Sunday, March 15, 2009

puisi tabloid

aku tidak ada manual untuk kamu2 yang hendak jadi penulis. aku juga tidak reti, sebenarnya, untuk memberi markah kepada tulisan kalian. aku paling kekok bila kamu2 minta aku ajarkan cara2 berpuisi.

aku memang blur.

tapi itu bukan bermakna aku tidak bijak dalam berkongsi bagaimana aku melakukan apa yang aku lakukan. kalau ada yang tanya, akan aku borakkan. kadang2, bila tak ditanya pun, aku dengan tidak segan akan bercerita.

ya. aku becok.
*senyum*

aku rasa seronok juga melihat puisi tiba2 menjadi satu budaya yang indah. dengan ketekunan teman2 gilakan bahasa, tidak kira sastera atau bahasa jalanan, genre puisi makin lebar. tidak lagi segan kalau hendak khabarkan pada orang "aku budak puisi", atau "aku perform kata2 langit". semakin ramai tidak kisah dipanggil pujangga. perkataan "budak emo" atau "budak jiwang" diganti dengan "budak deep" atau "budak art". puisi, akhir2 ini, jadi fenomena kool.

tapi aku ada satu soalan. bila yang kamu boleh panggilkan diri kamu orang puisi? atau bila yang kamu bisa akukan diri itu seorang seni tulisan dalam?

apakah dengan sekadar membuka blog dan menulis ayat2 tidak lengkap dalam beberapa baris, dan merangkanya dalam perenggan2 kecil, dengan makna yang agak tergantung2 demi utk dianggap deep, kamu sudah cukup untuk memakai tanda nama "orang puisi"?

apakah dengan membobrok hidup yang sebenarnya tidak adil (pada pandangan kamu, tapi sebenarnya dilalui sepuluh juta lagi manusia di dalam negara kamu), dan menulisnya dengan bahasa2 yang agak menyiat dan mencincang, sudah cukup untuk kamu agungkan bahasa itu atas nama "seni puisi"?

semua orang adalah penulis.
waima mencoret "saya suka makan nasi", kalau dicanting bukan kerana disuruh, tapi dari dalam hati, tetap penyata itu kita namakan penulisan.

semua orang adalah penulis.
kalau tidak, dia buta huruf.
bezanya, apa yang kamu tulis.

ada yang tulis tentang ayam. tentang sabung ayam, balung ayam, cakar ayam, kandang ayam. ada yang tulis perkataan ayam, tapi menulis tentang orang.

menulis puisi sekarang sudah macam jadi penyanyi indie.

dan seperti suasana industri musik kita yang sudah mula sedikit2 surut ke-indie-annya, aku yakin kerancakan pemuisi celup ini akan kebah. aku sedang tunggu bila culture ini akan reda. sebab aku nampak puisi hari ini sudah ditabloidkan.

tabloid: kerana bunyinya murahan.

hey. aku tidak marah sesiapa, atau merendah2kan sesiapa. aku ajukan gelaran puisi murahan pada mereka2 yang menulis dengan bayangan orang lain. orang tulis tentang matahari, kau tulis tentang bintang. orang tulis tentang laut, kau tulis tentang batu karang.

murahan kerana kamu tidak jujur dengan apa yang kamu tuliskan.
dan apa yang kamu tulis, wajah orang lain yang tercalar2kan.

rasanya persis kejelekan aku melihat anak2 zaman sekarang yang beruntung kerana slr sudah turun harga, yang membeli sebiji semata2 untuk digantung di leher dan menangkap sesuatu yang kononnya deep, tapi tidak ada makna.

oh kamon.
aku pun bisa klik shutter menghadap lidah anjing yang ada air liur sedang menitis, dan aku berikan caption "sejijik air hatimu".
maksud aku, kenapa perlu terlalu yakin kau mengimprovasi sesuatu, sedangkan jelas kau sebenarnya semakin menghenyakkan sesuatu itu.

contoh mudah, mamat akademi fantasia dari johor yang menyanyikan lagu jeritan batinku, ciptaan agung dan cukup berat untuk dijiwai oleh penyanyi sedia ada sekali pun. aduhhhhhh!!!! tersiat2 aku dengar suara dia. nasiblah aku bukan di kalangan budak2 (yang terang dan nyata dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun; aku teka mereka adalah budak2 shuffle dari maybank bukit bintang atau times square) yang terkinja2 di platform konsert itu.

kalau aku ada di situ, sah kena maki, sekali dengan balingan kasut ke postur badannya yang seperti berjoget tarian lesung batu dari serawak itu. betapa yakinnya mukanya tatkala dia katakan "saya bawa versi asal pun boleh, versi rnb pun boleh".

*sedang bayangkan kasut ke mulutnya*

entahlah. kita tidak ada ramai penyanyi yang menyanyi dari jiwa. nyanyi sambil pentomin, ramai. maknanya, sambil menyanyi, sambil berlakon.

tapi itulah... nak kata rupa boleh jual, tak tahu juga. amir dari kelantan tu, yang raja lawak tu, aduh.. tak paham aku macammana konsep bangang dan bahlol pula yang boleh pergi jauh. aku seorangkah yang jelik dengan kebodohan dia? nasib baik adlin pun sama fikirnya dengan aku.

motif aku dalam tulisan hari ini, orang malaysia kini sangat sasar.

kita cakap kita tegas. maka seharusnya bila kita kata kita nak A, bermakna A sahaja. ini tidak. tidak ada A, boleh juga B, ada masanya C pun boleh, itu pun dengan syarat D itu ok, blablabla.

apa yang kita nak sebenarnya?
konon nak kualiti. tapi yang kita junjung tetap alas kaki.

apa yang KAU nak sebenarnya?
jadi orang puisi?
tiba2 tengah makan kau nak bersajak tentang denting sudu mencecah nasi.
jadi orang gempak?
tiba2 tengah borak kau nak cerita tentang angin menyusup ke liang kukumu?

boleh. takde masalah.
tapi aku cakap jujurlah,
kau sangat fake.
dan kami semua dapat rasa yang kau bersungguh2 sangat.
tak ikhlas la, kawan.
jadi, tak sedap.

sebab tidak semua benda yang orang tidak faham itu seni.
sebab bila bahasa yang tidak menjadi, bunyinya macam orang buta grammar.

entahlah. aku pun tak tahu macammana hendak cakap.

tulislah, tapi jujur.
nyanyilah, tapi luhur.

tiga tahun dulu orang cakap, "fynn, baliklah. suara kau bukan mcm Mocca", aku senyum.

AG selalu cakap, "fynn nyanyi ikut hati fynn. lantak pi la orang". akim kata, "yang penting kita rasa, dan aku boleh joget". karem kata, "aku suka je fynn. biar la orang".

aku rasa kawan2 dulu, yang papah aku naik pentas untuk mula melancang puisi, merekalah yang gagahkan aku untuk jadi aku. sebab mereka tidak marah kalau aku sumbang. tidak perlekeh kalau aku macam haram.

yang penting aku jadi aku.

lalu tulisan ini adalah untuk kamu2, yang asyik hendak jadi ini dan itu, selain diri kamu. dengar sini, dan anggap ini teguran, amaran atau peringatan:

you suck as someone else.
bila kau hendak jadi Ahmad, kamu akan dibandingkan dengan Ahmad.
bila kau jadi diri engkau --kau hancur ke, kau goyang ke-- orang akan bilang, "itu memang dia".

kalau kau degil, janganlah marah bila aku cakap kau corny dan cliche.
nasib baik aku tahu pasal kau dari orang lain.
kalau aku jumpa sendiri, haih...

dude, kesianlah.
hidup kau pura2.
dan berpura2 untuk impress cinta?

pathetic-lah.

54 comments:

L0nEvEeD said...

agree...

be urself...

xpyah nk copy org...

[siti] said...

bersetuju sama kamu, seperti sgt beratnya aku bersetuju tentang gantungan slr2 dileher semata mahu kelihatan kool. ambil gambar lopak sudah kire hebat. heh.

ramai sgt yang sudah hilang kejujuran. Waktu indie, sama2 mau indie, waktu puisi, pun mahu puisi. Seperti mahu jadi yuna atau anna atau wani ardy.. tapi hanya pada suara mungkin, jiwanya tiada atau kureng.

pada siapa saja yang kamu maksudkan, get a life lah kan?

*suara jiwa kamu siapa bisa mimick?

jiwa kacau said...

bia la apa yg org nk kata...yg pasti aku ske ko spt yg aku kenal n aku akan sentiasa tenang ble aku baca tulisan2 ko...n ko sentiasa ada ble d perlu kan ;) TQ.

jiwa kacau said...

bia la apa yg org nk kata...yg pasti aku ske ko spt yg aku kenal n aku akan sentiasa tenang ble aku baca tulisan2 ko...n ko sentiasa ada ble d perlu kan ;) TQ.

Sofia Nin said...

kak fynn
dahsyat!
kata2 nya dalem :)

CHINUT said...

salam~
amir raja lawak tu mmg x best,
mksd saya
TAK BEST.
xfhm cm ne bleh ke final..
sigh~

CHINUT said...

amir tu mmg tak best,
mksd saya,
T.A.K B.E.S.T

Anonymous said...

uhhh. mendalamnya. dan setuju. hurmph, setuju!

Tinta Insyirah said...

coretan yg sgt sgt sgt baik untuk ksihatan minda :)

hzrh said...

trend SLR DI KALANGAN BUDAK2 mmg betul2 hangat!
padahal ntah2 cuma tahu menekan punat klik tu je.. (sy pun tak tahu nak panggil butang ape..butang klik pun boleh la kan?sy tkde SLR..xD )
haihh~

ps:mamat AF Johor tu mmg hancur sgt..komen plg melampau dri pengkritik adalah ttg seorg peserta yg dikatakan SUDIRMAN..tolong lah!

Anonymous said...

salam..best sgt blog nih..updatelah selalu..sonok baca..

Tini Rahim said...

ada kes plagiat lagi ke kakfynn? mcm kes plagiat puisi Cinta Kita Atas Atap tu?

Tini Rahim said...

ada kes plagiat puisi lagi ke Kak fynn? mcm kes plagiat puisi Cinta Kita Atas Atap tu?

Tya Matdiah said...

i can't agree more with you. it's a curse of my generation, too many wannabes and too scarce originality.

hopefully i don't end up the same *shudder*

ochs widdle said...

kakak.

gembira kamu kembali=)

Ili Khalil said...

oh fynn, macam mana bunyi puisi orang yang berpura-pura?

puisi aku terhasil bila emo sahaja. waktu gembira, belum bisa terhasil puisi yang luhur.

nenasoren said...

huu.betul fynn. tepat skali sume kata2 ni. mereka masih mencari jiwa masing2. masih mencari identiti diri sebenar.

h a r i z, H said...

huh kak fynn. selalu saya baca, tak terasa nak komen. baca dalam diam. hadam perlahan2.

dan, saya sgt setuju bahagian slr itu. aiseh. saya yg betul2 minat fotografi dari kecil pun sakit mata tengok. bendanya sudah jadi kelab slr, bukan lagi kelab fotografi.

kalau masuk mana2 thread kat dalam internet ni, orang veteran suka guna ayat, "camera is merely a tool, the man behinds it, determines it".

bila sy bersembang dgn org yg lebih hebat dan minta tunjuk ajar, ada saja dia bercerita tntg kenalannya, kamera rm 10k, tapi, aparture dan shutter speed pun tak tahu apa.

haih. nasib saya di negara slr mahal nak rak saja. (2x-3x mahal dr malaysia). tunggu balik msia bulan 9 ni baru terkabul hajat.

aih...
manusia...

hadi anuar said...

yang ni best.
;D

Nurul Binti Ibunya said...

wah..
speechless..
sapa yang tak pernah makan cili pon boleh terasa pedasnya..

susudalambotol said...

terlalu nak mengikut. last-last jadi manusia plastik.

the disillusioned said...

aku mengerti akan pengisian ini. youre right and youre good.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

kak fynn..betol 2..just be urself..
kadang2 idea keluar mcm 2 je..
xperlu berpeluh memikir ayat utk jd pemuisi deep n gempak..

luah ape yg rase..
walaupun xrelevan tp jujur [kata kak fynn]..

^_^

LaDy_ZeRa said...

best baca entri kali ni, nway i juzt wanna say..

baek jadi dr sendiri dr hidup dibayangi org lain..kalau hidup hipokrit takkan ke mana punyer..

Eerie Liuvyx said...

pelik,
kenapa tak ada orang komen lagi?
satu entri yang sangat bagus,
dapat buka hati ramai pihak.

Shaira Amira said...

finally!!!

thanks kakak. :)

p/s: doakan mira lepas ke gombak bulan 7 ni.

Sara Musfira said...

I just love language. Thanks kak Fynn.

:]

Ayyman Rahim said...

Okay betul tak fake ni,post ni best. Ya, orang tak mengaku diri dia macamtu tp org yang akan bg gelaran.


Macam bdk2 zaman skrg, dia cakap "Aku budak indie" jadi faham2 lah dia bukan indie semua ni. Cakap lebih. Bila terlalu poyo macam ni, nampak mcm trying too hard untuk jd sesuatu.


Oh, puisi saya ikut jiwa. Tapi kita tak berpuisi masa cakap dengan kawan kan? Haha

iYda Juhar said...

aku anak2 dari tahun 80-an. mase kat sekolah dulu,ramai cakap aku minah jiwang yang emo. betol pon. aku tak peduli pon. aku suke menulis,walaupon aku tau kekadang aku merapu. sedap ker tak,aku pon tak tau. aku hanya mau tulis. sebab diketika itu jiwa aku amat suka bertatih mencari ayat-ayat indah. jiwa aku ada pada ketika.

aku amat suke dan kagum pada mereka yang pandai nulis dan boleh buat jiwa aku cakap "tu diaaaa". kekadang bole motivate aku. kekadang boleh sedarkan aku. kekadang boleh mengingatkan aku pada sesuatu.

tapi skang aku dah macam kehilangan "sesuatu". kakakakakkahh.

aku suka penulisan kamu. aku pon tak tau kenapa. itu saja.

(;

syda ibrahim said...

sekarang ni semua org nak menyanyi,
tak pndai nyanyi,kita rapping pula.
ah,kak fynn byk pengalaman dlm puisi,
mungkin boleh kata puisi dah jd fenomena namun semuanya fake dan tak beri makna pun.
sy pun mula berfikir sama ada saya juga fake atau sy ni hanya bayang2
dlm dunia puisi sy yg tak kemana ni.

sy juga minat puisi,
tapi puisi2 saya masih dekat sini.
tak kemana.
yang fake,semua dah di depan sy.
sy dibelakang lagi jauh.
mungkin lebih baik sy steady disini,
sbb kalau sy keluar nanti,ramai yg memaki.
;]

aina syaqilah said...

kakak, saya juga tulis puisi


dulu bila saya tulis puisi
mereka kata saya minah jiwang
saya buat tak peduli
ia datang dari dasar jiwa
saya tidaklah mahu terlalu dianggap orang puisi
saya tidak menulis tentang sesuatu yang tidak relevan
dalam puisi2 saya, saya menjadi pemerhati manusia

saya tulis lagu juga
kakak, saya mahu hantar email pada kakak ni
kalau free, kakak baca ye

joegrimjow said...

nada marah je ni

ade org yg xtau macam mana nak jadi pemuisi
2 pasal TERjadi fake
org macam ni mesti sedar setelah bace entry ni

ada org mmg tau jadikan dirinya fake
suka fake kan benda karangan orang lain
org macam ni klu baca entry ni, follower pon mgkin terus xjadi follower

selamat berpuisi

Bobby Nuurri said...

ini stylo. sumpah.

zaidharis said...

aku percaya,malaysia ada ramai pujangga,hang dikelamkan,biar hilang,bila mati,mungkin terang.

azhari azmi said...

weh ni mmg terbaik weh..
aku mmg ternanti nanti ko nk post something like this n finally its here..ye la..ko rmai followers weh..so when u say something, follower ko sure akan take note..whether u realize it or not, u have more or less the ability to change something bigger than other common people..mcm aku, if aku say something org xkan take not coz aku xde follower..mcm ko, ko ade follower..dats the different..mungkin ko perasan kot situasi yg dinyatakan..anyway, all the best sis.

Anonymous said...

puisi nk ikut trend,mcm fesyen biar kuantiti yg bertambah... tapi dalam kuantiti tu mesti ada kualiti dia... benda tu bukan pasal trend budak2 skng, tapi it's about winning and keep winning among them.

daripada ko menghalang, baik ko perbetulkan, daripada ko hina baik rendahkan riak kamu tu..

Nurul Khairunie said...

out of all the words that i read today, i love this one the most - written by you.

bab 'gantung slr' tu yg memang best. sebab nowadays slalu nampak budak2 pakai slr ambik gmbr konon2 seni, padahal pakai auto mode.

often i stumble upon blog budak2 yg tulis puisi deep dengan sepatah2 perkataan cuba untuk menjadi seperti fynnjamal, anginpastibertiup dan beberapa ikon lain lagi. but really, i don't get what they're trying to say.

salute you. hope your entry will be a good advise for the wannabes out there.

Anonymous said...

kak fynn....bole ke...klu kite xphm sumthing tu tp kte tetap suke...

kdg2, saya xbape phm mksud dlm tulisan kak fynn...ade part tertentu je yg saya dapat tgkap tp bila renung kseluruhan...saya rasa,saya dapat tgkap.

zzzzz said...

kakfynn,cool down. nanti adik2 yang sayankan kak fynn akan terasa sbb dorg budak2 lagi tak faham dan tak matang.
lama dah syah tak masuk sini. sibuk.sekali masuk,entri yang cukup dan mampu menyedarkan org. tapi setuju dgn apa yg ditulis dlm entri.
kudos to you. write more. (kalau ada masa)

Eman said...

well said :)

Para Jamaludin said...

es o so, kay o en ji kong.

kak fynn, rtu nk join poetry yg kt uia, tp kena balik sbb mak masuk spital. huu~

slr tu saya maw beli, tapi tade duet n tak jadi beli lagi.

bcause it's not about the camera, it's about talent. haha.

anyway, tabik post ini.

pap said...

assalamualaikum,

tapi bila fikir balik agaknya siapa la diri kita sendiri nak judge orang lain samada dia fake ataupun dia memang tulus melakukan itu dan ini, betul?

biarkan mereka berpusi fynn, itu hak mereka. samada mereka fake atau tidak, itu tetap hak mereka.

bila kita pandang mereka-mereka itu jelik, bezakah kita dengan mereka yang dahulunya memandang kita jelik sewaktu kita baru ingin belajar mendalami sesuatu.

kita belajar dari kesilapan. bimbing lah mereka, jangan maki mereka. tunjuk mereka jalan. baru semua hidup riang.

biar mereka ego jika mereka ketepikan nasihat mereka, mungkin dari situ timbul sesuatu yang baru?

tak salahkan jika suatu hari nanti semua orang berpuisi? best nya.

:)

kesilapan memang merosakkan, tapi tak mustahil ia boleh diperbaiki dan malah, bertambah baik lagi. kan?

dulu zaman hip-hop, saya pun hip-hop. itu 9 tahun lepas punya cerita. tapi dah zaman indie haritu, tak terikut pula. saya terlalu muda 9 tahun lalu untuk berdiri sendiri. mereka yang terkinja-kinja di hadapan bangunan maybank hari ini pun begitu. jadi janganlah maki mereka yang masih muda dan sibuk mengenal dunia. nanti kita dianggap oleh mereka sebagai golongan adults yang berfikiran cetek pula, kan?

nasihat, bukan memaki.

;)

mrberett said...

wahhh..makin bersemangat untuk mengharungi hidup ni bila baca entry ni

[n] said...

Spot on.

:)

pap said...

assalamualaikum,

mungkin betul kata fynn. tapi mungkin juga salah. lagipun, siapa kita nak judge samada mereka fake atau tidak? mungkin apa yang mereka tulis benar-benar datang dari hati, cuma dari persepsi kita ia tidaklah se-original ataupun ikhlas dia canangkan. kan?

isu adik-adik kecil di luar sana terkinja-kinja shuffle di hadapan bangunan maybank, ya, kadang-kadang sakit juga mata tengok mereka. tapi bila fikir-fikir balik, sejauh mana lah kematangan budak-budak tu nak fikir mana yang elok dan tidak. memang mereka dah besar, boleh berfikir, tapi manusia buat salah. bukan saya kata biar mereka begitu, cuma, nasihatlah jika benar-benar ambil berat. jangan maki saja. mereka seperti kita fynn, manusia, juga belajar dari kesilapan.

manusia buat silap, maafkan lah. bimbing ya, bukan maki.

:)

pap said...

maaf, tadi ingatkan tak send lagi comment tu. tu yang ter-send banyak. maaf maaf.

:(

Anonymous said...

puisi melambangkan isi hati seseorang.
per-setan-kan ape org lain nk ckp.
yg ni, jujur!
;)

.L A L A. said...

benar.
aku mungkin diantara yg kak fynn katakan 'fake' itu.

tapi aku bukan golongan slr.
bukan tak minat. tapi kurang pasti cara mahu mahirkan diri.

bagi aku,
contoh yg bagus itu dah ada di depan mata, hari2 bersuluhkan kata-kata yg sama, mcm mana tk terpengaruh ?

terpengaruh tidak bermakna fake kak fynn. betul,tak perlu tiru apa yg orang buat, tak perlu gantung slr di leher semata-mata mahu menunjuk. tak perlu semua itu, sebab yg penting semuanya datang dari hati. kemudian baru lah kita develope dan kembangkan jadi identiti sendiri.

kan ?

Anonymous said...

ya, aku setuju. jgn terlau nak judge org.

kau umor berapa, mahu judge budak sekolah, umo belas-belas. nak judge budak2 yg baru kenal dunia, sgt buang masa.

boleh kasik rewind kau dulu macam mana??

aku rasa ramai kenal kau dan kenal zaman kau masih belasan,dan zaman kau belum berkahwin, bertudung seperti yg kau hebahkan.

mungkin bukan bdak shuffle, tp...
kau sendiri fikir.

biarkan mereka nk berpuisi, bukan tugas kau jadi cikgu bahasa nak tanda satu.

dah kata follower kan. mesti la mereka 'ikut'berpuisi.

pasal kenapa lawak bangang bahlol yg kau makikan pada amir. sedarkah kau bukan kuasa amir atau juri yg layakkan dia masuk final? rakyat malaysia la bangang dan bahlolnya kasi sms. dan jangan nak tidakkan kuasa Tuhan dah bagi dia rezeki.

juga pasal dslr. jgn la nk masuk entri ko lagi, dah bersepah dah org komplen. tp, biarlah, bukan kacau rumahtangga kita kan. hobi itu xpayah nk jadi pro lah.

ok kawan.

kurangkan maki, kurangkan RIAK dalam diri.

Anonymous said...

aku rasa kawan2 dulu, yang papah aku naik pentas untuk mula melancang puisi, merekalah yang gagahkan aku untuk jadi aku. sebab mereka tidak marah kalau aku sumbang. tidak perlekeh kalau aku macam haram.

kalau aku rasa benda yang sama tapi kau tetap kata aku fake, aku perlu ikut setuju?

jujur aku nampak orang2 di atas macam membabi buta setuju dengan kata kata kau. apa mereka tiada pendirian? yang mampu menilai hanya tuhan yang mencipta bukan makhluk yang dicipta. kalaupun nak menilai, diam sebentar dan cermin diri. pernah kah aku lalui zaman itu?

aku bukan nak cari gaduh. aku juga boleh menulis bukan?

maaf kalau ada yang terkilan.

Anonymous said...

kenape eh.. aku rase main point yang k.fynn nak cakap adalah ini je;

lalu tulisan ini adalah untuk kamu2, yang asyik hendak jadi ini dan itu, selain diri kamu

lagi satu quote,
"you suck as someone else"

digest yang ni cukup kot. tak perlu hangin sangat kalau contoh2 tu ade yang membakar hati.

tapi kan k.fynn; kalau saye pon tersalah digest gak.. er.. er..

*terkebil-kebil*

.L A L A. said...

kak fynn,
sorry for the corny comments.
terlihat post baru di mana kepingan comment saya terpampang atas reason utama untuk didebatkan.

maaf jika apa yg saya tulis itu salah. tapi mohon untuk beri tunjuk ajar, sebab saya masih baru. corny dan cliche maybe, but thats me.

cuma, saya boleh kata kak fynn banyak beri pengaruh pada saya, tapi tak bermakna saya nk tiru kak fynn bulat-bulat.

sangat tak best lah kalau saya tiru kak fynn sebijik sebijik.
i know my limit kak fynn.

jadi ungkapan sorry itu cukup tak untuk buat kak fynn tak marah dengan saya ?


*kenyit mata*

puteri natasya said...

sy suke paenulisan akak

Lisa said...

kelakar bila baca comment orang marah2 pasal benda2 yg benar.