Wednesday, February 13, 2013

tentang memfitnah tuhan orang


kita selalu DENGAN PANTASNYA menyebarkan apa yang kita nampak kejahatan agama orang terhadap agama kita.

gangnam mengajuk tunggangan nabi-lah.
biskut cap cheri ada agenda memurtadkan anak2 kita-lah.
kedai fotostet ramalingam tempat daftar murtad-lah.

macammana kita layak tanya "kenapa orang suka cakap buruk pasal rasul kita?" bila mana KITA SENDIRI tabiatnya suka memfitnah agama orang.

betul.
memang ada.
tapi banyak fitnah dari yang betulnya.

pelan2 la.
pelan2 dalam perihal sesensitif ini.

ada beza antara "merasa cinta pada agama" dengan "merasa ketuanan dan bermegah dada"

ada pun yang berhak merasa tuan cuma al-malik.
raja segala raja.
bukan kita.

analoginya seperti orang gaji pergi ke jiran sebelah rumah dan mengutuk2 sambil besar kepala.
tak patut, kan?

islam itu kan "sallama".
tenang.
indah.
damai.

MELAINKAN terbukti sahih apa yang kamu tuduh2--
DAN BUKAN sekadar didapatkan dari sebaran artikel fesbuk semata--
pelan2.

pelan2 la dalam perihal sesensitif ini.

kalau kita tak suka orang tuduh hina caci cerca tuhan dan agama kita--
kenapa mesti kita PULA yang mula?

cukuplah.

dan oh ya. berhenti2 lah curi gambar / video / artikel orang2 bukan islam dan MEREKACIPTA karangan tentang mereka masuk islam sambil membubuh tagline seperti "like if you like allah".

apebende tu?
apamkau tak rasa agama dia tak panas hati kau suka2 cakap macam tu pasal penganut dia?

macam kalau kau baca "siti kini tertarik pada hindu."
apa kau rasa?
silap2--
siti kena takik kat kepala.

tak ada penghalalan cerita tipu.
apatah lagi kalau alasannya agar non muslim berminat pada agama kita dan bosan dengan agama tok nenek moyang mereka dahulu.

apa murah sangat cara kita memancing saudara baru?

ini pendapat aku.
pelan2 la.
pelan2 dan pamer hati ikhlas.
senyum selalu.
bersangka manis tiap waktu.

percayalah.
memang takkan dalam sekelip mata.
tapi insyaa Allah,
pelan2,
orang jatuh cinta dengan cantiknya "sallama" kita.

pelan2.

1 comment:

NOOR AZIAN said...

love this kak fynn.sibuk ckp agama org teruk tapi marah bila agama snd kena kutuk.typical sgt