Friday, February 29, 2008

terbanglah matahari

terbang

hey nyawa, jangan lepas tangan,
paut sini, aku sedang hulur jemari,
harus kuat, harus penuh semangat,
kencangkan nafas, kamu harus menari.

hey nyawa, jangan putus dari badan,
aku di sini, memangku bahu kamu,
mesti gagah, jangan kau goyah,
biarkan dia mencari si awan biru.

hey nyawa, jangan kamu rasa sunyi,
mari sini, aku popokkan dodoi cinta,
perlu tegap, dia sudah penat hinggap,
jangan kamu minta dia pergi dengan kata.

hey nyawa, menangislah engkau,
habis-habiskan meronyok jiwa,
tidur sekejap dan bangkit di dinihari,
depang tangan dan lambai pergi dia.

hey matahari, andai datang gerhana,
datang sini, tetap engkau aku pujukkan,
tidak akan meminta-minta sinar lagi,
cuma dari atas itu, lihat-lihatkan.

2 comments:

Hanafiah Ghazali said...

fynn,

jika tiada titik hujan
manakan wujud pelangi indah

jika tiada gunung berapi
manakan subur tanah di lembah

jika tiada asam cuka di dapur
manakan sedap masakan bonda

bagus kita punya akal dan jiwa
akal; cara masaknya
jiwa; rempah ratusnya

ada akal tiada jiwa
entah mana rasanya

ada jiwa tiada akal
entah apa masaknya

haneejane said...

"di dalam hati aku bertanya pada jiwa hati sang lelaki yang aku rindu, jauh dari aku ketika itu:
wahai kamu, tidak kasihankah pada aku? apa sudah benci sekali sama aku? kenapa tegar sekali aku dibiar begini? di mana kamu?"

soalan itu bertalu2 berlagu dalam hatiku fynn. suatu tika dulu.

"sayang, dulu kau pernah janjikan bulan itu kau akan beri pada aku
dan pernah juga aku gantungkan bulan itu di dalam bilik
setiap malam ku pandang
setiap malam ku lihatkan
setiap malam ku raungkan
setiap malam ku ceritakan
setiap malam ku katakan:

"hey, bulan,
cintaku hanyalah kepadanya"

seperti yang bodoh fynn, aku dulu setiap malam berpesan pada bulan untuk sampaikan rinduku pada sang lelaki itu. rinduku tak bersahut fynn.

aku tak pernah bohong soal hati aku pada sang lelaki itu. tapi sayang, tak sudi utk didengari.utk dilihati. utk dijagai. utk dihargai.

akhirnya aku pergi.membawa hati yang rindu pergi jauh.hatiku hancur.berkecai. tapi waktu aku berjalan jauh, masih ada insan yang mengutip apa yang berkecai itu. dijadikan satu. walaupun disatukan kesannya tetap nampak.

tabah fynn.aku tegar. kerana 9 tahun aku persembahkan cintaku pada sang lelaki yang sungguh indah di mataku. akhirnya aku rebah. kerana cintaku tak seindah lelaki itu di mata aku.