selamat pulang, pembenci.
selamat datang dan selamat berperang sekali lagi.
oh anon yang berselimut di belakang nama2 unik baru,
terima kasih kerana masih sudi meluang masa dan menghabiskannya demi untuk aku.
kenapa lama hilang?
hehe.
mungkin kerana sudah lali, hambur kata kamu ttg betapa aku ini riak, bongkak, angkuh dan tidak sedar diri itu, tidak berapa memberi kesan lagi. maaf. akan aku cuba paksa akal untuk menterjemah kemungkinan yang mendorong suara kalian seumpama yang disebutkan.
aku andaikan perkataan2 itu kamu jodohkan pada aku demi melihat puisitepijalan ini penuh dengan tulisan dari perspektif aku. penggunaan ganti nama 'aku' yang berulang2 dan kelihatan seperti dunia ini berlegar semata demi aku adalah menjengkelkan. aku mungkinkan atas dasar itu kamu yakin aku ini berkarektor gelap semata.
tidak apa.
tidak kenal maka tidak cinta.
cumanya, ini ruang blog, sahabat. dan aku bukan jenis yang reti bercerita tentang mayapada atau kasut jenama. aku suka meluah perkara dalam hati, dan kalau kau hendak membentak, di sini tidak ada sesuainya.
aku rasa sudah lebih 50 entri aku dedikasikan untuk anon. aku rasa, aku makin seronok dengan mereka. haha.
yang aku nampak, ramai tersinggung dengan istilah 'fake', 'dslr', waima 'lawak amir itu bahlol'. walaupun aku agak sibuk dengan perkara2 lain, ditambah pula internet di kawasan ini sangat menyebalkan, aku akan cuba sebaiknya memberi gambaran yang lebih sedikit ttg apa yang aku coretkan baru2 ini.
fake:
bahas 1)
terpengaruh itu BUKAN fake. meniru itu fake. (duh!)
terinspirasi untuk menulis itu bagus. namun mencedok idea dan bahasa adalah salah. aku tidak pernah benci sama kamu2 andai benar mencintai puisi.
(psst. aku ada rahsia. tahu tidak, setiap hari yang ada sempatnya, aku curi2 baca tulisan shaira amira, syah syaliman, azim, ili dan ramai lagi. mereka tulen dan tidak berbau manusia lain. malah kalau kau berikan puisi2 mereka pada aku, ada mungkinnya dapat aku cam siapa penulisnya tanpa mengetahui siapa pencoretnya terlebih dahulu)
itu kekuatan bahasa. seolahnya ada cap jari.
tanya sama siapa2, pernah tidak aku hinakan hendak mereka untuk menulis puisi? betapa tidak pernah, ke tahap bila mana ada yang menghantar tulisan (yang bukan aku seorang, malah shaira amira juga kenalpasti haknya tulisan anak itu gabungan puisi2 aku), tidak pula sampai di hati aku untuk marahkan.
aku cuma pesan, jangan menulis kalau sekadar menulis.
tak usah jadi natasha hudson si pencuri bodoh yang mengambil tulisan manusia tepi jalan dan membukukannya dengan lebih korporat, demi kelihatan miliknya. bila akan manusia sedar, menjadi seorang yang bukan dirinya sendiri adalah antara perkara yang paling merimaskan.
lambat laun akan terjerat juga.
bahas 2)
terikut kerana terkesan itu BUKAN fake. mengikut kerana budaya ITU fake.
aku lihat ramai yang sedang mencuba untuk menulis puisi. aku suka. bagus. tapi mereka yang tidak ada mampu dalam mengekspresi, akan jadi seolah2 tertekan untuk diterima. lalu jalan pintas adalah pilihan mencapainya.
meniru, menterjemah, mencedokpakai.
apa saja.
budaya itu suatu yang memaksa. kerana budaya itu bagaikan arus. kalau kau berani menongkahnya, kau akan jelas terlihat. dan bila kau terang dipandang, setiap kecil sompekmu akan timbul ke permukaan.
dan menjadi manusia biasa yang tidak mahu nampak canggung, kau ikut buta2. sebagai contoh, ketika siti nurhaliza melonjak naik, semua orang mahu menyanyi persis sepertinya. suara macam abot tidak boleh jual. bila lagu bubly masuk carta, semua orang menyanyi bersuara marie digby. suara avril lavigne sudah habis zamannya.
biasalah.
sekarang, siapa bernyanyi seperti yuna, akan nampak sangat in dan hip. suara siti nurhaliza sudah tidak boleh pergi jauh.
ini adat manusia.
bahas 3)
manusia yang aku gelar fake itu bukan kau.
tapi seorang lelaki, yang menulis blog demi penyataan "semua orang menulis blog, kalau tidak, kau loser"; yang mana membikin aku terangkat keningnya dan hanya mampu ketawa.
dia berpuisi dengan bahasa pinjam dari gabungan lagu2 indonesia dan melayu, untuk mencairkan hati seorang gadis, yang juga teman aku. gadis itu terbuta sedikit matanya dek mainan lelaki pengejar dara yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapat cinta.
dia sangat jelas terlihat memaksa diri untuk dilabelkan 'deep' dan 'seni'. cuba berbual tentang rintis hujan dan pecahan warna pelangi. bila dibalas dan disambungbual, kesemua kami yang lainnya ternyata hanya mampu diam. lelaki itu bercakap, tapi dia sendiri tidak memahaminya.
secara pendeknya, aku tidak faham kenapa kau, enchik anon, perlu tersinggung.
dslr:
bahas 1)
aku pun ada sebiji.
lalu perlu apa aku marahkan andai kau benar2 mahu satu? dan kalau benar kau menggantung kamera itu di leher kerana tidak ada larat untuk menjinjingnya, kenapa perlu bising? kau ada sebabnya.
tapi itulah. kadang2, bila aku dan tri pergi kuala lumpur, sampai aku jadi malu untuk bergambar. terlalu tidak mahu terlihat seperti terlalu beriya. sanggup kami kelek beg besar demi untuk menyimpannya. walhal tidak ada pun apa2 hal di dasarnya.
perhatikan: sue anna joe, kareem, fad, dengan nama yang gah dan besar, tidak pernah pula aku nampak bersungguh2. lensa dan filternya dibiar sepah sahaja di dalam beg. tidak juga lari passionnya dalam fotografi. tetap juga gambar2 mereka bermakna dan memberi bulu di tengkuk berdiri.
kalau kau malas hendak simpan dalam bekasnya, dan perlu selalu pegang di tangan kerana banyak shot untuk diambil, silakan. adik2 dari geng bulan clothing aka team 'cam ni cap ehh' yang selalu ke kedai aku, selalu saja bawa kamera sini sana. tidak pula menggelabah bising2 macam dalam dunia cuma mereka sahaja yang ada.
yang aku tegur adalah yang berjalan dgn dslr itu seperti lampu ultraman di dada.
itu.
dan janganlah kau fikir ini kali pertama aku menyebutnya, seolah2 aku mengikut trend bercerita ttg ini, yang mana sebenarnya sudah terlalu lapuk. aku minta kau track entri2 dulu. sudah banyak kali aku katakan. aku ulangkan kerana ia agak signifikan dalam entri lepas.
:)
bahas 2)
dslr itu alat, BUKAN bakat.
semua orang boleh beli satu. bukan pun mahal. menabung dua bulan sudah dapat seluruh set. melainkan kau punya abang kakak mak abah yang belikan atau berikan.
gunalah molek2. ambillah gambar gila2 macam aku dan kecy dulu. benar, memang seronok. yang tidak best adalah bila kamera itu sekadar imej dan gaya. semua orang perlu gambar hot untuk diletak di myspace dan facebook.
friendster tak usahlah. ia sgt tidak kool.
(lepas ni ada pulak yang bising aku kutuk friendster)
dslr / slr / kamera dari video kamera itu semua adalah alat. kalau kau memang tidak ada bakat, pakailah kamera paling gempak dalam dunia, dengan lense sepanjang 2 meter, tetap tidak ke mana.
dan di sinilah konsep 'fake' itu berlarutan.
lawak amir bahlol:
bahas 1)
err.
aku tidak tahu pula ada yang sensitif bila aku kata lawak amir bangang. siap hendak libat nama tuhan, nak babit rezeki segala. habis, tidakkah mau kau ceritakan perihal rezeki rosnah mat aris yang sudah menghina khadijah r.a. dengan bahasa yang paling mengejutkan?
kau hendak relevankan macammana agaknya kaitan rezeki tuhan dengan orang sebegitu?
kawan, memang senang hendak nampak baik. sebut nama tuhan, kita boleh nampak elok dan molek. memang mudah nampak laknat, penggunaan kosa kata keras sudah nampak jahat. aku panggil israel anjing tempoh hari, aku pula dikeji ekstrimis bermulut nanar.
haih.
bahas 2)
tiada bahas.
aku kasi kau menanglah dalam hal ni. cuma kalau agaknya kau menulis dgn amarah, yang kau tidak sempat baca sekali dua lagi, aku ulang semula:
aku menulis ttg malaysia yang sasar untuk menerima dan menyukai lawak seorang lelaki yang sanggup berguling2 dan berlebam2 atas pentas.
aku pun siap tanya, aku seorang agaknya yang tidak dapat tangkap lawak dia.
sebab setahu aku, ada beza antara kelakar lawak dengan kelakar badut.
followers fynnjamal:
bahas 1)
follower fynnjamal itu track blog, bukan pengikut agama rekaan aku.
kesian kawan2 saya. asyik kena marah saja. asyik dituduh kaki mengangguk semata2. bila ada yang klik 'become a follower', tidak bermakna mereka menyerah diri untuk buta2 terus mengikut kata aku. plug-in 'follower' dicipta untuk memudahkan kita mengikut perkembangan sesiapa yang kita hendak.
kalau jadi follower bermakna terus menyembah, mesti aku orang paling pening dalam dunia.
mari perhatikan. aku follow:
1) marzuki -- apakah aku akan buta2 mengikut arahannya dalam teknologi web?
2) ladynoe -- apakah aku akan akur mengikut apa saja katanya berkenaan hidup?
3) shuz dan azreen -- apakah aku akan jadi obses pada fesyen mereka?
4) sue anna joe -- apakah aku akan menyembah setiap adanya dia?
5) ledisordre -- apakah aku akan mula selesa untuk menjadi manusia yang terlalu lain?
banyak lagi.cuma aku tidak klik untuk jadi follower. aku bookmark mereka.
aku tidak suka terlalu banyak plugin dalam paparan depan pojok tulisan aku.
aku suka sesuatu yang mudah dan sedikit.
bahas 2)
followers tidak semestinya orang yang sembah aku.
*batuk kecil*
kau selalu ikut blog ini. kenapa? kau melutut ke bawah duli aku kah, sahabat?
:)
tidak, kan?
kau ikut puisitepijalan untuk jadikan aku beg tumbuk kau, tempat kau meluah amarah, supaya dapat kau luah resah.
atau kau secara diam2 suka pada aku?
hahaha.
orang tua2 selalu cakap, lagi dibenci, lagi disayang.
(aku juga tahu ramai yang mengikut puisitepijalan tanpa menekan butang 'follow this blog'. kan kan kan? hehehe.)
dan tak ada perlunya kau kata aku 'menghebah' norma aku yang baru dengan hijab. kau mempersiskan aku dengan sifat mempamer kebaikan. walhal sudah dari awal telah aku khabarkan aku ini tidak semolek mana.
apa pun, wahai anon, tempat ini namanya blog. dan ada butang yang berlabel 'update', bermakna kemaskini. mana ada manusia kekal menjadi sama. aku selesa dengan hijab. tapi nakalnya masih sama.
aku tidaklah sebaik mana.
dan aku akukan itu, maka baca ini:
aku sedang hebahkan penyataan di bawah.
AKU BUKAN ORANG BAIK.
aku sudah bilang berkali2, cuma masih ada yang yang sudi hendak mempeduli aku. syukur dan cukuplah, bagi aku. aku gembira.
setahu aku, tidak pernah pula aku pergi ke mukasurat siapa2 dengan komen "ini link ai, yu datang la komen, nanti ai komen balik", atau "plis baca blog ai".
dan lebih syukur lagi, kerana ramai kekal di sini, dan terus menjadi teman. sudah terlalu cukup untuk aku.
mungkin kamu masih tidak perasan, tapi motif utama entri itu adalah:
"you suck as someone else".
kau serabai bila kau jadi orang lain.
itu objektifnya.
jangan serabut dengan sampel2 dan contoh.
ia seperti belajar formula bahagi:
25 bahagi 5 adalah 5.
atau 25 biji epal hendak diberi pada 5 murid. berapa biji epal seorang murid akan dapat.
janganlah tanya nama murid itu.
janganlah tanya kalau 3 daripada epal itu masam.
janganlah marah bila salah seorang murid itu merajuk sebab epalnya kecil.
cukuplah tahu setiapnya akan terima 5 biji.
cerialah.
ketat sangat kau itu.
:)
btw, 28 ini saya akan berpuisi di sunway lagoon, demi untuk charity malam dunia. ya, kempen tutup lampu selama beberapa tempoh. datanglah kalau mahu. saya pun sudah lama tidak berbising.
ada doorgifts untuk follower fynnjamal.
*terdiam*
*tahan gelak*
*ambil nafas semula*
BWAHAHAHAHAAHAHAHAHAHA
sori. cant help it.
so funny la weh.
37 comments:
Bila la kan anon tu nak penat?
kakFynn rindu sama kamu. Sara ada email, why tak balas. Sara nak tanya yg pasal assgmnt Sara buat tentang kakFynn tu.
=]
fynn, suma tu macam langau. tak jumpa tahi. nak buat tahi kat rumah orang plak.
baca bukan untuk ikutan.
baca untuk fikir.
cakap banyak pun x guna. dia x suka tetap tak suka. jelas lagi nyata.
p.s: adam western bukak hari2 ke? sampai pukul berapa? mau jalan2 cari makan..ada discount utk follower puisitepijalan? hahaha..
(aku juga tahu ramai yang mengikut puisitepijalan tanpa menekan butang 'follow this blog'. kan kan kan? hehehe.)
akak buat sy senyumlah sbb rase mcm akak sdg ckp dgn sy.
hurmm...
tegak bulu roma...
memang tegak bulu roma setiap kali masuk blog nie.
sebab,
pernyataan yang di berikan memang kena dengan keadaan skrang..
*always support u.*
hihi, pasnih ramai pula yang follow kakak semata nak dpt doorgift dan tayang pada dunia, hey aku dpt adiah drp fynn jamal..
:)
semoga kakak bahagia dan murah rezekinya selalu. Amin..
doorgift?
betul?
;D
oooo...suke gelakkan org...
akak patut tulis
"so fani la weh"
hahaha.
akak,
xya peduli la anon uh.
kasi org laen gelak je.
nmpk sgt xde life.
hoho.
y psl follower uh btul sgt ape akak tulis.
ikut bukan sbb sembah.
tp sbb akak bes :)
ngeh3.
akak luar biase.
hehe.
pedulikan mereka yg melenting... rasenye xde pon point kat any individuals kn?
so sape makan cili rase pedas la...
btw sy salah seorang readers setia yg bukan followers dan bukan jugak kaki commenters...
peace~
wah!!
saya teringin nak tengok kak fynn berpuisi..
mesti seronok..
~~psst..
amir tu memang tak lawak pown..
dia lawakkan diri dia sorang je..~~
slalu singgah sini, bace ur entries..
seronok dgn ur language...
=D
suke puisi...
suke sajak...
suke sastera...
bhs die cantik...
sangat setuju tentang amir
haha
anom, tak nak kutuk blog saya ke?
:)
kakak tetap cool mcm selalu..one day saya akan dtg kedai kakak jumpa kakak nak cubit2 pipi kakak! hahaha
go sister!
kak fynn!!!
seriously??
28 nih?yang kat zazu,sunway tuh?
yaa friendster mmg tidak cool.
gua pun datang nak tumpang ketawa la boleh tak?
rasa sempit ketika 'fake'kan ketawa dan senyum setiap hari...saya tidak seberani kakak tapi saya cuma mahu jujur...
biar ape org nak ckp...
kite ttp syg kamu... :D
bg detail psl 28mac nie bleh...?
pukul brapa kat Sunway Lagoon? kalau ada masa, mahu juga jenguk.
biarlah anon gila,
dia tiada kerja.
biar saja.
ske!ske!ske!
k.fynn mmg asli!!
hahhaha
tol2 lawak amir 2 memang mengbebalkan n menlahirkan dose insan untuk berkate buruk tentang amer..tah apew2 tah die awt aku xpham...jgn lupe t owg marah plak kutuk amer..'i'm sorry'hahaha
mcm benkok..
t add akuh ley kat ym..
something nak bualkan n ceriteka tentang msalah hati nie
hahha
kamo pun knal spew die..
faizal_danial@yahoo.com
tq..
akum
PuisiTepiJalan sy ikut untuk pinjam kekuatan dari baris2 puisi kakFynn..
bukannya menyembah dan mengangguk setiap kata2 FynnJamal,wahai anon!
>___<
Aiyoo.
Dah namanya pun blog.
Takkan la tak faham lagi apa kegunaan blog.
Tsk Tsk Tsk.
Macam2 je ragam.
Hehehe!
Btw, Kak Fynn.
Apa2 pun saya suka blog akak!
:D :D
a round of applause for you.
i like this.
=)
thanks kakak :)
YEEEEEEEESSSSSSS!!!!
Nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi.
Nak tgk kakak!Nak tgk kakak!Nak tgk kakak!Nak tgk kakak!Nak tgk kakak!
*serius
saya gemar entri ni mcm sebelumnya.Sedap....
Nak pegi nak pegi nak pegi!
yang ni klakar weh..haha..at first aku bace title die ade "anon"..aku ingat someone yg brnama anon..then half way to go bru sedar anon itu unknown..haha.cis!yeah2..nice.ade org x stuju, ko explain..cool2..
haha.
siapa makan cili dia terasa pedasnya.
haha.
tengs kafynn.
fynn, bila kau tulis satu entri khas untuk si anon itu, si anon itu akan rasa dia sudah menang.
menang sebab berjaya buat kau melenting, buat kau terasa walau berulang-kali pun kau kata sedikit pun kau tak kudis dengan kata-kata si anon tu.
baik kau tenang saja. buat tak tahu. jangan layan. dan jangan buat entri khas untuk dia.
ini seperti law of attraction. semakin kau peduli hal-hal negatif seperti ini, semakinlah ia datang bertubi-tubi menikam kau.
bukan apa, blog kau indah. cuma bila ada entri seperti ini, aku takut ada orang yang akan fikir kau sengaja raih simpati atau tagih perhatian atau kau sudah tak ada idea hendak menulis.
sudah ramai yang aku dengar yang dulunya sukakan tulisan kau tapi, akhirnya bosan disebabkan entri seperti ini.
ya, mungkin kau tak peduli. tapi aku peduli. sebab aku tahu kau lebih dari itu. tulisan kau bagus dari itu. ayat-ayat kau lebih melangit dari itu.
jangan kau sangka aku dengki atau iri. kau antara kesukaan aku. dan aku tak mahu kesukaan aku diperlekeh ramai.
hahahahaha....tumpang gelak! and im one of the follower yang tak klik button follower! ^_^
Fynn:
1. Good luck kerana bakal mendeklamasikan puisi pada 28 March ini.
Nota Kaki: Debat demi debat, wacana demi wacana, tentang manusia yang bukan manusia.
Kerana manusia yang benar-benar manusia tidak akan mahu dan tidak akan pernah berlegar-legar seperti anjing atau binatang lain.
Namun, masih ada manusia yang mahu dianggap seperti anjing tidak bertuan kerana hanya dengan menjadi anjing tidak bertuan sahaja mereka bisa berlegar-legar tanpa tujuan.
Makanya, peribahasa selalu menyebut "biarkan luncai terjun dengan labunya" kita transformasikan menjadi "biarkan anjing tidak bertuan hidup seperti anjing tidak bertuan, yakni berak di mana-mana ia suka dan melalak di mana-mana ia suka." - Biarkan, Biarkan.
nama pun puisitepijalan.
tepi jalan ok, bukan tepi rumah sesape, so sesape pun bley singgah dan memilih untuk kekal singgah atau skadar singgah sekejap.
per2 hal la.
nway fynn, interested jugak to know details psl program 28hb tu, berpuisi dlm gelap eh? ;p
anon tidak akan pernah hilang .
kerna mereka terdiri dari manusia yg berbeza, hilang yang itu, yang disana pula muncul, hilang disana, disinun pula 'mendabik dada'.. dan dalam perbezaan itu adalah di kalangan yg kita kenali dan boleh dijejaki dan ditatapi..
sama sahaja dunia blogging atau dialam nyata. siyes . berapa ramai
manusia yg kita kenali akn dekat dgn kita ketika kita dlm sesak nafas? bolehkan disamakan bilangannya dgn jumlah pembaca yg kununnya setia ?
pastinya nyer tidak ..
*teruskan karya, selamat utk kamu,suami dan keluarga ..
Post a Comment