Saturday, February 23, 2008

ini kisah badut

Ada lima enam orang keluar panggung dengan bebelan tanpa henti. Mengkritik tanpa lesen sah, mereka sibuk membanding2 kehebatan filem2nya yang dulu2.

"sudah tak best lah dia ni"
"kick dah takde"
"bosan aa. harapan aku tinggi sgt kot pada dia"

kesian stephen chow.

sampai mati kah impresi orang pada kita akan kekal?
kalau aku suka berlawak, sampai bila2 kah aku dilabel badut?
dan apa badut tidak boleh tunjuk sifatnya selain mengetok kepala lalu terjatuh ke tahi sambil ketawa?

ye, aku badut.

dari sekolah rendah, hingga menengah, sampai universiti, hatta la ni, aku si badut.
tukang buat lawak.

jangan salah anggap. aku sudah terlalu biasa dengan gelaran itu (selain gemok, montek, gajah, perempuan pelik, perempuan mulut neraka, dll), yang aku kira aku sudah selesa dengannya.

lagi pula, tiada rasa yang lebih indah selain melihat kawan2 bercangkung2 bergelak ketawa dengan jenaka yang aku hembuskan. rasa perhatian pada aku. rasa orang mahu.

"lagi, fyn. lagi!", sambil ditunggu-tunggu quote / imitasi kelakar yang lain.

baiklah begini dari dibuli. mood mereka baik, dan mereka mahu mendengar. aku suka waktu2 ini.

tapi kan, si badut ini bukan hanya punya sensor ketawa. si badut ini juga mengerti rasa kecil hati. rasa marah, rasa terhina diri.

jadi, masihkan orang seperti aku ini sembunyi apa yang aku rasa demi untuk memuaskan kehausan jenaka orang?

ketika di sekolah, hampir setiap hari di waktu prep, kawan2 kelas akan panggil aku ke depan.
"buat la lawak. kitorang boring ni"

seperti beruk bertopi kecil di hadapan tuan yang mengajarnya berjoget di depan orang ramai, aku persembah. apa sahaja.

untung jadi aku, mata kritis. jadi aku bisa ajuk ramai orang. bisa menjadi karektor berbilang manusia. dan bagi mereka, itu kelakar. sebab apa yang lain itu, yang mencipta kamu.

contoh, kamu yang selalu terkebil2 jika ketakutan, atau kamu yang suka menggentel hujung tshirt, juga kamu yang takkan melihat mata aku bila aku berbicara. setiap manusia punya karektor berbeza. dan aku cam semua itu.

seronok di mata orang.
rasa penting bila diberi sedetik masa itu untuk mempengaruh orang.

tapinya, bila masa itu berlalu, kamu harus pulang ke tempat duduk kamu.

orang akan mula buat kerja masing2. dan jenaka kamu sudah mula basi. maka kamu semakin terus mencari idea, supaya esok dipanggil lagi.
kerana kamu ingin diperhati lagi.
didengari lagi.

seperti kamu melihat dan mempelajari orang.
"apa ada orang yang memerhati aku?"

kenapa stephen chow tidak lagi berlawak seperti dulu, kamu kata?
kerana dia sudah penat menjadi orang yang bukan dirinya.
kerana dia mau dipandang serius.

kalau kamu perasan, ramai badut hidupnya pathetic. susah. dipijak. dibuli. susah. gocah.

kasihan sama badut.
orang cuma mahu jenakanya.

5 comments:

nota.kematian said...

menjadi badut, buat orang lain ketawa, manusia sekeliling lupa sebentar masalah.

lalu, apa pula yang kita dapat?

bisakah tawa manusia di sekeliling itu menghapuskan tangis di hati kita?
mampukah tawa manusia di sekeliling itu merawat rawan di hati?

atau, kita akan dicerca kembali andai apa yang dilawakkan tidak menjadi.

fynnjamal said...

nota:

biar saya teka,
kamu pun membadut juga, kan?

nota.kematian said...

haha.
kamu bijak dalam berteka teki.

sibuk sibuk membaiki atap di teratak orang, sedang guruh semakin hampir.

bilamana datang hujan, mereka lena di teratak itu, sedang kita masih berlari kuyup mencari tempat berteduh...
:(

weirdwEEda said...

kasihan menjadi kita
orang seronok bila kita bersedih..
kerana ia bisa membuat mereka tertawa

QaSiyh said...

mereka cuma nampak wajah indah badut...
tapi hati badut yg hancur siapa bisa tahu...