Wednesday, February 6, 2008

Tentang menyimpan roti terakhir aku andai kamu lapar di hujung hari.

bangun pagi. rumah dibiar bersepah. saja dibiar serabut, supaya synchronize sama kekacauan di dalam kepala.

terus ke universiti, menghadap pelajar2 seksyen 4, antara kesayangan. kumpulan cerdik dan nakal. provokasi dan manja. untuk 2 jam itu, terasa lupa segala kebosanan.

aku sepatutnya sudah boleh pulang, tapi seperti biasa, berjanji dengan abang aku yang memang dasarnya memutar alam, jadual disusun semula. kami akan pulang jam 10 pagi esok. berani aku kerat jari, jam 12 tgh hari masih akan aku di sini.

apa malang punya abang lahanat sebegini.

aku rasa ubat jiwa aku buat masa ini cuma senyum abah, gelak tawa ibu dan keletah adik. terakhir kali berjumpa masa ina sepupu aku bernikah. itu pun cuma abah dan adik yang bongsu: nanie.

rindu achik dan ibu.

futnot: kerana kehambaran tulisan semalam, sengaja aku biarkan entri di draft.
------

ini tulisan aku hari ini, yang aku rasa, satu untuk minggu ini.

entah jam berapa baru akan gerak pulang. punya abang yang tak boleh diharap, tetap diandal buta2 semata kerana dijanjikan, sudah terbiasa.

tidak aku sangka konsep kawan yang aku cerakin dari hidup menarik banyak feedback. baik positif, baik negatif.

arm sayang, bukan saya tidak percaya cintakawan kita. tapi mungkin saya yang sudah biasa tidak beramai, tiba2 bingar dgn terlalu ramai manusia. atau mungkin terlalu cemburu dgn manusia2 lain yang lebih kool. lebih hingar. diangkat2 menjadi kita2. maafkan saya kalau saya mencari dunia kecil kita dulu. yang hanya kita2.

benar, beramai kan indah. tapi entahlah...
maafkan saya, arm. saya mmg tidak biasa.

tapi demi Allah, tiada yang saya sayangkan dlm dunia ini selain dari keluarga dan adik-breadik kecy kita.

kenapa aku begini, tuhan!!!!
tak cukupkah hati2 manusia aku rosakkan kerana jiwa gila aku ini??

kesimpulan di sini: aku mmg tidak pandai menjaga apa. semua jahanam kerana otak aku yang sentiasa menyeleweng dari fakta.

maka lari dari sini.
tinggalkan saya sama dermaga ini, menunggu anak naga saya yang tak pernah mahu muncul.

*sesuatu yang luar dari topik - kenapa saya manusia posesif dan terpencil*

kerana saya hidup, dari kecil, berdikari, sendiri, tiada teman, dibenci kawan.
saya cuma mahu satu, hidup saya disadari.
jadi bila sudah terjumpa berlian antara lumpur, saya menjadi gila dan ingin memiliki.
menjadi takut dan pedih untuk merasa tiada lagi.
tapinya bila terlalu ramai, saya akan hilang kembali...

jadi bagaimana...

maka sebelum saya dihilangkan, saya harus memanjat langit dan biarkan kenangan yang tersisa ini menjadi fasa paling membahagiakan. kerana memang itu makna kalian pada saya: kenangan yang terlalu cantik untuk saya tinggalkan di tepi jalan.

tak cukupkah kita2...
tak mahukan khemah buruk kecil yang saya bina?

dan untuk kamu2 yang mengerti tulisan saya, berani saya potong jari, saya katakan kita adalah manusia sama yang sudah terlalu biasa terpotong hatinya. kita manusia2 yang sudah hancur, sudah ranap dek hirisan berkali2, perkara yang sama berulang dari dulu sampai kini.

untuk itu, aku mengerti.
tahniah pada mereka yang hidupnya tidak merasa sunyi.
kamu tidak tahu betapa inginnya kami ini berada di sepatu kamu.

maaf lagi kalau entri lepas memberi ofensi pada sesiapa. pada hanafiah, yang mungkin sedang chuckle membaca tulisan saya lewat ini sambil berkata "haih, betapa singkat dan tidak matang". saya mengerti saya terlalu bermain dgn jiwa.

tapi inikan yang buatkan kalian suka pada saya..?
perempuan gila yang cintakan dunianya.

tapi segila mana pun saya, adik-beradikku, tidak pernah sekali pun akan kalian persoalkan keberadaan aku untuk menyambut jatuh kamu, kan?

kerana inilah sang aku, manusia yang sentiasa menyimpan roti terakhirnya untuk kalian makan andai pinggan2 emas kamu sudah kosong.

3 comments:

QaSiyh said...

kadang2 hati bertanya...
jika hari ini kita menyimpan roti terakhir buat mereka,,adakah mereka juga akan menyimpan roti terakhir buat shaye..???

[siti] said...

fynn
meski kasut kita bukan jenama yang sama
namun saiznya lebih kurang sama berbeda.

sy terasuh berdikari sedari kecil. Tidak termanja dengan harta dr org tua, andai mahu usaha sendiri. Ke asrama pun sekadar dihantar ke muka pintu. Seterusnya uruskan sendiri.

Teman2 juga tiada yang kekal lama. Sekadar kawan, namun untuk diangkat sebagai sahabat, semua periodik.

Umur hampir cecah 26
Kawan tadika - tiada
Kawan sek rendah - tiada
Kawan sek men - tiada
Kawan universiti - seorang, sering tenggalam timbul mengikut monsun
Kawan dewasa - beberapa
Kekasih - sedang berperang dgn perasaan

Rasa sunyi mmg menebal. Pernah rasa mahu aja dibohong diri, aku punya ramai teman yang mahu aku disamping mereka. Tapi bila jiwa tau pembohongan itu.. bagaimana lagi mahu dikaburkan? terus, merajuk jiwa. pedihnya.. bisa bikin nanar.

Tapi dah besar2 ni... hati dah letih memikirkan mengapa jiwa selalu sunyi, meski tinggal di rumah yang ramai penghuni. Jadi pada Tuhan saja tempat saya sandarkan kesedihan, yang sukar dimengerti makhluk lain rasanya. Pasrah saja pada ketentuanNya.

hanafiah said...

fynn,

tiada terfikir begitu. hak kamu untuk berfikir bermain jiwa, hasilnya indah.

cuma sahabat2 ini pembimbing agar kamu tidak sesat, peneman agar kamu tidak sendiri.

kamu tidak gila tapi kreatif dan kritis. bukankah Tun pernah digelar gila bila proton mahu dilahirkan, juga bila putrajaya jadi impiannya. makanya kamu juga istimewa.

posesif itu ada pada semua. tapi yang kekal abadi hanya satu, masih Dia. maka jangan takut lepaskan mereka pergi.

jika penonjolan yang kamu cari, bukankah kamu sudah dikenali? aku kenal kamu juga waktu kamu menonjol melagukan sang naga kamu. cuba kamu dengar itu, mereka panggil nama kamu, mereka kenal kamu, mereka sedar kamu.

dan rakan2? mereka disekeliling kamu, cuma juga ada yang perlukan mereka di sisi, maka kita perlu berkongsi.

dan terima kasih kerana kamu berkongsi kisah kamu, sungguh banyak yang saya belajar sejak kenal kamu.

roti itu, kamu lebih memerlukannya.

fynn, kasut orang tua ini pastinya lebih buruk dan busuk dari kamu. dan hari ini 7hb februari, hari cuti, kamu tau di mana aku? di pejabat melayan diri, sendirian.

aku yang pilih begini.