Friday, March 27, 2009

menelanjang



aku tak boleh bohong. aku tidak kuat iman.
teruk.
hari2 lewat beberapa minggu ini, aku menggelupur untuk beristiqamah.

setiap kali,
aku istighfar panjang.
aku takut.

masih banyak lagi syaitan dalam jiwa yang mendengus2 nafas di pangkal leher, menggeli2 dan memberahi imajinasi aku. aku mula runsing. aku tidak mahu aku yang hari ini adalah dari keterpaksaan.

aku kasih sama hijab. aku aman dalamnya. itu yang aku tengking semula pada setiap satu desir pangkal lidah syaitan bajingan di tertimbulnya pujuk rayu berlogik akal. jujur, aku bahagia berwajah ini.

tapi aduh... gimana lagi bisa aku tepis noda2 berbaur hasut ini?

aku minta tuhan pinjamkan aku kegagahan yusuf ketika dikuis jemari zulaikha.
aku minta tuhan pinjamkan aku kekuatan umar ketika disogok kemewahan dunia.
aku jujur tidak kuat.

aku minta dipanjangkan tempoh kemampuan aku bertahan. bukan aku malaikat, bukan juga seorang abid. namun apakah benar2 perlu untuk aku dibalakan dan diperonyokkan demi untuk terus keras dan tidak layu?

apakah aku satu2nya dalam dunia ini yang lemah sebegini?
apa ini biasa?
apa ini norma dalam penghijrahan?

nan datang masa2nya kau soal2kan apa agaknya jadi kalau tidak aku memilih jalan ini?
aku perlu menulis kehinaan aku hari ini, sebagai bukti kepada anakanda aku suatu hari nanti, yang tidak semua dipermudahkan untuk jalan kesempurnaan. dan betapa aku ini terlalu memalukan, mempertahankan maruah aurat sendiri pun satu kerja berat.

kenapa masih aku rindu telanjang aku dulu..?
aduhai...

susah juga ya..? dengan keterbatasan baru, seorang perempuan yang sudah terlalu tenang berjalan sasar seperti aku ini merasakan tersempit tenggorok nafasnya. aku perlu kuat. aku perlu kuat. aku perlu kuat.

aku perlu kuat.

bagaimana dapat aku merasakan manisnya ikhlas kalau di dalam hati ini berdolak dalik sama hak? bagaimana gadis2 jelita bercadar di kepala itu masih kukuh dengan cinta tuhan? kenapa masih ramai tentera kemungkaran melegar2 di ruang hati dan masih terus berbicara di akal fikiran?

apakah aku ini masih belum layak merasa nikmatnya..?
pincang sekali perasaan ini.

kamu2 di luar sana.
jangan kau langkah ke atmosfera keselesaan bermungkar itu.
lihat aku.
berhabis nyawa hendak berpatah pulang.

aku manusia biasa, wahai tuhan.
bantu aku.
tiupkan sekelumit ruh kamu.
tiupkan.
tiupkan.

aku minta dikuatkan.

70 comments:

Ili Khalil said...

fynn, aku tau kamu kuat. Tuhan tidak menguji melainkan kesanggupan hamba-Nya.

tabah.

Para Jamaludin said...

DIA mendengar kamu k.fynn.
Kerana DIA Maha untuk semuanya.

Anonymous said...

bukn kak fynn sorg yg lemah sebegini. saya pernah juga. dan sekarang selalu doa, moga dpt kekuatn.

kte tk boleh penat, kan?

dumdum said...

SANGAT FAHAM SITUASI DAN PERASAAN KAMU KAK FYNN. SANGAT. HAIHH..

bbee.hasib said...

ALLAH selalu ada..
DIA wujud..

kakak kuat..
bOleh..
yakin...
INSYALLAH...

:)

Nadeeya Khair said...

kuatkan semangat ya.

saodah said...

tabahhhh

tabaaaahhhhh

tabaahhhhhhhhh cik fynn


*dengan muka bersungguh*


p/s:org kate rambut org pakai tudung lg cantik sbb tak kene sinar uv kan kan? pastu takyah kaver2 kalau ade dandruff macam dalam iklan lepas tu buat sedih sbb orang tanak menari ngan die kan kan? pastu takde bad hair day kan2?

plus.. u look super hooootttt in tudung!!!! (ok aku bukan lesbian ok)

Sazannar said...

mungkin lebeyh senang jika kak fynn wat secara berperingkat...

akak da ade semangat...

awal2 maybe mcm tu...coz benda tu kite da biasa...

doa byk2 kak,insyAllah...

Allah xkan menguji hambaNya melebihi kemampuan....

dan lihatlah...

org beriman juga yang sering diuji...

cekal kak..insyAllah...

-hamba Allah yg suke membaca-

Liyana said...

tidak beriman seseorang itu kalau dia tak diuji.

bertahanlah..Allah mahu menguji betapa kuat hambaNya melawan nafsu dalam diri

jihad terbesar. berperang dengan diri sendiri.

*semoga kuat*

insyaALLAH

cujern said...

elek sis...mende2 camni selalu terjadi...kena kuat...caiyo..caiyo

bekam said...

iman,ilmu,amal.

IamYonna said...

akak..
bertahan lah akak..
ALLAH takkan menguji kalau DIA tahu akak tak mampu nk hadapinya.
akak harus kuat!
akak kena kuat!

sesaat bisikan syaitan, boleh merubah seluruh hidup akak..

sabar..

Sara Musfira said...

KakFynn, kuat kakFynn. Kakak boleh. Tu semua ujian. Istighfar sebanyak mungkin.


:)

Rubina Yunal said...

salam.

sabar ok kakak? Macam solat, tutup aurat dan puasa adalah tuntutan yg paling menguji kesabaran walaupun nampak mcm senang.

mana bleh bg setan terkekek-kekek ketawa dan bersorak atas kemenangan menipu kita? Derang dh banyak kali menang seblum ni. Ini tidak adil! Takleh kasi chan tau..

:)

Tabah ya kakak? Jaga diri.

Amin Ahmad said...

dari pengalaman aku hidup, Tuhan akan uji tiap apa yang kita dakwa berbuat atas nama iman.

misalnya aku byk terlibat dalam hal kepimpinan dan kuat bicara soal adil dan bebas. aku diuji dalam kepimpinan aku soal adil dan bebas dalam pelbagai bentuk. ternyata benar pesan nabi s.a.w. saat sahabat pernah mendakwa diri mereka beriman "katalah kamu muslim".

Tuhan sangat baik pada kita, tapi kita selalu kecewakan diri kita. Tuhan tak kecewa pun kita tidak taat sebab Dia 'tak perlukan' kita, tapi kita SANGAT perlukan Dia!

joegrimjow said...

klu mati xsempat bertaubat
klu mati xsempat mintak ampun darinya
klu mati xsempat berubah kearah baik

ish2
ape merepek ni??

papepon, truskan pemakaian hijab
setan semua 2
soh tri bg nasihat
hehe

I.N.T.A.N said...

salam,
dear fynn,
tiada siapa pun yg suci dr dosa.hanya Nabi Muhammad SAW satu yg bertuah.dilindung dr keji iblis.

jentera iblis bukan 1 atau 2, malahan xterbilang, dan tekunnya menggoda manusia bukan calang2...xpernah ada cuti, on duty setiap masa.

selagi itu larangan Allah, selagi itulah syaitan akan memujuk. kalu hari ini kita turut cuma satu dr seribu perintah Allah, syaitan akan tangis tambah kepenatan, penat lelahnya menggoda manusia cuma sia2.

kita tak akan boleh berlawan dgn syaitan, itu hakiki. kita berlindung pd Allah dr syaitan, ini kita boleh.

peringatan utk diri sendiri juga. jgn putus asa.walau rs lemah mana, jgn putus asa.... syg perghijrahan fynn ini...

afy sufy. said...

kamu boleh kakFynn

insyaAllah

Anonymous said...

salam.

kak fynn, jangan persiakan hidayah yang Allah telah beri kat kak fynn. kak fynn harus bersyukur, kerna tidak semua yang mendapat hidayah yang satu ini. tidak siapa yang mampu melakukan apa yang telah kak fynn lakukan sekarang melainkan dari kekuatan Tuhan yang Maha Penyayang. Allah sayang kak fynn!

doaku, moga kak fynn istiqamah. aku akan sentiasa menjadi pembaca setia tulisan kak fynn. please be strong. tidak salah untuk kak fynn rindukan ceritera kejahilan yang dulu, tidak salah untuk dikenangi, kerana itulah seharusnya dilakukan. namun, ceritera baru harus diteruskan. pastilah, kak fynn akan jumpa cahaya yang tulus itu nanti.

moga tabah. dan moga redha Allah sentiasa bersama kak fynn.

~pembaca setia tulisan kak fynn

Anonymous said...

yup...
tuhan uji pada insan yg sepatutnya mampu tanganinya...

i trust u
;)

suara karya said...

insyaallah...
Tuhan akan membantu hambanya yang meminta pertolongan.teruskan usaha pasti akan berjaya...

Farah Rosni said...

hijrah bukan sesuatu yang mudah. saya tau kak fynn kuat. kamu boleh kak fynn. DIA ada untuk membantu.

ayunimadarina said...

akak.

Anonymous said...

kak fynn kuatkan semangat.
kata orang 'susah untuk berubah ke arah kebaikan..tapi, lagi susah untuk istiqamah(berterusan) melakukan sesuatu kebaikan itu..'
itu semua skadar ujian perasaan sahaja kan..?dan yakinlah yang kita pasti mampu menangkisnya..amin..
moga Allah kuatkan hati2 kamu dan juga saya untuk berterusan berada di jalan yang benar..
teruslah mengadu dan berdoa kepadaNya ...

cik tasha shafzan said...

saya tahu akak kuat..
teguhkan iman..
allah sentiasa membantu hambanya yang lemah..
:)

Para Jamaludin said...

last time i saw u on daulat tuanku at pwtc, comel jugak ape kalau lindungkan rambut itu. =)

Anonymous said...

InsyaAllah Allah akan bantu while kak fynn tries your best to istiqamah (:

Be strong, you can, cos everyone can.

Anonymous said...

mungkin masih baru.
kuat ey.cuba utk diri sendiri

fizzahyahiya said...

Kak Fynn, kuat please. Apa pun bisikan yang datang, please stay with who you are now, the woman woth hijab.

Lisa said...

post ini memberi inspirasi.

terima kasih :)

Dr Zaira said...

salam~~

kak fynn...

mungkin ini dapat membantu...

:)

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat bukhari dan muslim)

ilham abd said...

kak fynn,sy tinggal jejak...

mungkin baru 2-4 mgu sy di sini,puisi jujur kamu...

mengadulah,Tuhan dekat
usahalah,itu syarat
tawakkalah,Tuhan Kuat

C.E.@ said...

Apa lagi....jomlah pejam mata terus gari nimat itu pada hati...

azhari azmi said...

yeah, ko dpt kesedaran untuk ke arah ini pon da satu anugerah..dats really something. so now its your turn to improve step by step. God knows wat are u facing. rome is not built in a day. if tomorrow is better than today even sebesar zarah pon, tu da ckup baik. god bless!

kN said...

kamu bisa, kamu pasti boleh!!!

Unknown said...

fynn, jgn kau patah.
selalu beristigfar sayangku.
Allah ada bersamamu.

Unknown said...

tuhan maha adil..fynn bertuah sbb dpt dugaan mcm ni,sbb tuhan tau fynn mampu.

Akmal Azeman said...

Kamu tidak lemah tapi kamu manusia. Saya belajar memakai hijab sjk sy berumur 10 tahun. kini sy berumur 22 tahun. Namun begitu, saya jua kadangkala tergoda untuk melepaskan kain di atas kepala sy...godaan dunia sgtlah hebat (MasyaAllah) dek melihat muda mudi sebaya saya berdressing sedemikian. Tipulah sy kl sy kata sy langsung tidak terliur untuk mencuba. But all it takes is to remember who ur Creator is n to whom u should be loyal to.

m-azian said...

Memetik kata seorang sahabat, bukan mudah nak tinggalkan perkara yang pada zahirnya 'menarik', yang pernah dikecap, yang pernah dirasa. Dan itu menjadikan pengorbanannya itu lebih bermakna, lebih hebat, lebih diangkat tinggi kerana diri sendiri sedang menentang keinginan diri sendiri.

=)

I know how it feels. I'm still struggling too. Selalu juga jatuh balik. Susah, siapa kata senang nak berubah. *hugs* definitely you're not alone in this battle of faith and belief.

nani said...

kakak
bertahan kak
konsistensi itu latihan
istiqamah bererti kamu menang

sungguh nikmat benda yang cantik lagi lazat di dunia ni
tapi kita korbankan
untuk apa?

pasti akan ketemu jawabnya satu hari nanti
akan pasti

p/s: kamu ada teman, kakak. saya pun punya pikiran seperti kamu :)

shairah said...

fynn gagah sekali dlm puisinya. kuat sekali suara jiwanya. aku yakin fynn juga kuat hatinya. kuat rohnya.

aku doakan fynn aman selalu dalam berbuat kebaikan. jalan menuju Tuhan itu jalan yg lurus. maka tenanglah hati dan jgn risau =)

FarhahNur said...

salam..
jujur entri kamu..
kamu berkondisi normal :)
jangan khuatir pada hijrah kamu tapi khuatirkan saudara-saudara kita yang masih ramai lagi di luar sana tenang dalam 'ketelanjangan'..
Allah menarik ketenangan kamu kerana DIA mahu kamu merayu dan selalu dekat dengan DIA dan hanya pada DIA agar kamu 'senyum' semula dalam hidup kamu..Diri ini lebih dulu mengalaminya, kalau dilayan, gila jadinya..iklaskan saja hati melakukan ini hanya kerana ALLAH..DIA tersenyum memandang kamu. Remark dari yang lain tidak penting..jadi kamu sememangnya tak pernah lepas dari amatanNYA. Kalau kamu sedih, ingat DIA ada..Diri ini juga ada sebagai saudara mu :)

wani said...

iblis berkata" tuhanku, oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku ini sesat,
"aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-MU yg terpilih dikalangan mereka"
(39-40,al-hijr)

Sarah B. said...

I understand love. I know what you're going through... You're not alone. *hugs*

bulanbintang said...

i'm shocked when look at those pictures..

aku seorang lelaki blur.. aku harap gambar2 yg kau pamerkan itu merupakan dirimu dulu.. diri fynn skang sudah memakai hijab kan?

tp sekiranya fynn sekarang "terlanjang" aku harus berkata apa ya? mencari ayat yg terbaik utk menasihati..

argh~ aku sendiri tidak bisa mencari ayat yg terbaik untuk dirimu fynn.. kita manusia.. aku sendiri pon x mengerti mengapa aku masih gemar memakai sluar 3 quart sedangkan aku tahu mendedahkan aurat itu berdosa..

tpkan fynn.. bg aku yg penting hati.. jika hati kita baik dan suci.. insyaALLAH suatu hari nanti ia pasti datang.. perubahan yang hakiki.. buat masa ini kita cuba jadi yg terbaik dan tanamkan niat yg kita akan berubah..

boleh tak??

Neverland said...

rindukan zaman menelanjang, tetapi masih mahu beriman. rindukan zaman menelanjang, tetapi masih mahu menutup. bukan kah seharusnya untuk menutup harus terbuka hati? bukan kah seharusnya menutup seharusnya menunggu serunya. bukan inginkan perubahan untuk sesuatu benda yang tidak pasti? jika kamu mahu lari dalam menelanjang seperti dulu, tidak seharusnya berasa rindu tentang zaman dulu jika kamu betul-betul terbuka. ingat lah, tuhan itu sentiasa memaafkan umatnya. memberikan peluang. cuma manusia ni bila sudah diberi peluang, masih lagi membuat silap. bila membuat silap, sudah insaf, masih lagi membuat silap secara tidak sengaja kerana terikut dengan nafsu.

mungkin lebih baik jika kita sentiasa positif. tidak terikut dengan zaman yang sibuk dengan keseronokan. ikut hati dan keseronokan sendiri untuk tidak terjebak dengan kerinduan menelanjang.

Juwita said...

cabaran kak fynn.

tak apa.
perlahan-lahan ya.

*electronic hug*
:D

NanaNeriza said...

kakak..
bukan cuma kamu yang diuji..
mereka2 yg sudah lama berhijab juga diuji untuk menanggalkannya di masa2 lalai demi tujuan keseronokan..namun, bersyukurlah kakak...
berdoa dan cekalkan hati untuk terus berada di jalan yang benar...
kita semua diuji dengan dugaan yang tersendiri..
hanya taqwa yang mampu membuat kita terus cekal dengan ujian itu..
kakak kuat...yakin itu!

Miszunderstood said...

kak, kita sama2 cari kekuatan tu ya..

misi berlainan, tp niat yg sama.

utk jadi kuat, insya-Allah.

najuwaju said...

biasa la kak, setan. bisikan setan memang power. ada kuasa fuyyyoh. heh.

tapi kak fynn punya kuasa fuyyyyyoh lagi best. :D

Bukan Maria Clara said...

aku bisa berjilbab namun betah memilih rambut seikal iklan pantene.

sekurangnya kamu mencuba.

honey said...

sedikit garam dan gula pasti dapat rasa nikmatNya..
sgt syg Allah pada kamu kerana masih diberi peluang..
usaha terus ya!

typical.girl said...

kak fyn,
nah, ambil sikit kuat aku..
ambillah:) aku ikhlas...

Az Azwa said...

kak fynn ..we r in the same boat..
arini sdh sbln rsnye sye amk keputusan tok berhijab ..hati ini terkdng meronta2 ingn kembli kpd kjhilan dulu..keliru!!

kiter kena kuat
kite hadapinya bersama yer!!

pu3 balqis said...

tak sabarnta nak bca n3 baru..
hapdet plzz..

Anonymous said...

go kak fynn.
jgn biar syaitan merasuk jiwa.

Hasbi said...

salam ziarah,
kuatkan hati, jangan dikotori..
kekalkanlah dengan perubahan tu kerana tu hidayah dariNya..

moga Allah memberi kekuatan kepada kamu luaran dan dalam fynn..insyAllah..

p/s: jom hijrah sama2 =)

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

k.fynn...
sabar ye..
" tiada doa yg Allah tak dgr malah Allah berjanji akan makbulkan doa hambaNya yg meminta kepadaNya.berdoalah banyak2 "

bila kita sedar apa yg kita buat itu silap.. tu tandanya Allah masih syg kita terus...

apapun..smoga kita sama2 kuat...

jangan pernah penat ye k.fynn

Ayyman Rahim said...

Kuat kak, kuat.

syafeenamk said...

jgn kan fynn jamal, siti nurhaliza pun begitu.. name pun manusia.
hidayah Allah bukan semua manusia boleh dapat. doa utk itu.

the awesome four said...

ape yang penting kak fynn, selagi kita beriman(yakin dan percaya)..selagi itu kita kuat. teruskan beristiqamah!

salam

the awesome four said...

satu lagi kak fynn, orang yang beriman memang senantiasa diuji..tapi lihatlah sama ada ujiannya besar atau kecil...tengok kepada kemampuan hamba-hamba-Nya juge. ;-)

Anonymous said...

yaALLAH,miss fynn,bestnyer bile bace coments2 mreka yg menyokong akk...hurm...alhamdulillah ALLAH da b hidayah pada akk...akk kne kuat smangat tau!!(^_^)
if berkesempatan bace lah adQ nyer blog lak yea??
btw,adQ kagum dgn semangat akk!!heheh~hebat2...moge ALLAH sntiasa merahmatimu...kisah adik ade la sdikit sbnyak kene mengene ngn sys..heheh~salam~

tusky said...

pabila diberi satu perubahan
tuhan datangkan ujian
barulah kita tahu takat mana
luhur, ikhlas , jujur
dengan perubahan itu..
ujian itu
'report kad'untuk diri sendiri..
tali ukur untuk diri sendiri
perubahan2 yg indah
perlu diangkat jd satu semangat


izinkan anony ini link blog kamu..=)

Anonymous said...

saya juga lemah.. :( tapi saya cuba.. dah cuba.. saya yakin fynn juga boleh. insyaAllah..

sepet_kuku said...

assalamualaikum...Fynn,

maaf,sangat gemar bersantai dan lepak disini...tiap kali membaca yg tertulis...terasa semangat membakar dlm diri..

Fynn, bila tiada yg nak mendengar cerita sy,tiada yg peduli hati sy,tiada yg endah jeritan sy...sy kesini membaca...maaf..

Fynn,bkn memuji...tapi..syukur tersesat kesini dari blog suaannajoe...kerna disini...ada kekuatan...ada jiwa yg minta kasih tuhan,ada iman yang hendak dipertebalkan...sy,kdg malu dgn diri sendiri..selalu mengeluh..itu ini...tidak pernah puas...tapi, bila sering kesini...sedikit-dikit...sy cuba menjadi diri sendiri...mgkin agak berbelit...tapi, sy nak fynn tahu...kamu adalah kekuatan...jadi,usah biarkan anasir setan itu meruntuhkan kekuatan fynn yg sgt jitu...

Fynn..Sumaiyyah..sgt kuat mempertahankan diri dan keluarganya..walau disula...

terima kasih Fynn..kamu adalah kekuatan..

nono said...

salam..

saya pernah rasa perasaan itu. dan saya pernah kembali kepada saya yang dahulu sbb saya rs diri saya yang hijrah itu bukan diri saya.

jadi saya kembali. dan bila saya kembali, saya rs yang hijrah itu lebih bagus. sebab saya rs selamat...

percayalah tudung itu mencantikkan... :) mari kita sama2 berusaha untuk terus menjadi kuat. :)

all the best to you.

Unknown said...

Salam ziarah dr kutub.

Saya juga br berhijrah. Alhamdulillah, 1 tahun lebih saya aman dengannya. Sentiasa berdoa supaya Tuhan beri kekuatan, bukan shj hijab di kepala, tapi juga hijab segalanya. Hijab dari hati yg sombong, riya', dengki...etc

Setiap kali rase lemah, sya akan ingatkan diri macam ni:

Following the straight path is extremely hard, but then again, the price of Jannah isn't cheap aite?
Although the haram path is easy and tempting, its only temporary. This whole life is only temporary. Hereafter is forever.

Moga Kak Fynn peroleh kekuatan drpdNya. =)

moobahc said...

k fynn(:

"allah tidak akn menguji hambaNya melebihi drpd kesanggupanNya"
(al baqarah-268)

*rasanya lahh if takk salah.
hehs.

okay okay.
k fynn, itu Allah sudahh janji. Dia tidakk akan pernah menguji kesanggupan seseorang hambaNya melebihi drpd kesanggupanNya.

yeah.

ITU JANJI ALLAH, ok?

trust in Allah.

"''Ya Allah, jauhkanlah antaraku dan antara dosa-dosaku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat.

Ya Allah, bersihkan segala kesalahanku sebagaimana dibersihkan kotoran dari kain yang putih.

Ya Allah, cucilah kesalahanku dengan salju, air dan embun.''

ok?

ive got ur back!

(:

p/s; check out this blog ekhh.
http://dehearty-bisikanhati.blogspot.com/

tapii, dh lama dia takk updates ahh. student lahh ;o

bt this is nt mine.

hehs.
bacalahh ..
manyak input ohh ;o

ka said...

ameen, Allah humma ameen..