Tuesday, February 26, 2013

syukur


kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.

kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.

kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.

kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.

kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.

kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

ustaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.

10 comments:

Unknown said...

Penyampaian yang sangat dekat sis. Sudah lama dengar tentang Fynn Jamal. Setakat ushar sesikit adalah. Tiba-tiba malam ini Allah gerakkan hati untuk membaca semua entry dan stalk kak Fynn Jamal. Ternyata, banyak manfaatnya :)

Unknown said...

terima kasih..
sedarkan kami
kau lah yg ku cari
sempoi
tpi bermakna dan berguna
t.e.r.i.m.a k.a.s.i.h
sbb dgn ini aq dpy bantu org laen juge.. :)

Unknown said...

terima kasih..
sedarkan kami
kau lah yg ku cari
sempoi
tpi bermakna dan berguna
t.e.r.i.m.a k.a.s.i.h
sbb dgn ini aq dpy bantu org laen juge.. :)

iblogshortshorts said...

Alhamdulillah..setakat ni all your writings were some inspiring..saya bace dari awal..indah nilai seni mu..

Anonymous said...

"sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah."

Sangat betol. ;) Harap2 org melayu islam kite berubah. amiiiin~

Unknown said...

puas cari mana blog kak fynn. jumpe pun! :-)

Odette said...

kadang2 terfikir kenapa sabar & sederhana kita selalu dipandang sebagai kelemahan & kekurangan oleh org lain.

Anonymous said...

Kita lupa pada satu....
pabila dua membahagiakan...
Sentiasa inginkan tiga...
Bila empat di pertikaikan...

Kita insan biasa selalu ingin pada semua...
Apa itu cinta cuba cari dalam jiwa....
Berkata pada cermin dalam hati..
Mati itu pasti bila ku tak pasti..

Yashitsu

hidayah rahman said...

Allahurabbi.. Kak fynn. menitis air mata. saya memang orang yang sangat tak pernah ada keyakinan diri. rendah diri yang melampau. Sebab keliling saya penuh orang yang hebat. yang mampu serba serbi. Tapi Alhamdulillah. Kak fynn buka mata saya. Ramai yang tak mampu. At least saya ada ibu bapa dan keluarga di sisi. Lebih dari cukup. At least saya boleh belajar lagi.. Alhamdulillah. :) thanks kak fynn..

Anonymous said...

i love u.. Jom same2 berjalan ke arah-Nya.. manuasia semua sama yg beza di mata-Nya adalah taqwa. peace yaw