Monday, February 11, 2008

perjumpaan tahunan keluarga penghulu majid.

perjumpaan semula keluarga penghulu majid.

kadang2 rasa tercicir pula, keluarga jamal ini, memandangkan tok ajid (penghulu majid itu) dan nenek (saodah) dah lama meninggal, bersama arwah mak (aya), tiada lagi yang menghubungkan kami semua secara terus. kira, link terputus sedikit di situ.

tambah pula abah yang kacak pernah disenggol mak ngah (kakak mak) untuk menjadi galang ganti selepas mak meninggal dunia.

kirim salam sajalah ye.
saya tidak berkenan dengan kamu, juga anak2 kamu.

futnot: bayangkan, tiap2 kali singgah rumahnya, baju berterabur, dapur berkulat, baju tak diangkat. aku yang datang (melihatkan rumah atok belah abah sangat dekat), tiba2 disuruh buat semua itu. anaknya yang sebaya aku dibiarkan. padanlah badan besar macam shanie.

tapi tetap, semua anak orang saja yang busuk. yang buruk. anak dia saja yang hebat.

mahu saja aku pegang leher dia dan letakkan jari telunjuk ke mulutnya dan katakan: "heh, diam!! anak kamu itu sedang bergomol dengan jantan lain dan selalu mencuri2 lari ke bandar, engkau tamau tahukah? apa kau fikir gemuk2 begitu tidak ada masalah sosial?"

baru dia terdiam agaknya nanti.

perjumpaan semula keluarga penghulu majid okay saja. tidak ada lebih tidak ada kurang. yang aku pedulikan adalah masa kualiti bersama abah, ibu, achik dan adik. oh ya, dan along.

tiga hari dua malam di kota A famosa resort tidaklah seindah yang diharapkan, kerana sesunguhnya tempat itu sangat murahan berbanding harganya yang mahu melawan sunway lagoon.

tapi aku kirakan, semua itu adalah bayaran untuk tidur bersama beramai2 kami berlima (kecuali along yang sibuk dengan yang lain2). sangat indah. tidurnya, meski dari jam 2-3 pagi hingga 6 pagi cuma, terlalu nyenyak berbanding tidur berjam2 sendiri di kuala lumpur.

salah satu aktiviti di sana adalah karnival A famosa, yang mana berakhir dengan percikan bunga api selama setengah jam.

aku tak pernah suka bunga api di langit. aku selalu bising tentang pembaziran dan keterlaluan idea yang mengula2kan bunga api itu. kerana bagi aku, langit kosong itu lebih cantik.

(it's my poetic mind thing: aku benci hingar bingar)

sebagai tukang video rasmi, dari awal sehingga habis aku sibuk mengambil gambar dan video kami2. tiba2 tertangkap wajah adik aku yang bernama nani. si kecil. di setiap letupan, dia ternganga semakin luas. senyumnya yang terkuak dek copong melampau itu terlalu merah jambu untuk aku ceritakan.

yang aku ada sekarang ini, di waktu aku menaip ini adalah wajah itu yang aku tangkap dan simpan dalam memori jemala aku.

tuhan, sucinya!

terus, aku simpulkan dari senyum adik aku itu, aku bermasalah. perkara yang mudah, aku gagal lihat sebagai senang. aku nampak yang tersirat, aku riuhkan yang di bawah lapis kulis itu.

haih.
komplikasi sekali aku ini.

sama komplikasi si achik, adik aku itu. yang jumaatnya kami bawakan ke rumah tunangan beliau, untuk diputuskan.

bercinta 6 tahun (sama pula dengan aku dulu), bertunang sudah dua bulan, tiba2 terus padam.
aku tanya kenapa, segala yang buruk selama 6 tahun itu habis diselongkarnya.

memanglah, dalam setiap minggu pasti ada satu perkara mahu digaduhkan. kenapa baru sekarang mahu putus? selepas semua orang tahu? selepas dijanjikan bulan mac mahu diakad?

memanglah, dia ada kekurangan. tapi takkan baru tahu? takkan selama 6 tahun itu tidak tahu dia kaki ganja? selama 6 tahun dulu memang kau keluarkan wang segala, sebab wang dia sudah jahanam beli dadah? yang duit kereta, rumah konon2 kau kongsi wangnya adalah wang kau seorang. kenapa baru sekarang mahu ungkitkan?

sebagai kakak, memang angah marah ngko, chik. sebab bodoh terlalu, tunggu 6 tahun baru kau nampak. masa jadi segala ini pada kepala angah dulu, kenapa tidak jadikan pengajaran? degil! haih, memang genetik degil beronjing2 dalam darah keluarga kita.

maka tuan2 dan puan2, sila fahamkan sesuatu ini.

orang perempuan memang gagah bila datang hal kasih. kuat benar pasaknya bila sudah sayang. tamparlah, pijaklah, manipulasilah. selagi sang perempuan mampu, kau akan tetap menjadi yang terutama. tapi bila hatinya sudah habis, kau julanglah bintang, kau panjatlah gunung, kau telanlah bara, dia tetap sudah selesai dan hancur.

maka jangan harap.

masalahnya, masa sebelum bertunang dulu puas aku tanyakan dia, "awak betul ke ni chik? bukan awak dah tau dia mcm mana ke? masih nak terus juga ke?"

dia kata ye. bukan aku tak tahu, duit tunang tu pun duit dia yang lebih.

itulah. sebaik saja bertunang, selepas aku habis dicela perli secara halus dek mak ngah (kakak mak yang kejam bibir itu) kerana tak laku (kerana aku tak mahu bertunang dulu), tak sampai 3 minggu, hati achik sudah kering sehabis2nya.

dari waktu itu macam2 alasan diberi pada aku, mahu memutuskan pertunangan.
haih, serabut!

tergelak pula aku teringat abah dengan kain pelikat selesai sembahyang (malam sebelum memutuskan pertunangan), yang menjawab soalan aku: "napa, bah? termenung nampak?". dengan selamba, dia kata: "tidaaak... tengah terpikir apalah nak jadi pulaaaak..." persis seperti haji nisfu dalm cerita p ramlee.

untungnya kami punya abah yang sehebat ini. hatinya ronyok2 kerana dia tahu nanti wajahnya akan dipalit2 dengan perli caci keluarga arwah mak yang terkenal dengan mulut lepasnya. tapi dia kuat menayang wajah tenang dah rajin berseloroh pula.

siapa yang tahan dengan mereka? haih. padanlah arwah mak mahu dikebumikan di kampung abah, bukan berdekat dengan keluarganya sendiri.

betapa bertuah ada abah yang sentiasa menangkap kami tiap kali kami jatuh. tanpa peduli cerca orang, dia tegap di belakang dengan badannya yang sudah penyek dimamah zaman.

yang mana mengingatkan aku wajahnya yang ku sua untuk menonton Puisi Buat Ayahanda. mulanya dia excited. tapi lepas 2-3 bait, dia sudah mula buat2 lawak dan tidak memberi perhatian.

kecil hati aku masa itu.

tapi ketika di perjumpaan semula keluarga penghulu majid, ketika adik2 saudaraku yang mengikuti seni indie aku minta ditunjuk puisi itu, dia pula yang suruh volumenya dinaikkan. takut yang lain tidak dengar.

:)

dia rupanya sembunyi sebak dan tak mahu menyeka airmata depan aku. *senyum* aku lupa, abah memang tidak reti untuk menjadi seperti bapa2 dalam tv yang suka membelai anak, yang gemar memanggil anak dengan nama "sayang".

puas, kerana dia suka aku yang itu. dan dikhabarkan pada bunda, betapa cinta pada kami ini tak perlu disoal2kan, walau dalam puisi, kerana cintanya pada kami hanya dia yang mengerti. terima kasih, ibu, kerana tidak menyimpan rahsia yang itu dari kami.

kerana, ada masa2nya, aku rindu mahu dengar suara hati abah. tentang aku.

dan kerana itu mungkin, abah pesan pada achik: "dah, lepas ni jangan kahwin selagi angah tak kahwin. cukup la sekali dia dikecil2kan orang. cukup la sekali dia beralah"

aku gelak kuat waktu achik cerita pada aku. alamat kau kahwin lambat la achik oi.

4 comments:

hanafiah said...

:)

msYuz said...

fynn.
aduhh...hati saya meronta2 mau berkongsi cerita.

cerita yg tak semua orang akan terima dgn terbuka.cerita yg nanti akan ditunjal semula ke dahi dan dicemuh sebagai membuka pekung di dada!

tetapi,kadang2 tak ampuh hati ini menanggung pedih yg sukar dimengerti. entah siapa yg akan mahu mengongsi. hmmm

fynn,meski roh kita berbeza - kenapa nalurinya seakan sama?

......

hanee said...

=)

Nadiah Whoah said...
This comment has been removed by the author.