Sunday, February 24, 2008

tentang memasak soto

cara2 saya memasak kuah soto:

1) bawang besar, bawang putih, halia, serai dan garam dikisar halus.
2) lumurkan sama ayam, perap dalam beberapa ketika.
3) rebus terus sehingga daging ayam nampak putih.
4) masukkan air sebanyak mana kamu seimbang.
5) bila sudah keluar minyak, masuk serbuk soto/ rempah sup / apa sahaja.
6) tos ayam yang sudah masak, carik2 untuk dimakan ketika dihidang.

untuk kuah kicapnya:

1) bawang putih dan cili padi yang dinisbah 1:7 dikisar bersama gula dan kicap
2) perahkan limau kasturi ikut suka

bergedil pula begini:

1) kentang digoreng / direbus
2) tumbukkan sehingga menjadi doh
3) masuk sedikit daging cincang, garam, daun sup dan bawang goreng.
4) bulat2kan dan celup dalam telur.
5) goreng

dan jangan lupa malam sebelum soto dimasak, nasi himpit direbus dahulu, jika tidak, akan pecah2 dan tidak cantik.

apa relevan entri ini?
tiada.

cumanya, kenapa ada orang seperti aku sanggup bersusah2 dan berlenguh badan untuk memasak makanan komplikasi seperti soto ini?

mudah. kerana sayang.
kesanggupan untuk melihat keseronokan kawan2 makan apa yang kita hasilkan.
kebahagiaan.

seronok menjadi seorang bonda, kan? mampu melayar kasih melalui perkara2 kecil di rumah: memasak, mengemas, membasuh, segala.

padanlah sedih sangat hatinya bila setiap perkara yang sang anak lakukan tidak menepati jiwanya.
patutlah mudah berkecil hati bilamana sang anak tidak mempeduli dirinya.

maka janganlah bising bila mereka sedang sensitif.

konsep keibuan yang aku belum boleh miliki telah saya aplikasi pada persahabatan aku.
silap besarlah.

1) aku bukan ibu mereka
2) mereka peduli apa
3) mereka ada banyak hal lain mau dipantau
4) mungkin aku keterlaluan emosinya

andaikan, aku sedang di kuala lumpur, dan kamu di melaka rosak keretanya, tanpa sesiapa untuk tolong; aku datang.
kalau, kamu sedang hendak beli jajan semata teringin, sedang aku cuma ada 50sen di dalam kocek, dan itu wang terakhir aku minggu itu; aku beli.
jika, aku tahu bakal teman hidup kamu itu akan menghancurkan kamu, dan setelah aku pertahan dan perkukuh jiwa halus kamu aku dibenci seluruh dunia; aku sanggup.

mungkin, bagi engkau aku sekadar menjaja harap sahaja.
tapi cuba kau cuba.

dan aku tahu setengah dari anda pernah merasa kasih aku itu.
maka kamu faham apa yang aku sedang cuba katakan.

kerana aku ini pecinta tegar, pengasih tegar, pemberi tegar.
Berserabut juga tegar.

ha-ha.

tapi sedih pula, bila datang susah aku, habis dikira2.
kenapa ya?

"alah, benda kecil dibesar2kanlah fynn ni"
"apa dikecoh2kan? orang lain boleh buat biasa, kenapa kamu berlebih2?"

kalaulah aku ada jawapan soalan2 itu.

cumanya mungkin kerana aku tidak peduli untuk bersusah demi orang lain melainkan kawan2 sendiri, aku menggantungharap pada kamu2 semata utnuk menopang aku pada masa aku perlu.

dari hal sekecil makan sekali, hinggalah ke perkara sebesar langit.

haih.

siapa mau makan soto aku, mari sini meh.
aku sunyi.

12 comments:

nota.kematian said...

.....

perkara sebegini sering kali mencarik carik hati yang lama telah robek.

bukannya mengungkit apa yang pernah dilakukan sekadar mencari sedikit tempat berpaut tetkala ribut melanda...

ira said...

saya mahu soto itu k.fynn. =)

Anonymous said...

sudah lama tak merasa soto.
mahu!
-trulyme-

fynnjamal said...

nota/ira/anonymous:

kamu2 buat saya terharu.
sekarang kamu mahu,
lama2 mau makan nasi lemak pula.

:|

ira said...

saya kepingin soto k.fynn. post kan kesini ya?boleh makan soto. tunggu pulang.lama lagi.

hanafiah said...

pandai kamu masak soto johor, tapi jika dimasukkan sedikit kacang goreng, taugeh celur dgn suhun goreng mungkin lebih sedap.

saya baru lepas makan laksa johor di sebuah restoran di taipan. makan laksa guna tangan, kawan2 tengok pelik. tapi puan towkey datang tegur "pandai makan laksa johor guna tangan, orang johor ke?" he3x..

sensitiviti memang bagus, tapi perlu dikawal hasilnya. kerna itu kamu perlu berkarya, luahkan. para karyawan hebat adalah sensitif, mereka merasai dan mendalami, kemudian mereka luahkan agar yang lain dapat berkongsi perasaan itu. perasaan kamu sampai, seperti badut2 itu juga.

Anonymous said...

saya suka makan soto...
dan akan saya gune resipi kamu itu k fynn utk masak soto ku...
resipi yg berdasarkan kasih sayang...

weirdwEEda said...

kamu rotan saja anak2 yang tidak mendengar kata dan degil itu ;p

^-^icha^-^ said...

cha mau fynn ;)

fynnjamal said...

hanafiah:

badut. hah. kitalah tu.

anonymous:

kalau sudah dgn kasih sayang, telur goreng pon rasa sedap.

weeda / icha:

manis lidah.

none of your business said...

sy nk! sy pun sunyi jugak!

kamu lebih bernasib baik fynn, at least kamu ada ramai kawan2 lain

sy tidak.

Farah Rosni, said...

masakan kasih syg, sedap walau apa jua.