Monday, February 25, 2013

diam. rilek. pangkah.


aku ada cadangan.

dengan banjirnya segala macam jenis printscreen message parti A la, parti B la, tentang ini la, tentang itu la--
minta siapa2 yang rajin--
TOLONG telefon nombor yang anda dapatkan mesej darinya tadi.

wallahi kalau aku ada di malaysia--
aku memang buat.

ayah mertua aku rajin dalam hal2 begini.
pernah satu hari,
dia terima mesej tentang hadiah yang perlu dituntut dari nombor yang tidak dikenali.
dia dail semula.
dia telefon.

kelakar.
mesej yang terang bahasa melayu, untuk rakyat melayu, dari bank malaysia itu--
yang mengangkat telefonnya adalah orang indonesia--
yang lekas2 mau berbincang tentang kebarangkalian meminjam wang dari mereka.

aku sendiri boleh sms pada diri aku sendiri, kemudian aku reply seperti aku benci sms tadi lepas itu printscreen dan bilang ia dari orang yang tidak dikenali.

maafkan aku.
malaysia sudah penuh manusia busuk hati.
aku sudah skeptikal.

baik kerajaan.
baik pembangkang.

PRU dah dekat.
diam2.
pergi mengundi.
tak usah kecah apa kau pangkah.

aku sendiri suka usik kawan2 jenis berkobar.
kalau dia sibuk berkompang kerajaan--
aku cakap aku orang pembangkang.
kalau dia sibuk berzapin pembangkang--
aku cakap aku orang kerajaan.

undi adalah rahsia.
ia adalah satu rights.
dengan ramainya manusia malaysia sibuk dengan pelbagai rights-- kenapa rights yang ini tak ada orang peduli untuk jaga?

sampai sekarang pun--
kalian cuma tuduh aku orang kerajaan.
walhal tak ada bukti.
aku sendiri ada banyak masa menegur apa tentang kerajaan sedia ada.
maka berhenti berteka-teki.

undi adalah rahsia.
yang betul tetap kena cakap betul.
yang salah tetap kena cakap salah.

kalian sibuk share sana share sini.
buat apa?
cari downline MLM kah?

memang kurang berkenan.

kita dan politik dah macam filem2 gangster hong kong.
macam young and dangerous dah.
sibuk besarkan clan.
tak suka terus takik kepala.
semua kena sama ideologi.
kalau siapa2 ada fikiran lain-- KOMFEM cuak.
intimidated. takut.

haih.
pangkah jelah.

kalau tak cukup-- kerajaan turun.

bagus juga.
boleh belajar rendah diri.
kadang2 kalau asyik menang,
kita lupa.

pembangkang naik mungkin bagus juga.
kadang2 perabot rumah kita kena alih from time to time.
mana tau, meja kopi tu lagi best kalau bubuh kat tepi pintu berbanding tempat biasa dia.
kalau tak suka, alih semula.
aku sendiri tak sabar nak tengok semua janji terkota.

banyak tu.
yang untung-- kita.

toksah gebanglah kita benci BN bagi hadiah.
toksah katalah kita ludah PAS bagi sedeqah.
toksah bisinglah kita anti PKR bagi janji teguh tak terpecah.
MEMANG rakyat KAKI MINTAK.

maka ya.
siapa pun naik--
yang untung-- kita.
sebab semua orang menang hati kita.
lantak koranglah duit / barang / material yang korang ambil tu nak buat apa.

korang tetap ambik.

kalau kerajaan masih di takhta-- nak buat macammana.
nasib merekalah.
dia yang nak.
tambahlah lagi 4 tahun merasa dineraka rakyat jelata yang tak cukup segala.

pembangkang juga jangan lupa.
empathy SENTIASA pada mereka yang kalah.
bermakna ada 4 tahun lagi untuk besarkan empayar menjadi makin gagah.

semua benda ada bagus dan bodohnya.
semua orang boleh cakap APA SAHAJA demi mendapatkan apa yang mereka mahu.
semua.
termasuk kita.

to be honest,
aku tak kisah pun siapa yang ada di paling atas tangga.
sebab to be more honest--
i am a bitter sceptic just like that.

marilah kita jadi manusia yang baik2.
berhentilah menyebarkan kebencian.
siapa pun menang--
siapa pun kalah--
beriman pada qada' dan qadar.

taqdir--
taqdir juga.
usaha kena ada.

toksah kecah share itu ini.
dengan bahasa yang kasar,
dengan entah fitnah entah pengaiban--
kita jugak yang berdosa.

diam.
rilek.
pangkah.

2 comments:

Esther Yong said...

Nice one..

esiana said...

akak suka ayat ko dik..tulus..ikhlas..mantop!!