Friday, February 29, 2008

kisah cinta di hati itu.

untuk kali pertama, aku berbual sama didi secara berlama2. mulanya aku batukan saja diri, aku tidak mahu mengganggu.

tapi hati aku goyah bila lihat didi sanggup mengalirkan airmata untuk aku, sambil berkata:
"kenapa sampai begini, fynn..."

*air mata meluncur terus*

prologue:
semalam aku berada di serabutan yang paling tinggi. habis segala mauduk aku ranapkan. robok, bilik, semua aku telangkupkan.

hati aku sudah tidak kalih untuk bernafas.

semalam juga aku kembali kepada sifat azali aku. yang destruktif. yang bodoh, yang dibenci orang.

ye, semalam aku bermain pisau.

bukan kerana amarah. bukan untuk meraih simpati. tapi kerana membuang pedih di dalam jiwa. kerana itu. untuk diri sendiri.

awalnya aku pengecut. dua kali telefon fatin, meraung melolong. tp dia jauh. apa dia bisa buat. dia cuma mampu untuk mengingatkn tuhan.

ye, aku ingat tuhan. aku takkan mati semata gores yang sedikit ini. cukup hanya untuk buat aku lupa pada sesak di jiwa. cukup itu.

dan aku harus katakan, pedihnya memang bisa.
tapi sekejapan saja.

kemudian hati aku kembali terasa hancurnya.

sudah hampir seminggu tidak makan pejal. minum air semata. bibir tidak berhenti berasap. berat sudah 48 dalam masa tiga minggu.

maka fizikal terlalu lemah.

sampai satu tahap yang aku tidak mampu tanggung. aku perlu dapatkan penenang saintifik di rumah ubat.

hendak tak hendak, aku telefon ira. terbiar dua kali. cuba pok arm. tidak berangkat. aku tahu pok arm sedang bersama ocham. telefon, juga tidak berangkat. talian diputuskan. kejam sekali, aku fikir.

kepala makin suntuk dengan pelbagai perkara.

malu tak malu, cuba lagi. kali ini pok arm angkat. bateri mati, katanya. "minta bantu ke klinik", saya bilang. dia setuju.

ira pula telefon, kata mahu turut pergi.
aku sudah terlalu serabut untuk memikir apa2.

tepat jam 11.20 mereka tiba. ira, takky, pok arm dan ocham ada.

aduh, jiwa. kuat!! kuat!!

di klinik, seperti biasa, aku akan terima suntikan di punggung. ubat penenang yang mampu menenangkan dalam masa 30 minit beserta pil yang katanya bisa menenteram bila dimakan kelak.

ira ternampak pergelangan tangan yang aku guna ketika menulis di kaunter pendaftaran. ditanya dengan keras terus. lalu ditunjuk pada pok arm, ditanya keras juga.

ye, aku sedar kalian risau.

di dalam hati aku bertanya pada jiwa hati sang lelaki yang aku rindu, jauh dari aku ketika itu:
wahai kamu, tidak kasihankah pada aku? apa sudah benci sekali sama aku? kenapa tegar sekali aku dibiar begini? di mana kamu?

tapi bicara sunyi aku itu berbunyi diam.
maka bagaimana bisa mendapat jawapnya?

aku tidak bohong bila aku khabarkan aku sakit. aku bukan suka2 mencari perhatian bila aku lemah dan tak mampu bangkit.

dan seingat aku kamu pernah khabarkan kamu suka menjaga aku.
sebak sekali, kerana seolah kamu sudah tidak ingat lagi.

selesai dicucuk, arm datang dan terus menarik wajah sembab aku ke bahunya. dia kata, "nangis, fynn. nangis!" aku semakin hanyut dalam airmata. dari suara, aku cam sayu hatinya. apa kerana aku kamu bersedih, kawan? terima kasih, hati aku sudah lama pedih. dengarkan sekejap ya? tolong kasihan?

aku mengongoi tidak peduli sesiapa. sedap benar rasanya punya manusia menopang kudrat demi untuk berkata "saya ada". lama benar saya hidup sendiri, lama benar rasa mati.

aku rindu pok arm yang itu. yang peduli tentang aku. yang pernah berkata aku penting dalam hidupnya.

ocham... kamu tidak mahu peluk akukah? aku mengharap pada kamu juga sebenarnya...

habis di situ, kereta diberhentikan di tepi jalan. satu2 perkara mereka bangkitkan, terus mahu diselesaikan. tentang sunyi aku. tantang sepi mereka.

dan tentang cinta saya itu, mereka minta saya lupakan.

*diam*

argh. mahu menaip ayat terakhir ini tadi mengambil masa hampir 15 minit. ya Allah, kenapa begini sekali sakitnya...

lebih sakit ketika mendengar yang cinta di hati itu sudah tiada. sudah habis pada aku. sudah tamat dari dulu. yang tinggal cuma aku.

kejamnya...

mudah sekalikah aku ini dibiarkan? dibenci2kan? tidak adakah ruang sedikit untuk memberi peluang aku membetulkan?

kenapa, kamu?

maka ini adalah entri untuk melepaskan kamu, matahari. atas nama kamu yang sememangnya diertikan untuk menjadi penyinar hidup aku.

aduh, payah sekali menaip kali ini dengan linang airmata mengaburi pandangan.

kamu, jika aja kamu baca, aku teringin sekali tahu, apa rasa yang kamu beri ini semata pada sesiapa sahaja? tiada beza? kamu, sayu sekali bila ditanya kawan "takkan fynn tak pernah putus cinta? lagi pula ini bukan cinta apa2. tidak dilafaz apa segala".

bagaimana bisa saya jawabkan pada mereka? kamu bukan orang biasa2, matahari. kamu berbeza. kita pernah bercerita tentang sunyi kita berdua, tentang dunia kosong kita, yang kita janjikan dulu untuk saling melengkapi. pernah juga kita bina bayang fantasi indah di kalangan kita. hanya berdua. cuma bersama.

mungkin bagi kamu cinta aku ini tidak punya uniknya. biasa sahaja. bisa didapat di mana2. tiada beza, apalagi makna. dan jika itu, tidak mengapa. aku harus terima...

benci kamu? tidak pernah. maka bagaimana mahu melupakan benda yang paling kita tidak boleh abai begitu sahaja? puas dipujuk2 orang "lupakan, fyn", "jangan dikenang, fynn", bagaimana?!

aku kelar tangan bukan untuk meraih kamu.
tapi kerana terlalu bodoh dan terlalu buta, yang membuat kamu pergi.

kerana aku bencikan aku.

kamu ingat lagu laluna? lagu rahsia kita dulu, andai di satu hari kita terpaksa dipisah keadaan?
yang mana satu hari tu adalah malam tadi.

dalam lubuk hatiku
ku yakin kau pun sebenarnya
tak inginkan lepas dariku
tahukah kau kiniku terluka?

bantu aku membencimu
ku terlalu mencintaimu
dirimu begitu berarti untukku.

betapa benar. aku tak mampu membenci walau setitik. walau sudah begitu lama, tak mampu untuk aku lupa kamu, matahari!!

kamu, terima kasih atas segala kata dan imajinasi yang disuap pada aku. terima kasih kerana pernah sudi menopang bahu aku. terima kasih kerana mahu menjadi pendengar setia keluh hidup aku. terima kasih kerana mahu bercerita tentang kamu.

kamu tetap indah.
tetap candu.

"aku bukan milik kamu", kata kamu.
aku kata: "tapi aku sanggup tinggalkan dunia semua!!".
sebak sekali, kamu kata tak perlu.

maaf kerana menjadi kekusutan semata. maaf kerana tidak reti mendifinisi cinta.

benar, sampai bila?

aku sedang cuba ini. sedang memenuhi janji aku pada kamu, untuk mencari bahagia.
cumanya, bahagia itu tercipta hanya dengan kamu di sebelah saya.

selamat tinggal, papa.
nanti kita jumpa, kita berbual seperti biasa ya.
atas dasar sahabat, atas dasar gelak jenaka.

aku sedang dengarkan kisah cinta di tempat itu, puisi aku di mcpa. terasa sayu. terasa begitu pedih.

mau bicara tentang apa, ya?
tentang hati yang sudah hancur?
mungkin tentang kejauhan yang aku rasakan dalam diri ini.

mau bilang tentang apa, ya?
mungkin tentang cinta yang tak kesampaian.

sayang, dulu kau pernah janjikan bulan itu kau akan beri pada aku
dan pernah juga aku gantungkan bulan itu di dalam bilik
setiap malam ku pandang
setiap malam ku lihatkan
setiap malam ku raungkan
setiap malam ku ceritakan
setiap malam ku katakan:

"hey, bulan,
cintaku hanyalah kepadanya"

*sayu*

baik, di sini akan aku tunaikan janji aku untuk tidak lagi menagis cinta kamu.
tapi andai bisa aku pinjam kata2 kamu, ingin aku beri kembali pada wajah itu:
yang bersih itu, yang suci itu, yang cantik itu, yang bermata jernih itu, yang bersenyum manis itu, yang pernah berkata mencinta aku.

"jika kamu terus mahu pergi, maka pergi.
tapi ini jiwa saya, biarkan saja saya tanggung rasanya.
maka jangan diminta ia dari saya. ia hak saya.
dan saya mahu terus untuk memuja kamu"

kelakar, kan? saya tak mampu benci kamu.
kamu sudah tidak suka sama saya, saya terima, sayang.
tidak mengapa.
meski pun kamu bilang kamu tidak bisa nampak bahagia bersama saya.
pun tidak apa.

kerana saya sentiasa bahagia bersama dunia kecil kita.

tuhan, kuatkan aku.
selamat malam, sayang.
syam saya.

saya tak akan tanya kenapa.

14 comments:

^-^icha^-^ said...

haiihhh ... fynn ... :(
lbh krg sama saje dgn entry cha..
tp itu lah...
igt yg di atas itu yaa...
jgn pernah lupa Dia..
nnt..pasti kamu tenang..

*cinta x harus memiliki fynn*

iki said...

bodoh skali buat begitu fynn.
tp kenapa aku mesti menangis ketika baca entry ni.

selama ini aku hanyalah pembaca sepi di blog kamu. pernah juga terlintas di hati aku untuk memberi komen pada entry kamu yg lain kerana byk skali entry yg kamu tuliskan bisa buat mata aku basah. dan setiap kali itu aku berkata "ah biarlah"

akhirnya aku di sini fynn, sedang meninggalkan kata-kata hati aku untuk kamu.

bukan skali dua fynn aku menangis dpn pc ni baca blog kamu. dan bukan aku simpati dgn hidup kamu, cuma meratapi nasib yg sama aku hadapi.
jiwa kita amat rapuh skali.

itulah kehidupan.. penuh dengan suka dan duka. tapi jangan sesekali jadikan duka itu sebagai alasan untuk melukakan dirimu sebegitu.

tabahkan hatimu ya fynn.

Miss Fynn said...

iki:

terima kasih kerana sudi bergelap dan memandang dari jauh.
benar, dalam samar, rasanya, tidak akan ada yang ranap.

kalaulah saya memberi sedih di dalam diri, minta diampunkan.

mungkin terlalu komplikasi kita ini, kan?

saya sedang tabah. saya mesti.
kalaupun bukan untuk memenang hatinya, cukuplah untuk memenuhkan janhi saya padanya.

untuk bahagia, sesakit mana susahnya.

kambeng7 said...

fynn
jgn begitu
btol katanya
'cinta x harus memiliki fynn'
yg penting
kau tabah
siapa tahu
siapa jodohmu
mungkin dia
mungkin dia juga
atau mungkin sesiapa
tapi percayalah
utk menerima semua
yg kau lalui skarang ini
tak seberapa
dr nnt
kau akan tahu
selepas semua ini
kau akan semakin kuat
menghadapinya.

[siti] said...

maaf kerana turut menangis membaca entry kali ini
rasa dlm hati kita serupa.. meski tidak tepat sama

sunyi.. sepi.. sedih..

sakit. sgt2 sakit. ya, ingat Tuhan. tp masih sepi, masih sakit. Lalu bagaimana lagi? Mahu lupa? kita bukan komputer yang boleh di delete di save.

sakit sgt2. tapi harus pasang wajah pura2 bila di luar sana. perit.

mochitsuki said...

cinta..
amat menyakitkan..

QaSiyh said...

kakak...
maaf...
saya tidak pandai memberi nasihat tentang cinta...
cuma harap kakak kuat ya...

Anonymous said...

selame yang ciki kenal kamu...
tak pernah ciki tau 'derita' yang ditanggung.
ciki penah cemburu dengan kehappyan yang sentiasa terpapar di wajah kamu.
ciki kagum dengan spotlight yang diterima kamu.
ciki ingin menjadi sedaring kamu di khalayak ramai.
penah jugak terpikir...
'apa rasenye menjadi kamu?'...

bersabar ye fynn, segala yang berlaku ada hikmahnya.
kamu cume perlu tabah dan kuat hadapi segala dugaan.
ciki seperti tahu perasaan kamu.
ciki seperti sangat faham situasi kamu.
kerana... hanya tuhan yang tahu. :(

semoga bertenang fynn... semoga bertenang.
ciki akan selalu mendoakan yang baik2 untuk kamu.


XOXO,
~CikiwArm~ no more

Hana Roxia. said...

kak fynn,kuat!

'There there baby
it's just text book stuff
it's in the ABC of growing up
Now now darling
oh don't kill yourself
cause none of us were angels
and you know I love you yeah'

speeding cars - Imogen Heap.

take care!

ps : slalu singgah,tp tapenah ade guts maw bkate kate,tp arini,saat ini,bile diri pn sdg ditinggalkn,tidak mngapa lah sy bkata kata.sbb rasa itu,sama bukan?

kak fynn,kuat!

mochitsuki said...

cikiwArm no more??
ciki??..
br tau ni :((
ni cikiwa yg chi kenal ke ni :(

ira said...

tabah k.fynn.
kamu kuat.
saya tahu itu.

Dyana Halim said...

cerita kak fynn sama macam apa yang saya lalui sebelum ni. saya pernah lukakan diri sendiri. saya toreh tangan saya dengan nama si dia dengan harapan dia kembali. tapi,harapan tinggal impian. dia tetap pergi. masa tu,saya juga hilang kawan2. kak fynn beruntung masih ada teman. hargai mereka yang masih disisi kak fynn. kita tak tahu sampai bila mereka akan tetap setia.

keep on going strong. :)

hope to hear u are getting better.

Anonymous said...

kuat akak..

Hanna The Belgariad said...

fynn, are u talking about yin fen?