Friday, February 1, 2013

pesong


kadang2,
bila aku borak pasal konsep--
terimalah;
ia sekadar konsep.

fitrah sebuah konsep adalah luas.
tidak spesifik.
tidak difokus pada mana2 kumpulan atau perseorangan.
tidak tertakluk pada siapa yang pembaca fikirkan.

dengan ruang status terhad, hendak tak hendak--
apa yang termampu cuma bual2 permukaan sahaja.
"in general", kata orang putih.
secara random dan tidak bias memilih.

kadang2,
susah nak berbual di sini.

perlu faham, walau ada ruang komen--
kita bukan berinteraksi.

interaksi bermaksud dua hala:
aku cakap,
kau respon.
kau jawab,
aku sound.

hakikatnya,
aku tulis.
kemudian get on with my life.
bila lapang, aku datang semula.
tokok dan perbetul mana2.

kalian pun sama.
baca.
komen.
kemudian get back with your life juga.

kan?

jadi.
aku minta jasa baiklah.
fahamlah.

lapangkan kepala bila baca.
kita di sini borak permukaan.
cerita konsep.
maka tekunlah pada konsep semata.

contoh:
aku buka tajuk--
"anjing liar patut kena tembak pasal makan budak kat taman".

tak usahlah mulakan hujah2 "tapi saya pernah bagi anjing liar makan-- dan dia baik"
atau "anjing liar di taman saya pernah selamatkan anak jiran saya lemas".

bila kita sedang cakap pasal konsep,
fokus pada kuncinya.
jangan melencong.
sebab serabut.

komen bersepah.
pembaca berpecah.
masalah.

kalau kita cari--
MEMANG kita akan jumpa special cases.
WALLAHI akan jumpa.

tapi.
kalau status tuan tanah tengah borak pasal "anjing liar makan budak",
jangan la bukak forum "mari pergi zoo tengok anjing laut makan ikan salmon".

it's called structured rebuttal.
hujah berstruktur.
kemas. tersusun.

ya?
fokus.
belajar untuk faham dulu.
tanya diri sendiri: "apakah linear apa yang hendak aku cakap ini dengan apa yang sedang diperbincang? atau apakah aku cuma mahu kelihatan unik dan terbilang?"

semua orang mau nampak unik.
i get it.
tapi...

haih...

ok esok aku nak tengok tahap mana terpesong status aku yang ni.

selamat malam.

1 comment:

Unknown said...

hahahahah..
bak kata upin ipin
BTOL3