Wednesday, March 25, 2009

katanya puisitepijalan nak tutup.

aku tidak berapa berkenan dengan penyataan "sumber2 boleh dipercayai".
dan yang seumpama dengannya.

siapa di sini tidak pernah dengar istilah "katanya"?

contoh:
"katanya damien rice akan jadi juri tetap akademi fantasia."
atau
"orang kata dia putus dengan ghazali pasal dia ada lelaki lain."

"katanya" adalah penuh kontroversi. siapa tidak suka kontroversi? tanpanya, pelakon malaysia tidak boleh ke mana. tanpanya, reputasi akan kekal biasa.

fitnah dan gossip sangat penting untuk menjadi jambatan meniti bibir orang. kalau dulu orang tidak kenal siapa memey, sekarang selepas terkeluar cerita khalwat, semua sudah cam wajahnya. kalau dulu orang tidak perasan siapa cik kak di meja hujung pejabat, sekarang selepas terjaja kisah bunting tanpa suami, semua sudah kenal mukanya.

ingat lagi saniboey pernah cakap: "there is no such thing as bad press. it's all about timing".
sebanyak mana kita tidak hendak mengaku, kata2 dia memang betul.

langkah2 yang perlu diambil andai timbul kisah / realiti buruk tentang anda:

1) buat penyataan pendirian.
2) minta maaf
3) berdiam diri
4) bercuti ke perth atau gold coast
5) diamkan diri lagi dan lanjutkan tempoh hibernasi (minimum 6 bulan)

setelah sekian lama, muncul kembali dengan imej baru. lebihkan perkataan "alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, dan kini..." atau "saya bersyukur perkara itu berlaku, kerana walaupun..."

its all about timing, babe.

mudah, kan?
beruntung kita. rakyat malaysia pemaaf. lihat sahaja memey, dia sudah kembali ke persada. siap jadi panel jemputan.

*tepuk tangan*

tapi aku bukan hendak berbual ttg gossip artis. malas.
hari ini aku hendak menceceh tentang siapa 'nya' dalam 'katanya'?

dilarang bergosip sama aku.
sebab aku pantang dengan perkataan permulaan "katanya..."
sama dengan rimasnya aku bilamana ada lelaki hendak berkenalan melalui telefon dan merespon "ade laaaaa" di waktu ditanyakan dari mana didapatkan nombor aku.

bila ada org sebut "katanya...", sebelum habis ayat dia, akan aku pancung dan tanya "siapa? siapa? siapa?"
(mungkin kerana itu orang sudah malas hendak bercerita belakang sama aku)

bukan apa. jika aku berserah pada hembus suara begitu, aku akan hilang banyak perkara. seperti jika mereka sampaikan "katanya kelas ditunda hari ini";
kalau tidak benar? rugi satu kehadiran.

maka lumrahnya, istilah "katanya" selalu berbaur bohong.
tapi jangan tidak tahu. bohong tidak semestinya seratus peratus fitnah.
ada jenisnya yang memanipulasi kebenaran.

contoh:
baca blog sepanjang lautan, tapi membebel2 tentang satu baris perkataan, menyebar salahfaham dan serabutan, persis seperti anak kecil belum panjang akal fikiran.

"fynn nak pasang tatu, kau tahu!! ASTAGHFIRULLAH!!!"
"fynn nak beli anjing dah, nokk... ohmaigott"

hahaha.
itu contoh.
dan contoh tidak sepatutnya logik dan tidak seperlunya realiti.

apa perlunya manusia cipta reka ayat2 bohong? mencari pengikut, mungkin, ingin meramai kumpulan atau sahaja bosan dan ingin perhatian. macam sang gembala yang suka menipu itu. harap2, pembohong zaman moden juga dimakan serigala.

mungkin tidak nampak impaknya kalau pembohongan / penambahan input itu cuma satu dua perkataan. tapi siapa ingat permainan "telefon rosak" di kem2 motivasi?

abu bisik pada raju, "nenek saya suka nasi itik bersama kicap"
raju bisik pada meon, "tok nenek itik banyak sayap"
sampai ke telinga ah chong, "mak kau ada kayap"

masa itu rasa kelakar, kan?

mari ubah baris ayat itu kepada "aku tidaklah benci, tidaklah suka jimi dan fifi bercinta".
yang sampai ke diana adalah "katanya, dia tidak suka jimi dan fifi bercinta".
(dia ini adalah engkau)
dan bila ke nana, "orang kata, dia benci jimi dengan fifi"

yang mana akhirnya bila sampai kepada engkau, bunyinya jadi begini:
"budak2 cakap kau kutuk aku"

futnot: yang mengkonfrontasi engkau adalah jimi atau fifi.

biasanya, di keadaan dan situasi seumpama ini,
kau terdesak untuk bertanya pada sang interogasi itu: "budak2 mana?". marilah kita sama2 memendekkan cerita dan percaya sama saya yang jawapan yang pasti keluar adalah "kau takyah tau la" atau "buat apa kau nak tau?".

masa itu, permainan telefon rosak sudah tidak kelakar. dan kata2 hikmah yang paling menjengkelkan keluar dari manusia2 yang tidak tahu puncanya.

"aku ada sumber2 yang boleh dipercayai"

nak cakap apa lagi?
dia sudah percaya.
jangan marah2 dahulu, dia cuma pendengar sahaja.

(amaran: contoh cuma logik jika kamu benar2 tidak melakukan apa yang dikatakan kamu lakukan)

di situasi begini, kamu tariklah tangan teman kamu itu berjumpa rawi atau penyampainya. dan percayalah, bila kau tanya pada rawi itu kenapa disampaikan apa yang disampaikan, dia akan merujuk nama si dia dan si dia.

yang pada akhirnya, cerita tersebut asasnya adalah dari perkataan "katanya".
haih.

bagaimana manusia bisa percaya sama angin, sedangkan ia ditiup bukan pun pada telinga para rasul atau inspirasi yang melentur di mimpi2 para wali? jangan main2 sama hal begini. lebih elok kau membunuh dari ekploitasi yang begini2.

aku harap sangat kalian nampak kekalutan 'katanya' dalam kehidupan. tak usah jauh2, siri "katanya" di astro ria sudah menjelaskan betapa semua benda ini hearsay semata. kata2 yang cuma kata2. dimulakan demi meraih sesuatu sebagai pulangan.

jangan terus berserah pada 'nya' dalam 'katanya'.
beranikan diri dan tanya. memanglah akan rasa penat sedikit. tapi sudah ramai sangat dalang wayang kulit dalam pentas hidup hari2 kita.

ini peringatan untuk aku juga.

perangai mengadudomba patut dipadam.
jangan jadi pak karut, dan patut diam2.

aku naik penat dah.
sebab makin lama,
semua benda dah nampak mengarut.

puisitepijalan pun nak tutup, katanya.

KA --
TER --
nyeeeeer....

26 comments:

stardust said...

aaa baca tajuk je dah stress

.amiey. said...

hahah kak fynn
lawok la :p

jeju

hzrh said...

warghh..hampir2 tekanan baca tajuk entri ni..
kakFynn nakal!
ahah~
xD

Para Jamaludin said...

kataku terkejut melihat tajuk entri kali ini..takde "nya".

iYda Juhar said...

haihhhhh.
tengok tajuk pon dah misteri nih.
harap'nyer'.. janganlah ditutop.

(;

Ayyman Rahim said...

Katanya, ramai orang tak setuju kalau pusii tepi jalan nak tutup? Siapa kata eh?


Post ni nampak apa yang orang biasanya tak nampak. Bagussss!

zzzzz said...

siapa kate blog ni nak ttp? tak sampai lagi ke telinga syah. tgk tajuk riaksi nya sudah jagi begini
" uh?"(sambil kening seblah kiri terangkat)

warg,tengs for this entri. mcm apa yg tgh dilalui..

Kiubrubik said...

katanya ayat glemer sarimah sekarang.

tapi apsal memey disebut2? wan nor azlin kan lagi best? hekhek.

badakbiru said...

dan semua cth2 itu..terjadi pada aku sekarang..berpunca dari permainan 'telefon rosak'..semua menyampah dgn aku..!!

Ashraf Ishak said...

Ohmaigott...Damien Rice jadi panel AF.

Nak tengok hari-hari laa macam ni.

Hahaha.

Ashraf Ishak said...

Ohmaigott...Damien Rice jadi panel AF.

Nak tengok hari-hari laa macam ni.

Hahaha.

Ashraf Ishak said...

Ohmaigott...Damien Rice jadi panel AF.

Nak tengok hari-hari laa macam ni.

Hahaha.

paperheART said...

ahahaha... "katanya" is simply magical. it can make or break a person. i survived quite a number of "katanya"s by ignoring.

i find this much more amusing tho:
"alia kata fynn kata dia nak bela anjinggg... omg!!"

imagine that going on...
"ida kata dira kata sape ntahh kata alia kata fynn bla bla blaa.."

along the way, confirm masuk nama org yg tak kata apa pun... aishhh...

Sara Musfira said...

KakFynn, jgn buat kami takut.

=]

cik tasha shafzan said...

ingatkan betul puisitepijalan nak tutup..
wat suspen jer..
hehe..
"katanya"...

Anonymous said...

hmm..orang sekarang ni, cakap main hembus je..

haiih~

DonCorleone said...

Let's do this. This has always been practiced during the Roman days. Lets hear the message but kill the messenger! U game?

adey manis said...

hehe =p

azhari azmi said...

haha..title mmg nice..pandai jugak ko manipulate.hahaha

scha said...

"dia da lama ngan ex dia, takkan dia nak pilih kau, yang baru dia kenal..", kata nya..

=sakit=
(T.T)

artakus said...

hahahaha.....'katanya' nak ditikam pembawa mulut tuh! ^_^

Ainee Cumi said...

k.fynn beshh!!

ayobkelubi said...

katanya si polan tu kenakan si polan tu sbb katanya si polan tu kenakan si polan satu lagi sebab katanya si polan satu lagi kenakan si anu yang lain sbb si anu yang lain katanya terkena dengan si polan yang satu lagi punya satu lagi.

haih.

Miea said...

kak fynn, td sy buka 8tv.
nampak kak fynn ada,
dlm the hoopers & ahli music.
dgn Yuna.
whoaaaa~

Para Jamaludin said...

*komen kali ini kerana word verificationnya ialah gamak padahal sudah dikomen sebelum ini.

katanya puisitepijalan tutup?

tergamak kamu wahai "nya".

tak payahlah. ishh!!

ayul said...

wah ayt ayt kamo telah menjukan kemataangan kamo dalam oenulisan.agak nye maner dtg ihlam penulisan tuh.
sayer bermiank sgt dgn setiap coretan yg di kiri kan.ayg yg berns sedp dn terlampau bungan bungaan