Tuesday, July 21, 2009

mati

dua tiga hari ini, banyak aku fikir.
betul kata orang,
bila sudah menghadap maut depan mata, hidup akan mula menonjol makna.

sabtu lepas,
aku mungkin sudah dipanggil tuhan.

ceritanya panjang, dan hanya sekerat umat yang tahu. tapi untuk hari ini, aku malas hendak membincang tentang itu. aku pasti ada juga di kalangan kita yang pernah disapa perasaan beku itu. maka tidak ada bezanya.

*kejung*

sial, aku terdiam lagi.
kejap. bagi aku masa.

...

*tarik nafas*

...

perkara pertama yang aku lakukan bila aku sedar aku masih hidup adalah mendapatkan suami aku. aku sasar. lelaki itu sudah mati. aku pasti. mana suami aku. aku mahu suami aku.

talian hanya sempat untuk beberapa saat. aku cuma dipeluangkan mengkhabar tempat jadinya. berapakah kebarangkalian hari musibah itulah hari kau lupa menambah hayat bateri telefon engkau. aku jadi bolong. aku sesat di tengah lapang.

dunia masa itu aku rasa senyap yang terpaling sunyi. semua benda seperti laju yang perlahan, atau perlahan yang laju. tidak pasti mana satu.

aku pandang lelaki yang sudah keras dalam kereta berlipat dua itu. darah yang mengalir cuma di telinga, hidung dan matanya. tidak seram. tidak ngeri. persis efek filem bajet rendah. aku terus pandang.

kau ok, negro..?
aku pening sikit. tapi ok.
kau tak mau cuba bangun?
kereta engkau meleleh minyak, baik kau bangkit.

pandangan aku tiba2 jadi penuh. makin ramai susuk tubuh merapati. datang seorang lelaki hindu 40an, dia tangkap kembali ekor mata aku, kembali ke realiti aku.

apa jadi?

bagaimana aku hendak cerita? patutkah aku mulakan dari titik di mana awal paginya yang aku kucup suami aku sebelum kerja dengan rasa lapang, dengan gurauan pagi2 dari dia yang sangat membahagia; yang mana membuat aku memandu dengan khayal rasa; dan atas itu, tatkala dua kereta itu melakukan aksi memangkah kenderaan aku, aku jadi kaget dan kalut?

perlukah aku beritahu ketika aku melaung nama tuhan sambil kanan keting aku memberi tekanan pada telapak kaki menghentam brek, satu dari kereta jahat itu sudah mula perlahan; tapi dengan kelajuan dan jarak yang cuma 3 depa, tidak ada apa yang mungkin menyelamatkan aku kecuali tuhan?

akankah si hindu itu percaya bila aku kata di dua-meter-setengah ruang antara kereta kami, kereta lelaki mati yang sudah mula perlahan itu tiba2 sahaja kembali meroket sehingga batang pokok palma segemuk satu pelukan itu boleh terpisah cantik dari daun2 dan akarnya? bolehkah aku yakin dia akan percaya, cukupkah bukti tubuh pokok yang seperti digergaji pangkal dan hujungnya di atas jalan seberang sana itu?

apakah dia mampu menerima cerita aku?
sebab kalau aku sendiri tidak, apa lagi mereka itu.

aduhai...

kalaulah lelaki mati itu tidak panik dan tanpa sengaja memijak pedal minyaknya,
aku sudah tidak ada.

aku berada dalam hamburan letupan kecil yang dipuncakan dari dentuman dua objek itu. seolah kabus; cuma warnanya coklat gelap, lahir dari peroi tanah dan derai serpih pokok. seolah gerimis, cuma airnya adalah cermin hancur dan kaca menghabuk.

aku sudah patut mati tadi, aku kata.

pemandu kereta pertama menderu pada aku.
dia tanya aku dengan bahasa inggeris pelat arabnya;
apa jadi?

aku diam.
aku tak tahu bagaimana hendak mula. aku kira itu kawannya. dia melolong menyebut2: "hassan!".

hassan. hassan. hassan. berkali2.
diselang2 dengan pertanyaannya pada aku yang gamam.
apa jadi? apa jadi?

saudara, dia berkejar2 dengan sebiji kereta hitam dari pangkal jalan sana. yang dikejar, pintas aku dengan jaya. yang mengejar, tidak, maka itulah dia.
aku pandang wajahnya, kasihan. pasti dia benar2 kasih sama lelaki mati itu.

lelaki yang sedang melolong itu membalas:
tapi kami cuma main2.

aku terdiam.

gigil aku dari tadi makin menjadi2.
gigi mengkeriut menahan rasa.
lelaki aku panggil saudara itu rupanya pemandu kereta pertama.

aku pilih untuk terus diam.
aku tahu dia tidak akan mampu tidur nyenyak untuk beberapa ketika.
aku tahu dia tahu kebodohan adalah puncanya.

jeritan aku memanggil tuhan dalam kereta ketika tadinya mengiang2. aku jadi terdungu. bagaimana kalau nasib aku yang seperti lelaki mati yang sudah kejung bak ikan kering itu?

jam 4.07 petang sedang hidup bergelak ketawa, jam 4.08 disentap tuhan aku punya nyawa. jangankan minta dihalal dari ibubapa, hendak mengucap pun tidak mungkin ada sempatnya. aku tidak rasa dua lelaki itu berniat lain kecuali untuk mengusiksenda.

aku lihat jalanraya yang kotor dengan debu2 dan serpih tajam.
dalam huyung dan hayang, aku rasa seperti mahu pitam.

dan tri muncul entah dari mana.
dirangkulnya aku.
diboboknya aku.
didodoinya aku.

saya ada, sayang.
saya ada.

di situ.
di lafaz itu, airmata aku bertabur.
aku masih hidup.

bila aku sedikit tenang, tri kepal penumbuk.

siapa bawak kereta?
dia.
saya pergi sana kejap.
dia dah mati.
saya nak sepak dia.
dia dah mati.
biarlah dah mati.
tak baik...
kalau apa2 jadi pada awak tadi? semua pasal bodoh dia.

di tengah2 orang, aku peluk suami aku.
aku masih ada sempat merasa kulitnya.

tri lekapkan bibirnya pada ubun2 aku. manusia di keliling melihat kami, aku tidak peduli. ada seorang penonton senyum sambil mengangguk2 kecil, seperti berkata, "kuat semangat. yang penting selamat". tri pulangkan senyumnya.

ini isteri saya, bang. bayangkan kalau apa2 jadi pada dia; salahnya orang lain. saya tak boleh nak hidup tenang, bang. dia telefon tadi menjerit2; hati suami mana tak gugur, bang.

"nasib kau memang baik, budak"
lelaki itu senyum pada aku pula.

...

nasib.
*diam*

kejap. beri aku ambil nafas.

...

aku sujud syukur sekembalinya ke rumah kecil kami. tuhan belum mahu jumpa aku. aku pun belum mahu jumpa tuhan. tidak dalam keadaan berpalit begini.

aku telefon abah dan ibu secara berasingan. aku kisahkan semua dan meraung sebak bila meluah kemungkinan aku pergi tak berkhabar. aku minta diampunkan hari2. aku minta dihalalkan semua dahulu hingga kini. abah letak telefon dengan gesa. ibu sayu membisik ke dalam jiwa. tuhan, kalau aku pergi, minta dijagakan mereka.

kerana itu,
dua tiga hari ini, banyak aku fikir.
aku mahu beritahu sekali lagi kata orang:
bila sudah menghadap maut depan mata, hidup akan mula menonjol makna.

fikiran untuk entri ini:
menyental daki2 benci dalam hati.

aku tidak boleh ubah sejarah aku. aku tidak boleh ubah setiap yang pernah terjadi dulu. aku tidak mampu pergi cari setiap maudu' yang pernah aku lukakan demi meminta ampun dan maaf. aku tidak mampu tunggu setiap maudu' yang pernah melukakan aku demi memberi ampun dan maaf.

aku sudah penat hidup dengan kepanasan jiwa.
aku sanggup bergelut untuk melupakan semua kejahatan orang yang aku degil untuk lupakan,
aku sanggup bergelut untuk melupakan semua kebaikan yang aku degil untuk tidak lupakan.

semua orang ada jahatnya.
semua orang ada eloknya.
semua orang yang kejam pada aku pernah berlaku baik pada aku.
semua orang yang baik pada aku pernah berlaku kejam pada aku.

aku juga serupa.
pernah kejam selepas baik.
pernah baik selepas kejam.
walau apa pun alasannya; layak atau tidak untuk diterima alasannya, tetap pernah dua2.

tuhan, aku mau minta tolong.

aku minta dikaburkan laluan2 kejahatan dari sampai pada aku yang rapuh.
aku minta dijauhkan dari manusia2 yang akan mengembalikan keruh.
aku minta dibisikkan dalam hati2 mereka untuk dihalalkan aku dan dibuangkan jauh2.
aku minta diselamatkan.

kepada semua yang pernah / sedang / akan sakit kerana aku,
dengarkan:

sejujurnya dari dalam hati, demi tuhan yang mencipta alam, aku minta engkau berikan redha engkau dan maafkan aku. engkau dan aku sama2 dicalar. terlalu lama, kita jadi lupa siapa yang punca, siapa yang mula.

defensif adalah sifat manusia. maka engkau bina kubu engkau; aku dengan kubu aku. rakyat engkau rasa selamat dengan tembok engkau. rakyat aku rasa selamat dengan tembok aku. askar2 bersepah2 di kiri kanan menambah rencah. aku lemah. engkau goyah.

soalan siapa benar siapa salah tidak pernah ada, suami aku kata; kerana semua orang rasakan kisahnya yang lebih betul, lebih benar, lebih logik, lebih relevan, lebih segala.

maka kesemua kamu yang pernah / sedang / akan sakit kerana aku,
ini sahaja harap aku.

terimalah maaf aku sebagaimana aku hendak hulurkan maaf untuk engkau2 sekalian. sesudah selesai, aku minta tuhan pisahkan simpang2 perjalanan kita. syaitan ada banyak rupa. aku gerun aku terkehel dan tertunduk pada hasutnya. sesungguhnya dia memang dengki. lihat saja tempoh hari, selepas agak lama, tertewas juga pada daki benci yang sebenarnya sudah terlalu lama aku lupa.

engkau semua dan aku sebenarnya tahu, jauh di lubuk hati,
setiap engkau tahu aku ini ada juga sedikit baiknya,
seperti engkau2 yang tidak kurang moleknya.

tolonglah, tuhan.
aku benar2 sudah penat.
tolong aku, wahai tuhan yang penuh cinta.
kasihankan aku yang terlalu mudah berderai ini.
aku tidak mahu lagi hidup dengan benci.

aku takut pergi dengan beban kebencian aku pada dunia. aku belum mahu mati.
bukan dengan jijik jiwa begini.

manusia2 yang masih sudi mengeliling aku,
bantu aku.
aku minta dibualkan hanya tentang gula2 kapas dan sungai susu, mungkin tentang air hujan menggerincing daun nyiur di tepi pantai. kalau pun perihal manusia, tolong aku untuk mengkhabar yang indah sahaja.

tuhan...
kau dengarkan aku kan dari dulu...?

*diam*

tuhan,
banyak sekali yang aku minta.
kalau kau cuma mahu beri satu,
aku minta dikuatkan aku untuk memperbetul diri.

cukup itu buat masa ini.

52 comments:

ikabash said...

alhamdulillah masih diberi kesempatan and u have such a sweet husband. peringatan buat masing2.

salam

sHEmA_sHImoT:D said...

alhamdulillah kak fynn tak apa-apa..
ini lah anugerah yg xternilai bukan?

||alis|| said...

salam buat fynn.

terkejut. itu saja luahan ku.

juga buat aku berfikir jika minit selanjutnya, giliran aku.

speedy recovery, fynn.
jaga diri.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

alhamdulillah kak fyn..
harap2 semuanya masih baik2 juga

NinaAmi said...

kak fyn, syukur kak fyn selamat~

ainfazrin said...

*peluk sambil mata bergenang*

Alhamdulillah kakak selamat.

Alhamdulillah.

Zoro said...

alhamdulilah.kak fynn slamat

syazana shahar said...

menangis sy baca ini.
T.T

semoga kita di ampunkan Allah sebelum kita dijemputNya.

Alhamdulillah.
kak fynn selamat.
berkongsi ini dengan semua.
harapan agar tiada yang masih tidur.

salam

Azzam?? said...

hafiz: hassan... hassan..
azzam: *gelak*
hafiz: hassan.. hassan..

ok ok.. benda serious.. selamat ko bleh datang kerja lagi dowh..

FieasHBL said...

Hampir tapi belum tiba masa..:)

Terima kasih kerana entri ni mengingatkan mati pada saya.

Nore said...

Alhamdulillah kakak tak apa2.

fafa said...

kita selalu berdoa. tp bukan semua di tunaikan.

kenapa? kerana Allah Maha Mengetahui.

Dia tahu, bila doa sudah makbul, kita berhenti berdoa.

Ayyman Rahim said...

Kalau kak Fynn takda, hilanglah pemuisi terhebat saya. Mana boleh! Syukur alhamdullillah.

hzrh said...

Syukur alhamdulillah kakak selamat.
>.<

nazreena nadia said...

itu tandanya tuhan syg kak fynn.
Dia syg semua.
bila ditimpa kesusahan,
banyak kita panggel namanya kan?
itu antara salah satu sebab kenapa kita ditimpa musibat.
tuhan mahu kita ingat Dia.

jaga dri kak fynn.
kuatkan diri. =)

sarah meay.snm said...

alhamdulillah kan kak? Masih sempat sarah beramah mesra dengan akak, kalau tidak mahu kempunan. Sayang kakak.

*peluk*

Huda Ramlee said...

Sebenarnya kita masih belum bersedia untuk berjumpa dengan-Nya kan, walaupun diri sebenarnya sudah penat menongkah arus dunia..

Syukur Kak Fynn, tuhan masih mahu kita mencari jalan yang benar...

Sofia Nin said...

uwoooh. terkedu baca entri kali ini.

alhamdulillah slamat.

:)

Anonymous said...

T-T

ochs widdle said...

syukur kakak masih selamat.

ajal itu menjemput tak kira masa dan tak di beri petanda kan?
ini semua peringatan buat kita-kita yang alpa.

semoga cepat sembuh kakak.
tabahkan diri untuk menghadapi hari depan.

dan punya suami yang halal itu manis kan?

padin said...

syukur akak selamat..
bila pikir2 balik betul gak..
kadang2 bila dah terlampau sibuk kita lupa tetang ajal..
tapi bila ajal dah dekat baru kita sedar akan hidup kita yang sia2..

Para Jamaludin said...

part yang hampir mati tu, saya speechless.

part romantik tgh jalan tu serius best.

part minta dimaafkan dan memaafkan sesama manusia itu betul.

part meminta tolong tuhan tu paling tepat.

sobs tiga kali.

mocQachinno said...

sentap saya baca.
Alhamdulillah kak fynn selamat.
=]

Qistin Fadzin said...

fynn, you live to tell the tale...

masih ada tugas yang DIA mahu kamu laksanakan di sini.

alhamdulillah. HE knows best.

izzati fuad said...

alhamdulillah kak fynn selamat.

terima kasih atas coretan ini. terkesan di hati. ianya peringatan dari tuhan kepada hamba-Nya bahawa ia maha berkuasa. terima kasih atas peringatan. :)

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kak fynn dan juga kami semua untuk memperbetulkan diri dan memberi manfaat kepada orang lain.

Tini Rahim said...

jadi kat area lim kok wing tu ke kak fynn? area cyberjaya? if yes, mmg kat situ selalu sgt accident. foreign drivers are wreckless!

apa2 pun syukur la kak... Tuhan mmg nak pampangkan makna hidup depan mata saat kita anggap Dia dah nak rentap nyawa. mungkin itu cara Dia nak kita sedar hidup ni tak la secacai mana berbanding mati yang jadi sebelum kita sempat bersihkan diri.

i'm really glad you were ok.

aspirin said...

hihihi...terbaek sial, akk pnye entri ni memg sentap jiwa ar, yg best ayat die..
klu hanjeng2 kat luar bce entri ni..
kompem beb die tobat..
cara akk sampaikan mesej memang tepat kne akal pikiran,kekadang aku ade rase mcm ni..
cume cara penyampain je susah nak luahkan..
klu ade rezeki jumpe aku nnt,memg banyak la idea2 bernas kt dlm blog akk..hihihi
kompem...!!!
virusz_82@yahoo.com

Moon~~ said...

waahh..aku menangis..

Anonymous said...

alhamdulillah.(:

Princess Ayang said...

salam..
alhamdullilah akak xapa2...
soalan yg sama ngn Tini, dkt cyberjaya 2 ker??

fifi hafizah said...

berpantang ajal sebelum maut..

syukur,
tak semua di kalangan kita dapat rasai debaran itu..
kamu terpilih kak fynn sayang...
alhamdulillah...

betapa tipisnya garisan antara hidup dan mati, bukan??

hatifragile said...

nanges.

S.I.D said...

alhamdulliah akak slamat...
at least ade peluang bermuhasabah..
jge diri kak... amin~

Sara Musfira said...

Syukur, almhamdullillah selamat.


:)

Lily Cartina said...

glad u're alright.
alhamdulillah.

:)

life is too short to be filled with hatred.
fill it with love instead.

marlina said...

Teringat seorg teman baru mnghadap Dia..
Dia jemput tak kira siapa,di mana,bila..
Peringatan untuk diriku jua..

marlina said...

teringat seorg teman bru menghadap Dia..
Dia jemput tak kira siapa,di mana, bila..
Peringatan utk diriku jua

anezz said...

berubahla apabila diberi peluang untuk berubah.Ingat ujian hanya diberi kepada orang yang disayangi.Berubah la kak kepada yang lebih baik. padankan tudungmu dengan busana yang sesuai.maut datang tanpa diketahui.tiada masa untuk kite sesuaikan diri dengan kewajipan untuk diri..*hugs* sentiasa mendoakan kebahagiaan dan ketenangan jiwa mu..

Uqbah Azam said...

alhamdulillah

kak fynn.

Tuhan sayang kau.
dan dia beri kau peluang kedua.

saat kau sedang berhadapan dengan kereta arwah.
hanya ada 2kemungkinan.
kau selamat
atau
kau tidak.

dan tuhan beri kau pilihan pertama.

agar kau punya masa untuk muhasabah.
agar kau punya masa untuk koreksi diri
agar kau punya masa...

407-408p.m.

aku buat ape waktu itu? kalau masa itu masa ajal menjemputku.

kau tahukan ia datang tanpa bertangguh walau sesaat?

aku jadi pilu bila baca entri ini.

moga terus diberi kekuatan.

rabbuna yusahhil. amiin.

mulan said...

luv this entry so much..
skrg ni pon rase mcm byk bersalah dgn org keliling..
rase juga org keliling kejam dgn saya..

kuat kan smgt k k.tri.. hope u'll feel better..thanx for sharing..

Hairi Tahir said...

so sincere..

Hamizah Horman said...

alhamdullilah..kak fyn xpape..
get well soon..
will always doa 4 u..

AinNur Haris said...

ohh..tersentuh..

~ setuju dgn izzati fuad ~

weirdwEEda said...

alhamdulillah kamu selamat..

anis said...

salam kak fynn..

syukur alhmdulillah kak fynn selamat..ternyata Dia msh beri peluang utk kak fynn berubah n jd insan yg lbh mengerti tntng erti kehidupan dan disekeliling kita..

part bicara dgn Dia wat sy speachless..kak fynn bgtu sincere..smga Allah kita yg awesome itu akn makbulkn doa kak fynn wlu cm satu shj..

xoxoxo..
anis_sophelia87@yahoo.com

Marina Ina said...

kak, entri saya juga penuh kebencian. Terkadang syaitan mengawal kita. Kita cuba kuat tapi tidak cukup gagah. Kurang ilmu, bodoh pula. hmm..

WNA said...

alhamdulillah.

kak fynn selamat.

Deana Amane said...

fynn
aku menangis

Anonymous said...

alhamdulillah kak fynn selamat.
tc kak fynn.
i wanna have a great husband like abg tri 2!
:D

Lily Cartina said...

kakak,
if it doesn't kill you,
it will only make you stronger.

and i am pretty sure u are much stronger now.

:)

zana ahmad said...

alhamdullilah fynn slamat..
smoga kte smua di lindungi slalu oleh Allah s.w.t. ..tegamam..

Shazuan Ali said...

Btol kakak.
Seperti wan sering berfikir soal maut sekarang.
Wan masih belum mahu pergi.
Belum lagi.
Masih banyak daki yang terpalit.
Masih banyak niat tak tertunai.
i lost both of my grandmother in 42 days. latest is last two weeks. I was devastated with the lost that make me think what if im next? and the lost really teach me to appreciated other who i love most because to let go one is not easy. Even until this very second i cant let her both go. i miss them so much!