Monday, March 23, 2009

tentang anjing

aku ada fakta tentang diri memungkinkan kontroversi.
aku suka anjing.

terlalu suka, sampai aku sanggup tidak tonton filem di hbo, starcinema atau cinemax demi untuk melihat the greatest american dogs di starworld.
terlalu suka, sampai aku abaikan gadis2 menggiurkan di america's next top model untuk melihat anjing2 ditatarias di siaran groomer has it di animal planet.

semalam, ketika aku dan tri di pet world ikano, ada seekor siberian husky. tak perlu dibayangkan, suara aku yang sememangnya tinggi pitchnya ini terus secara tanpa semena2 jadi senyaring mungkin. perlu digambarkan, aku seorang sahaja muslim di kawasan itu.

boleh sahaja pegang, tapi takut pula terkena liurnya.
satu hal pula hendak menyamak segala.

aku berdiri cuma dua jengkal jauhnya dari anjing hitam putih setinggi pinggang aku. kalau bukan kerana tali yang memegang lehernya, pasti sudah tercapai ke jemari aku yang sekerasnya aku kepalkan, selari dengan perbuatan aku menggeretak gigi yang tergesel sesama sendiri.

terlalu geram.
terlalu ingin.

serasa seperti menarik nafas tanpa hendak menghela.
takut tidak lagi ada sempat seperti masa yang sedang ada.
nanti rugi.

selalu begitu, kan? berkehendak lebih dari apa2, tapi tertunda dek sesuatu apa.
dan di waktu2 begitu, cuma disiplin dapat menahannya.

hendak makan, tapi perlu diet untuk dress baru.
hendak tonton wayang, tapi perlu menyimpan untuk hadiah hari lahir ibu.
hendak futsal, tapi kaki perlu rehat sehari saja lagi.
hendak kucup suami, tapi famili bersepah di kanan kiri.

berbual tentang hendak-tapi-tidak-boleh perlu berhati2.

sebab akan ada orang yang tidak faham konsep "hendak". mempunyai ingin tidak bermakna akan melakukan. benar, sesuatu yang didasarkan dari sebuah "kalau" memang tidak linear dengan konsep qada' dan qadar.

seperti "kalaulah aku boleh, aku hendak ada tatu". atau "kalaulah aku boleh, aku rampas semula kekasih lama aku dari doktor perempuan itu". atau "kalaulah aku boleh, aku hendak mati sebelum abah dan ibu".

jangan berani bincangkan perkara2 di atas dengan manusia2 yang tidak bisa menelan bualan kosong seumpama itu. merbahaya. percayalah, kau akan mati kata untuk membidasnya, seolahnya tidak kau tahu.

yang peliknya, bila kita aplikasikan konsep hendak-tapi-tidak-boleh itu pada sesuatu yang tidak seterang salahnya, tidak pula dipersoalkan.

seperti "kalaulah boleh, aku hendak bela kucing" --tidak boleh kerana alahan. atau "kalaulah boleh, aku hendak makan nasi" --tidak boleh kerana tidak mampu. atau "kalaulah boleh, aku hendak tidur dulu" --tidak boleh kerana masa tidak cukup.

tapi, kan, yang sejujurnya, yang membuatkan kita rasa terlalu hendak itu hanya nafsu semata2. kerana godaan perkataan "tidak boleh". kerana amaran "jangan".

"jangan buang sampah di sini. denda rm 500".
percayalah, di situlah tempat yang paling berulat dan berlendir.
sama dengan "jangan bising", "jangan buka", "tidak boleh masuk" dan "jangan klik di sini".

kita suka hendak benda yang kita tidak boleh. namun bila sudah boleh benda yang kita hendak, kita selalu terlambat sedar yang kita bukanlah hendak sangat benda yang kita tidak boleh itu.

ketika sekolah menengah, di tingkatan dua, aku jadi pecinta rahasia (atau dulu lebih popular dipanggil s.a; tidak tahu apa namanya sekarang). menjadi pemuja dalam senyap memang sangat mengujakan. di sesekali tertembung mata, sudah boleh bersemangat untuk belajar. si kekadang terserempak jalan, boleh pengsan dan jalan menyasar.

lelaki itu di tingkatan 3. pendiam dan tidak suka berjalan beramai2.
tepat dengan selera aku.
mengimaginasi keseronokan berbual di kantin, atau berjalan ke padang bersama2 itu terlalu melemahkan engsel2 kaki, cuma yang merasa akan mengerti.

semuanya indah, sehinggalah diketahui si dia tentang aku. tidak menarik, kerana dia sudah mula senyum, sudah mula bertanya khabar, sudah mula mengangguk kecil di terjumpa ketika berjalan2.

urf.
bosan.

tidak sampai seminggu, aku sudah tidak minat sama dia.
kamonlah. ai bukan nak berkenalan. ai cuma nak minat je.

aku gemuk. aku takde self-esteem ketika itu.
:)

kekhayalan berburu dalah ketika memburu.
bukan pada bangkai binatangnya.

betul, kan?

hendak sangat beli jam tissot, bukan main tahan perut, tidak mahu makan. patutnya tidak boleh beli, sebab ikut haknya, orang gaji seribu lebih nak pakai jam hampir tiga ribu itu tidak masuk akal. tapi tersimpan juga dalam lima bulan, jumlah yang diinginkan.

seronok pakai tissot cuma beberapa bulan. selepas beberapa tempoh, mula hendak macbook tercanggih pula. mula menabung untuk kehendak baru. tissot tetap dipakai. tapi kalau terlupa pun tidak apa. sayang tetap sayang, tapi sudah biasa2 saja.

sebab 'hendak' sudah jadi 'punya'.

sehinggalah satu hari nanti, bila tissot sudah hilang, kita mula hendak jam itu semula.
maka bermulalah konsep hendak-tapi-tidak-boleh pada sebuah jam yang kamu hendak dapat semula tapi tidak boleh kerana sudah dicuri.

itu baru jam.
kalau mak bapak?
kalau nyawa?
kalau jiwa?

:)
kita manusia.
biasa la ini semua.

cuba kalau tuhan kata "haram pegang kucing, boleh layan anjing saja":
mesti aku tulis entri hari ini pasal kucing.
haha.

*terdiam*

ini baru aku.
dengan kes anjing yang tidaklah susah mana untuk diabaikan.
yelah. jelas secara saintifik anjing itu banyak mudarat.

padahal jauh dalam hati aku, boleh sahaja aku berikan 1000 alasan untuk membolehkan aku menyentuh seekor --samak di kemudian detik ke, pegang cuma di belakang tubuh ke, pastikan betul2 kering ke, kucing pun secara saintifiknya banyak kuman yang tidak elok ke, apa2lah.

bagaimana agaknya hawa menahan geramnya pada sesuatu yang boleh dimakan,
cuma dikata jangan?

ish.
celaka kau syaitan.
gila terrer.

28 comments:

hikari said...

sangat setuju.
benda yang dilarang itulah yang kita mahu buat.
lumrah manusia.

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

urghh. faham sangat perasaan kak fynn masa remaja tu.

bila dia tak tahu kita sedang perhati, jadi sangat teruja.
tapi bila dia sudah tahu dan mula mahu jalinkan persahabatan, saya sudah hilang "keterujaan" tu.

memang banyak apa yang "hendak" itu hilang nikmatnya bila sudah "punya".

Bobby Nuurri said...

mmg selalu gaya itu kan.
kalau udah dapat, mana mahu layan.
terlalu mudah, bosan.
terlalu sukar pun bosan.

apa mau buat pun aku tidak tau.
pening.

tapi part syaitan mmg terrer itu stailo.
(tapi kita tau lah dia tidak seterrer Tuhan - anon mesti mahu komen kalau aku sapot tanpa hujah backup ni)

HaNi said...

k.fynn,
anjing memang sangat comel kan kan.
heee
saya paling suka welshie
comeeeelll

Anonymous said...

haha.
kita manusia kan, selalu begitu.
bila belum ada sayang, bila ada ditangan dilupakan saja.

;)

scha said...

saya suka white tiger..
kalau la boleh bela..
ahahahaha~

Anonymous said...

bestnya tajuk nih...
setuju sgt..!

Unknown said...

i love watching america's greatest dog & groomer has it too. dan ada keinginan mahu bela juga, tapi masih sedar batas-batas agama.

now i know hikmah Allah haramkan anjing, sebab kuman rupanye. thanks for the info! :)

iYda Juhar said...

fynn,

aku suka part yang nih. memang buat tergelak terhabak-habak.hahahhahah

"si kekadang terserempak jalan, boleh pengsan dan jalan menyasar."

yer la,dulu aku jalan menyasar ketepi dinding,habes baju kurung aku cecomot giler. ekekkekeheheheh.naseb baek air liur tak meleleh kan?
hahahhahaahaa

bulanbintang said...

taste manusia mmg tidak pernah berubahkan? fynn yg berumur 14 tahun sukakan seorg lelaki pendiam dan berjalan berseorangang mesti tri persis lelaki sedemikian.. pendiam, cool..

fynn.. terima kasih :)

Dekna said...

hmm..
sekadar nk nytakan suke sje bca entri kak fynn.. hee

ternyata bez sgt utk abiskan waktu2 tluang...hehe

keep it up kak fynn..

Hannani Kamal said...

suke anjing yea. sama macam ini http://www.mykittun.com/.

azhari azmi said...

oh minat anjing..anjing agak cool..kat cni anjing bnyk gile jenis..aku suka nengok anjing yg bsar2..nmpk gagah..mcm chihuahua tu rse mcm nk sepak pon ade.haha.coz kecik sgt n die mcm hyper. but aku suke nengok je..btw, yg psl "kalau" tu, x elok if ko gune perkataan tu untuk menunjukkan penyesalan coz ia membuka ruang kepada setan tuk menyesatkan. aku pon da lupe sket psl tu..dlu blaja kt skola kot. but if "kalau" tu mcm memberi smngt kt ko, ok kot.

cranberry said...

Sekarang ada sabun yang dibuat daripada tanah yang memudahkan kita bersamak. Tak perlu cari tanah lagi. Puppies are adorable, seriously. Tapi tak berani pegang sebab memang bukan pencinta binatang. Tengok aje.

Sara Musfira said...

Bercakap tentang anjing, hari tu masa Sara teman kawan Sara yang dtg sama kat kedai kakFynn tu pegi gunting rambut kat Damansara, owner dia ada anak anjing. Gilaa lah comel. Sara pegang dlm keadaan kering. Tapi tak samak. Nenek Sara pula kata, tak boleh pegang langsung. Peninglah mcm mana skrg. Tapi masa tu tak tau, serious.

diana said...

teringin benar bersua muka dgn mu...bilakah masanya akan tiba???waduh...

dialicious said...

its normal..saya pun suke sgt anjing..kalo pegi europe geram aje tgk mat saleh bwk pet dia berjalan2 kt jalan raya..gi shopping pakai tali bwk anjing seme.tp yg paling kiut saya suka ialah anjing yg katik mcm kucing tu..bulu kembang telinga besar..huuhhuhu..comel sgt!!!

[ a D D y ] said...

entri yang mantop..

tiba2 tringat sume benda yang di ingini dan x dijaga..

RAZLAN..balik ni papa lap kamu ye..

f.a.f said...

kak fin..saye suka anjing juge..

boleh nangis bila tgk cite i am legend mse anjing dia mati..

haih2

emo.

...... said...

kak fyn..

"aku gemuk. aku takde self-esteem ketika itu"

siyes ke tu?
cane leh slim skrg?
share2 la sket..
huhuh...

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

ketika sekolah menengah, di tingkatan dua, aku jadi pecinta rahasia (atau dulu lebih popular dipanggil s.a; tidak tahu apa namanya sekarang). menjadi pemuja dalam senyap memang sangat mengujakan. di sesekali tertembung mata, sudah boleh bersemangat untuk belajar. si kekadang terserempak jalan, boleh pengsan dan jalan menyasar.

-->>> best part ni..pnh lalu juga..zaman sy pn masih pnggl s.a ...tp me n rakan2 sengal gelar p.c (prince charming) hahahaha...rindu zaman sekolah

misty said...
This comment has been removed by the author.
Farah Rosni said...

godaan syaitan, mmg kuat.

Tujuh Kaki Dalam said...

pernah ke blog ini?

http://www.mykittun.com/

kalau belum pernah, tengoklah.

pasti teruja!!

cik tasha shafzan said...

rasa macam baru tersedar yang selama ni asyik guna konsep hendak-tapi-tidak-boleh pulak..
pelik jugak bila dengar bunyi dia mula2..
ape2pun, manusia memang suka "benda2" yang 'jangan', 'tak boleh'...
mencabar..

Anonymous said...

siberian husky!

aaa comel comel comel sangaaaat!

. T Y D N D Y . said...

entry ni ada tolong aku jawab final.
siyeess.

thanks fynn ;)

Nadiah Azli said...

tuhan kata tak boleh, tak boleh la ek. banyak la pulak alasan si manusia ni.

Dia nak menduga kita, either kita boleh nak ikut or not. Tu je.

Kerna 'terlalu' banyak bertanya, mempersoalkan, manusia binasa.