas celaru. :)

Sarah H said...

"kerana di banyak masa, mulut bergerak dulu sebelum akal."

Capture ni mmg sgt benar ;)

uni.uni said...

sgt betul.
setuju juga..
by the way,semoga akak sihat2 aje..

Acha said...

sungguh bmakna. love it

Izd Jaafar said...

yup buat saya termenung.

dan berfikir~

Azzam?? said...

hahahahha... sempat blog lagi tu... ingatkan sibuk main plants vs zombie lagi.. =p

haja said...

ada orang pernah melakukan pada saya,
saya juga pernah melakukan pada orang,

hukum karma..
Tuhan balas setiap perbuatan kita

maka; berfikir sebelum meluah kata-kata

eJAI said...

Akak lepas tension ke mase gath hujan arituh? Hehe...jgn marah

Yana. said...

nampak kak fynn arini. di petronas. mahu tegur, tp terlalu jauh. cewahh. padahal takut memalukan diri. haha.

han! said...

kak fynn. x paham ape kaitan cerita johan dgn kisah jijah?

maafkn sy lampi.

padin said...

thanks,
sgt berguna kak fynn..

btul kita perlu belajar mendengar,
berfikir sebelum berkata-kata,
jika perlu kita hanya perlu diam.

Diam adakalanya baik..

anis said...

memerhati,mendengar dan berfikir sebelum kata di ungkapkn.