Wednesday, March 18, 2009

relevan, signifikan dan jujur: untuk aku.

aku cuma mampu senyum.

nampaknya ada yang merasakan entri lepas untuk dia. merasakan aku terlalu mengangkat diri sendiri dan meletakbawah manusia lainnya. merasakan aku memberi batu di depan muka, dengan bahasa paling jahat, kerana aku mencelaka.

aku memang suka untuk sekadar mampu senyum.

sudah banyak kali, bila aku menulis tentang apa2 atau siapa2, yang tidak ada kena-mengena akan pedih lidahnya. dan seperti biasa seperti yang banyak kali itu, tidak perlu untuk aku relevankan apa2 dan siapa2.

inilah yang aku mahu, sebenarnya.

kebijaksanaan berbicara dalam samar, membualkan semata2 konsep dan idea, adalah erotis. kerana sesuatu yang tidak jelas adalah menggoda. seperti wajah yang terselindung di sebalik cadar kecil itu terlalu menimbulkan soalan. apakah bibir gadis itu sesempurna matanya yang terlihat di balik purdah hitamnya? seperti susuk gadis yang terselimut disebalik kebaya polos berwarna merah jingga. apakah mulus kulitnya segebu yang aku bayang di kepala?

ilusi adalah sesuatu yang terlalu seksi.
maka bermimpi dan berfantasi itu penuh kebarangkalian yang merbahaya kalau disalahguna.

membayangkan jejaka idaman menegur kita.
membayangkan dinaikpangkat dan dapat wang berjuta.
membayangkan mengelar leher si celaka.
membayangkan rumah baru sebesar istana.

*senyum*

aku baca tulisan sarah tadi, dia menulis tentang perkara2 yang hendak dia laku dan capai sebelum mati suatu hari nanti. dengan futnot yang aku rasa begitu mengedukan, aku bisik: "bijak." dia akhirkan entri terbaru dengan soalan "bagaimana semata2 menulis ttg impian boleh bisa membuat senyum?"

benar, kan?
ilusi itu euphoric.
sesuatu yang tidak jelas itu mistik.

lalu biarkanlah bilamana aku memilih untuk terus berbicara dalam bayang2. terpulang engkau andai memotret wajah karektor kisah2 aku itu suatu kemestian. tapi tidak perlu untuk engkau soal2kan andai dalam fikiranmu aku tidak berlaku adil pada watak2 cerita.

*senyum*

kalau kau rasa aku sedang melukis dirimu dalam entri aku, ish, itu akal kamu. perlu apa aku peduli2kan? kalau kau rasa aku sedang berbahasa halus mengejimu, ish, itu rasa kamu. perlu apa aku dodoi2kan?

tsk tsk tsk.
manusia dan pra-hukumnya.
manusia dan kewajipan mengetahui segalanya.

sudah ada verdict, padahal itu semata2 predict.
"aku tahulah! aku ada instinct kuat"
"aku sangat tahu! aku ada firasat"

*sengih sumbing*

apa pun, aku harap entri puisi tabloid tidak mematahkan semangat sesiapa. sekali lagi aku tekan, kalau benar kau menulis kerana kau hendak menulis, apa yang aku bilang, atau sesiapa saja hamburkan pada engkau, tidak akan memberi makna apa2. kalau benar engkau jujur hendak berbicara langit, teruskan.

aku tidak hina tulisan bagus atau tidak bagus.
aku tidak julang aku abadi dan halus.
aku berkeras memberi amaran pada yang hendak menjadi sesuatu yang lain itu.

menjadi pujangga kerana itu kecintaan gadis yang kau buru.
menjadi penulis kerana itu sesuatu kehebatan yang baru.
menjadi pemuisi kerana itu tidak sesusah memetik gitar.
menjadi penjiwa kerana itu menunjuk kau berhati besar.

demi untuk pameran.

dan kalau kau dalam minoriti yang merasakan aku mengerdilkan siapa2,
aku akan terus senyum sahaja.

sebab aku menulis ttg seseorang dengan memberi ciri2. dan ciri2 itu aku kepilkan dengan contoh2. dan contoh2 itu begitu am lalu aku lambangkan dengan realiti2 rawak.

cuma, sahabatku, kalau ada antara cerakinan itu yang terkena atas batang hidungmu, itu yang buat kau terlatah dan marah. kalau pula tidak ada kena-mengenanya sama kamu, yang kamu rasakan aku ini terlalu angkuh, *senyum* sukahatilah.

ini hidup sementara, kawan.
tak perlu obses sama sesuatu yang tidak signifikan.
merugikan.

aku, tempoh hari, berbual ttg satu konsep yang relevan.
signifikan untuk seorang aku.
picisan dan tidak relavan sama kamu.

tapi jujur.

*senyum*

13 comments:

[siti] said...

yang tidak releven itu mcm biskut kering. kunyah sedap rangup, tapi mulut terasa kering. perlu air baru rase lega balik. lepas dah lega makan lagi.

Ayyman Rahim said...

Terima kasih, masuk dalam jiwa kak :)

Anonymous said...

senyum saje.mahu ketawa ada jugak.bole kah?

;)

Sara Musfira said...

Nice one kakFynn.

:]

nuridrin said...

kembali ke sewaktu mula di sini.
picisan dan tidak relevan sama kamu,
tapi jujur.

:)

ayunimadarina said...

mana pegi sis?

joegrimjow said...

heeee
kisah untuk buat org sedar
bukan satu kisah yang senang
perlu sertai dengan jiwa yg murni juge

yg murni 2 la resenye ramai yg xley buat

azhari azmi said...

hehe..aku da agak ade org x puas ati..style la ko post yg ni lak..nice2!

hatifragile said...

takkkk!!!
kakak comel dan cantek.
saye sayang kakak.
muah! hihi

Daisy Biru said...

baru tengok video tingkap kecil...

hum, hebat a yang baru ini

Anonymous said...

xpaham.

Farah Rosni said...

jujur. itu paling penting.

Ezan Nur Ayub said...

memang mendalam..