Saturday, March 7, 2009

bangun tidur

ada banyak cara bangun pagi.
ada orang takut tidur kerana takut untuk bangun di esok hari.

ada peperiksaan final, dan masih ada dua bab (yang baru kawan kamu khabarkan penting) masih belum sempat ditauliahi.
ada hutang yang perlu langsai, tapi teman yang janji hendak membayar wang kita masih belum menghubungi.
hari baru bermakna perlu pindah ke rumah baru jauhnya beribu batu, jauh dari sahabat karibmu.
hari baru bermakna perlu masuk pejabat dan menghadap dengan wajah penuh hipokrasi akan muka boss yang macam hantu.

ada banyak cara bangun pagi.
tapi paling klise, buka mata, terus duduk, dan mengepal kedua telapak, dan tersenyum sambil mengeliat di atas katil dengan geli2.

dan oh! jangan lupa senyum paling manis dan tingkap yang secara automatis terbuka,
dengan kicau burung dan seseorang mampir menghulur nescafe dengan penuh cinta.

untuk sesiapa yang masih belum dapat minum air sarkasme aku,
aku tadi sedang mengsinis iklan2 dan footage drama filem kelas b.

bangun pagi.

a) bangun dengan jadual penuh terbentang untuk hari itu.
situasi:
  1. buka mata. (masih aman)
  2. teringat.
  3. lompat dari katil. (atau terjelepuk)
  4. jeritkan: "DAH LAPAN SUKU!!!" atau "KENAPA TAK KEJUT AKU!!" atau "ALAMAK!! DAH 23 MISKOL!!!"
  5. bersiap dengan penuh bebelan dan serabutan. lebih efektif bila perlu bergaduh dengan teman rumah yang paling lembab bersiap.
  6. selang-selikan dengan sikat patah, kunci rumah hilang, sambungan dering miskol atau kereta tidak boleh hidup.
b) bangun dengan rasa paling ranap.
  1. buka mata. (paling perlahan yang termampu)
  2. renung apa sahaja yang di depan mata.
  3. renung lagi.
  4. renung lama2.
  5. pejam semula.
  6. buka mata. (masih perlahan)
  7. sms sesiapa yang perlu untuk perhatian / mengkhabarkan mc yang masih belum diambil / mengadu.
  8. pejam mata. (dan bayangkan kamu pelakon dalam video musik lagu yang paling sedih dalam dunia)
  9. ulang langkah 1 - 5 sehingga beberapa hari.
c) bangun dengan malas yang paling dahsyat.
  1. buka mata. (tidak ada rasa apa2. kosong)
  2. mengeluh panjang. gunakan perkataan satu atau dua suku kata sahaja, seperti "haaaaaaaaaaaaaah" atau "hadohhhhhhhhhhh" atau "eeeeeeeeeeeeeehhhhhhh!!!!". letakkan sedikit emosi bengang dan sebal, untuk kepuasan, kerana sebenarnya tidak diketahui siapa yang patut dimarah.
  3. sembamkan wajah ke bantal.
  4. jeritkan perkataan di langkat kedua tadi, cuma di kali ini, sebolehnya dengan suara paling lantang, cukup untuk memekakkan bantal tersebut.
  5. diam.
  6. bangun dan buat muka tidak ada apa2.
d) bangun dengan ketidakadilan. (dijeritpaksa / digoncang tanpa kasihan / dipanggil berulang2)
  1. buka mata dan renungkan dengan tajam apa2 di depan bukaan mata.
  2. bayangkan apa2 di depan bukaan mata itu pemilik suara yang menjerit / memanggil atau pemilik kaki / tangan yang menggoncang tubuh kamu.
  3. lazatkan bayangan itu dengan memimpikan mencederakan orang itu dengan kekejaman yang paling sadis.
  4. pejam mata dan hela nafas dengan perlahan2.
  5. buka mata.
  6. pergi ke arah orang itu, dan diri depannya. jangan cakap apa2.
  7. senyum. senyum lama2.
  8. pergi dari situ.
e) bangun dengan lapar yang keterlaluan.
  1. buka mata. (terus fikirkan lapar kamu)
  2. fikirkan apa yang kamu paling mahu di saat itu. lebih mustahil, lebih lazat. contohnya nasi ayam di gombak, walhal kamu di pulau pinang.
  3. bayangkan andai benar ada untuk kamu makan.
  4. senyum sendirian.
  5. bangkit.
  6. cari biskut.
f) bangun dengan kekaburan.
  1. buka mata.
  2. fikir.
  3. lalukan mata ke seluruh ruang penjuru bilik.
  4. fikir.
  5. cuba relevankan apa2. contoh: buku atas meja, perlu bawa ke perpustakaankah? jam dinding, ada sesuatu ttg jam 3 petang, apa ya?
  6. fikir.
  7. cuba tanyakan perkara2 yang selama ini kamu tidak perasan. seperti "eh, ibu jari belah kanan lebih besar dari yang kiri rupanya"
  8. fikir.
  9. bangkit dari tilam, dan terus ke tandas.
  10. renung berus gigi.
macam2 cara orang bangun pagi.
banyak gayanya.

pagi tadi, aku buka mata dan terus ternampak tri yang masih belum bangkit.
aku senyum.

aku kucup dahinya.
tanpa membuka mata, suami aku senyum.
mata aku masih aku kuncikan pada dia.

mata yang aku cinta itu terkuak sedikit,
tepat pada aku.

"isteri saya paling cantik dalam dunia, walaupun dia belum mandi"

aku senyum dengan airmata aku tahan dari keluar.
dia tidak pernah berhenti menghembus nyawa untuk aku.
aku pipih, dia tiupkan.
aku sedih, dia amankan.





sebulan yang terlalu panjang. lama sungguh aku tidak bangun.
sampailah pagi tadi.

48 comments:

kin said...

mendalam...
^_~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

saya bangun tidur..

buka mata..

teringat asignment belum siap..

teringat ada subjek tak stdy lg...

teringat duit yg semakin kering...

teringat pd seseorang dan tanya pd diri sendiri "dia ingat aku tak?"

Rubina Yunal said...

:)

patut laaaa..

...... said...

romantiknya kalian..
semua cara bangun tidur tu saya dah penah buat..
huhuhu..

doloh m.n. said...

erk..

Anonymous said...

bangun dengan ketidakadilan tu perkara harian yg saya hadapi ketika hari bekerja. memang tak seronok. and oh, sungguh menyentuh hati pagi akak :). and i heard abt ur poetry talk at UIA today. didnt get the chance to go, but my gf went instead of me. and she took ur sign with a signature of my name. thanks. i will try to be at any of ur upcoming events soon. saya support akak dr semua arah. go kak fynn! ur so cool and i idolize u.

mugiwara said...

ah~
selamat bangun tidur!
puteri tidur (sleeping beauty)...

bangun tidur pada waktu pagi sangat seronok jika....
dapa tidur semula~

Sofia Nin said...

uwahhhh
sooo sweettttttt :)

x1y0z2a6 said...

wOw...!!thiz is reaLLy sOmething...

thanx 4 the energetic prfOrmance u gve us 2day in da afternoOn...

iYda Juhar said...

yer saye ngaku.
pagi ni saye mangun lambat.
itu lah penangan nyer kalu tido lepas solat suboh. mimpi pon dah pepelik tadi ha.

haihhh.

:-

Niksu Rashid said...

pasti bahagia kan? :D

aina hazuani said...

saya bangun taidur gaya c
haha

gile malas bangun pagi
tak suke.tak suke.tak suke

Anonymous said...

fynn, is that you yang dalam video malaysia kini tu? the one with tudung and smoking. refer to blog schuhz. saya tanya saja sebab muka dia sangat familiar.

p/s : maaf komen tiada kena-mengena dengan entri. :)

Anonymous said...

aku penah lalui gaya (b) dan (c)
utk satu tempoh yg sangat lama.
yg sgt menyeksakan, macam ko bgn tu for nothing meaningful.

dan kalo boleh aku taknak lagi bgn dgn gaya begitu.

fynn,
baca entri ko slalu buat aku inspired.
terutama di kala aku sgt down.
tima kasih kawan.

fara rasep said...

sy rindu siapa itu fynn jamal.
;))

Anonymous said...

memang mcm2 cara org bangun tidur

=)

Anonymous said...

kakak.
.kenapa?
.really miss u sis.
.please.
.reply me.
.i need you.

Anonymous said...

saya bangun:

cuba ingat balik mimpi sebelumnya.
tengok teddybear yang kadang2 jadi bantal & cakap goodmorning hehe.
cek sms (yg selalunya tak ada:)
ohye, dan dalam keadaan yang sgt mls :p

azhari azmi said...

ending sungguh menusuk kalbu..nice!

AieSha said...

selamat pagi fynn. ;)

Lily Cartina said...

satu lagi kak..
bangon tido teros ngadap laptop.
hehehe

.ieLah. said...

yeay!
k fynn sudah bangun!

Anonymous said...

oh God.
ini sangat menyentuh perasaan.
saya gelak, saya menjuih bibir kerana terkena, saya angguk-angguk, dan bergenang air mata.
pagi tadi saya bangun tidur dari mimpi. mimpi lawan tenis padahal sudah kalah. ingin bangun qiam, tapi rasa blur sekali. sampai sayup-sayup terdengar iqamat subuh dari masjid. alunan paling sesuai untuk memulakan hari,kan?
teruskan, kakfynn. teruskan hidup sampai penghujungnya dengan suami tercinta. semoga dikurniakan hidup yang diredhai Allah. salam.

in motion said...

seronok jd kak fynn
:)

Anonymous said...

happy sunday kakak!
=)

vidadarisakura said...

really sweet.


hurm~

n lee said...

kak malam in kita menangis mmg best sgt.sedey sgt.tringat.sy ni gadis mudah nangis.klaw bleh sy nk jd cm gadis yg akak ckp tuh.and skg sy tade hati dah.

Farah Rosni said...

kedengaran bahagia. harap begitu lah hendaknya.

Anonymous said...

kak fynn sudah bangkit kembali.
:)

Rye Rusli said...

wow.
best.

bngun.
compare ibu jari.
hehehe.
fun!

tri?
romantik
=)

joegrimjow said...

baru ikuti kursus kawen semalam
bace yg ni
lagi semngat nak kawen
hohoho

Sara Musfira said...

Macam2nya kakFynn.

Anonymous said...

hee~

time bace entry ni, lagu 'sempurna' tgh bkumandang sbg background music.

perfect.

=)

Para Jamaludin said...

touched

Ayyman Rahim said...

Saya bangun dengan malas paling dasyhatttttttttt! Haha

Eerie Liuvyx said...

saya selalu bangun dengan perut lapar tu,
yang lain jarang sekali,
tapi badan tetap kering tak naik2,
harapkan biskut ngan magie jer
mne xnyer
huhuh

NanaNeriza said...

semoga DIA memberi kamu setiap hari yg indah..bukan sahaja kamu..tetapi kita semua..

sgt sweet tahu?? :D

dan saya...sgt cemburu..bahagia untuk kamu sis..

Shafri said...

hehe.. akugumbira senang jaa.. buka2 ja mata.. tgok jam.. kul 7.30am bwu.. (padahal kelas kul 8.00am)
hehe... tutup blik.. 7.45am.. wahhhhhhhhh.. kelas kul 8 ar... fuad2(romate n kosmate).. hehehe..

wahhhh.. romantik ar.. hehe.. kna praktik nieh.. wakakaka... thanks... mdm.fynn

zzzzz said...

rindu kafynn. igt lagi ke tak nih.sobs. heehee :)

. said...

kakak.imissyu. nnt art for gaza.kakak ada?
*nak pelukkkk

n lee said...

kak.akak yg dalam the hoperz tu kan?

Dekna said...

saya susah mau tdur..
tpi senang bgn tidur..hee

btw, sgt brmkna ayt2 kak fynn ni.
tq

ayobkelubi said...

dulu

aku bangun

bukak mata

capai cd pearl jam album pertama

track no 1

pastu tidur balik.

sekian.

pakcik said...

akum...

hahaha at last..once you hav good understanding about syukur.. then the nikmat of syukur will come to you..

nih aku culik ayat doktor jiwa aku..

Aku said...

bangun tido, minum todi. kah kah kahhhhh

Anonymous said...

pagi tadi.
saya dipaksa bangun awal.
kena mandi air limau,
sebelum matahari terbit,
ditawar oleh dukun untuk hilangkan perangai moody tak tentu pasal.

hahha.

Anonymous said...

kenape skrng kakfynn dh jarang menulis. sorry menyibuk tp sy rindu-lah!

LaDy_ZeRa said...

tabiat bgn tdo sy yg f) tu..hehe

warh sweetnye kak fynn n husband..smoga bhgia berkekalan.. =)