Wednesday, February 27, 2008

defensi si gila

semalam sebelum sampai rumah, aku singgah tesco. beli sengkuang.
semata2 nak beli sengkuang.

ahad lepas aku beli dua ekor hamster. aku rasa kalau aku ada binatang, aku ada tujuan hidup sikit. sebab aku kesian kalau binatang mati di bawah jagaan aku. mcm marisol dan spooky, kucing aku dulu.

jack, salah seorang anak aku yang dihantar kampung mati. aku baru tahu tadi. sebabnya, depresi. rindu aku, mereka kata.

hamster yang aku baru beli itu pun adalah sebenarnya yang ketiga dan keempat. hari yang sama, aku beli dua ekor. mati dalam kereta ketika aku naik pejabat sekejap. bukan lama pun. tapi malaikat maut saja nak buat aku rasa kelakar macam ni.

terima kasih. aku ada banyak lagi anak. bunuhlah.
memang best rasa hilang benda kita suka.

kau ambil dari aku, aku beli lain lah.
apa masalah.

*diam*
ish, apa ni. nak mati murtad ke kau ni fynn!

lepas ke tesco, aku pergi ikea. beli dua biji meja kecil berharga rm45 satu. sampai rumah, tiga jam aku renung saja kayu2 yang perlu dipasang. bukan susah pun. tapi aku cuma sebak.

kan best kalau ada yang sama2 pasangkan.

macam dalam cerita windstruck tu. bertukang2 dengan skarf kecil di kepala, sambil mengemas2, bikin lawak sedikit2. jenaka yang hanya berdua tau.

aku rasa aku memang macam perempuan2 dalam cerita begitu. ye, mungkin bukan dari segi kecantikannya, tapi seperti karektor mereka, aku ini garang nak mati. emosi serabutan. jiwa terkacaukan.

tapi kenapa dalam dvd, perempuan2 itu nampak sangat comel dan manja?
kenapa bila di dunia kita, aku dipanggil perempuan merimaskan pula?
kenapa dalam dvd, perempuan2 yang destruktif itu dikasihankan.
kenapa di sini, aku digelar melampau dan keterlaluan?

ye, semua itu dalam dvd.

orang hidup tanpa aku rasa biasa saja. tidak luak bila aku tidak ada.
kenapa aku tidak bisa sombong begitu? tidak kisah? tidak kalih?
seperti dulu?

kenapa aku menjaja2 diri dan menangis sendiri?
aku tahu kamu benci.

"tak habis2 pessimistik" kata sipolan.
"tak berhenti2 merengek" kata sipolan.

incek sipolan, silalah pergi dari hidup saya.
sesiapa saja anda.

siapa tak mahu gembira?

ye saya tahu ramai lagi yang bergundah gulana di luar sana. salah aku kah jika aku lebih vokal? bukan aku ketuk pintu rumah kamu pun, dan bercerita. kamu yang sibuk datang dan membaca. kalau berjumpa, kamu juga yang bertanya. begitu umpamanya.

salah aku kah yang terlalu membayangkan dunia ini penuh arnab dan matahari berwajah bayi? tidak bolehkah aku rasa hancur melihat semua itu sekadar satu poster besar, yang menutup wajah dunia sebenar?

jika kamu bahagia, tahniah. kecaplah dan terus berdamai. jangan dimarahkan kami2 yang melayan sugul.

apa tidak kamu tahu, hanya orang merana bisa mengisah suara jiwa?

kamu pilih untuk mengabai rasa di dalam hati, itu kamu. jangan pernah persoal kenapa aku begini. yang gila dan tidak marah satu angkasa tahu kecacatan akalnya. inilah aku, hadirin dan hadirat sekalian.

aku yang sunyi di dalam bingar.
kau fikir aku suka diberi tuhan fikiran sebegini?

yang terlalu kritis dan abstrak?
yang boleh membaca cerita hidup mendatang tanpa perlu melaluinya; yang mana masa depan itu memberinya kusut, dan masa lepas dulu memberinya serabut?

*tekap muka pada telapak tangan yang sudah kenal airmata itu*

tadi di universiti, ketika menanda kertas periksa, anak2 murid bukan sekadar lulus, ramai berjaya mendapat markah penuh. bangga sekali.

ada guna juga aku ini.

benarlah, aku ini lilin.
hidup semata orang.

kelakar, sebab ramai yang datang dan memberitahu betapa aku menghembus semangat dan kudrat. yang aku mampu, cuma senyum.

kalaulah kau tahu aku ini tidak tahu langsung bagaimana untuk melakukan semua itu pada diri sendiri.

malam ini akan balik ke rumah, cuba pasang meja seorang2. dengan televisyen yang dipasang kuat, akan aku siapkan.

malam ini akan balik ke rumah, borak dengan hamster yang aku beri nama nini dan samat. tidak mungkin mereka faham dan peduli. dah la bau hancing.

malam ini akan balik ke rumah, baring di tilam sultan yang empuk tapi takkan mampu memberi tidur.

ini fynn jamal, dan dia sedang hilang bertebaran ke kabus.

4 comments:

Hanafiah Ghazali said...

:) comel.

marhaen vintaj said...

kamu,

inikah pendefinisian untuk si gila?

kalau begitu aku rasa aku lebih gila dari kamu.

atau ini sebenarnnya pendefinisian untuk sang penchenta yang sunyi dan kesepian?

fynn jamal said...

ini definisi secara permukaan.
itu pun masih terlalu menakutkan utk ramai.

apa lagi kalau diceritakan yg sebenar2nya.
biarlah.

[siti] said...

saya pernah bela hamster.. waktu t baru putus cinta. Rasa bagai takde org yang menyayangi.. rasa sgt sunyi, sepi.. terubat la sikit.. borak2 dgn hamster.. walaupun diorang tak pandai nk borak balik.

tp bila sekor mati.. rasa sedih terlebih2. mungkin sbb hati sudah sedia nanar, ditambah lagi kematian pengubat sunyi...

tp skrg 4-4 dah mati.. tinggal rumah aje. pikir seperti mau bela semula... tp.. nnt2 la.